SEMBANG Bersama
MOHAMED HANIPA MAIDIN / November 2, 2021
Dalam Parlimen tadi saya
sempat mencelah semasa sahabat saya YB Kuala Selangor berbahas bajet dan
menyentuh isu laporan Ketua Audit Negara.
Saya tanya “Adakah YB
setuju agar Parlimen ini mewajibkan laporan Ketua Audit Negara dibahaskan di
Parlimen? “.
YB Kuala Selangor setuju
dan minta dijadikan soalan saya itu sebahagian dari ucapan beliau.
Ada juga suara-suara nakai di
luaq yang cuba sindir “awat masa Kerajaan PH dulu, kami tak buat perkara yang
saya cadangkan itu?”
Ehem
senang je nak jawab “hangpa yang tanya tu memang tak cerdik. Jika hangpa nak pi
suruh kami buat tu, hangpa janganlah dok gatai pi tebuk atap wahai Samdol !
“Rakyat
bagi kami mandat jadi Kerajaan untuk tempoh 5 tahun bukan 22 bulanlah Samdol!
Kami hanya sempat bagi Parlimen bahas laporan SUHAKAM je. Lepas tu hangpa pi
buat langkah Syairaton dan pi tebuk atap”,
Saya
juga lihat ada jawapan bertulis di atas meja saya berkaitan isu yang saya bahas
pada 7/10/2021 masa perbahasan RMK-12. Soalan saya tentang kes SPRM yang
melibatkan YB Pontian.
As
usual, jawapan ke laut. You all boleh nilai sendiri khususnya soalan kedua saya
itu. Ibarat orang tanya lain depa jawab lain.
Soalan ” Kenapa macam ada
penolakan geng-geng ostad dalam Pas seperti di Pas Shah Alam?”
Jawapan : “Kita kena faham isu arak Timah, judi naik 8 x ke 22 adalah semuanya salah DAP!”