Tindakan kerajaan Perikatan Nasional 2.0 yang menunggu sehingga
Mahkamah Tinggi Kuching memutuskan Undi 18 perlu dilaksanakan pada hujung 2021
sebelum kerajaan berusaha untuk melaksanakannya amat mendukacitakan.
Ahli Parlimen Nik Nazmi Nik Ahmad (PH - Setiawangsa) bertanya
mengapakah kerajaan bertindak seolah-olah melambatkan pelaksanaan Undi 18
sebelum keputusan mahkamah diumumkan.
"Setiawangsa hanya ingin bertanya mengapa pihak kerjaaan
ingin tunggu keputusan mahkamah sebelum melaksanakan undi 18 ini, sedangkan
perkara ini merupakan pindaan Perlembagaan yang disepakati rentas parti pada
era PH dahulu," katanya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Junaidi
Tuanku Jaafar bagaimanapun berkata, kerajaan mempunyai time line sehingga 2023
untuk melaksanakan Undi 18.
Beliau juga memberikan faktor yang tidak banyak bersangkutan
perkara tersebut seperti daftar pemilih perlu dibersihkan terlebih dahulu dari
senarai warganegara gila, meninggal dunia dan dipenjarakan.
Begitu juga, katanya, mereka yang berumur lebih 90 tahun yang
diketahui lebih 7,000 jumlahnya belum dibersihkan daripada senarai pemilih
berdaftar. Selepas semua hal itu selesai maka Undi 18 boleh dijalankan.