PUM MENGALUKAN PENDIRIAN TEGAS PERDANA MENTERI TERHADAP KAPAL DAGANGAN ISRAEL





 KENYATAAN MEDIA

20 Disember 2023

07 Jamadil Akhir 1445H


PUM MENGALUKAN PENDIRIAN TEGAS PERDANA MENTERI  TERHADAP KAPAL DAGANGAN ISRAEL


Persatuan Ulama Malaysia (PUM) mengalukan pendirian tegas YAB Perdana Menteri untuk tidak membenarkan kapal yang didaftarkan dengan syarikat berpengkalan di Israel untuk berlabuh di Malaysia. 


Pendirian tegas ini amat diperlukan dalam keadaan di mana Israel terus melakukan kezaliman dan tidak mengendahkan tekanan agar mereka menghentikan serangan ke atas Gaza. 


PUM turut memandang serius kegagalan Israel untuk melakukan genjatan senjata dan menggesa agar Israel menghentikan dengan kadar segera serangan yang dilakukan. 


PUM juga ingin menggesa agar tindakan tegas yang ditunjukkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia turut dilakukan oleh negara-negara lain yang perlu bertindak di atas kesedaran kemanusiaan dan pembelaan kepada hak asasi manusia yang sedang dicabuli dengan rakus oleh Israel. 


Pendirian tegas pemimpin-pemimpin Malaysia terhadap perlakuan zalim Israel ke atas Palestin sejak dari dahulu hingga kini amatlah dihargai dan sesuatu yang amat wajar dihormati oleh semua.


Sekian, terima kasih.


PROFESOR DR. MOHD ROSLAN BIN MOHD NOR

Setiausaha Agung



ORANG TAU LAMA DAH DIA PUNYA JAKI


 

TAK PAYAH LA


 

MAU TAK QAMAI


 

MENYANGGAH HUJAH PENGERUSI BERSIH KONONNYA MELAYU ADALAH MAJORITI DI KL


Bersurahlah Pengerusi Bersih yang baru, Muhammad Faisal Abdul Aziz bahawa orang Melayu tidak perlu binbang daripada sudut perkauman jika pilihan raya di PBT diadakan di Kuala Limpur.


Ini kerana, menurut beliau, meskipun penduduk Kuala Lumpur adalah berbilang kaum, tetapi Melayu masih merupakan penduduk majoriti.


Malah, kata beliau lagi, dengan trend pertambahan jumlah kelahiran kaum Melayu yang tinggi, kadar peratus Melayu di Kuala Lumpur dijangka mencecah sehingga 50 peratus.


“Justeru, melihat kepada perangkaan ini, sudah pasti mana-mana pihak yang berminat meletakkan calon untuk pilihan raya PBT di Kuala Lumpur akan mempertimbang untuk meletakkan calon utama dari kaum Melayu,” katanya lagi.


Selain itu, Faisal yang juga bekas Presiden Abim, turut memetik Banci Penduduk 2020 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia di Kuala Lumpur yang mencatatkan penduduk Melayu adalah sejumlah 41.5 peratus, Cina 36.2 peratus, India 8.9 peratus dan lain-lain 1.1 peratus serta (bukan warganegara 12.3 peratus).


Selanjutnya, sebagai tanda sokongan kepada perlaksanaan pilihan raya PBT, beliau menegaskan, ia mampu memperkasa suara rakyat dalam membawa isu setempat, di samping memastikan peningkatan nilai kebertanggungjawaban pihak berkuasa.


“Ia juga secara tidak langsung akan meringankan kerja Ahli Parlimen yang sebelum ini terpaksa menyelesaikan semua isu setempat melibatkan sampah sarap, longkang tersumbat dan sebagainya, sedangkan tugas mereka adalah untuk menggubal serta menyemak undang-undang dan dasar penting negara. 


“Daripada sudut yang lain, pilihan raya PBT turut mampu menghidupkan kesedaran politik dalam kalangan masyarakat di sesebuah lokaliti,” tambahnya lagi.


Dalam hal ini, saya tidak ingin bersurah panjang untuk menyanggah hujah Pengerusi Bersih itu, tetapi sekadar ingin mengingatkan bahawa fakta di atas kertas tidak selalunya sama dengan realiti di lapangan.


Bahkan, pakar ekonomi yang hafal segala macam teori pemasaran juga belum tentu boleh berjaya jika menceburi dunia perniagaan.


Fakta semasa untuk difahami mudah saja, di Kuala Lumpur ini ada 11 kawasan Parlimen – Kepong, Batu, Wangsa Maju, Segambut, Setiawangsa, Titiwangsa, Bukit Bintang, Lembah Pantai, Seputeh, Cheras dan Bandar Tun Razak.


Pertama, daripada 11 kawasan tersebut, berapa kawasan dihuni oleh majoriti Melayu dan berapa kawasan lagi oleh bukan Melayu?


Kedua, daripada 11 kawasan Parlimen yang ada di Kuala Lumpur, berapa kerusi yang dimenangi oleh calon daripada parti Melayu seumpama UMNO atau Pas misalnya?


Ketiga, berapa kerusi pula yang dimenangi oleh calon daripada parti campuran seperti PKR, tetapi diketahui mendapat sokongan yang kuat daripada pengundi bukan Melayu?


Seterusnya yang keempat, berapa kerusi yang dimenangi oleh calon bukan Melayu dan daripada parti bukan Melayu?


Dengan segala fakta di atas, jika diadakan pilihan raya PBT di Kuala Lumpur, bolehkah Faisal memberi jaminan orang Melayu masih boleh mendapat tempat atau mereka bakal merempat? – ShahbudinHusin 20/12/2023.


https://shahbudindotcom.net/2023/12/20/menyanggah-hujah-pengerusi-bersih-kononnya-melayu-masih-majoriti-di-kl.html



TAN SRI RASHID HUSSIN SERTAI KERAJAAN



PENGKHIANAT SELUDUP BARANG KE NEGARA JIRAN

 

Che Ibrahim


KPDN perlu buat tinjauan mengejut dan mengenalpasti mengapa barangan kawalan ini boleh berada di pasaran terbuka di negara jiran (Indonesia dan Thailand)????




PEDIH MENIKAM HATI. KATANYA KEJUTAN TAHUN BAHARU


Zusdin




 ADEH, PEDIH ULU HATI LEBAI, WALAUN & UNTIT. MENUNGGU HARI "BAHAGIA"...hahaha 🤣🤣🤣

******

Seven PN MPs ‘waiting for the right time’ to support Anwar: Bersatu MP https://newswav.com/A2312_aCbThu?s=A_zWcZUDu&language=en

KEH..KEH..KEH...LAIN KALI JANGAN LAYAN JENIS MATEMATIK TAK LULUS. BAGI LA APA PUN...TETAP BODO JUGA


 

ZAMAN PN PERINTAH PUN LAGI TERUK...DIA BOLEH SEMBANG LA.


 

BEKAS IMAM MASJID MARANG PUN PUAK KHAWARIJ KAPIRKAN..NAYA SUNGGUH


 

RAPATKAN SAF TU SUNAT SAJA.


 

PALA BAPAK HANG AIHHH- DIA TAK TAU APA. ZAMAN NASI LEMAK BUNGKUIH DENGAN BOH LAM TUPPERWARE, DIA TAK CELIK LAGI. APA DIA BUAT SEMUA TAK JADI. BELI NASI LEMAK AYAQ TAK DAK CEKIK MAMPOIH. BAIK HANG BAGI ADA AYAQ DULU DI TEMPAT HANG


 

HAAA..STANDING ONDER- HANG JAWAB LA SOQANG SOQANG BILA KENA SAMAN.


 

ZAMAN YIDDIN KAPALTERBANG LINTAS DIAM MENIKUS.


 

Kenyataan Media Perdana Menteri 20 Disember 2023

 





Kenyataan Media

Perdana Menteri

20 Disember 2023


Kerajaan Malaysia memutuskan untuk menyekat dan tidak membenarkan syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan Malaysia.


Kementerian Pengangkutan akan mengambil tindakan segera dengan mengenakan larangan kekal terhadap syarikat ini berkuat kuasa serta merta.


Sekatan ini adalah tindak balas terhadap tindakan Israel yang mengenepikan prinsip asas kemanusiaan dan melanggar undang-undang antarabangsa menerusi pembantaian dan kekejaman berterusan terhadap warga Palestin.


Untuk rekod, Kabinet pada 2002 mula membenarkan kapal milik syarikat ini berlabuh di Malaysia. Pada 2005, Kabinet ketika itu memberi kebenaran kepada kapal tersebut untuk mendarat di Malaysia. Namun, Kerajaan hari ini memutuskan untuk membatalkan semua keputusan Kabinet lalu.


Pada masa yang sama, Kerajaan Malaysia turut memutuskan untuk tidak lagi menerima kapal yang menggunakan bendera Israel untuk berlabuh di negara ini.


Selain itu, Malaysia juga mengenakan larangan kepada mana-mana kapal yang dalam perjalanan menuju ke Israel daripada memuatkan kargo di pelabuhan Malaysia. Kedua-dua sekatan ini juga berkuatkuasa serta-merta.


Malaysia yakin keputusan tersebut tidak akan menjejaskan kegiatan perdagangan Malaysia.


ANWAR IBRAHIM



KELOMPOK EKSTRIM MENCETUS KITARAN GANAS YANG TIADA HUJUNGNYA.


Jamzuri Ardani


Di zaman kerajaan Abbasiyah, golongan Khawarij bukan sahaja memberontak ke atas kerajaan, tetapi juga berperang sesama sendiri kerana berebut kuasa kepimpinan di kalangan mereka. 


Pengkalan kekuatan mereka waktu itu berada di sekitar Mosul, utara Iraq (wilayah Al Jazira antara Sungai Furat dan Sungai Tigris) dan sebahahian wilayah Syam. 


Waktu itu golongan Khawarij diketuai oleh Musawir Al Shari. Selepas kematian Musawir, berlakulah pertempuran sesama kelompok Khawarij untuk menjadi ketua sehinggalah Harun Al Bajali berjaya membunuh pencabarnya serta menyatukan semula kelompok Khawarij di bawah kepimpinannya. 


Kemudian Harun bergabung dengan kelompok Arab Syiah diletuai oleh Hamdan Al Taghlibi menawan Kota Mosul mengalahkan Ibn Kundajiq, gabenor Mosul yang dilantik oleh kerajaan Abbasiyah. 


Tidak lama selepas itu berlaku pula pemberontakan dikalangan Khawarij ke atas Harun Al Bajali yang diketuai oleh Muhammad Ibn Ubaydah yang berpengkalan di Sinjar.  Maka berlakulah pula pertempuran diantara dua kelompok Khawarij.  Harun Al Bajali berjaya menawan Sinjar dan memenggal leher anak kepada Muhammad Ibn Ubaydah. 


Harun terus memburu Muhammad dan membunuh pengikutnya dalam jumlah yang besar hinggalah akhirnya Muhammad ditangkap pula oleh gabenor kerajaan Abbasiyah dan akhirnya dihukum mati di Baghdad dengan cara siksaan yang sangat menyakitkan. 


Kemudian khalifah Abbasiyah mula melakukan serangan besar-besaran ke atas Khawarij dan berjaya menangkap ketuanya, Harun Al Bajali.



HALA TUJU AGENDA PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTRA








Saya perhatikan ahli parlimen pembangkang (terutamanya dari BERSATU) sering bertanya mengenai agenda ekonomi Bumiputra yang dibawa Kerajaan Perpaduan.


Saya faham lenggok pertanyaan mereka, konon untuk menunjukkan mereka membela Melayu. Ikut hati, saya ingin jawab mudah sahaja:


“Insya-Allah kami tidak akan menunggang nama Melayu untuk beberapa kerat rembat duit Jana Wibawa yang akhirnya di-Ali Baba-kan kepada syarikat bukan Melayu”.


Semua pentadbiran Kerajaan Persekutuan mengaku ada agenda pemerkasaan ekonomi Bumiputra. Soalnya ialah bagaimana, supaya ia mencapai matlamat dan membawa kebaikan kepada negara keseluruhannya.


Apa matlamat agenda pemerkasaan ekonomi Bumiputra? 


Orang lain mungkin melihatnya dari lensa politik semata-mata. Sebagai Menteri Ekonomi, fokus saya ialah meningkatkan sumbangan ekonomi Bumiputra memandangkan jumlah perusahaan Bumiputra adalah besar tetapi sumbangan ekonominya (secara relatif) masih ada jurang.


Daripada lebih sejuta entiti perniagaan di negara ini, hanya 3% adalah syarikat-syarikat besar, sementara sekitar 2% adalah syarikat bersaiz sederhana.


Sekitar 15% adalah syarikat kecil, sementara 80% entiti perniagaan adalah perniagaan mikro. 


Majoriti pemilik entiti perniagaan mikro dan kecil ini (iaitu sekitar 95% dari entiti perniagaan berdaftar) adalah dari kalangan peniaga Bumiputra.


Oleh itu, usaha menskalakan perniagaan mikro, kecil dan sederhana agar mereka naik ke takuk lebih atas, dan usaha memperkasakan perniagaan Bumiputra, adalah satu usaha yang bertindih dan boleh digerakkan seiring.


Sebab itu, pandangan saya, dalam merangka dasar-dasar baru untuk memperkasa ekonomi Bumiputra, kita perlu menggunakan pendekatan-pendekatan baru.


Perniagaan Bumiputra mestilah berdaya saing dan boleh berdiri sendiri. Program kerajaan perlu berhati-hati untuk mengelakkan pergantungan kepada bantuan kerajaan yang boleh mengikis daya saing.


Itulah mesej saya kepada penerima-penerima geran bantuan Teraju dalam satu majlis baru-baru ini. 


Mesej saya kepada perniagaan Bumiputra yang mendapat bantuan agensi kerajaan - fokuskan kepada 3P: “product, problem, people”.


Hanya perniagaan yang membangunkan produk (atau perkhidmatan) yang menyelesaikan/memenuhi kehendak pelanggan (“problem”) yang akan berdaya tahan dan ada kemampuan untuk diskalakan.


Hanya perniagaan yang mempunyai bakat yang berkemahiran (“people”) yang mampu membangunkan produk yang memenuhi tuntutan pelanggan.


Sementara agensi kerajaan terus membangunkan program untuk membantu ekosistem perniagaan Bumiputra, pengusaha Bumiputra pula mestilah membangunkan perniagaan berasaskan 3P yang saya sebut.


Barulah kita boleh mengelakkan tragedi Jana Wibawa berulang kembali.



Usah pelihara babi di kawasan Melayu- MOHD SAYUTI OMAR


ULASAN DISEMBER

BEHAVIOUR atau sifat pembangkang di Malaysia adalah menjadi penyerang kerajaan tanpa kira masa dan suatu kelumrahan. Meminjam istilah seorang tok guru, yang memperumpamakan kerajaan hari ini seperti Zionis, maka pembangkang juga boleh disamakan dengan perangai Zionis terhadap Palestin dalam melayani kerajaan hari ini. 

Mereka tidak akan berhenti menyerang Palestin, pantang ada ruang dan sedikit isbab saja akan diserang dan dibom. Nah, begitu juga dengan pembangkang di negara ini terhadap kerajaan.

Mereka akan buat serangan tubi untuk menganggu kerajaan. Mereka tidak akan kompromi langsung dengan kerajaan yang dilihat kerajaan adalah musuh abadi mereka seperti Zionis terhadap Palestin itu. Mereka tidak akan ikhtiraf mandat rakyat kepada pihak yang membentuk kerajaan. Semangat demokrasi mereka ke lautkan. Seolah-olah kalau pembangkang tidak menyerang kerajaan politik negara ini tidak hidup. Paling mendukacitakan serangan itu dibuat dalam keadaan mengigau, tidak waras.

Meskipun demokrasi ada tempoh atau had valid (penggal) selama lima tahun sekali, yang kemudian diadakan pemilihan semula, namun masa senggang itu tidak dihormati dan tidak akan dibiarkan berlalu begitu sahaja. Pembangkang tidak pernah mengira masa senggang itu. Kerajaan akan diganyang bagaikan ilalang di ladang getah. Bagi mereka kerajaan bahaya perlun di ditebang dan diracun. Kerana itu mereka sanggup mengonatasikan kerajaan dengan seribu kejelakan.

Persefahaman langsung tidak ada. Walaupun prinsip pembangkang itu sama dengan kerajaan; punya tanggungjawab dan amanah untuk membangun rakyat dan negara; pembangkang menjadi pengkritik, penegur dan pemantau kerja kerajaan. Namun falsafah itu tidak direalisasikan. Semacam pembangkang sudah hilang roh demikian, falsafah itu sudah di liang lahadkan. 

Di Malaysia ini sukar untuk kita lihat pembangkang bertindak menjadi pembangkang yang konstruktif, menjadi jurubicara rakyat yang baik, bijak sesuai dengan semangat demokrasi. Situasi ini suatu yang malang kepada bangsa dan negara kita. Ia juga malang kepada pencantu politik demokrasi. Apakah ini suatu kepincangan kepada demokrasi kita?

Keadaan ini kian ketara sejak dua sedekad ini. Memang dahulu lagi sejak pilihan raya diperkenalkan, (1955) pembangkang tidak sebulu dengan kerajaan, kerana jika pembangkang akur kepada kerajaan tiadalah peranan memantau dan mengkritik tadi. Namun cara dan sikap mereka ketika itu masih boleh dimaafkan. Pembangkang masih relevan dan berperanan molek. Walau bukan disemua aspek pembangkang membantah kerajaan, tetapi dalam hal-hal tertentu pembangkang bekerjasama dan membantu kerajaan. Esprit de crop di antara kerajaan dengan pembangkang sangat kuat.  

Keadaan buruk itu berlaku sejak BN kehilangan hegemoni apabila hilang kuasa majoriti dalam parlimen selepas pilihan raya umum 1999. Ia bertambah kalut lagi apabila BN terus hilang kerajaan dalam Piraum tahun 2018. Kerajaan BN yang berdiri selama lebih 60 tahun musnah, seolah-olah kemusanahan itu menjadi tanda kepada kehebatan dan kekuatan pembangkang.

Kemuncak kehebatan aksi pembangkang ialah apabila berlaku kudeta tahun 2020, apabila kerajaan PH dirampas oleh orang-orangnya sendiri. Pengkhianatan politik itu bermulanya serangan hebat pembangkang kepada kerajaan dan pembangkang dilihat sebagai hero apabila berjaya menumbangkan kerajaan. 

Pengkhianatan itulah menjadi semangat dan pendorong kepada pembangkang. Selepas kejadian di Sheraton hotel tu, dicuba pula dengan usaha-usaha lain berterusan sehingga kini tanpa henti. Kejayaan tindakan di Sheraton hotel itu menjadi muqadimah kepada pembangkang dan warga politik kita juga yakin dengan setiap movement (gerakan) pembangkang terhadap kerajaan. 

Jika pembangkang yang behavior begitu serang kerajaan tidak pelik dan aneh kerana kita sudah kenal dan arif dengan ulah pembangkang di Malaysia ini. Tetapi yang mengkagetkan kita kerja-kerja atau sifat untuk menganggu kerajaan juga dilakukan pihak mendokong kerajaan sendiri. Sedar atau disengaja itulah yang sedang berlaku sekarang ini sedikit mengalaukan jiwa.

Apakah pihak ini sengaja untuk memberi bola tanggung kepada pembangkang kerana mereka juga ada cita-cita terpendam sendiri? Atau ingin menumpang tui di sebaliknya? Ini menimbulkan rasa pelik dan aneh.

Dirujuk sahaja kepada sikap atau kerenah dilakukan pemimpin DAP yang membuat kenyataan yang boleh menganggu kedamaian kerajaan apabila ia menyentuh naluri Melayu. Kenyataan beberapa orang pemimpin DAP seperti disengajakan dengan sesuatu tujuan tidak jelas yang harus dibongkarkan. 

Misalnya kenyataan atau pernyataan dikeluarkan oleh Lim Kit Siang berhubung orang Melayu boleh jadi PM negara ini sesuatu yang tidak enak didengar orang Melayu fanatik dengan sifat Melayunya. Kenyataan itu boleh menimbul kekeruhan dalam minda orang Melayu terhadap kerajaan hari ini. Kenyataan Kit Sing itu sebenarnya sudah basi, ia laksana nasi basi yang tidak pun perlu dipedulikan. Tetapi atas sifatnya ia boleh diperangatkan maka ia boleh dimakan lagi.

Secara akademiknya kenyataan penasihat DAP itu berdasarkan kepada pentafsiran Perlembangaan, memang orang bukan Melayu boleh jadi perdana menteri kerana tidak ada larangan tegas dalam Perlembagaan. Syarat menjadi perdana menteri di negara ini seseorang ahli parlimen yang mengikut hemat Yang diPertuan Agong mendapat majoriti. Malahan bekas PM Mahathir Mohamad pun pernah menyebtunya. Jadi kenyataan Kit Siang itu bukan sesuatu yang baru tetapi Melayu jadi terjungkil dengan pernyataan Kit Siang tersebut. 

Kenyataan Kit Siang ini cepat pula disambar oleh ahli parlimen Machang yang mendesak perdana menteri Anwar Ibrahim melakukan pindaan undang-undang untuk menjamin kedudukan Melayu. Walaupun ahli parlimen itu faham dengan kuasa dan "kekuatan" yang ada dalam perlembagaan, tetapi beliau sengaja membuat desakan itu untuk menjadikan hal itu isu dan bahan polemik. 

Rasanya Melayu cerdik faham dan maklum dengan "maknawi" pernyataan Kit Siang itu.  Selagi Yang diPertuan Agong dipegang oleh Raja Melayu tidak mungkin beliau akan bersetuju memberi perkenaan melantik mana-mana ahli parlimen menjadi perdana menteri, melainkan ada raja yang hilang kewarasan dan sirna semangat Melayu. Perlembagaan ada menyebut soal perlantikan Perdana Menteri namun hakikatnya institisi Raja-Raja ikut bertanggungjawab. Dalam konteks negara kita konvensyen dan amalan mengatasi Perlembnagaan. Kena faham.

Orang Melayu maklum akan kekuatan dan perlindungan itu dan mereka tidak khuwatir apa disebut Kit Siang itu. Namun disebabkan kepentingan politik maka ia sengaja dimainkan dengan tujuan mahu melihat kehormonian kerajaan khasnya Anwar terkacau.   

Begitu pun apabila ia dinyatakan untuk kesekian kalinya serta diulang-ulangi oleh Kit Siang maka timbul kecurigaan. Bukan sekali Kit Siang melontar atau memberi pesan tentang perkara itu, sudah acap kali. Lim Kit Siang seolah mahu menyekolahkan orang Melayu. Justeru itu tidak salah kalau timbul rasa bimbang dari kalangan Melayu dan mengira Kit Siang bukan sahaja-sahaja melontarkan hal itu. 

Ia tentu ada tujuan sehingga ada yang nakal mengira Kit Siang atau DAP sedang menggoda kuasa dalam kerajaan. Mereka (pembangkang) membuat perkiraan mungkin kehendak DAP lebih mudah dipenuhi kini berbanding dahulu kerana kini mereka (DAP) sudah jadi sebahagian kerajaan.

Tidak dapat dinafikan dalam konteks politik kenyataan Kit Siang atau polemik itu ada kebaikan buat DAP alias bukan Melayu. Ia menyebabkan masyarakat terfikir akan benar dan logiknya. Kesan dari tindakan atau kesimpulan itu jika ia diambil kira menguntung mereka.

Jadi kalau Melayu panik tidak pelik, bah wajar. Dalam hal ini tidak boleh disalahkan pembangkang.

Apa lagi tidak cukup dengan keyataan Kit Sing itu ia turut diikuti kenyataan Pengerusi DAP Kuala Lumpur Tan Kok Wai yang mendesak diadakan pilihan kerajaan tempatan (PBT) Kuala Lumpur. Kenyataan itu semacam ada kesenimbungan. Situasi inilah kepada sesetengah pemikir Melayu khasnya pembangkang membuat kesimpualn DAP terus bermain dengan cita-citanya menerusi kerajaan.

Persoalannya, untuk apa bermain dengan kenyataan seperti itu yang boleh mengusik naluri orang Melayu? Apakah ia dapat membantu memperkuatkan sokongan Melayu dari kalangan Melayu atau tidak? Saya berpandangan dan yakin jika tidak ada sesuatu maksud, untuk apa yang ditimbulkan. Jika tidak ada mengada masakan tempua bersarang rendah. Kenyataan Kit Siang dan Kok Wai bahaya kepada kerajaan kerana ia boleh menganggu kerajaan.

Sebab dikatakan, selain daripada pembangkang yang tidak tidur malam dan siang terus menganggu kerajaan, kerana pihak dalaman (DAP) juga nampak seperti tumpang sekaki. DAP semacam sehaluan dengan pembangkang dalam hal ini untuk ganggu kerajaan. Jadi kalau ada yang curiga dan bimbang kepada DAP jangan terkilan. 

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook harus lebih peka, serius dan menyeluruh lagi  menutreliskan pemikiran DAP sesuai dengan kedaan sesama. Sikap "chauvenism" DAP wajar diredakan. Pemikiran political will sesetengah pemimpun DAP yang diwarisi daripada PAP perlu dileburkan. Ini tugas berat Anthony Loke dan pimpinan milleniun DAP kini. 

Dalam konteks ini saya ingin menyebut begini kepada DAP, ada setengah orang dalam parti itu ingin mencapai fahaman politik yang liberal, tetapi mereka perlu mengerti selagi masyarakat negara ini hidup bersendikan ethnik dan fahaman agama, cita-cita itu tidak dapat dicapai. Usaha sebegitu tidak ubah, usaha begitu seperti cuba menternak babi dalam kawasan Melayu.

Bukan mudah untuk Melayu menerima baik ternakan itu kerana menurut kitab mereka ia dihramkan. Doktrinasi hukum itu menghalang penerima mereka ke atas makhluk Allah yang satu itu. Walaupun peri kemanusiaan dan hak haiwan itu sama nilai di sisi Allah namun kuasa syariah membatasi mereka. Jadi hasrat mahu membuka ladang haiwan terharam itu padamkan perlu dipadamkan, jika mahu melihat Melayu kolot tidak diadu gelisah. [wm.kl. 12:56 pm 19/12/2023]

 

Kerajaan salur peruntukan RM9.4 juta bantu pekebun getah




 Susulan musim monsun, Kerajaan Perpaduan menyalurkan peruntukan berjumlah RM9.4 juta kepada 11,784 peneroka tanaman getah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).



Felda dalam satu kenyataan pada Selesa berkata, peruntukan bagi Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) itu diberikan kepada penerima yang layak di seluruh negara.



Ia jelasnya disalurkan melalui Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) berjumlah RM800 bagi setiap peneroka tanaman getah dan diberikan dalam tiga fasa bermula pada Disember 2023 sehingga Februari 2024.



"Bayaran fasa pertama melibatkan nilai RM400 manakala fasa kedua dan ketiga masing-masing melibatkan nilai RM200. Kesemua bayaran ini akan dibuat secara terus ke akaun bank peneroka terlibat.



"Peneroka tanaman getah yang layak menerima bantuan ini ialah mereka dengan lot utama getah yang menghantar hasil ke pusat mengumpul getah Felda, mereka yang tiada hasil kerana isu buruh atau serangan penyakit pokok getah, serta mereka yang sedang dalam tempoh tanam semula bersama Felda," menurut kenyataan Felda.



Felda turut berkata, kerajaan berharap bantuan itu dapat meringankan beban peneroka tanaman getah terutamanya dalam menghadapi musim tengkujuh.



Agensi itu turut menzahirkan penghargaan atas keprihatinan kerajaan menyediakan peruntukan BMT untuk peneroka Felda yang sebelum ini ditanggung sepenuhnya menggunakan dana dalaman Felda.

 

PM dapat perintah injunksi inter-parte terhadap Sanusi




 Datuk Seri Anwar Ibrahim memperoleh perintah injunksi inter-parte (dua belah pihak) bagi menghalang Pengarah Pilihanraya Perikatan Nasional (PN) dari mengulangi dan menerbitkan semula kenyataan didakwa memfitnahnya.


Peguam Datuk S N Nair yang mewakili Anwar berkata, Hakim Mahazan Mat Taib membenarkan permohonan inter-parte injunksi dipohon Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu pada prosiding yang dijalankan secara dalam talian pada Selasa di Mahkamah Tinggi Alor Setar.


"Perintah injunksi itu bagi menghalang defendan (Muhammad Sanusi), kakitangan atau ejennya daripada mengulangi atau menerbitkan kenyataan-kenyataan serupa yang mempunyai kecenderungan untuk menggambarkan plaintif (Anwar) sama ada secara langsung atau dengan sindiran dalam mana-mana saluran media sosial defendan, laman web dan mana-mana platform lain sehingga pelupusan kes saman," kata Nair dipetik.


Beliau berkata, Sanusi juga dilarang mengeluarkan kenyataan serupa atau yang mempunyai kesan sama dalam apa jua cara, bentuk atau lain-lain yang mempunyai kecenderungan untuk menggambarkan Anwar sama ada secara langsung atau sindiran, seperti dalam pernyataan tuntutan anak guamnya.


Pada prosiding semalam, mahkamah turut menetapkan 19 Februari 2024 untuk pengurusan kes di hadapan pendaftar menerusi e-Review.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, Anwar mendakwa Muhammad Sanusi yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah memberikan ucapan berbaur fitnah mengaitkannya dengan perlakuan tidak bermoral dalam satu kempen ceramah "Jelajah PN Best Tambun", sebagai menyokong calon PN bagi Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, dengan ratusan pengunjung menghadiri ceramah itu.


Fitnah itu antaranya membawa maksud plaintif mendapat pengampunan diraja melalui penipuan dan kekal tidak diampunkan serta telah memperdaya Yang di-Pertuan Agong, seorang pembohong, tidak boleh dipercayai, tidak beretika dan mengkhianati mandat rakyat.


Kenyataan itu dibuat dengan berniat jahat bertujuan untuk menghasut orang ramai dan menimbulkan kebencian peribadi terhadapnya dan PH semasa tempoh berkempen menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November tahun lepas.


Ucapan dalam ceramah itu turut diterbitkan atau menyebabkan penerbitan semula dan disiarkan secara siaran langsung dalam aplikasi Facebook bawah nama 'Faizal Azumu' yang mendapat tontonan lebih 88,000 kali, 531 reaksi, 58 kali perkongsian dan 384 komen, setakat tarikh pemfailan saman itu.


Sehubungan itu, plaintif memohon ganti rugi am, teruk serta teladan, selain perintah untuk menghalang defendan daripada terus mengungkap, mengarang, menerbitkan atau menerbitkan semula kenyataan serupa terhadap plaintif, serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.


Muhammad Sanusi dalam pernyataan pembelaannya sebelum ini dilapor berkata, bahawa beliau tidak mempunyai apa-apa niat jahat dan memfitnah Anwar sebaliknya mengkritik Ahli Parlimen Tambun itu bagi tujuan kempen PRU15.