MANA SUARA PAS?

 

MANA SUARA PAS? 

 

Kenyataan Media

15/4/2021

 

Hari Raya Puasa juga selalu di sebut sebagai Hari Raya Aidilfitri yang bermaksud kembali kepada fitrah, atau pun kembali sebagai manusia yang baik selepas berpuasa satu bulan, bukan setakat menahan lapar dan dahaga akan tetapi mentarbiyah diri untuk mengelakkan perlakuan mungkar. 

 

Untuk GDBET333 mengeluarkan iklan seperti diatas mengajak umat Islam berjudi untuk mencari dana balik kampung serta beraya  sungguh menyinggung sensitiviti umat Islam di bulan  Ramadhan yang mulia ini.

 

Saya menggesa pihak  SKMM mengambil tindakan yang tegas keatas pengeluaran lagu ini oleh gdbet333 yang jelas melanggar Akta SKMM. 

 

Gdbet333 mempromosikan syarikatnya sebagai satu syarikat online casino dan telah mempengaruhi umat Islam menggunakan media sosial untuk berjudi selepas berpuasa di bulan Ramadhan semata2 untuk berhari raya. Ini amat2 bercanggah dengan kefahaman beraya yang bermaksud kembali kepada fitrah dan bersih dari dosa kerana di bulan Ramadhan juga masa untuk memperoleh maghfirah atau keampunan dari Allah. Iklan gdet333 ini boleh juga di kira sebagai menghasut umat Islam terutama anak muda untuk melakukan dosa

 

Saya juga menggesa menteri-menteri PAS didalam kabinet dan juga Menteri2 beragama Islam untuk prihatin  tentang hal ini dan mengambil tindakan yang tegas supaya amalan yang bertentangan dengan agama Islam ini tidak dijadikan sebagai kebiasaan dikalangan  masyarakat orang Islam. 

 

Hajah Fuziah Salleh

Ahli Parlimen Kuantan

Ketua Wanita KEADILAN 

Pengerusi KEADILAN Pahang

 

 

 

DULU HARIMAU DI PENJARA?PARA AGAMAWAN SERTAI PKR BUKAN PAS?

PELABUR TERUS TERAJANG MALAYSIA



“Kilang baharu itu akan memberi keupayaan kepada Sanofi untuk menghasilkan vaksin yang inovatif pada skala besar untuk Asia, dan boleh bertindak balas dengan pantas terhadap risiko pandemik masa depan,” kata kenyataan syarikat tersebut. Menurut Salahuddin, alasan COVID-19 tidak boleh diterima pakai dalam keadaan pelaburan ke Indonesia dan vietnam terus meningkat.





((GEMPAR)) ISWARDY: MP PKR DITAWAR PULUH JUTA? SETAHUN PN PERINTAH, DUIT...

TERJAH RUMAH BOS PVKVL PEKERJA Bersama Gabungan Ngo & Kanda Yusof Azmi |...

Pengawal peribadi dipukul: Orang berpuasa isu besar dalam negara - Hamzah

 

Hasimi Muhamad
Pengawal peribadi dipukul: Orang berpuasa isu besar dalam negara - Hamzah
Terdahulu, Astro AWANI melaporkan dua pengawal peribadi terbabit cedera dalam kejadian di sebuah kondominium di Jalan Pinang, ibu negara. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Perbuatan menghalang orang Islam berpuasa di bulan Ramadan adalah satu perkara yang besar dan serius, tegas Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Justeru, Menteri Dalam Negeri itu telah mengarahkan pihak polis untuk menyiasat secara terperinci berhubung kes dua pengawal peribadi yang dipercayai dipukul sehingga cedera oleh majikan mereka gara-gara berpuasa.
“Kita kena ambil tindakan yang tegas kalau sesiapa melakukan sesuatu perkara yang boleh menyebabkan ketidakpuasan terutamanya semata-mata kerana isu berpuasa.
“Jadi orang berpuasa ini adalah isu yang paling besar dalam negara kita.
“Kita kena faham bahawa dia orang Islam perlu berpuasa, kenapa orang bukan Islam hendak suruh jangan berpuasa? Ia sesuatu yang salah,” katanya dalam Sidang Media Wacana Meja Bulat di sini pada Khamis.
Mengulas lanjut, Hamzah berkata polis tidak akan berkompromi dengan insiden tersebut.
Katanya, tindakan tegas akan diambil kepada individu berkenaan sebaik sahaja pihaknya mengenal pasti punca sebenar insiden tersebut.
Kes Pukul | Dua 'bodyguard' dipukul kerana berpuasa
Terdahulu, Astro AWANI melaporkan dua pengawal peribadi terbabit cedera dalam kejadian di sebuah kondominium di Jalan Pinang, ibu negara.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, berkata siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa bekerja di sebuah syarikat keselamatan dan dilantik sebagai pengawal peribadi suspek.
"Semasa berada di kondominium terbabit, suspek yang merupakan majikannya telah bertanya adakah mereka berpuasa ketika hari kejadian.
“Setelah diberitahu mereka berpuasa, suspek bertindak memarahi dan menampar kepala mangsa,” katanya.

MALULAH!!!MAK LAMPIR?GPS KATA TAK ADA RUANG BERSATU DI SARAWAK/MENGAKU W...

TIDAK BERINTEGRITI KALAU BERBOHONG. PENUNGGANG AGAMA



Beliau berkata, Johor sebagai negeri tempat “kelahiran” parti keramat itu, maka UMNO Johor perlu bangkit kembali bagi menguasai kerajaan. “Johor memang daripada dahulu menjadi benteng kekuatan UMNO. Seperti yang kita tahu, UMNO ditubuhkan di Johor, jadi UMNO Johor perlu bangkit kembali menguasai kerajaan.”





VIDEO Jenayah | Suspek pukul pengawal dipercayai terlibat pelbagai jenayah

Pukul 'bodyguard' berpuasa: Polis bongkar suspek dalang sindiket, rampas emas, wang RM28.45 juta

 Astro Awani

Pukul 'bodyguard' berpuasa: Polis bongkar suspek dalang sindiket, rampas emas, wang RM28.45 juta
Polis merampas 100 jongkong emas seberat 100 kilogram selain 12,500 keping wang kertas AS$100 dengan nilai keseluruhannya mencecah RM28.45 juta. - Gambar/ Sinar Harian
KLANG: Penangkapan lima suspek suspek kes pukul dua pengawal peribadi hanya kerana mereka berpuasa, membongkar aktiviti sindiket perjudian dalam talian, pengubahan wang haram dan along.
Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, berkata polis mengesan kegiatan jenayah sindiket itu dalam serbuan dan tangkapan susulan laporan berkaitan kes pukul yang diterima membabitkan pengawal peribadi terbabit.
Katanya, lima yang ditahan termasuk majikan mangsa yang merupakan supek utama. Semua mereka berusia antara 35 hingga 47 tahun ditahan dalam operasi di Klang dan Kuala Lumpur pada Rabu.
Katanya, polis merampas 100 jongkong emas seberat 100 kilogram selain 12,500 keping wang kertas AS$100 dengan nilai keseluruhannya mencecah RM28.45 juta.
Beliau berkata, turut dirampas adalah pistol dan rotan yang dipercayai digunakan dalam kejadian memukul pengawal peribadi pada Selasa malam.
"Suspek utama dalam kejadian itu dipercayai sudah menjalankan kegiatan haram berkenaan sejak beberapa tahun lepas. Buat masa ini, suspek tiada rekod jenayah.
"Jadi kita akan menyiasat dengan lebih mendalam sindiket yang dijalankan oleh suspek.
"Hasil siasatan awal suspek terlibat dalam kegiatan haram terutama along dan judi haram. Pengawal peribadi (yang dipukul) ini, mereka bekerja dengan syarikat ini dan syarikat terlibat dalam aktiviti along dan juga judi haram," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Media sebelum ini melaporkan, dua pengawal peribadi dibelasah, diacukan pistol dan diugut bunuh hanya kerana berpuasa di sebuah rumah di Batu Nilam, Klang, pada Selasa malam.
Arjunaidi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 324, Seksyen 298, Seksyen 307 Kanun Keseksaan; Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 serta Seksyen 5 (2) Akta pemberi pinjam wang 1951.
Sementara itu, Arjunaidi berkata, kes pukul dan acu pistol berkenaan lebih kepada berbentuk peribadi dan tiada kaitan dengan isu perkauman atau keagamaan.

VIDEO : MUHYIDDIN BAKAL JADI NAJIB KE DUA : TULAR VIDEO MUHYIDDIN DIMARAHI KETIKA SINGGAH DI BAZAAR RAMADAN









MAHIADDIN BAKAL JADI NAJIB KE DUA ( VIDEO SUARA RAKYAT MARAH KETIKA MELAWAT BAZAR RAMADHAN)

 

Ketika ini sedang bertebaran di media sosial satu klip video kunjungan Perdana Menteri, Mahiaddin Md Yasin ke bazar ramadan di Precint 3, Putrajaya semalam yang di dalamnya kedengaran suara peniaga menjerit marah dan tidak puas hati terhadapnya.

Dengan suara yang tidak begitu jelas dan terputus-putus itu, antara jeritan yang kedengaran ialah:-

Video Player
00:00
00:17

“Tak malu ke? Hari-hari kami kerja, hari-hari kami turun..!”

“Hujan panas kami turun.. tak payahlah Tan Sri (tak jelas).”

“Tan Sri jalan pergi! Tan Sri jalan pergi…!”

Sesungguhnya tidak pernah mana-mana Perdana Menteri diperlakukan sebegini rupa sebelum ini.


Baik Tun Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Badawi atau Najib Razak, meskipun masing-masing tidak terkecuali ada membuatkan rakyat marah dan tidak puas hati, tetapi tidaklah sampai mereka diperlakulan sebegini.

Hanya Mahiaddin yang menerima layanan buruk seperti ini dalam kunjungan seorang Perdana Menteri ke mana-mana bazar ramadan selama ini.

Bayangkan, jika esok lusa beliau turun lagi ke bazar ramadan yang lain, tidak mustahil, berinspirasi daripada kejadian di Precint 3 itu, kejadian yang sama akan berulang lagi.

Mana Perdana Menteri nak letak muka?

Selain itu, jika diperhatikan dalam video tersebut juga memperlihatkan kehadiran Mahiaddin tidak begitu dipedulikan oleh pengunjung bazan ramadan itu.

Yang ramai di sekeliling beliau dalam kunjungannya itu ternampak hanyalah pengawai peribadi dan kakitangan Pejabat Perdana Menteri saja.

Kenapa jadi begini?

Rasanya tidak perlu dihuraikan satu persatu sebab-sebabnya, Mahiaddin sendiri tentu tahu dan sedar mengapa rakyat kini begitu benci dan meluat kepadanya sehingga menjerit marah kepadanya.

Kalau sampai diperlakukan begini, turun ke bazar ramadan pun dijerit dengan suara-suara kemarahan, bermakna kedudukan beliau di mata rakyat sudah berada di tahap yang parah sebenarnya.

Najib yang kalah PRU14 pun tidak sampai diperlakukan seperti ini sebelumnya.

Dengan petunjuk ini, sebelum kalah dalam PRU nanti, baiklah Mahiaddin letak jawatan saja.

Apabila rakyat sudah marah, ia sudah tiada ubatnya lagi, kecuali pemimpin berkenaan “berambus” dengan segera atau mereka akan “menghumbannya” melalui peti undi.

Sebagai pesanan ikhlas, belum terlambat lagi untuk Mahiaddin mengelakkan dirinya daripada menjadi Najib yang kedua yang dihumban rakyat dalam pilihanraya. 


(Shahbudindotcom 15/04/2021)


Kabotaj: PM perlu buat keputusan segera

 

Pada 

Oleh B. Suffian

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu membuat keputusan serta-merta antara meneruskan dasar kabotaj Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong yang gagal atau menyelamatkan masa depan digital Malaysia.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, Muhyiddin tidak boleh berlengah-lengah dua minggu untuk ‘semakan semula yang tidak bermakna.’

“Adakah Kerajaan PN sekarang begitu tidak tegas dan tidak kompeten sehingga mereka perlu melibatkan enam kementerian dalam perkara yang mudah seperti ini?

“Di bawah Pakatan Harapan (PH), perkara ini diputuskan dengan berkesan oleh Kementerian Pengangkutan tanpa sebarang masalah berdasarkan amalan terbaik antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kabinet sebelum ini dilaporkan mengarahkan kementerian berkaitan mengemukakan laporan mengenai kesan pengecualian dasar kabotaj terhadap pelaburan digital dan industri perkapalan tempatan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, berkata ia membabitkan kementeriannya, Kementerian Kewangan (MOF), Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Kementerian Pengangkutan (MOT), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC).

Dalam pada itu, Guan Eng berkata, pengecualian kabotaj yang membolehkan kapal asing melakukan pembaikan kabel dasar laut ini telah diberikan pada Mac 2019 oleh Menteri Pengangkutan PH. Anthony Loke Siew Fook.

Menurutnya, Ka Siong menarik balik pengecualian kabotaj pada 13 November 2020.

Guan Eng menjelaskan, syarikat teknologi seperti Google, Facebook, Amazon dan Microsoft telah menulis surat kepada Perdana Menteri sebanyak dua kali, membuat permintaan mendesak untuk mengembalikan pengecualian tersebut.

“Keempat-empat syarikat teknologi itu menyatakan bahawa pembatalan pengecualian kabotaj telah mengurangkan daya tarikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan untuk teknologi, menyekat rakyat dan perniagaan Malaysia yang bergantung pada Internet serta melanggar Pelan Pembangunan Ekonomi Digital Malaysia (MyDigital).” katanya.

Jelas, tambahnya, pembatalan oleh Ka Siong itu akan menghalang pencapaian objektif MyDigital, seperti menarik lebih banyak kabel dasar laut dan pelaburan pusat data ke negara ini, meningkatkan daya saing ekonomi melalui digitalisasi, dan mengembangkan bakat digital yang kompetitif di peringkat antarabangsa. 



Pengerusi Tabung Haji bakal ‘diterajang’ oleh kerajaan PN?

 


Pengerusi Tabung Haji bakal ‘diterajang’ oleh kerajaan PN?


Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Datuk Seri Amrin Awaludin disebut-sebut akan meninggalkan entiti itu untuk menerajui Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji).

Difahamkan pelantikan Amrin sudah mendapat persetujuan kerajaan.

Malah, MalaysiaGazette difahamkan berita ini juga sudah berlegar di Tabung Haji.

Beliau disebut sebagai pengganti Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff, dikatakan akan meninggalkan Lembaga Tabung Haji selepas hampir dua tahun tahun memimpin institusi tersebut.

Nik Mohd Hasyudeen, 56, dilantik sebagai Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH pada 1 September 2019 selepas Datuk Zukri Samat menamatkan kontraknya lebih awal.

Kontrak Nik Mohd Hasyudeen di Tabung Haji sehingga 31 Ogos ini.

Nik Mohd Hasyudeen meneruskan pelan pemulihan TH yang dimulakan oleh Zukri dan proses itu berjalan lancar.

Sebelum ini, MalaysiaGazette memetik sumber yang berkata, perubahan peneraju dalam TH akan dilakukan tidak lama lagi memandangkan organisasi itu kini berada pada landasaan baik.

Malah, individu pengganti sudah berada ‘dalam senarai’,  dipilih atas dasar keyakinan mampu mengukuhkan proses tadbir urus serta pengurusan telus bagi menjaga kepentingan pendeposit, sekali gus membawa kecemerlangan TH.

Amrin bukan nama baharu dalam dunia korporat kerana sebelum menerajui LTAT, beliau menggepalai Boustead Holdings Berhad dan Sime Darby Property Bhd, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.





Jangan jadi seperti Neelofa, PM ‘warning’ pengunjung bazar Ramadan patuhi SOP

 


Jangan jadi seperti Neelofa, PM ‘warning’ pengunjung bazar Ramadan patuhi SOP


Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan pengunjung bazar Ramadan di seluruh negara agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi mengelak daripada jangkitan Covid-19.

Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Muhyiddin berkata, keadaan Covid-19 belum reda dan semua pihak perlu berhati-hati untuk menjaga keselamatan diri dan orang di sekeliling.

“Amalkanlah penjarakan fizikal dan cuci tangan menggunakan ‘sanitizer’ (cecair pembasmi kuman) sebelum dan selepas berada di tempat yang dikunjungi ramai orang,” katanya.

Terdahulu, Muhyiddin meluangkan masa berkunjung ke bazar Ramadan di Presint 3, Putrajaya pada pukul 5 petang bagi membeli juadah kegemaran di bazar berkenaan.

Muhyiddin berkata, beliau sempat berbual dengan peniaga dan pengunjung selain meninjau tahap pematuhan SOP di bazar Ramadan berkenaan.

Jelasnya, menerusi kunjungannya ke bazar itu, beliau mendapati penganjur mengambil langkah-langkah perlu, antaranya memisahkan laluan masuk dan keluar pengunjung, jumlah gerai dikurangkan bagi mewujudkan jarak bersesuaian serta menempatkan petugas bagi mengingatkan pengunjung mengenai pematuhan jarak fizikal.

Muhyiddin turut mendoakan rezeki para peniaga dilipatgandakan sepanjang bulan Ramadan dan semua pihak termasuk pengunjung bazar dijauhkan daripada jangkitan Covid-19. –



YB ‘babi’ Melaka bertengkar dengan peniaga bazar Ramadan!

 


YB ‘babi’ Melaka bertengkar dengan peniaga bazar Ramadan!


“Saya bertengkar dengan peniaga kerana tak mahu pasar Ramadan ditutup kerajaan negeri sekali gus menyebabkan mereka rugi,” kata Exco Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri Datuk Norhizam Hassan Baktee.

Beliau berkata tindakannya ‘memarahi’ peniaga di Pasar Ramadan Peringgit, dalam satu video yang tular sejak petang semalam, supaya mereka patuh dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

“Saya mengunjungi pasar Ramadan berkenaan kira-kira jam 6 petang untuk melihat SOP yang dilaksanakan penganjur di kawasan berkenaan.

“Bagaimanapun, ada segelintir peniaga terutama yang berniaga di hujung pasar berkenaan, yang minta supaya kerajaan benarkan dua jalan masuk dan dua jalan keluar dibuka di pasar Ramadan berkenaan sekali gus melanggar SOP yang menetapkan hanya satu jalan masuk dan satu jalan keluar dibuka,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Norhizam berkata beliau bagaimanapun tidak akur dengan kehendak segelintir peniaga terbabit kerana sedar jika dituruti, ia akan mengundang masalah yang lebih besar.

“Pasar Ramadan berkenaan menggunakan sistem kupon di mana kita boleh mengehadkan jumlah pengunjung, namun jika dibuka dua jalan masuk akan menyebabkan keadaan tersebut tidak dapat dipantau dengan rapi dan menyebabkan keadaan luar kawalan.

“Perkara ini juga telah dibincangkan dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan mereka bersetuju hanya satu jalan masuk dan satu jalan keluar dibenarkan,” katanya.

Katanya sebahagian besar peniaga lain serta pengunjung juga faham dengan SOP yang ditetapkan kerajaan dalam usaha bersama mencegah penularan wabak COVID-19 yang masih berlaku ketika ini.

“Kerajaan negeri terpaksa mengetatkan SOP demi memastikan tiada kejadian tidak diingini khususnya penularan COVID-19 dan untuk melindungi kepentingan peniaga sendiri juga,” katanya. 






KALI NI LANTAK KE HANGPA LA.....MASA PEMBANGKANG SARAN SEDIAKAN MORATORIUM 40 BILLION, UNTUK DARURAT , MAHIDDIN TAK MAHU...KINI DAH GUNA 600 BILLION PULA.

 

Kerajaan tidak berhasrat laksana PKP kali ketiga - PM

Astro Awani
Kerajaan tidak berhasrat laksana PKP kali ketiga - PM
Bagaimanapun, Muhyiddin menjelaskan PKP bersasar akan dilaksana di tempat tertentu yang berpotensi mencetuskan penyebaran. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan kerajaan tidak berhasrat melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali ketiga.
Beliau memaklumkan perkara berkenaan dalam satu dialog dengan persatuan dan dewan-dewan perniagaan yang dianjurkan oleh kementerian perdagangan antarabangsa dan industri di ibu negara hari ini.
“Tolong terus sediakan kemudahan selamat dan sesuai yang akan membantu memastikan tiada kesesakan dan mempertingkatkan kebersihan tempat tinggal pekerja, yang akan membantu mengurangkan risiko penyebaran virus.
“Ini juga peringatan bahawa kerajaan tidak berhasrat melaksanakan semula PKP.
“Bagaimanapun PKP bersasar akan dilaksana di tempat tertentu yang berpotensi mencetuskan penyebaran,” katanya lagi.


MALU APA BOSSKU-KALI NI UMNO NAK KATA APA? MACAI TAK KAN LIHAT SAHAJA? DAH KATA TAK SALAH? HADI TAK KELUAR FATWA

 

Terkini! Najib menghampiri penjara, pendakwa raya dedah pelaburan hampir RM4 bilion SRC ‘palsu’

Terkini! Najib menghampiri penjara, pendakwa raya dedah pelaburan hampir RM4 bilion SRC ‘palsu’

Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu bahawa pelaburan berjumlah hampir RM4 bilion dari SRC International adalah palsu.

Timbalan pendakwa raya, V Sithambaram berkata demikian semasa mendengar rayuan Najib Razak berhubung kes penyelewengan RM42 juta dana SRC.

DPP merujuk kepada pelaburan yang dikatakan hampir RM4 bilion daripada pinjaman Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) kepada SRC.

Sebelum ini dilaporkan bahawa sekitar RM3.6 juta dihantar oleh SRC ke institusi kewangan di Switzerland untuk dijadikan simpanan tetap, yang akhirnya dibekukan oleh pihak berkuasa Switzerland.

Juga dilaporkan bahawa baki selebihnya dilaburkan ke Indonesia dan Mongolia.

Sithambaram berkata Najib telah memberi keterangan dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi bahawa tidak ada apa-apa yang berlaku dengan dana pelaburan kerajaan tersebut.

DPP berpendapat pasukan peguam Najib membuat pembelaan palsu kerana tidak ada apa-apa yang berlaku dengan pelaburan dana kerajaan tersebut, susulan pinjaman RM4 bilion yang diberikan oleh KWAP kepada SRC antara penghujung 2011 dan awal 2012.

“Keseluruhan (pelaburan hampir RM4 bilion) ini adalah palsu. Tidak ada apa yang berlaku (dengan pelaburan itu). Wang keluar, tetapi tiada siapa (dalam SRC atau Najib) kelihatan tahu apa-apa, ”kata Sithambaram.

Di antara tujuh pertuduhan ke atas Najib adalah tuduhan salah guna kuasa, di mana bekas perdana menteri itu didakwa melakukan kesalahan itu ketika mempengerusikan dua mesyuarat kabinet yang memberi jaminan kerajaan untuk pinjaman RM4 bilion berkenaan.

Bagi tuduhan salah guna kuasa di bawah Seksyen 23 Akta SPRM, Najib didakwa meluluskan jaminan kerajaan bagi pinjaman berkenaan sebagai balasan  menerima sogokan sebanyak RM42 juta.

 

Semasa perbicaraan hari ini, Sithambaram menjelaskan bahawa meskipun penubuhan SRC bukan penipuan, namun aliran keluar hampir RM4 bilion dari SRC dan yang dilaburkannya adalah palsu.

DPP memberi respon terhadap pertanyaan hakim Mahkamah Rayuan, Abdul Karim Abdul Jalil, yang mempengerusikan panel tiga hakim hari ini.

Karim: Anda mengatakan bahawa (pelaburan hampir RM4 bilion) ini adalah untuk menyamarkan niat (jenayah) yang sebenarnya?

Sithambaram: Ya, yang arif.

“Sekiranya mereka melakukannya (pelaburan hampir RM4 bilion) dengan baik di Malaysia, saya akan bangga dengan mereka mereka kerana tidak akan ada kegagalan kuasa di Malaysia,” kata Sithambaram yang membuat isyarat dengan lidahnya sehingga mengundang ketawa orang ramai di galeri awam.

SRC merupakan bekas anak syarikat 1MDB dan kemudian menjadi milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan.

Selain merupakan bekas perdana menteri, Najib juga merupakan bekas menteri kewangan, bekas penasihat emeritus SRC dan bekas pengerusi lembaga penasihat 1MDB.

Perbicaraan di hadapan panel tiga hakim berlangsung hari ini dan dijangka disambung sehingga petang ini.

Hakim yang lain adalah hakim Vazeer Alam Mydin Meera dan Has Zanah Mehat.

Pada 28 Julai tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati Najib bersalah atas satu tuduhan salahguna kuasa, tiga tuduhan pecah amanah (CBT), dan tiga tuduhan pengubahan wang haram berkaitan dana RM42 juta SRC.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali kemudian menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib.

Namun, mahkamah membenarkan permohonan pasukan peguam untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan bagi membatalkan hukuman tersebut. –





VIDEO ISU TERKINI GAJI SISWAZAH : (Isu Semasa) Anwar Ibrahim: Saya Terkait Masalah Tahap Gaji Graduan Saa...

TERKNI VIDEO ; ((GEMPAR)) LOKMAN ADAM DI TAHAN POLIS? TINDAKAN TERDESAK MUHYIDDIN? JAN-...

BILA SATU KEMENTERIAN DI BERI 3 JANTAN JAGA....

 

Gaduh duit negara dah kurang. Kabinet paling ramai. Waktu kerajaan PH dulu, satu kementerian yang hanya satu menteri boleh jaga hal Sain, teknologi, Tenaga dan alam sekitar dan iklim. Kerajaan PH bayra gaji untuk seorang menteri. Wanita je pun.

 

Bila kerajaan tebuk atap tanpa mandat rakyat ini memerintah, dipecahkan kementerian tersebut kepada tiga kementerian dengan tiga menteri. Jantan-jantan  bertelor pulak tu. Tapi apa mereka buat? Berapa banyak duit rakyat habis untuk bayar gaji mereka? Itu belum lagi timbalan menteri, pegawai-pegawai  masing serta kemudahan-kemudahan menteri.

 

Memang ranaplah ekonomi negara daapt kepada yang tidak bertanggungjawab. Lebai pulak bersekongkol denagn kerja pembaziran ini. Baca ayat

hebat, "pembaziran itu amalan syaitan", tapi itulah yang abah buat...lebai redho…redho…walaun gak yang bodo.

Menariknya jadi menteri bawa sampah masuk..sedangkan masa PH dulu sampah dihantar pulang ke negara masing masing kerana tidak ikut piawaian dan merosakkan alam sekitar..dapat pada pak lebai...sampah diangkutnya masuk.....apa punya lebai...


May be an image of 4 people and text that says "MENTERI PH YB YEO BEE YIN Menggalas tugas 3 menteri lelaki Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Gaji: RM53, sebulan MENTERI PN suara.ra SR SHAMSUL ANUAR LEBAI TUAN IBRAHIM KHAIRY JAMALUDDIN Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi RM61,188.22 RM61, sebulan Menteri Tenaga dan Sumber Asli Menteri Alam Sekitar dan Air RM58,070.48 sebulan RM57,227.20 sebulan"




 

KEADILAN Perlis azam tawan 2 kerusi Parlimen BN PRU 15

 


KEADILAN Perlis berazam untuk merampas dua kerusi Parlimen milik BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.

Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Perlis, Amran Kamaruddin, keupayaan merampas kerusi BN bukanlah cakap kosong sebaliknya terdapat tanda-tanda rakyat Perlis mahu berubah selepas sekian lama diperintah BN dan muak dengan kerajaan Perikatan Nasional yang tiada hala tuju.

"Tiga kerusi Parlimen iaitu Arau, Kangar dan Padang Besar mampu dipertahankan dan dirampas dalam PRU akan datang.

"Parlimen Kangar telah dimenangi oleh KEADILAN dalam PRU yang lalu dan tidak menjadi kesukaran kepada KEADILAN dan Pakatan Harapan (PH) untuk mempertahankannya manakala dua lagi kerusi Parlimen iaitu Padang Besar dan Arau harus dirampas dalam PRU ke 15.

"Manakala 5 kerusi DUN yang telah ditandingi oleh Bersatu pada PRU yang lalu akan turut dirampas bagi memastikan kesemua 15 kerusi DUN Perlis menjadi milik PH pada PRU kali ini," kata beliau dipetik.

Amran yang juga merupakan Ketua Cabang KEADILAN Padang Besar berkata, tiada yang mustahil sekiranya rakyat mahu BN ditukar.

Cuma, katanya, kerjasama dalam PH harus dipertingkatkan bagi menunjukkan pakatan itu mampu memerintah Perlis.

Dalam PRU lalu KEADILAN berjaya mengambilalih kerusi Parlimen Kangar dari BN. Dua lagi, Arau dan Padang Besar dikuasai BN.

 

BANGUN...BANGUN...BANGUN.....WEIII ...DAH TENGAHARI NAK P KEDAI BELI AYAM.....

 May be an image of 5 people, people standing and text that says "2019 19.99 2021 LOG MASUK LANGGAN Kosmo! RM price: NEGARA ANWAR 5.99 RAKYAT CHICKEN αν Lin (kanan) ditemui ketika tinjauan harga ayam dilakukan Pasar Awam Desa Mayang, Bayan Baru semalam. Harga ayam bakal naik RM10 sekilo Oleh KOSMO! April 2021, 9:05 am MENTERI TIDUR?"

Lantik sikit punya ramai menteri. Saiz kabinet terbesar pernah negara miliki. Tapi dalam ramai-ramai tu seorang menteri pun tak boleh diharap untuk kawal harga ayam.

Elok bela 700 ekor kerbau dari 70 orang menteri. Lebih mendatangkan hasil dari bayar gaji puluhan ribu setiap bulan. Kos bayar menteri ramai-ramai tu, kalau dibuat bela ayam, silap haribulan Malaysia dah jadi pengeluar ayam utama dunia dalam tempoh 2 tahun.

 






MANA PEJUANG TOLAK I-CERD I CERD....DIAM DAH SEMUANYA....

 

PUSING SELAGI BOLEH PUSING

ICERD: Saya bukan menteri bertanggungjawab, kata Saifuddin

malaysiakini.com
ICERD: Saya bukan menteri bertanggungjawab, kata Saifuddin
Pada 23 Nov 2018, Saifuddin yang merupakan Menteri Luar ketika itu dipetik sebagai berkata, keputusan kerajaan tidak meratifikasi ICERD diputuskan sebulat suara dalam mesyuarat kabinet.


 BOB KELANANG


Biasa la... time ini Menteri Komunikasi dan Multimedia, Saifuddin Abdullah sedang di puncak kuasa... jadi boleh la dia nak pusing selagi boleh pusing cerita tentang ICERD... boleh la apa yang dia cakap akan dicover oleh media... bekap sana-sini... siap boleh kata dia xterlibat dan bukan idea dia...

KOH KOH KOH.... boleh plak dikatakan yang idea ICERD tu adalah idea Mahathir Mohamed semata-mata... walhal masa itu Saifuddin Abdullah ni la sedang menjawat jawatan Menteri Luar...

KOH KOH KOH…

Macam mana Menteri Luar boleh kata dia xterlibat...

KOH KOH KOH... lawak siot...

Boleh plak Saifuddin Abdullah kata ini semua keputusan sebulat suara Kabinet... dan dia xder kuasa nak bantah pun...

KOH KOH KOH... lawak... lawak...

Takper la.... kau boleh cakap apa sahaja sekarang... tapi orang tetap tau siapa ngko... lalang yang xder pendirian... sotong yang xder tulang belakang...

KOH KOH KOH... spesis parasit yang akan hinggap sana sini...

KOH KOH KOH… jilaker!!

Jatuh saja PH semua dah lulus..Isma pun diam..walaun..masuk gua…macai lari selam lam selut…

 

KISAH PENUNGGANG AGAMA.DALAM FILEM GUNA AGAMA SAPU DUIT,REALITI,DAPAT TAJAAN RASUAH LUPA AKHIRAT

 





MOHD MUKHLIS

Sebab itu orang cakap, integriti ini satu benda yang murah di mulut tapi mahal di perbuatan. Tak guna berserban dan berjubah 24 jam kalau bab cukung umrah pun tak boleh nak lawan.

Teringat pula dengan hadis nabi yang sangat-sangat tepat dengan isu ini.

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: “Akan muncul pada akhir zaman, golongan yang mencari dunia dengan agama. Di hadapan manusia, mereka memakai pakaian daripada bulu kambing untuk memberi kesan kerendahan hati mereka, lisan mereka lebih manis daripada gula namun hati mereka adalah hati serigala (sangat suka harta dan kedudukan).” Firman Allah, “Apakah dengan kasih-Ku (kasih dan kesempatan yang Aku berikan), kamu tertipu ataukah kamu berani kepada-Ku. Demi Diri-Ku, Aku bersumpah, Aku akan mengirim bencana dari antara mereka sendiri yang menjadikan orang-orang santun menjadi kebingungan (apalagi selian mereka) sehingga mereka tidak mampu melepaskan diri darinya.” (Hadis riwayat At-Tirmidzi)