PMX JELASKAN ISU PENGAMPUNAN TERHADAP NAJIB

 





Sewaktu Majlis Perhimpunan Bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini, saya singkap kembali keputusan Lembaga Pengampunan ke atas mantan Perdana Menteri Dato' Sri Najib Razak.


Saya ambil maklum dan faham bahawa keputusan Lembaga Pengampunan minggu lalu telah mencetus wacana meluas serta beberapa pandangan keras daripada segelintir pihak. 


Saya tegaskan keputusan itu dibuat mengikut proses sedia ada dan peruntukan undang-undang. Tidak ada usaha mempercepatkan pengampunan seperti tanggapan pihak tertentu. Sebaliknya  mana-mana rayuan, sama ada oleh Dato' Sri Najib atau sesiapa sahaja yang dikemukakan akan dibawa dan mesti dibicarakan oleh Lembaga Pengampunan.


Proses pengampunan ini bukan semata-mata terkait soal undang-undang, kerana pertimbangan utama adalah soal ihsan dan hak sesiapa untuk bebas memohon, seperti apa yang disebut oleh Yang di-Pertuan Agong sebelum ini sebagai mercu keihsanan atau ‘fountain of mercy’. 


Bahkan Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukan wewenang dan budi bicara penuh bagi Yang di-Pertuan Agong untuk memutuskan urusan-urusan terkait Wilayah Persekutuan yang dibicarakan dalam Lembaga Pengampunan, dan keputusan baginda adalah muktamad.


Namun, ingin saya tegaskan bahawa hal ini tidak sama sekali menggugat pendirian Kerajaan untuk melawan rasuah habis-habisan, ketimbang pihak-pihak tertentu yang hanya bersuara keras terhadap individu yang sudah pun dipenjara namun membisu dan terus bersekongkol dengan pihak-pihak yang menggeledah dan memunggah kekayaan puluhan bilion ringgit wang negara.


#MalaysiaMADANI



No comments: