Beliau adalah salah seorang tenaga pengajar yang selalu memberikan kuliah dan pengajaran di merata tempat termasuk di Negeri Pahang.

Saya telah mendapat maklumat bahawa ajaran beliau khususnya di dalam "Asmahul Husna" telah diharamkan oleh Majlis Fatwa Negeri Sembilan. Sekiranya maklumat yang terkandung di dalam surat dari Majlis Fatwa Negeri Sembilan ini benar, diharapkan Majlis Fatwa Negeri Pahang boleh melakukan perkara yang sama bagi menghilangkan keraguan masyarakat Islam khususnya di negeri ini.