TU ...BUKAN RASUAH BANG MAT...TU SEDEKAH..TAK KAN LAH KERAJAAN MELAYU ISLE ..ULAMAK BANYAK DALAM TU NAK RASUAH...FITINAH TU BANG MAT OIIII

 


Mat Sabu persoal status siasatan dakwaan bekas KPN tentang rasuah dalam politik




Status siasatan terhadap dakwaan bekas Ketua Polis Negara , Abdul Hamid Bador berhubung rasuah dalam politik dipersoal Mohamad Sabu.

KUALA LUMPUR: Presiden Amanah Mohamad Sabu mempersoalkan sama ada terdapat sebarang siasatan dilakukan terhadap dakwaan bekas Ketua Polis Negara (KPN), Abdul Hamid Bador berhubung rasuah dalam politik.

Mohamad (PH-Kota Raja) berkata, walaupun sudah berbulan sejak pendedahan dibuat bekas KPN itu tetapi nampaknya tidak ada sebarang siasatan terhadap dakwaannya.

“Hamid bukan sekadar sarjan polis di Gua Musang atau koperal di Tawau. Beliau adalah KPN, mendedahkan bagaimana rasuah dan penyelewengan berlaku dalam politik,” katanya dalam perbahasannya mengenai Rang Undang-undang Perbekalan 2022.

Dalam sidang akhbar terakhirnya sebagai polis tertinggi negara pada April lalu, Hamid menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat ahli politik yang “lompat parti” dan mendedahkan rasuah dalam politik.