Ong Kian Ming ingatkan DAP peranan Tony Pua dalam pendedahan skandal 1MDB.


Bukan setakat DAP, kami pendukung PH semua ingat apa yang Tony lakukan untuk mendedahkan skandal tersebut. Untuk itu, kita ucapkan terima kasih kepada Tony.


Tetapi biar sebesar mana pun peranan Tony waktu itu, tak bererti dia boleh sewenangnya mempertikai YDP Agong. Keputusan pengampunan adalah kuasa YDP Agong.


Bila dia mempersendakan keputusan pengampunan itu, bererti dia mempersendakan YDP Agong. Sebagai orang yang pernah jadi MP dan faham perlembagaan, itu sesuatu yang tak boleh diterima.


YDP Agong berhak memberikan pengampunan yang difikirkan sesuai selepas membuat pertimbangan yang sewajarnya. Kita boleh setuju atau tak setuju tapi tak boleh pertikaikan secara terbuka.


Perbuatan ini jika tidak dibendung, akan mengundang lebih banyak perbuatan biadab terhadap YDP Agong. Maka itu tindakan PDRM memanggil Tony adalah tepat.


Tony dah dewasa. Pernah jadi MP. Dia sepatutnya arif akan kesan dari perbuatannya. Maka tiada keperluan untuk membelanya. Biar saja dia bela dirinya sendiri. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.