Guna
logo PN: Pas tolak Umno, pilih kekal dengan Bersatu
Oleh MALAYSIA DATELINE / November 3 , 2021
Keputusan Pas untuk
menggunakan lambang Perikatan Nasional (PN) di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka
membuktikan Pas tidak percaya sepenuhnya kepada Umno sebaliknya memilih kekal
dengan Bersatu.
Penganalisis politik
dari UTM Dr Mazlan Ali berkata, Pas menjangkakan mereka juga mungkin berdepan
masalah dengan Umno kelak terutama di kawasan-kawasan Malay heartland.
Apatah lagi katanya, Pas
dan Umno adalah musuh tradisi selama berdekad-dekad sudah tentu Pas akan
bertembung dengan Umno terutamanya di Terengganu dan Kelantan.
“Pas tidak percaya sepenuhnya
kepada Umno yang mungkin juga berkecenderungan bekerjasama dengan PH.
“Semenjak
September 2020 lagi, Umno kerap berhubungan denga Ketua Pembangkang dan ini
dilihat tindakan yang membelakangkan Pas sebagai anggota Muafakat Nasional,”
katanya kepada Malaysia Dateline.
Mengulas
lanjut, beliau berkata Pas tidak menghadapai banyak masalah bersama Bersatu
kerana Bersatu tidak seperti Umno yang bersikap tidak konsistan.
“Bersatu
lebih bersifat setiakawan dan pasti Bersatu akan bersetuju kepada kehendak Pas
dalam banyak keadaan menjelang PRU15 nanti,” ujarnya.
Lagipun
katanya, Pas sudah termakan budi dengan Tan Sri Mahiaddin Md Yassin yang
menyebabkan Pas berpeluang menjadi sebahagian dari Kerajaan Persekutuan.
“Adalah sangat tidak wajar jika
Pas bertindak tinggalkan Bersatu semata-mata mahu bersama Umno.
“Pas
pasti akan dilihat tidak ada setiakawan dan hanya mementingkan kuasa
semata-semata,” katanya.
Terdahulu,
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Mesyuarat Jawatankuasa Kerja
parti itu telah meluluskan penggunaan lambang PN pada PRN Melaka yang
berlangsung pada 20 November depan.
Ketiadaan
lambang Pas pada PRN Melaka yang dijangka menyaksikan pertembungan tiga penjuru
membabitkan calon daripada Barisan Nasional (BN), PN dan Pakatan Harapan (PH).