Taib Mahmud didakwa dilarikan dari hospital, polis sahkan terima laporan



Polis hari ini mengesahkan menerima laporan bahawa bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Abdul Taib Mahmud didakwa telah diculik dari hospital oleh seorang ahli keluarganya. Taib dilaporkan ketika itu, sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) di Pusat Pakar Perubatan Normah di Kuching. Laporan itu mendakwa seorang ahli keluarga terdekat telah mengeluarkan semua ubat yang melekat pada Taib tanpa memaklumkan kakitangan hospital.

No comments: