JANGAN KUTUK UMNO...DULU PROJEK MAT JENIN TANAM PADI ATAS BUMBUNG RUMAH MACAMANA???



Sanusi: Umno 'pupus' jika Abdullah kekal
YANG AKAN MEMUPUSKAN UMNO IALAH ORANG SEPERTI SANUSI,RAHIM TAMBI CHIK,HISHAMUDDIN HUSSEIN,RAFIDAH AZIZ,ZAINUDDIN MAIDIN,HAMID OTHMAN,ZAID HAMIDI,NAZRI AZIZ, AZIZ REMPIT,PEMIMPIN PEMUDA,DAN SEANGKATAN DENGANNYA,KETUANYA MAHATHIR MOHAMMAD.

May 26, 08 11:30am

Bekas menteri besar Kedah Tan Sri Sanusi Junid meramalkan Umno akan mengalami "kepupusan" pada pilihanraya umum akan datang jika Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terus memimpin parti itu. Sanusi, yang keluar Umno bersama Tun Dr Mahathir Mohamad minggu lepas, berkata kebimbangan itulah yang menyebabkan bekas presiden Umno itu meninggalkan parti. "Tun Mahatir tidak mahu lihat Umno ini hapus. "Kalau macam sekarang, habis pilihanraya kita tengok macam mana pelantikan menterinya, kita lihat bahasa-bahasa yang digunakan dan komentar-komentar mereka. "Jika ia berlanjutan, pada tahun 2013, Umno akan pupus," katanya, seperti laporan Harakahdaily.net hari ini.
Mengulas sebab beliau mengisyhtiharkan keluar parti, Sanusi berkata, tiada faedahnya terus kekal dalam Umno jika tidak menampakkan sebarang perubahan memulihkan kemerosotan Umno sejak pilihanraya umum lalu. "Kalau dia (Mahathir) tunggu dalam Umno dan tunggu sehingga 2013, maka dia adalah sebahagian daripada kemusnahan Umno dan dia adalah sebahagian daripada pemimpin yang tak mampu pertahankan Umno," Sanusi dipetik sebagai berkata. Beliau juga dilaporkan berkata lebih baik Tengku Razaleigh Hamzah mengambil alih tugas perdana menteri berbanding Abdullah kerana ahli parlimen Gua Musang masih belum ada kepentingan keluarga dan peribadi.

ELOK JUGA KELUAQ KEADILAN KALAU JASA TIDAK PERNAH DIKENANG


KETIKA MULA ERA REFORMASI..AKU BERSAMA WEB RN REFORMASI NASIONAL YANG MENDUDUKI RANGKING KE 3 SELEPAS MAHAZALIM DAN JUGA HARAKAHDAILY DARI SEGI HITS KUNJUNGAN PARA REFORMIS..EZAM PENGGERAK PERJUANGAN GERAKAN REFORMASI..KEMUDIAN ERA CIKGU BARD MENAMPAK KAN GAYA EZAM..YANG LAIN MENYEBABKAN PEMUDA KEADILAN LESU HINGGA SEKARANG .....


Badrul sertai Umno bersama Ezam?



Muda Mohd Noor May 26, 08 3:47pm


Ahli Majlis Pimpin Tertinggi (MPT) PKR, Badrul Hisham Shaharin enggan mengulas ura-ura bahawa beliau akan menyertai Umno bersama bekas ketua Angkatan Muda (AMK) parti itu Mohd Ezam Mohd Nor."Saya tidak mahu komen mengenai perkara itu. Tetapi saya akan membuat pengumuman selepas saya berbincang dengan Ezam."Saya menerima banyak pertanyaan mengenai perkara ini tetapi ketika ini saya enggan membuat komen," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.


Beliau diminta mengulas satu coretan di sebuah blog yang mendakwa "satu pertemuan sulit" antaranya dengan Ezam beberapa minggu sebelum bekas setiausaha Datuk Seri Anwar Ibrahim itu dilaporkan akan menyertai Umno.Dalam pertemuan tersebut, menurut blog itu lagi, Mohd Ezam meyakinkan bekas calon parlimen Rembau itu agar turut menyertai Umno "bagi mengukuhkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan menyekat kemaraan penentang-penentang perdana menteri".


"Dengan ini 'reformasi' dan perang melawan rasuah lebih mudah untuk dilakukan," catatan di blog itu dipetik, yang mendakwa ia menerima maklumat tersebut daripada mesej emel yang dikirimkan kepadanya. "Ezam juga menjanjikan jawatan besar kepada Badrul jika beliau setuju untuk masuk Umno."Kedua-duanya aktif dalam AMK sebelum Ezam meninggalkan sayap pemuda itu dan kemudian bersama Gerakan Demokrasi dan Anti-Korupsi (Gerak), yang ditubuhkan Ezam, selepas pemimpin itu meninggalkan PKR.Badrul terpilih sebagai anggota MPT dalam mesyuarat agung PKR tahun lepas.
RAKYAT MALAYSIA BERI KOMEN ANDA