Buku khas sokong perjuangan A Samad Said dilancar Mac ini - Dinsman

Oleh Mohd Ali Bakri

KUALA LUMPUR : "Kita mahu melancarkan sebuah buku esei menjelang Mac depan yang menunjukkan sokongan terhadap sebarang usaha dan kegiatan Datuk A Samad Said sebelum ini," kata Pengerusi Seniman Paksi Rakyat (Paksi) Dinsman.

Beliau berkata demikian dalam suatu pertemuan bersama wakil Exco Kebudayaan Negeri Selangor, Zahariman baru-baru ini.

"Kita akan lancarkan pada 7 Mac depan sebagai meraikan tarikh bersejarah sebagai tanda titik-tolak bermulanya kegiatan Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang membantah dasar itu di depan Istana Negara," kata beliau lagi.

Menyentuh pembabitan awal pelancaran buku yang memuatkan 29 esei-esei terpilih itu, Dinsman atau nama sebenarnya Che Shamsudin Othman berkata, buku ini turut memuatkan karangan esei daripada kumpulan Budayawan bertindak.

"Ada golongan yang anti-PPSMI dan mereka juga mahu terlibat, tapi mereka bukan seniman, jadi bagaimanakah mereka mahu terlibat? Sebab itulah, ada saranan supaya ditubuhkan Budayawan Bertindak itu supaya mereka ini bergerak bersama kami," kata beliau lagi.

Dalam prakata buku tersebut, Dinsman, Kassim Muhammad dan Hasni Abas, antara tokoh GMP turut membangkitkan kenangan lalu ketika mula mengadakan gerakan seumpama ini.

"Sewaktu kami dan kawan-kawan seramai 11 orang bertemu di Rumah Pena pada petang Ahad 6 September 2009, menjelang saat berbuka puasa dengan eSastera itu, kami hanya berfikir untuk merancang beberapa aktiviti sebagai menyatakan sokongan kepada komitmen perjuangan yang sedang ditunjukkan oleh A Samad Said.

"Ia adalah lanjutan daripada perjuangan membantah dasar PPSMI yang kemuncaknya 100 ribu rakyat berkumpul di Kuala Lumpur pada 7 Mac 2009, mengiringi Datuk Hassan Ahmad menghantar memorandum kepada Yang Dipertuan Agong.

Bermula peristiwa itu A. Samad Said seperti memulakan satu perjuangan baru," kata mereka lagi.

Sokong A Samad Said yang sudah mula memperlihat komitmen

"Hari demi hari dia (A Samad Said) memperlihat komitmen yang makin menyerlahkan kecintaannya kepada bahasa Melayu dan budaya besar kita. Perjumpaan petang 6 September itu (yang tidak dihadiri Samad Said; dan tiga orang daripadanya budayawan Cina) rupanya tidak terhenti setakat yang dirancang.

"Mereka inginkan lebih daripada itu - suatu gabungan tenaga dan suara secara berterusan bagi menyatakan kehadiran seniman dan cendekiawan dalam arus kehidupan masyarakat Malaysia hari ini," tulisan prakata itu dipetik sebagai berkata.

Tambah mereka, atas syor Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan, buat sementara kumpulan mereka dinamakan 'Budayawan Bertindak'.

"Bahawa golongan budayawan (seniman, sasterawan, cendekiawan) tidak sepatutnya berdiam diri membiarkan golongan politikus dan niagawan sahaja menentukan arus pembangunan dan perubahan dalam masyarakat, tetapi budayawan juga perlu bertindak aktif dalam arus kehidupan tersebut.

"Yang pentingnya, kita menyatakan sokongan kepada perjuangan A Samad Said. Kepelbagaian esei-esei ini… memang tidak dirancang dan tidak diduga. Budayawan Bertindak pun masih dalam proses pembentukannya. Belum tahu esoknya bagaimana," kata mereka melalui prakata buku esei yang bakal dilancarkan pada Mac depan itu

BIASANYA APABILA TIDAK DI KATAKAN YA......


Tiada pilihan raya mengejut di Perak - Ahmad Husni




TAPAH 28 Feb. - Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah hari ini menafikan desas-desus bahawa satu pilihan raya negeri mengejut akan diadakan di Perak menjelang September ini.


Beliau berkata, parti komponen BN di Perak juga tidak menerima sebarang arahan untuk mengemukakan senarai calon parti masing-masing sebagai persediaan menghadapi pilihan raya mengejut itu.


Ahmad Husni berkata, selaku Bendahari BN dan UMNO serta memegang jawatan Timbalan Pengerusi UMNO Perak, beliau pastinya telah mempunyai maklumat jika benar satu pilihan raya mengejut akan diadakan di Perak.


"BN Pusat bermesyuarat kira-kira dua minggu lepas, UMNO Pusat bermesyuarat pada minggu lepas dan BN Perak juga telah bermesyuarat baru-baru ini, tidak ada dibincangkan langsung mengenai soal pilihan raya mengejut.


"Sebaliknya mesyuarat berkenaan hanya mengingatkan bahawa semua parti komponen BN perlu bersedia menghadapi pilihan raya umum akan datang bagi memastikan kerajaan BN mendapat mandat besar bagi terus mentadbir negara,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Bersama Pemimpin di Dewan Merdeka di sini hari ini sempena lawatan kerja beliau ke Parlimen Tapah.


Desas-desas pilihan raya mengejut di Perak timbul selepas seorang Timbalan Presiden sebuah parti komponen BN dikatakan menyerahkan senarai nama calon daripada parti itu kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dalam satu perjumpaan tertutup di kediaman rasmi Menteri Besar pada petang semalam.


Sumber daripada parti komponen BN itu turut mendakwa bahawa pilihan raya mengejut berkenaan akan berlangsung pada September ini mengikut perancangan awal Zambry. Selepas mahkamah Persekutuan memenangkan Zamry dengan 5-0, kini , Zamry dikatakan akan membubarkan Parlimen , namun di sebabakan keadaan isu masih lagi banyak yang sedang di mainkan oleh rakyat dengan kemunkinan kenaikan harga minyak dan elektrik , maka keadaan ini tidak memihak kepada parti pemerintah. maka kerana itulah pilihanraya yang sepatutya di laksanakan selepas mahkamah Persekutaun , dimana Zamry cuba mengikut langkah Ds Nizar (sekiranya beliau menang) untuk membubarkan parlimen, kini terpaksa di tangguhkan.



Kita mengharapkan langkah ini untuk kebaikan negeri perak.

Ucapan penuh Raja Nazrin meraikan himpunan esei Prof Dr SMN AL- atas

Oleh Mohd Ali Bakri

Alhamdulillah, dengan kebesaran ALLAH YANG MAHA ESA, Majlis Pelancaran Buku, Knowledge, Language, Thought and the Civilization of Islam: Essays in Honor of Syed Muhammad Naquib Al-Attas, dapat dilangsungkan. Beta bersyukur kerana bersempena majlis pelancaran ini, dengan ketentuan Ilahi juga, Beta turut diangkat ke satu martabat kemuliaan apabila dipilih sebagai insan yang digandingkan dengan usaha mulia untuk memuliakan seorang sarjana Islam berwarga Malaysia. Profesor Syed Muhammad Naquib Al-Attas diiktiraf, disegani dan dihormati di serata dunia, sebagai pohon ilmu yang asli, teguh berakar di taman ilmu.

Syed Muhammad Naquib Al-Attas adalah insan istimewa, memiliki watak intelek, jiwa intelek, daya intelek dan roh intelek seorang Muslim, perintis dalam mempelopori idea mengislamkan pengetahuan; the idea of Islamization of knowledge. Beliau telah menghasilkan 29 penerbitan dalam pelbagai aspek pemikiran dan tamadun Islam, khususnya subjek-subjek menyentuh kosmologi, metafizik, falsafah, bahasa dan kesusasteraan Melayu. Beliau telah menyampaikan lebih 400 syarahan umum di negara-negara Asia, Amerika Syarikat dan Eropah.

Knowledge, Language, Thought and the civilization of Islam adalah penerbitan berkualiti tinggi, mengandungi 22 esei, hasil penyelidikan 24 sarjana; bertujuan merakamkan pengiktirafan kepada seorang ilmuwan Malaysia bertaraf dunia. 22 esei tersebut telah dihasilkan oleh para sarjana dari serata dunia; dari Afrika Selatan, Amerika Syarikat, Bahrain, Egypt, Gambia, Iran, Iraq, Jerman, Macedonia, Netherlands, Rusia, Turki dan United Kingdom, di samping sarjana-sarjana dari Malaysia. Setiap esei mengandungi kupasan dan huraian tersendiri, bersandarkan sudut kajian dan aspek analisis yang diberikan fokus. Namun setiap seorang daripada mereka, walaupun ada sub-disiplin kajiannya, mencapai satu titik pertemuan, mengiktiraf dan menghargai ketokohan, pemikiran dan kebijaksanaan Syed Muhammad Naquib Al-Attas.

BEKAS TKM 1 DI JANGKA SERTAI UMNO BERSAMA YANG LAIN????

Is ex-Penang Dep CM Fairus defecting to Umno?


KUALA LUMPUR: PKR’s former Penang Deputy Chief Minister I and former Penanti assemblyman Mohd Fairus Khairuddin is with Umno leaders at a silat function to be launched by the PM fuelling speculation that he would be defecting to Umno together with another PKR member