“Jika hangpa suruh kami buat, janganlah gatai pi tebuk atap”

 



SEMBANG Bersama MOHAMED HANIPA MAIDIN / November 2, 2021

Dalam Parlimen tadi saya sempat mencelah semasa sahabat saya YB Kuala Selangor berbahas bajet dan menyentuh isu laporan Ketua Audit Negara.

Saya tanya “Adakah YB setuju agar Parlimen ini mewajibkan laporan Ketua Audit Negara dibahaskan di Parlimen? “.

YB Kuala Selangor setuju dan minta dijadikan soalan saya itu sebahagian dari ucapan beliau.

Ada juga suara-suara nakai di luaq yang cuba sindir “awat masa Kerajaan PH dulu, kami tak buat perkara yang saya cadangkan itu?”

Ehem senang je nak jawab “hangpa yang tanya tu memang tak cerdik. Jika hangpa nak pi suruh kami buat tu, hangpa janganlah dok gatai pi tebuk atap wahai Samdol !

“Rakyat bagi kami mandat jadi Kerajaan untuk tempoh 5 tahun bukan 22 bulanlah Samdol! Kami hanya sempat bagi Parlimen bahas laporan SUHAKAM je. Lepas tu hangpa pi buat langkah Syairaton dan pi tebuk atap”,

Saya juga lihat ada jawapan bertulis di atas meja saya berkaitan isu yang saya bahas pada 7/10/2021 masa perbahasan RMK-12. Soalan saya tentang kes SPRM yang melibatkan YB Pontian.

As usual, jawapan ke laut. You all boleh nilai sendiri khususnya soalan kedua saya itu. Ibarat orang tanya lain depa jawab lain.

Soalan ” Kenapa macam ada penolakan geng-geng ostad dalam Pas seperti di Pas Shah Alam?”

Jawapan : “Kita kena faham isu arak Timah, judi naik 8 x ke 22 adalah semuanya salah DAP!”