JADI PM MACAMANA KALAU LEMBIK DAN DIKATAKAN DIKUASAI ORANG LAIN

 MGF08122019_UCAPAN-PENGGULUNGAN-AMANAH43

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (Amanah) memberi jaminan kedudukan Perdana Menteri kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak akan tergugat sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Presidennya, Mohamad Sabu berkata, ini kerana pembangkang dari Pakatan Harapan (PH) telah menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) untuk tidak mengganggu kepimpinannya sepanjang tempoh berkenaan.

Bagaimanapun, beliau mahu Ismail Sabri bertindak lebih tegas dan berani sebagai seorang Perdana Menteri yang mempunyai kuasa penuh dalam dasar pentadbiran negara.

“Perdana Menteri hari ini adalah yang dilantik dan ada pula MoU dengan PH. Maknanya, Perdana Menteri ini tidak mungkin akan jatuh sehingga PRU akan datang.

“Tetapi, Perdana Menteri hendaklah berani kemukakan satu-satu perkara kerana dia tidak akan diusik (tak akan jatuh).

“Jangan lembik. Kena berani sikit. Jangan kita nampak Perdana Menteri kita ini macam dikawal oleh orang-orang tertentu,” katanya dalam sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 di Parlimen hari ini.

Mohamad yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu berkata, soal Melaka yang telah diumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dan diadakan Pilihan Raya Negeri (PRN),

Katanya, sehingga sekarang Ismail Sabri tidak membuat sebarang kenyataan, sama ada jadi atau tidak PRN.

“Kalau nak buat (PRN), SOPnya macam mana? Sekarang ini hanya menteri yang bercakap pasal SOP. Bila kita jumpa menteri ini, dia kata boleh ceramah. Jadi, rakan kita dari PKR di Sabah adakan ceramah, tiba-tiba kena denda RM10,000.

“Perdana Menteri mesti tunjuk kuasanya, bukan kuasa nak tunjuk diktator tapi nak tunjuk kuasa untuk mengendalikan klerajaan ini,” katanya.

Bagaimanapun, ujar beliau, apa yang mengecewakan PH ialah Perdana Menteri nampak seperti tidak berani melakukan sesuatu untuk menyelamatkan Malaysia. – MG

Tiga penjuru dalam Pirane Melaka?


ULASAN





LIMA hari sahaja lagi akan berlangsung penamaan calon bagi pilihan raya negeri (Pirane) Melaka, 8 November, manakala 20 November hari mengundi. Pirane itu merupakan pilihan raya Melaka yang ke-15. Ia diadakan ekoran DUN Melaka dibubarkan apabila kerajaan negeri dipimpin BN yang dicuri daripada PH tumbang setelah empat Adun menarik sokongan. 

 

Beberapa hari sebelum ini sebaik Dun Melaka diisytiharkan terbubar, parti-parti politik utama sibuk membuat persiapan dan mencatur untuk menghadapi pilihan raya berkenaan. Walaupun pembubaran itu dicabar kerana keabsahannya dipertikaikan, tampaknya ia berbekas dan sudah pasti pilihan raya akan dilangsungkan.  


Umumnya ada tiga kelompok atau komponen terbesar yang sibuk dan akan pasti mengambil bahagian dalam pilihan raya tersebut. PH, BN dan PN. PH sudah pasti ghairah untuk menghadapi pilihan raya itu kerana sebab-sebab khusus yang dirasakan mencabarnya. 

 

Dendam marah PH kerana kerajaan mereka yang dibentuk selepas Piraum ke-14 dirampas oleh UBN berikutan tumbangnya kerajaan PH di peringkat persekutuan. Peristiwa itu meninggalkan kesan marah kepada PH menyebabkan mereka berkobar-kobar untuk menghadapi Pirane itu.

 

Rasa marah itu ditambah lagi apabila PH gagal untuk merampas balik kerajaan UBN-Bersatu itu walaupun sudah mendapat sokongan dari 4 Adun termasuk dua daripada Umno dan seorang daripada bekas DAP dan Bersatu. Malangnya walaupun PH cukup sokongan, tetapi Yang diPertuan Melaka Mohd. Ali Rustam bertindak membubarkan DUN Melaka atas nasihat Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri. 

 

UBN pula tentu lebih berdebar-debar dan cemas untuk menghadapi pilihan raya berkenaan. Mereka tentu rasa ralat dan cemas kerana baharu kehilangan kerajaan. Kejadian itu memberi kesan dan phobia kepada komponen itu yang kini dilihat terdesak dengan pelbagai masalah. Apa lagi parti yang mereka ajak untuk bersama dan  sudah pun berjanji untuk bersekutu, iaitu Pas memungkir janji.

Pas yang sebelum ini menyatakan kerjasama dengan Umno kononya atas dasar perpaduan ummah, demi untuk maslahat agama dan bangsa tidak bersama dengan Umno bagi menghadapi pilihan raya itu sebaliknya memilih Bersatu yang mereka wujudkan Perikatan Nasional (PN). 

 

Pas dalam kenyataan dikeluarkan oleh presidennya Abdul Hadi Awang menegaskan yang parti itu akan bertanding menggunakan simbol PN bukan Dacing (BN) dalam Pirane itu nanti. Kenyataan itu menamatkan satu episod yang ditunggu-tunggu kesudahannya. 

Kenyataan itu menjadikan UBN kecewa dan tambah mengusarkan untuk menghadapi pilihan raya Melaka itu. Angan-angan Umno untuk menumpang Pas bagi menpadat sokongan Melayu berkecai kerana atas tindakan "ikan keli dalam besen" parti agama itu. 

 

Sebenarnya bagi pemerhati politik yang mengenali Pas tidak pelik dan rasa aneh dengan tindakan Pas itu, mengapa mereka lebih mempercayai Bersatu daripada Umno. Pas khususnya presidennya seorang yang tidak istiqamah dalam membuat sesuatu keputusan walaupun ujarnya parti itu tetap istiqamah dengan dasar Islamnya?


Buat sementara perhitungan dan rancangan Umno untuk bersama Pas sudah boleh dianggap selesai. Khalaf, melainkan ada usaha secara senyap untuk menyakinkan Bersatu agar berkolaborasi dengan BN bagi memastikan Melaka tidak terlepas kepada PH. Masih belum mustahil jika Umno dan Bersatu ada kesedaran dan melihat PH bahaya mereka boleh "kerabat" semula. Pas akan ikut sahaja apa diputuskan Bersatu, macam si buta yang mengikut penariknya. 

 

Seandainya dengan pendirian Pas itu menjadikan Bersatu bersedia untuk tidak mendengar pujukkan Umno, maka sudah pasti ketiga-tiga parti itu akan berlawan sesama sendiri, PN (Bersatu dan Pas) satu pihak manakala BN (Umno, MiC dan Mca) satu pihak. Ini memberi gambaran akan berlaku pertandingan tiga penjuru dalam pilihan raya itu, BN, PN dan PH. 

 

Seandainya berlaku pertandingan tiga penjuru yang dilihat mempunyai potensi besar untuk menguasi Dun Melaka antara BN dan PH. Sementara PN sangat tipis memandangkan kedua parti membentuk komponen itu tidak meluas di Melaka. Melaka bukan seperti Kelantan atau Terengganu untuk Pas, sementara Bersatu pula sebagai serpihan baru kepada Umno tidak sekuat Amanah yang juga serpihan daripada Pas. 

 

Berbeza dengan PH waktu ini. Dalam BN dan PN bermasalah mencari titik temu dan formula untuk bersama, mereka sudah pun kemas sepakat untuk menghadapi pilihan raya berkenaan. Pembahagian kerusi antara tiga parti sudah pun selesai. Keadilan akan bertanding di 11 kerusi sementara DAP 8 dan Amanah 9 kerusi.

 

Kalaupun sedikit bermasalah berhubung kedudukan empat Adun yang menarik sokongan yang dikatakan akan bersama PH dan ikut diletakan sebagai calon. Cadangan itu dibantah menyebabkan ia menimbulkan sedikit masalah. Bagaimana pun perkembangan terakhir memberi gambaran tidak semua daripada empat Adun itu akan diterima bertanding dibawah payung PH. 

 

Hanya dua sahaja diberitakan akan diberi laluan dengan bertanding dibawah lambang PH. Kedua mereka daripada Umno, bekas ketua menteri Idris Haron (Sg Udang) dan Nor Azman Hassan (Pantai Kundor). Idris mungkin menyertai PH bersama Amanah manakala Noor Azman bersama Keadilan.

 

Ada pihak yang membantah dengan tindakan itu. Seorang pemimpin Keadilan yang tidak aktif menyalahkan penerimaan kepada Adun yang lompat itu kepada Mohamad Sabu atau khasnya Amanah. DAP juga menyatakan bantahan mereka daripada menerima Adun berkenaan. Bagaimana pun akhirnya DAP akhirnya menyerahkan kepada kebijaksanaan dan Amanah dan Keadilan untuk menerima kedua-dua bekas Adun itu.

 

Berbalik kepada perkembangan BN dan PN, apabila Pas sudah memutuskan untuk bersama PN, Umno tampaknya tidak dapat tidak akan bertanding di semua 28 kerusi seperti mana disebut presidennya sebelum ini. Langkah Pas memilih Bersatu memaksa BN bertanding disemua kerusi. 

 

Umno dikatakan hasrat untuk bertanding disemua kerusi majoriti Melayu sebanyak 21 kerusi. Tetapi dengan langkah terbaru Pas itu menyebabkan Umno akan bertanding di semua kerusi, kecuali dua yang akan diserahkan kepada MiC dan McA.

 

Dua hari lepas terdengar kononnya persetujuan antara Umno, Bersatu dan Pas telah dicapai untuk sepakat dalam pilihan raya itu. Pembahagian kerusi telah dibuat dimana Umno bertanding di 23 kerusi sementara selebihnya dibahagikan antara Bersatu dengan Pas. Masing-masing parti bertanding atas lambang sendiri. Tetapi persetujuan itu ditolak apabila Bersatu membuat perhitungan baru. 

 

Bagaimana pun senario yang tergambar kini masih belum muktamad secara tuntas. Apa yang disebutkan itu berlaku sekiranya kenyataan terbaru Abdul Hadi itu kekal dan tidak goyah. Namun perlu berwaspada dan berhati-hati khasnya kepada PH, apa yang disuarakan Abdul Hadi ataupun pihak BN dan PH ia boleh berubah keadaan dan semuanya akan dapat disahkan selepas hari pernamaan calon. 

 

Boleh jadi parti-parti politik yang bertanding itu tidak menunjukkan semangat kebersamaan bagi menghadapi antara satu sama lain, tetapi ia boleh berubah selepas selesai penamaan calon dan setelah kempen berjalan beberapa hari ini. 

 

Sesuatu yang mengejutkan boleh berlaku, tiba-tiba sahaja ada yang menarik diri kemudian menyatakan sokongan kepada pihak-pihak tertentu. Dan boleh jadi juga pelan dikemukakan Umno yang dikatakan telah dipersetujukan itu dihidup kembali. 

 

Politik sesuatu yang tidak dapat dijangkakan. [wm.kl.12:30 pm 02/11/2021]

 

BERBALOI MILIKI F18 KUWAIT KERANA KHABARNYA TELAH DISERVIS BAIK..MALANGNYA HELI TAK SAMPAI SAMPAI- HISHAMUDDIN TIDAK DIDAKWA PUN...

 

TUDM sah berminat untuk peroleh pesawat Hornet FA-18D terpakai Kuwait



Mohd Zalani Md Atan
TUDM sah berminat untuk peroleh pesawat Hornet FA-18D terpakai Kuwait
Pesawat Hornet FA-18D yang digunakan TUDM ketika ini. Kuwait dilapor merancang untuk menghentikan penggunaan pesawat Hornet FA-18A/D dan menggantikannya dengan pesawat FA-18 Super Hornet. - Gambar fail/ Bernama
KUANTAN: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan berminat untuk memperoleh pesawat Hornet FA-18D terpakai dari Kuwait, malah sudahpun menyatakan hasrat itu kepada negara berkenaan.
Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad, berkata pihaknya sedang mengatur pertemuan dengan Panglima Tentera Udara Kuwait pertengahan bulan ini.
"Pelbagai usaha sedang dilaksanakan kita juga sedang menunggu... insya-Allah saya akan ke Dubai Airshow 2021 (di Dubai World Central dari 14 hingga 18 November 2021).
"Staf-staf saya sedang mengatur untuk mengadakan pertemuan dengan Panglima Tentera Udara Kuwait... kalau berkesempatan untuk bertemu mata dengan mata, bertanya daripada mulut beliau sendiri sama ada mereka mempunyai hasrat menjual pesawat itu kepada pihak yang ketiga," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Penutup Eksesais PARADISE Siri 8/2021 di Pangkalan Udara Kuantan pada Selasa.
Media sebelum ini melaporkan, Kuwait merancang untuk menghentikan penggunaan pesawat Hornet FA-18 A/D dan menggantikannya dengan pesawat FA-18 Super Hornet.
Sementara itu, Ackbal berkata TUDM akan memperolehi empat helikopter jenis Agusta Westland AW139 secara sewaan dalam masa terdekat untuk tempoh empat hingga lima tahun sementara menunggu rancangan perolehan 24 buah helikopter yang baharu pada Rancangan Malaysia ke-13 (RMK-13)
"Alhamdulillah kita telah dimaklumkan tender baru ditutup dan telahpun di award... saya tak boleh kata syarikat mana yang dapat... dan dalam masa terdekat ini pesawat itu akan mula beroperasi bersama TUDM secara sewaan empat ke lima tahun.
"TUDM mengharapkan the next one is jangka panjang... dan itu perolehan helikopter... kalau boleh dalam RMK-13 sebanyak 24 helikopter lagi," katanya.
Empat helikopter berkenaan adalah bagi mengisi keperluan utiliti TUDM, katanya.

Ini adalah 3 bentuk perbelanjaan mengurus kerajaan yang tertinggi:Apa kata jika pencen ahli politik dikaji semua.


JAMZURI ARDANI


1. Bayar gaji kakitangan awam (37%)
2. Bayar hutang kerajaan (18%)
3. Bayar pencen pemimpin politik dan kakitangan awam (12%)
Apakah ini bentuk pengurusan kewangan yang sustainable untuk jangka panjang?
Fikir-fikirkan!
Saya nak tambah sikit pasal bayaran pencen ahli-ahli politik.
Bayangkan kiranya seorang pemimpin politik itu yang pernah jadi ADUN, MP, Menteri Besar, Menteri dan Perdana Menteri. Beliau akan mendapat pencen untuk setiap jawatan tersebut.
Kalau pencen ADUN RM5 ribu, pencen MP RM8 ribu, pencen Menteri Besar RM15 ribu, pencen menteri RM12 ribu, dan pencen PM RM20 ribu maka bayaran pencen untuk beliau seorang sahaja sekitar RM60 ribu sebulan. Itu bayaran pencen, bukan gaji. Anggaran ini saya fikir sangat rendah berbanding jumlah sebenar.
Rakyat kena bayar sebanyak itu setiap bulan selagi dia hidup ataupun selagi isterinya hidup.
Ada berapa banyak lagi pemimpin politik yang seperti beliau.



No photo description available.


BERBELIT BETUL YA : Undi 18: Tunggu keputusan mahkamah sebelum anak muda boleh mengundi?

 


Tindakan kerajaan Perikatan Nasional 2.0 yang menunggu sehingga Mahkamah Tinggi Kuching memutuskan Undi 18 perlu dilaksanakan pada hujung 2021 sebelum kerajaan berusaha untuk melaksanakannya amat mendukacitakan.


Ahli Parlimen Nik Nazmi Nik Ahmad (PH - Setiawangsa) bertanya mengapakah kerajaan bertindak seolah-olah melambatkan pelaksanaan Undi 18 sebelum keputusan mahkamah diumumkan.


"Setiawangsa hanya ingin bertanya mengapa pihak kerjaaan ingin tunggu keputusan mahkamah sebelum melaksanakan undi 18 ini, sedangkan perkara ini merupakan pindaan Perlembagaan yang disepakati rentas parti pada era PH dahulu," katanya.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bagaimanapun berkata, kerajaan mempunyai time line sehingga 2023 untuk melaksanakan Undi 18.


Beliau juga memberikan faktor yang tidak banyak bersangkutan perkara tersebut seperti daftar pemilih perlu dibersihkan terlebih dahulu dari senarai warganegara gila, meninggal dunia dan dipenjarakan.


Begitu juga, katanya, mereka yang berumur lebih 90 tahun yang diketahui lebih 7,000 jumlahnya belum dibersihkan daripada senarai pemilih berdaftar. Selepas semua hal itu selesai maka Undi 18 boleh dijalankan.

Pas hilang peluang bertapak di Melaka bila guna lambang PN

 Shahbudin-embun

By

 Nizam Zain

 -

 3 November 2021

 

KUALA LUMPUR – Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka merupakan medan terbaik untuk mengukur kekuatan parti politik sebelum menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dari segi strategi dan kerjasama politik sebenar.

Penganalisis politik, Shahbudin Embun berkata, keputusan Pas menggunakan lambang Perikatan Nasional (PN) dalam PRN Melaka hanya meleburkan peluang parti Islam itu bertapak di Melaka.

“Pas dilihat lebih selesa bersama PPBM berbanding UMNO walaupun terpaksa tidak menggunakan lambang bulan yang menjadi tradisi puluhan tahun.

“Pencapaian Pas di Melaka dalam PRU-14 pun tidak begitu memberangsangkan. Pas tidak menang walau satu kerusi pun. Mereka hilang wang pertaruhan di semua tempat yang ditandingi kecuali tiga kawasan.

“UMNO-BN dijangka menang selesa jika bersama Pas dalam Muafakat Nasional (MN). Begitu juga Pas dijangka dapat buat pertama kali bertapak dalam DUN Melaka sekiranya bekerjasama dengan UMNO-BN,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Pas membuat keputusan untuk menggunakan lambang PN dalam PRN Melaka pada 20 November ini.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, penggunaan lambang itu dimuktamadkan pada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, semalam.

Beliau berkata, ketetapan itu juga mengambil kira pandangan Majlis Syura Ulama Pas yang bersidang semalam.

Dalam pada itu, Shahabudin berkata, walaupun Pas tidak lagi bersama UMNO dalam MN namun jangan sampai menjadi permusuhan kerana kedua-dua parti itu mewakili majoriti pengundi Melayu Islam di negara ini.

“Bertandinglah secara berhemah kerana dalam politik, apa-apa pun boleh berlaku pada masa yang akan datang demi ukhwah Islamiyyah,” katanya.

Katanya, sejak tahun lepas, Pas sudah memberi bayangan bahawa parti itu akan bersama PPBM dalam gabungan PN, namun UMNO masih menaruh harapan agar Pas mengubah pendirian.

“Terdapat juga segelintir akar umbi kedua-dua parti tersebut masih menaruh harapan agar MN dapat direalisasikan pada hari mendatang terutama pada PRU-15 kelak,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

 


YANG MENYAMUN DIA, YANG DIA SALAHKAN SEMUA ORANG LAIN, ITULAH DIA NAJIB KLEPTROKRAT

 

FAIZ AB


YANG MENYAMUN DIA, YANG DIA SALAHKAN SEMUA ORANG LAIN, ITULAH DIA NAJIB KLEPTROKRAT

Selama 9 tahun dari 2009 hingga 2018...
▪️Dialah PM
▪️Dialah Menteri Kewangan
▪️Dialah Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB
▪️Dialah Pengasas 1MDB
▪️Dialah berkuasa mutlak meluluskan sebarang pelaburan dan komitmen kewangan 1MDB
▪️Dialah berkuasa melantik semua Ahli Lembaga Penasihat, Lembaga Pengarah, Pengurusan Tinggi, Pegawai² Pelaburan & Kewangan, Penasihat, Syarikat² JuruAudit, Perunding² dan Peguam² 1MDB
▪️Dia yang lantik Jho Low sebagai Penasihat Khas
▪️Dia yang lantik Mohd Hazem sebagai CEO 1MDB
▪️Dia yang lantik Shahrol Halmi sebagai CEO 1MDB
▪️Dia yang lantik Arul Kanda sebagai CEO 1MDB
▪️Dia yang lantik Jasmine Loo, Casey Tang, Terence Geh dan ramai lagi balaci² Jho Low dalam pengurusan 1MDB
▪️Dia yang luluskan berpuluh bilion pinjaman oleh 1MDB
▪️Dia yang luluskan deal dengan Petrosaudi Limited
▪️Dia yang luluskan deal dengan Aabar
▪️Dia yang deal dengan pegawai² Goldman Sachs
.
▪️Dia yang approve bayaran berbilion kepada Goodstar Limited milik Jho Low
▪️Dia yang approve bayaran berpuluh bilion kepada Aabar palsu
▪️Dia yang lepaskan Jasmine Loo, Casey Tang dan lain² dari wanted list BNM
▪️Dia yang halang penilaian semula aset pelaburan JV dengan Petrosaudi Ltd
▪️Dia yang halang sesiapa pun untuk menyiasat berbilion duit SRC yang diseleweng ke Switzerland
▪️Dia yang tidak peduli arahan BNM dan Lembaga Pengarah 1MDB supaya wang pelaburan yang dia bayar kepada Goodstar dibawa pulang ke Malaysia
▪️Dia yang gagal buktikan 2.6 bilion adalah derma Arab
▪️Dia yang menipu di Parlimen konon berbilion duit pelaburan Units Just Units telah ditunaikan dan berada di BSI Bank Singapura
▪️Dia yang selama menjadi PM mengaku sesen pun duit 1MDB tidak hilang dan setiap sen telah diaudit.
▪️Dia yang bubarkan Task Force untuk menyiasat kes 1MDB
▪️Dia yang lantik dan tukar Pengerusi PAC
▪️Dia yang tukar Ketua dan Pengarah² SPRM
▪️Dia pecat Peguam Negara
▪️Dia buat pengakuan² yang dinafikan oleh Gabenor BNM
▪️Dia lantik Gabenor BNM baharu yang ikut telunjuk dia
▪️Dia lantik Ketua Polis Negara yang gagal menyiapkan walau satu pun kes siasatan terhadap 1MDB
▪️Dia lantik Apandi Ali Peguam Negara baharu yang lepaskan dia dari sebarang tuduhan
▪️Dia lantik Dato Dzulkifli Ketua SPRM baharu yang bersekongkol dengan Peguam Negara untuk dedahkan hasil siasatan SPRM terhadap dia
▪️Dia biarkan Jho Low dan balaci²nya bebas selama dia menjadi PM
▪️Dia atur supaya CEO dan Pengarah SRC iaitu Nik Faisal dan Mohd Suboh terlepas dari siasatan PAC dan lari bersembunyi di luar negara.
▪️Dia tangkap dan lokap individu dan peguam yang buat laporan polis terhadap dia berkaitan kes 1MDB
▪️Dia tukar ganti 3 firma audit antarabangsa yang enggan manipulasi laporan audit 1MDB
▪️Dia tolak laporan penyelewengan dana 1MDB oleh DOJ, MAS, FINMA, JAN dan PAC (luar dan dalam negara).
▪️Dia hadiahkan pegawai² 1MDB yang ikut arahan dia dan Jho Low dengan gaji berjuta² atau jawatan² tinggi.
▪️Dia tidak pernah ambil tindakan undang² maupun menyiasat walau seorang pun pegawai² lantikan dia yang didapati terlibat dalam skandal 1MDB.
✅ Panjang lagi kalau hendak disenaraikan kelibat sang Penyamun ini sepanjang 9 tahun tersebut, sehinggalah dia tumbang dan diheret ke mahkamah.
✅ Iaitu apa yang dia buat, tidak buat, halang dan tidak halang yang tidak selari dengan penafian dia konon dia tidak bersalah.
✅ Pokok pangkalnya, semasa dia berkuasa sebagai PM dan merancang penyelewengan berpuluh² bilion kewangan dan pelaburan bersama² dengan Jho Low, Riza Aziz, penyangak² Arab dan pegawai² lain, TIADA SEORANG PUN YANG DIA TANGKAP, SIASAT DAN DAKWA.
MEREKA SEMUA BEBAS DAN LEPAS DI ZAMAN NAJIB.
PENYANGAK² MULA LARI BERSEMBUNYI DI ZAMAN NAJIB.
TIADA SIAPA DIDAKWA DI ZAMAN NAJIB.
TIADA SESEN DUIT 1MDB HILANG KATA NAJIB DI ZAMAN NAJIB. ❗
Pada hari ini, Najib sudah mengaku berpuluh² bilion dana 1MDB dan SRC diseleweng dan Najib mendakwa dia tidak tahu, tidak sedar, tidak diberitahu dan dia mangsa penipuan.
Pada hari ini, Najib menyalahkan semua orang termasuk semua pegawai² lantikan dia sendiri, dari kerani dan office boy, hingga ke CEO, CFO, Syarikat² Audit, Peguam², Bankers dalam dan luar negara hinggalah ke Ahli² Lembaga Pengarah 1MDB pilihan dan lantikan 'hand-picked' atau orang² kepercayaan dia sendiri.
Setiausaha² dia sendiri seperti Dato Azlin dan Amhari pun dia salahkan.
SEMUA ORANG BERSALAH KECUALI DIRI DIA.
KECUALI DIA, ROSMAH DAN RIZA AZIZ 😁
Contohnya dalam kes perbicaraan 1MDB yang sedang berlangsung ini. Dia salahkan Mohd Hazem pulak. Dia perli Mohd Hazem tidak tahu itu ini semasa disoal jawab di dalam mahkamah.
Bukankah dia sendiri yang berpuluh² kali sering beri jawapan tidak tahu bila disoal didalam mahkamah?
Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih 😁😁😁
Cnp