Pembayaran Kos Penghakiman Mahkamah Sesyen oleh Ustaz Dusuki



1.  Saya telah dimaklumkan oleh peguamcara saya pada minggu lepas bahawa peguam Ustaz Dusuki telah menghubungi mereka untuk menyelesaikan tuntutan saya untuk jumlah sebanyak RM11,000.00 iaitu kos yang diberikan oleh Hakim pada 14 September 2022 dalam perbicaraan di Mahkamah Sesyen Shah Alam.


2.  Saya mengesahkan bahawa Ustaz Dusuki telahpun membuat bayaran tersebut pada hari ini melalui peguam beliau. Lanjutan dari itu, saya telahpun mengarahkan peguam saya untuk menarikbalik Saman Penghutang Penghakiman yang ditetapkan untuk pendengaran di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada hari Jumaat ini. 


3.   Saya ucapkan terima kasih atas pembayaran kos tersebut. Namun demikian, suka saya ingatkan bahawa Ustaz Dusuki masih lagi terhutang kepada saya jumlah kos penghakiman sebanyak RM12,000.00 iaitu sebanyak RM7,000.00 untuk kos rayuan beliau yang telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2 Mei 2023 dan kos sebanyak RM5,000.00 untuk kos rayuan beliau yang telah ditarikbalik di Mahkamah Rayuan Putrajaya pada 23 Ogos 2023.


4.   Kos-kos ini semuanya adalah berkaitan dgn kes yang difailkan oleh Ustaz Dusuki terhadap saya berhubung dakwaan penjualan aset Tabung Haji kepada orang bukan Islam. Kes tersebut telah melalui perbicaraan dan rayuan di tiga peringkat Mahkamah, yang mana umum sudahpun mengetahui keputusan akhir kes tersebut. 


5.  Saya juga telah memfail dan menyerahkan kepada Ustaz Dusuki Saman Penghutang Penghakiman untuk tuntutan kos penghakiman di Mahkamah Tinggi Shah Alam dan tarikh perbicaraan telahpun ditetapkan pada 15 Februari 2024 ini.


6.  Saya berharap agar Ustaz Dusuki dapat  menyelesaikan baki jumlah tuntutan saya sebanyak RM12,000.00 tersebut secepat yang mungkin supaya tindakan-tindakan guaman yang sedang berjalan ketika ini dapat dihentikan dan kita dapat memfokuskan kepada perkara-perkara lain yang lebih penting dan besar manfaatnya kepada ummah. 


Sekian.


YB Senator Datuk Seri Dr Mujahid Bin Yusof Rawa


5 Feb 2024



HARAP PARTI AGAMA PUN TAK BERANI. SEMBANG JA


 

ITU ATAS YANG DI PERTUAN AGONG

 


ADA ILMU SAJA BOLEH CAKAP.


 

PENAKUT


 

UN MODAI TAK DAK..


 

ADA USAHA DARI KERAJAAN. MASA HANG DULU APA ADA? ANGKAT BENDERA PUTIH. MINYAK MASAK 50 HINGGIT.. TELOQ TAK DAK..KEH.. KEH.. KEH..KAKI FITNAH BETOI.




 Ya betul!!! Tapi kan, at least ada la usaha jual barangan murah dari harga pasaran. Daripada PN dulu, mana ada usaha apa-apa. Cuma jual maruah, jual janji, jual cerita bohong. Sampai rakyat terpaksa kibar bendera putih. Orang tua ni sedar diri tak? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


NI APA YANG DIA BUAT? DIA TAK DAK KERJA KOT




 Ni Adun tempat aku ni. Menang atas sokongan orang PH.  Tapi dia menyibuk masa Daim kena dakwa. Dia wakil siapa? Wakil rakyat ke wakil penyangak?


Patut la DUN sendiri dia tak peduli. Dah nak habis satu penggal, apa pencapaian dia aku pun tak tahu. Kadang aku rasa Napsiah Khamis tu pulak Adun aku.


Tengok perangai pemimpin MUDA ni, dah tahu dorang ni suruhan Mahathir. Next PRU/PRN memang hanyut la ko. Bakal hipang deposit terus. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


SSP serah memorandum desak AS hormati keputusan ICJ



 

Sekretariat Solidariti Palestin (SSP) hadir bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Kedutaan Besar Amerika Syarikat (AS), hari ini.



Menerusi satu kenyataan, badan pengerak itu berkata memorendum antara lain bagi menggesa secara konsisten gencatan senjata terhadap Palestin selain menzahirkan kekecewaan AS yang bersekongkol dengan Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai.



"Kami terkejut dan kecewa dengan Amerika Syarikat yang menunjukkan sokongan tersirat terhadap penindasan dan kekejaman sistematik Israel ke atas Palestin walaupun selepas pengisytiharan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) jelas menunjukkan bahawa tindakan Israel merupakan jenayah perang dan pembunuhan beramai-ramai di bawah undang-undang antarabangsa.



"Oleh itu, AS tidak boleh berperanan menjadi sebagai penghubung dalam konflik global pada masa hadapan jika enggan menghormati undang-undang antarabangsa," katanya.

Description: https://static.wixstatic.com/media/4449e2_7d02080e7e024917af6d77c2e59317c6~mv2.jpeg/v1/fill/w_350,h_263,al_c,q_80,usm_0.66_1.00_0.01,enc_auto/4449e2_7d02080e7e024917af6d77c2e59317c6~mv2.jpeg

Serahan memorandum di Kedutaan AS



Justeru, badan kemanusiaan itu menyeru Setiausaha Amerika Syarikat kerajaan Antony J. Blinken mematuhi keputusan ICJ selaku badan kehakiman tertinggi di perintah global.



"Antony J. Blinken sebagai Setiausaha Amerika Syarikat wajib memastikan Israel mematuhi Piagam PBB terutamanya Konvensyen Genosid," jelasnya.



Selain itu, kumpulan pendesak itu juga turut meminta kerajaan AS menghentikan pembiayaan dan sokongan ketenteraan kepada Israel bagi mengelakkan konflik berdarah itu terus berlaku.



"Pihak AS tidak seharusnya membekalkan senjata dan kewangan kepada tentera Israel untuk membunuh kanak-kanak, wanita dan orang awam yang tidak bersalah," ujarnya.



Sebaliknya, kata SSP, pemulihan bantuan kemanusian perlu dibuat bagi mengelakkan krisis kemanusiaan rakyat Palestin terus berlaku.



"Oleh itu, AS wajar segera meminta pihak berkuasa Israel menghapuskan semua sekatan dan halangan untuk memudahkan bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza seperti yang diarahkan oleh ICJ.



"Kegagalan AS untuk menyambut hasrat murni rakyat Malaysia boleh menjejaskan hubungan persahabatan yang telah terjalin lama," jelasnya lagi.



Dalam hal berkaitan, semalam, SSP akan menganjurkan jelajah solidariti Palestin ke seluruh negara sepanjang Februari ini.



Katanya, jelajah tersebut dianjurkan akan bermula di Kuala Lumpur bagi menunjukkan kemarahan ke atas kekejaman Israel terhadap penduduk Palestin di Gaza yang disokong Amerika Syarikat (AS).

 

Pengampunan: Keputusan Agong muktamad atas dasar ihsan - PM



 

Oleh: Helmi Mohd Foad



Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keputusan Lembaga Pengampunan membabitkan hukuman penjara ke atas Datuk Seri Najib Razak adalah suatu perkara muktamad yang diambil oleh Yang di-Pertuan Agong.



Perdana Menteri mengakui bahawa memang tanggungjawab beliau membawa permohonan rayuan bekas Perdana Menteri itu ke Lembaga Pengampunan namun keputusan hanya dibuat oleh baginda.



"Perlembagaan itu tetap Agong bertindak dalam kebanyakan perkara atas nasihat PM, tetapi ada bidang (kuasa) dalam Perlembagaan di mana wewenang budi bicara sepenuhnya adalah Yang di-Pertuan Agong dalam Perkara 42(1).

"Itu Agong harus putuskan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan dan keputusan (baginda) muktamad. Pertimbangan besar bukan undang-undang, itu proses badan kehakiman sehingga ke Mahkamah Persekutuan.



"Pertimbangan utama (Lembaga Pengampunan) ialah soal ihsan, belas ihsan Agong sebagai mercu keihsanan, sama ada Agong pilih beri penjelasan atau tidak, itu wewenang Tuanku," katanya.



Beliau berkata demikian dalam perjumpaan bulanan bersama kakitangan Jabatan Perdana Menteri di Dewan De' Seri Endon PUSPANITA PURI, Putrajaya hari ini.



Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadhillah Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mohd Na'im Mohktar dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.



Perdana Menteri berkata Lembaga Pengampunan harus memberikan pandangan berkaitan permohonan yang dikemukakan mana-mana tahanan berdasarkan Peraturan 113 Peraturan-Peraturan Penjara 2000.



Anwar berkata permohonan rayuan itu tidak semestinya hanya boleh dibuat setelah minimum menjalani satu pertiga hukuman.



"Siapa saja kali pertama ikut prosesnya boleh mengemukakan rayuan, dan kes ini bila rayuan diumumkan, benar Perdana Menteri memastikan rayuan itu didengar. Jadi saya memang akui tanggungjawab itu.



"Tetapi mengapa Perdana Menteri ambil sikap untuk kemukakan cadangan rayuan daripada Najib Razak begitu awal? Saya kata sebaik saya dapat mana-mana rayuan, saya mohon supaya Lembaga Pengampunan bicarakan (bincangkan) jadi agenda 10, 9, 1 atas usul, supaya diberikan pertimbangan oleh Lembaga Pengampunan," ujar beliau.



Anwar berkata beliau telah hadir pada mesyuarat Lembaga Pengampunan pertama pada 9 Disember tahun lalu ketika masih bertanggungjawab ke atas Wilayah Persekutuan dan pada mesyurat berikutnya pada 29 Januari lalu disertai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.

 

Pengampunan Najib Ibarat Hangat2 Tahi Ayam (You try to please everyone &...

Taib Mahmud didakwa dilarikan dari hospital, polis sahkan terima laporan



Polis hari ini mengesahkan menerima laporan bahawa bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Abdul Taib Mahmud didakwa telah diculik dari hospital oleh seorang ahli keluarganya. Taib dilaporkan ketika itu, sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) di Pusat Pakar Perubatan Normah di Kuching. Laporan itu mendakwa seorang ahli keluarga terdekat telah mengeluarkan semua ubat yang melekat pada Taib tanpa memaklumkan kakitangan hospital.

PANAS! HAMZAH ZAINUDDIN MERISIK JAWATAN DI PEJABAT PMO? BENARKAH?

Majlis Perjumpaan YAB Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Ment...

PEJUANG BAHASA GUNA BAHASA INGGERIS.. MMMMMMM....


Terpaling pejuang bahasa 🫢 


Dia pun buat iklan guna Bahasa Inggeris.





BINI BAWA LARI...TEDIA AIHHH


Iswardy Morni


 Polis hari ini mengesahkan menerima laporan bahawa bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Abdul Taib Mahmud didakwa telah diculik dari hospital oleh seorang ahli keluarganya.


Ie bini dia lari kan dia sebab apa? Ada la sebab




Salam takziah kepada YBrs Tuan Haji Khalid Samad dan keluarga.

 

Salam takziah kepada YBrs Tuan Haji Khalid Samad dan keluarga.


Mengikut maklumat, jenazah akan disembahyangkan di Masjid Al Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian selepas solat Isyak Dan akan dikebumikan di Kubor


 


Tok Kenali.

Podcast Yang Bakar Menteri #YBM malam ini akan menampilkan Saudara Faiz dari rancangan Financial Faiz.

JENUH DAH AJAK TIKTOKER... PENAKUT.. PAPAGOMO KA.. PARPUKARI KA... YB VIRAL... LAGI TAK GUNA... 

PUAD ZAKARSHI TAK KAN TAK MAHU. DAH GELAR RAJA FORMULA LA BAGAI. CUBA SAMBUT POTCAST DENGAN MENTERI RAFIZI... KA HANG TAKUT JUGAM? 



Usaha berterusan dari pejabat saya untuk mendapatkan seorang wakil dari Perikatan Nasional masih belum berhasil. Kami akan terus menjemput tetapi setakat ini nampaknya ia seperti menunggu bulan jatuh ke riba.


Sementara itu, saya akan terus memberi ruang kepada rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang untuk bersemuka. Dari episod-episod sebelum ini, ada yang menggunakan peluang ini untuk mengkritik, mendapat pengesahan, ada yang bertanya dan ada yang memberi pandangan.


Saya sedia maklum pandangan yang berbeza-beza mengenai tindakan saya memberi ruang bersemuka ini.


Ada satu pandangan yang mengkritik bahawa ini bukanlah tugas seorang menteri, kerana menteri sepatutnya menumpukan masanya sebagai menteri. Tugas memberi penerangan dan berdepan dengan kritikan ini sepatutnya dijalankan oleh media rasmi kerajaan seperti RTM.


Sebenarnya, setiap program yang disiarkan RTM melibatkan wang rakyat. Tidak silap saya, setiap minit program yang disiarkan di RTM menelan belanja sekitar RM2,000 (boleh disahkan dengan RTM sendiri). 


Jika seorang menteri seperti saya secara berterusan menuntut supaya saya terus muncul di RTM tiap-tiap minggu, bermakna kos penyiaran dihabiskan kepada saya sahaja, sedangkan RTM mempunyai tanggungjawab yang besar meliputi seluruh kementerian dan negara.


Itulah salah satu sebab saya mengambil keputusan memulakan podcast sendiri, supaya usaha menyampaikan maklumat dari Kementerian Ekonomi dibuat tanpa melibatkan peruntukan dan wang rakyat.


Ini akan memberi kebebasan kepada saya menjemput lebih ramai rakyat biasa untuk bersuara dan membincangkan isu-isu ekonomi dan rakyat.


Sama juga dengan usaha menjawab serangan dari aktivis maya pembangkang.


Ia tidak wajar diserahkan bulat-bulat kepada aktivis maya pro-kerajaan kerana tugas itu patut dipikul juga oleh pimpinan politik seperti saya. Kami yang menteri ini perlu turun padang untuk sama-sama menepis, bukannya duduk di pejabat dan berharap kerja-kerja menyampaikan maklumat ini dijalankan oleh aktivis maya pro-bono yang tidak mendapat apa-apa dari usaha mereka.


Malam ini, untuk Episod 3 Yang Bakar Menteri, tetamu seterusnya adalah Faiz Azmi, pengasas Financial Faiz yang aktif memberikan penerangan menerusi platform beliau terutamanya tentang topik-topik celik kewangan. Komen-komen beliau banyak menyentuh dasar dan program ekonomi Kerajaan Madani dan juga isu-isu kewangan rakyat yang sering menjadi perbualan masyarakat. Malam ini beliau diberi peluang untuk mengkritik dan membakar saya secara berdepan. Saudara Faiz juga adalah seorang usahawan digital, jadi saya rasa beliau akan membakar saya mengenai kesusahan yang dihadapi oleh usahawan-usahawan digital seperti beliau.


Jangan lupa ikuti sesi membakar malam ini bermula jam 8 malam di semua saluran media sosial – Facebook, Youtube, X dan Tiktok. Episod 3 YBM juga akan dimuatnaik di Spotify.



Ong Kian Ming ingatkan DAP peranan Tony Pua dalam pendedahan skandal 1MDB.


Bukan setakat DAP, kami pendukung PH semua ingat apa yang Tony lakukan untuk mendedahkan skandal tersebut. Untuk itu, kita ucapkan terima kasih kepada Tony.


Tetapi biar sebesar mana pun peranan Tony waktu itu, tak bererti dia boleh sewenangnya mempertikai YDP Agong. Keputusan pengampunan adalah kuasa YDP Agong.


Bila dia mempersendakan keputusan pengampunan itu, bererti dia mempersendakan YDP Agong. Sebagai orang yang pernah jadi MP dan faham perlembagaan, itu sesuatu yang tak boleh diterima.


YDP Agong berhak memberikan pengampunan yang difikirkan sesuai selepas membuat pertimbangan yang sewajarnya. Kita boleh setuju atau tak setuju tapi tak boleh pertikaikan secara terbuka.


Perbuatan ini jika tidak dibendung, akan mengundang lebih banyak perbuatan biadab terhadap YDP Agong. Maka itu tindakan PDRM memanggil Tony adalah tepat.


Tony dah dewasa. Pernah jadi MP. Dia sepatutnya arif akan kesan dari perbuatannya. Maka tiada keperluan untuk membelanya. Biar saja dia bela dirinya sendiri. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


YIDDIN BUROK SANGKA

 

Learry Jabul

Midin risau dengan indeks harga pengeluaran malaysia (IHPR)... dia kata IHPR berada dalam aliran negative... Hehehe... Midin ooiii.... Jika November 2023, indeks IHPR mencatatkan -1.5% kemudian disember 2023 menurun kepada-1.3%, maknanya ada peningkatan hasil la....


Tiba2 midin kata ia ada kaitan degan kemerosotan pendapatan eksport n kenaikan kos import... Hahaha... Jika sdh nampak ada improvement (drpd - 1.5% kepada - 1.3%) maknanya negara ini sudah kembali ditadbir dilandasan yang betul...



PMX JELASKAN ISU PENGAMPUNAN TERHADAP NAJIB

 





Sewaktu Majlis Perhimpunan Bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini, saya singkap kembali keputusan Lembaga Pengampunan ke atas mantan Perdana Menteri Dato' Sri Najib Razak.


Saya ambil maklum dan faham bahawa keputusan Lembaga Pengampunan minggu lalu telah mencetus wacana meluas serta beberapa pandangan keras daripada segelintir pihak. 


Saya tegaskan keputusan itu dibuat mengikut proses sedia ada dan peruntukan undang-undang. Tidak ada usaha mempercepatkan pengampunan seperti tanggapan pihak tertentu. Sebaliknya  mana-mana rayuan, sama ada oleh Dato' Sri Najib atau sesiapa sahaja yang dikemukakan akan dibawa dan mesti dibicarakan oleh Lembaga Pengampunan.


Proses pengampunan ini bukan semata-mata terkait soal undang-undang, kerana pertimbangan utama adalah soal ihsan dan hak sesiapa untuk bebas memohon, seperti apa yang disebut oleh Yang di-Pertuan Agong sebelum ini sebagai mercu keihsanan atau ‘fountain of mercy’. 


Bahkan Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukan wewenang dan budi bicara penuh bagi Yang di-Pertuan Agong untuk memutuskan urusan-urusan terkait Wilayah Persekutuan yang dibicarakan dalam Lembaga Pengampunan, dan keputusan baginda adalah muktamad.


Namun, ingin saya tegaskan bahawa hal ini tidak sama sekali menggugat pendirian Kerajaan untuk melawan rasuah habis-habisan, ketimbang pihak-pihak tertentu yang hanya bersuara keras terhadap individu yang sudah pun dipenjara namun membisu dan terus bersekongkol dengan pihak-pihak yang menggeledah dan memunggah kekayaan puluhan bilion ringgit wang negara.


#MalaysiaMADANI



RATAPAN SI ANAK TIRI.



 

                    Zunar  cartoonist fan club



UMNO PATUT BOLEH MOVE ON. BANYAK PEMIMPIN LAIN DALAM UMNO YANG BOLEH DIKETENGAHKAN.


 Sebagai parti yang saya pernah aktif dan memegang jawatan di dalamnya, sejujurnya saya berasa UMNO dalam keadaan yang sangat malang ketika ini.

Setelah dua kali kalah dalam PRU iaitu PRU14 dan PRU15 dan ketika sedang terbuka peluang untuk “move on” dan memperbaiki diri, sayang sekali parti itu tidak mengambil peluang untuk melakukannya.

UMNO kalah pada dan hilang kuasa buat pertama kalinya dalam sejarah pada PRU14 adalah berpunca kerana Najib dan skandal 1MDB yang melingkari pentadbirannya.

UMNO ketika itu hanya menang 54 kerusi Parlimen dan jika dicampur atas nama BN, jumlahnya ialah 79 kerusi.

Kalau rakyat atau pengundi ada simpati kepada Najib yang dipenjarakan, UMNO tidak mungkin menang hanya 26 kerusi pada PRU15.

Mengambil kira perkara itu, UMNO sepatutnya sedar, segera bermuhasabah dan berhenti daripada terus memperjuangkan nasib Najib.

Najib patut dilupakan dan sudah tiba masanya UMNO perlu melihat kepada perlunya menonjolkan pemimpin baru untuk menerajui parti itu.

Fokus yang lebih utama sepatutnya ialah mengukuhkan kembali parti, bukan membela kepentingan seorang individu.

Jika Zahid Hamidi dianggap lemah dan berciri diktator di mana cenderung memecat dan menggantung keahlian mereka yang menentangnya, kalau benar pula beliau bakal berundur kerana faktor kesihatan selepas menjalani pembedahan prostat baru-baru ini, pengganti yang ingin ditonjolkan tidak sepatutnya Najib.

UMNO ada Mohamad Hasan selaku Timbalan Presiden, ada Khaled Nordin, Johari Ghani dan Wan Rosdy Wan Ismail sebagai barisan Naib Presiden, malah ada Zambry Abdul Kadir dan lain-lain pemimpin berwibawa yang boleh ditonjolkan sebagai wajah pelapis untuk menerajui UMNO selepas Zahid Hamidi?

Begitu pun, dalam banyak perbualan dengan orang-orang UMNO, mereka merasakan Johari Ghani, kini salah seorang Naib Presiden UMNO serta Menteri Perladangan dan Komoditi paling bersesuaian untuk menerajui UMNO jika parti itu ingin keputusan lebih baik pada PRU16 akan datang.

Kata mereka, dengan Johari mengetuai UMNO melalui proses pemilihan yang perlu diadakan sebelum PRU16, disertai dengan tindakan membawa semula semua pemimpin parti itu yang digantung dan dipecat sebelum ini, harapan untuk melihat ada sinar di hujung terowong lebih mungkin menjadi kenyataan.

Tetapi, agak mengecewakan bila kedengaran masih banyak suara yang mahu Najib digerakkan kembali memimpin UMNO kiranya pada 29 Januari lalu beliau mendapat pengampunan penuh untuk menggantilan Zahid Hamidi yang disebut-sebutkan bakal mengundurkan diri.

Kekecewaan penyokong-penyokong Najib dan mereka yang taksub dengannya, selain kerana bekas Perdana Menteri itu tidak diberi pengampunan penuh, ia lebih didorong kerana beliau dilihat tidak dapat kembali memimpin semula parti dan bertanding pada PRU16 akan datang.

Kenapa masih mahu disandarkan harapan kepada Najib?

Masih tidak sedarkah kepada hakikat bahawa UMNO hilang kuasa pada PRU14 adalah disebabkan Najib dan kalah lebih teruk pada PRU15 juga berpunca kerana rakyat tidak bersimpati dengannya?

Sekarang bila Najib hanya diberi pengurangan hukuman, gambaran paling ketara yang boleh dilihat ialah lebih ramai rakyat yang turut kecewa dan berasakan ia tidak sepatutnya berlaku.

Dalam hal ini, tidakkah UMNO sedar tindakan mereka berterusan membela dan memperjuangkan nasib Najib, bahkan mahu berusaha lagi agar beliau diberi pengampunan penuh dalam waktu terdekat selepas ini, ia adalah suatu tindakan yang bertentangan dengan keinginan majoriti rakyat?

Apakah UMNO mahu hilang lebih banyak kerusi Parlimen lagi pada PRU16 akan datang? – ShahbudinHusin 05/02/2024.



JANGAN LAH LAGI MOHON PENGAMPUNAN. BANDUAN LAIN YANG MENCURI MENAMAT KAN HUKUMAN DENGAN JAYANYA


Menurut anak perempuan Najib Razak, Nooryana Najwa, bapanya berasa kecewa apabila Lembaga Pengampunan hanya memberi pengurangan hukuman penjara dan denda, bukan pengampunan penuh.

Menerusi Instagramnya, anak perempuan Najib itu berkongsikan perasaan bapanya itu selepas balik dari Penjara Kajang.

Katanya, ketika lawatan itu, Najib memegang sehelai kertas ditangannya – keputusan Lembaga Pengampunan.

“Yana bertanya, “Ayah, macam mana?”

“Daddy jawab: “Kecewa, sangat sangat kecewa”

Dalam hal ini, biar saya kongsikan sedikit dapatan singkat saya di kalangan sebilangan kecil rakyat dua tiga hari kebelakangan ini iaitu sejak diumumkan keputusan Lembaga Pengampunan WP mengurangkan hukuman penjara Najib daripada 12 tahun kepada enam tahun dan pengurangan denda daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

Sebagai jawapan mudah, di samping menyedari kuasa memberi pengampunan adalah hak serta budi bicara Yang di-Pertuan Agong ketika itu selaku Pengerusi Lembaga Pengampunan WP, saya hanya berkata, ia dberikan kerana ada permohonan daripada Najib.

“Jika Najib tidak memohon pengampunan, maka tiadalah Lembaga Pengampunan perlu bermesyuarat dan membuat keputusan,” kata saya kepada mereka.

Macam banduan lain, misalnya yang bersalah kerana mencuri makanan atau keperluan untuk disuap ke mulut agar kekal bernafas, atas kesalahan itu mereka biasanya akan dihukum penjara selama beberapa tahun atau bulan.

Oleh kerana mereka itu miskin dan tidak tahu ada ruang untuk memohon pengampunan, maka mereka tidak membuat sebarang permohonan untuk diampunkan.

Mereka sebaliknya hanya reda saja berada di dalam di penjara sehingga sampai waktu untuk dibebaskan.

Kesimpulannya, di sebalik pengurangan hukuman keatas Najib yang diberikan oleh Lembaga Pengampunan itu, rakyat bukan saja tidak gembira, malah jauh lebih kecewa daripada apa yang Najib rasai.

Ini kerana, rakyat sedar skandal 1MDB atau sabitan bersalah dalam kes SRC International yang Najib sudah didapati bersalah itu, ia bukanlah suatu cerita rekaan, fantasi atau fatamorgana.

Skandal itu adalah cerita nyata yang menggegarkan dunia sehingga beberapa filem dan buku diterbitkan kerananya, bahkan hutang 1MDB masih lagi ditanggung kerajaan.

Dengan itu, daripada segelintir kecil perasaan rakyat yang saya sempat berkomunikasi itu, hampir majoriti berasakan Najib tidak perlu diberi apa-apa pengurangan hukuman, jauh sekali pengampunan penuh.

Saya yakin majoriti rakyat lain juga berperasaan yang sama.

Jika ada badan-badan penyelidik yang sedia membuat “survey” lebih menyeluruh tentang perasaan rakyat daripada pelbagai kaum, usia, latarbelakang, pekerjaan dan sebagainya, saya yakin hasilnya pasti tidak jauh berbeza.

Dengan itu, kepada Nooryana Najwa, pesanlah kepada Najib – janganlah berasa terkalu kecewa kerana rakyat jauh lebih kecewa lagi.

Sebagai langkah ke hadapan, jika benar Najib memahami denyut nadi rakyat, adalah disarankan agar beliau tidak lagi cuba mengemukakan apa-apa permohonan berkaitan pengampunannya selepas ini.

Cukuplah sekali saja permohonan itu dilakukan sebelum ini dan sedarlah, rakyat amat tidak gembira kerana baru setahun lebih saja dihukum penjara daripada 12 tahun yang dijatuhkan mahkamah, rayuan sudah dikemukakan kepada Lembaga Pengampunan.

Tak payah lagi mohon pengampunan, sebaliknya berehatlah di Penjara Kajang sehingga 23 Ogos 2028 atau kalau tak dibayar denda RM50 juta yang sudah dikurangkan itu, tambahlah setahun lagi berehat sehingga 23 Ogos 2029. – ShahbudinHusin 04/02/2024.



TAK SEDAR DIRI PUNYA BANGSA

 Larry Jabul


"Solidariti untuk Rohingya" ... Jangan pernah lupa dengan ungkapan ini di tahun 2016... Pergi la manja2 n belai2 Rohingya tuhhh... Tuang presideng mana tuang presideng??



WALAUN BUAT CERITA NAK BURUKKAN KERAJAAN KINI

 

Othman


Mereka lupa zaman abahcow barang lagi mahal.... Atau saja buat lupa untuk burukkan kerajaan Anwar..




BAGUS JUGA KENA SIASAT



Bagus. Tony ni pun lebih kepada suruhan Mahathir je sekarang ni. Mungkin posting dia berniat nak bantu usaha Mahathir juga.


Bagus PDRM panggil dia. Kalau boleh biar dia rasa sekali macamana nikmat hidup dalam penjara. Paling tidak bagi dia setahun.


Biar dia tahu lama ke tak lama setahun dalam penjara. Konon sindir penjara setahun jimat RM50 juta. Dia ingat enjoy duduk penjara tu. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


APA KATA LOKMAN


 

KAH..KAH..KAH

 

Jamzuri Ardani


Cerita Bawang Putih Bawah Merah ... dan lebai bawang 😅😅



KEH..KEH


Isaac Newton

 


Negeri lain jual jaring ikan. Serambai mekah juai jaring manusia pulak..

Berat 6666 ni un ??

😆😆😆

UMNO YANG SALAHKAN UMNO




Learry Jabul



Orang umno sendiri menyalahkn partinya kerana menurut mereka mungkin najib sepatutnya mendapat keputusan rayuan yang lebih baik dari sekarang iaitu pengurangan hukuman...


EJAAN TELAH DI BETULKAN



TAK MINAT, RAMAI LAGI YANG BERMINAT

 

Learry Jabul


Tak ada masaalah jika ada yg tidak berminat, sebab masih ramai lagi pencari pekerjaan yang berminat... Jika status


 


perkhidmatan drpd contract kpd tetap, kemudian SSPA menarik n Caruman kwsp juga meyakinkn... Andai rakyat masih juga menolak utk bekerja dlm sektor kesihatan awam maka itu adalah pilihan mereka...


Fyi, dgn adanya sistem berpencen pun ramai jer penjawat awam di sektor kesihatan memilih utk berhijrah ke swasta... Mereka sanggup hilang pencen n Satu2 nya pilihan yg ada ialah kwsp... Maknanya pencen bkn la isu utama, tp gaji/upah... Sbb itu pentingnya SSPA dikaji...



TANPA KWSP, BAGAIMANA GURU PASTI NAK HIDUP DI MASA DEPAN.

 



Betul ke Harakah buat tajuk ni? Wow... Aku tak tahu sebab aku tak sudi nak follow Harakah ni.


Macam baik, kan Harakah cakna nasib penjawat awam tak dapat pencen? Podachit! Pencen memang tak ada tapi KWSP kan ada. Sama macam pekerja swasta. Dah pekerja swasta selama ni lepas bersara semua jadi pengemis ke?


Itu satu hal. Yang lebih syok, pekerja parti PAS sendiri, guru-guru Pasti, bukan setakat tak ada pencen, KWSP dan PERKESO pun tak ada, malahan gaji pun kurang dari gaji minimum. Dah macam PATI buat mereka. Gila-gila dia peras.


Inilah dinamakan hipokrasi. Konon ambil berat nasib penjawat awam. Tapi pekerja sendiri dia pedajalkan. Aku baru tengok videonya semalam. Yang tak best tu guru Pasti ni tetap salahkan pihak berkuasa juga. Dah dia sendiri yang pajak otak.


PAS ni macam makcik kepochi kat kampung tau. Dia sibuk hal anak dara orang pergi balik kerja naik Grab. Tak manis, katanya. Sekali tengok anak sendiri bunting sebelum menikah. Bersekolah lagi pulak tu. Begitulah perumpamaannya. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.