KELOMPOK EKSTRIM MENCETUS KITARAN GANAS YANG TIADA HUJUNGNYA.


Jamzuri Ardani


Di zaman kerajaan Abbasiyah, golongan Khawarij bukan sahaja memberontak ke atas kerajaan, tetapi juga berperang sesama sendiri kerana berebut kuasa kepimpinan di kalangan mereka. 


Pengkalan kekuatan mereka waktu itu berada di sekitar Mosul, utara Iraq (wilayah Al Jazira antara Sungai Furat dan Sungai Tigris) dan sebahahian wilayah Syam. 


Waktu itu golongan Khawarij diketuai oleh Musawir Al Shari. Selepas kematian Musawir, berlakulah pertempuran sesama kelompok Khawarij untuk menjadi ketua sehinggalah Harun Al Bajali berjaya membunuh pencabarnya serta menyatukan semula kelompok Khawarij di bawah kepimpinannya. 


Kemudian Harun bergabung dengan kelompok Arab Syiah diletuai oleh Hamdan Al Taghlibi menawan Kota Mosul mengalahkan Ibn Kundajiq, gabenor Mosul yang dilantik oleh kerajaan Abbasiyah. 


Tidak lama selepas itu berlaku pula pemberontakan dikalangan Khawarij ke atas Harun Al Bajali yang diketuai oleh Muhammad Ibn Ubaydah yang berpengkalan di Sinjar.  Maka berlakulah pula pertempuran diantara dua kelompok Khawarij.  Harun Al Bajali berjaya menawan Sinjar dan memenggal leher anak kepada Muhammad Ibn Ubaydah. 


Harun terus memburu Muhammad dan membunuh pengikutnya dalam jumlah yang besar hinggalah akhirnya Muhammad ditangkap pula oleh gabenor kerajaan Abbasiyah dan akhirnya dihukum mati di Baghdad dengan cara siksaan yang sangat menyakitkan. 


Kemudian khalifah Abbasiyah mula melakukan serangan besar-besaran ke atas Khawarij dan berjaya menangkap ketuanya, Harun Al Bajali.



No comments: