PM ANWAR UMUM BELI MRSS


 Insya-Allah salah sebuah kapal peronda pelbagai guna (MRSS) yang PMX umum beli dari syarikat Fincantieri dalam lawatan beliau di Itali hari ini.





PMX bukan saja-saja datang dan umum beli. Sebenarnya tender antarabangsa telah dibuka pada Mac lepas. 


Sebelum ini saya pernah kongsikan link - https://x.com/FyrolIkram/status/1827964347014172886?t=-mMAl60T0d0BjegSEorjOg&s=19


 bagaimana PMX terpaksa tangguhkan perihal pendidikan percuma kerana mengutamakan keperluan mendesak tentera kita yang mana aset usang mengancam nyawa pasukan mereka sendiri. 


Alhamdulillah dibawah Kerajaan Madani banyak aset tentera yang mula dibeli.



DARI PEMIMPIN SAMPAI WALAUN... AKHLAK TAK JAGA... QAZAF


Tengku Adam


 Patut la negeri mundur segala-gala bila aklak tak dijaga pas mentadbir negeri berpuluh tahun tapi tidak berjaya mentarbiah pd rakyatnya supaya beraklak mulia...masih ada rakyat sebegini semoga kata² itu kembali pdnya aamen.

#akutetapsokongpmx




BENGGONG DIA MEMANG TAK LEH BLAH...

 


𝗙𝗮𝗱𝗵𝗹𝗶 𝗦𝗵𝗮𝗮𝗿𝗶 datang lagi! Kali ni cerita parking pulak. Ini la mangkuk yang 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗿 𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵 kata harga ais naik tapi tauke syarikat ais tersebut pun 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗳𝗶𝗸𝗮𝗻. Siap buat laporan polis lagi.





Kali ni dia cerita tentang caj parkir naik pula. Notis tu dari 𝗔𝗺𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗻𝘁𝗿𝗮𝗹. Aku tak pasti dekat mana Aman Sentral tu. Rasanya di 𝗞𝗲𝗱𝗮𝗵. Kalau ya cubalah tanya Sanusi apa cerita ni.


Aku tak dengar tempat parkir lain naik harga. Kalau ya pun, berapa agaknya kenaikan? Sampai RM6 ke? Jika caj parkir tu RM100, mungkinlah kena RM6. Parkir kat mana agaknya sampai RM100 tu?


Bagi aku 𝗯𝗲𝗻𝗱𝗮 ni buat hantaran begini bukannya apa tapi sekadar nak 𝘁𝘂𝘁𝘂𝗽 𝗺𝗮𝗹𝘂 dan 𝗺𝗲𝗺𝗽𝗲𝗿𝘁𝗮𝗵𝗮𝗻𝗸𝗮𝗻 𝗲𝗴𝗼 je. Sebab dia kata 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂𝗮𝘀𝗮𝗻 𝘀𝗸𝗼𝗽𝗦𝗦𝗧 jejaskan B40 tapi malangnya 𝘁𝗮𝗸 𝗺𝗮𝗺𝗽𝘂 𝗻𝗮𝗸 𝗯𝘂𝗸𝘁𝗶𝗸𝗮𝗻.


Sebab sampai caj parking ni pun dia buat isu. Kalau walaun yang main isu ni aku tak pelik la sebab semua orang tahu 𝗰𝗲𝗿𝗱𝗶𝗸 tu 𝘀𝗶𝗳𝗮𝘁 𝗺𝘂𝘀𝘁𝗮𝗵𝗶𝗹 𝗯𝗮𝗴𝗶 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻. Tapi ini lebai yang berjawatan MP.


Tapi 𝗱𝗲𝗺𝗶𝗸𝗶𝗮𝗻𝗹𝗮𝗵 𝗣𝗔𝗦. Mana ada orang yang berakal nak sokong PAS. Sebab kiranya seseorang tu berakal, nescaya dia akan 𝗹𝗮𝗿𝗶 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗣𝗔𝗦 sebagaimana dia 𝗹𝗮𝗿𝗶 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗮𝗸𝗶𝘁 𝗸𝘂𝘀𝘁𝗮. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



NAK BANDING SST DAN CUKAI LAIN.

 


Ada yang nak bandingkan 𝗦𝗦𝗧 dan cukai-cukai lain di zaman MADANI ini dengan 𝗮𝗿𝘄𝗮𝗵 𝗚𝗦𝗧 dulu.






Untuk orang otaknya tumpul macam walaun, walajib, walatok serta 𝘄𝗮𝗹𝗮-𝘄𝗮𝗹𝗮 𝘀𝗲𝗸𝗮𝗹𝗶𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮, mereka cuma lihat pada angka peratusan. Mereka tak lihat kepada 𝘀𝗸𝗼𝗽 atau 𝘀𝗮𝘀𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗰𝘂𝗸𝗮𝗶 𝘁𝗲𝗿𝘀𝗲𝗯𝘂𝘁.


Tapi aku beri satu cara mudah untuk menilai apakah SST 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗲𝗷𝗮𝘀𝗸𝗮𝗻 𝗵𝗶𝗱𝘂𝗽 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 berbanding GST. Kita lihat sahaja pada 𝗶𝗻𝗳𝗹𝗮𝘀𝗶. Berapakah inflasi sekarang berbanding zaman GST?


Anehnya, walaupun banyak cukai (seperti didakwa oleh walaun) era MADANI ni, inflasi 𝗺𝗮𝘀𝗶𝗵 𝘁𝗲𝗿𝗸𝗮𝘄𝗮𝗹. Kenapa? Sebab cukai zaman MADANI 𝘁𝗮𝗸 𝘀𝗮𝘀𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗸𝗲𝗹𝗼𝗺𝗽𝗼𝗸 𝘁𝗲𝗿𝗯𝗮𝗻𝘆𝗮𝗸.


Berbanding zaman GST dulu, inflasi 𝗺𝗲𝗻𝗰𝗮𝗻𝗮𝗸 𝗻𝗮𝗶𝗸. Itu bukti ada kenaikan harga barang 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗻𝗱𝗮𝗱𝗮𝗸 apabila GST diperkenal. Tapi itu tak berlaku sekarang. Kerana perluasan skop SST tidak terlalu menjejaskan hidup rakyat.


Jadi kartun di bawah ni, sepatutnya diletakkan sekali berapa inflasi zaman GST dan era MADANI. Barulah boleh buat penilaian yang adil dan saksama.


Data tak menipu. Yang menipu tu lebai dan walaun. Kalau rajin guna akal dan berfikir, tak sudah sangat pun nak cari kebenaran. Jangan ikut lebai dan walau. Otak mereka 𝙨𝙝𝙤𝙬𝙧𝙤𝙤𝙢 𝙘𝙤𝙣𝙙𝙞𝙩𝙞𝙤𝙣. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



Apa perlu buat jika wang tunai tersekat dalam mesin ATM?


Pendakwah Teknologi






1. Ambil gambar skrin ATM jika ada error atau mesej "cash jammed".


2. Ambil gambar nombor ID mesin ATM (rujuk contoh dalam gambar).


3. Simpan resit yang dikeluarkan. Jika tiada resit, catat maklumat dalam telefon: masa transaksi, cawangan, lokasi dan nombor ID mesin ATM.


4. Hubungi khidmat pelanggan bank dan buat laporan dalam masa 24 jam.


5. Dapatkan nama pegawai yang membantu serta nombor laporan kes.


Jika berlaku pada hujung minggu, pergi ke cawangan bank pada hari bekerja dan isi sebarang borang yang diperlukan. Simpan salinan borang untuk rujukan.


Credit

Pendakwah Teknologi



FORMULA APA NI 8%

 

Ikhwan Razak


Formula apa ni Dato Seri Anwar Ibrahim??






Bawa naik cukai SST 8%,tarik subsidi tapi harga makin turun?? 😂😂..


Tarik subsidi Ayam,tapi ayam makin murah ,tu tak kira subsidi diesel pun di tarik patut makin mahal lah ?


Formula apa ni?!



HOT! LATEST FROM DS RAFIZI RAMLI! DEBATING NATIONAL ISSUES THAT ARE OF C...

ISU AMBALAT: Melondehkan Pembohongan Perikatan Nasional

DS RAFIZI BRUSHES PN DEVELOPMENT LEADERS' BRAINS ON THE AMBALAT ISSUE!

PAPAGOMO FACES 3 YEARS' PRISON SENTENCE FOR SEDUCTION!

MOTOR BESAR ADA PULAK DUIT | Dalam Parlimen melalak duit bank tinggal du...

EP161 | Peluasan SST, Penyasaran Subsidi RON95, Kerangka Ekonomi Madani,...

Peluasan SST tidak babit pun keperluan asas rakyat, ini penjelasan menteri



“Setiap bulan mereka menerima antara RM50 hingga RM200 untuk pembelian barangan asas. Ini hanya boleh dilaksanakan jika kerajaan mempunyai hasil yang mencukupi,” kata Amir Hamzah lagI.



BACA JUGA MP Pas gelar ‘kerajaan SST’ pula selepas kilang naikkan harga ais bongkah


 

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan menjelaskan skop peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) tidak membabitkan kebanyakan keperluan asas rakyat.

Beliau berkata, kerajaan komited untuk mengurangkan beban rakyat dengan memilih pelaksanaan SST secara bersasar, bukan menyeluruh.'


“Kita memilih segmen yang tepat untuk dikenakan cukai, jadi kesannya lebih minimum dan hasil yang diperoleh pula dimanfaatkan untuk menyokong golongan memerlukan.

“Kita perlu faham, cukai yang dikenakan digunakan semula untuk 


Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan menjelaskan skop peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) tidak membabitkan kebanyakan keperluan asas rakyat.

Beliau berkata, kerajaan komited untuk mengurangkan beban rakyat dengan memilih pelaksanaan SST secara bersasar, bukan menyeluruh.


“Kita perlu faham, cukai yang dikenakan digunakan semula untuk membantu rakyat. Itulah prinsip kecekapan pentadbiran fiskal,” katanya.


Amir Hamzah berkata demikian menerusi sesi podcast Keluar Sekejap di YouTube yang dihoskan oleh Khairy Jamaluddin serta Shahril Hamdan.

Sebagai contoh, ujarnya, program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang diperluas hasil peningkatan pendapatan kerajaan menyaksikan jumlah penerima meningkat daripada 700,000 individu kepada 5.4 juta penerima.


“Setiap bulan mereka menerima antara RM50 hingga RM200 untuk pembelian barangan asas. Ini hanya boleh dilaksanakan jika kerajaan mempunyai hasil yang mencukupi,” kata Amir Hamzah lagi.






Skandal XFOX dedah kecuaian urus tadbir Terengganu FC

 \


Skandal XFOX–Terengganu FC melibatkan kerajaan negeri Terengganu secara tidak langsung memandangkan TFC adalah entiti di bawah naungan kerajaan negeri.

Isu utama adalah ketirisan dalam proses penelitian sewajarnya (due diligence) oleh pihak kerajaan negeri dan kelab sehingga mengakibatkan terjerat dengan syarikat yang mencurigakan.

Mulanya, XFOX menawarkan diri sebagai penaja platinum TFC dan menjanjikan sumbangan RM1.5 juta serta pembinaan padang sintetik di XFOX Arena, Subang Bestari.


Perjanjian antara TFC dengan syarikat bermasalah itu ditandatangani pada 9 Jun 2024.

Namun, hanya 48 jam selepas perjanjian dimeterai, TFC membatalkan kerjasama secara bersama dan memulangkan kembali wang tajaan RM1.5 juta, tanpa sebarang tuntutan dari kedua-dua pihak.

Walhal, sejak 14 Jun 2023, beberapa entiti berkaitan XFOX (seperti XFOX Market Sdn. Bhd. dan XFOX Market Trust) telah dimasukkan dalam Senarai Amaran Pengguna Kewangan Bank Negara Malaysia (BNM) kerana menerima deposit tanpa lesen dan penggunaan struktur keuntungan yang mencurigakan.


Pakar kewangan syariah, Dr Abdul Rahman A. Shukor menyebut XFOX sebagai syarikat dengan “terlalu banyak red flag” serta mengkritik proses operasi mereka yang tidak mengikut prinsip mudarabah dan menawarkan pulangan bulanan tidak masuk akal iaitu antara 5 hingga 30 peratus.

Kelmarin, lima individu, termasuk seorang wanita bergelar ‘Datuk’, didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas pertuduhan menerima deposit secara haram dan pengubahan wang haram yang berlaku dalam tempoh empat tahun.

Suhaila Semaru

Mereka adalah Datuk Suhaila Semaru, 41, (gambar atas), adiknya Suraya Semaru, 37, dua beradik lelaki Muhammad Wahbah Az-Zuhaili Mohd Ariffin, 33, dan Muhammad Syaabil Ajwad Mohd Ariffin, 26, serta Mohamad Noor Syauqi Shafiee, 30.

Kesemuanya mengaku tidak bersalah dan memohon untuk dibicarakan apabila pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Muhamad Anas Mahadzir, lapor NST.


Suhaila, selaku pengarah XFOX Market Sdn Bhd, berdepan 22 pertuduhan menerima, memperoleh dan memiliki wang hasil aktiviti haram dianggarkan berjumlah RM13 juta.

Suraya pula, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, berdepan 10 pertuduhan memperoleh, memiliki dan memindahkan wang keseluruhan bernilai RM11.1 juta.

Mohamad Noor Syauqi didakwa atas pertuduhan memperoleh dan memiliki wang sebanyak RM2.5 juta hasil daripada aktiviti haram.

Muhammad Wahbah Az-Zuhaili pula berdepan tujuh pertuduhan menerima, memperoleh dan menggunakan wang berjumlah RM10.3 juta.

Sementara itu, Syaabil Ajwad berdepan tujuh pertuduhan menerima serta satu pertuduhan melupuskan wang berjumlah RM58 juta hasil aktiviti haram.

Siasatan terhadap mereka mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001, yang boleh dihukum di bawah subseksyen 4(1) akta yang sama.

Tanpa lesen

Mereka didakwa melakukan kesalahan di beberapa cawangan bank sekitar Shah Alam, Petaling Jaya dan Subang antara November 2021 hingga Julai tahun lalu.

Dalam prosiding yang sama, Suhaila, Suraya dan Mohamad Noor Syauqi turut mengaku tidak bersalah atas satu lagi pertuduhan iaitu bersetuju untuk menerima deposit daripada orang awam tanpa lesen yang sah.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat XFOX di Subang Bestari dari 12 November 2021 hingga 30 Julai 2024, mengikut subseksyen 137(1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, dibaca bersama subseksyen 249(1)(a) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 137(2) akta yang sama.



Pihak pendakwaan yang diketuai oleh Nurdeenie Abd Rashid dan Megat Mahathir Megat Tharih Afendi mencadangkan wang jaminan sebanyak RM1 juta bagi setiap tertuduh dengan syarat pasport diserahkan kepada mahkamah.

Peguam Mohd Haziq Dhiyaudin Razali pula memohon pengurangan jumlah jaminan dengan alasan anak guamnya telah memberikan kerjasama penuh kepada BNM sepanjang siasatan dan tidak berisiko melarikan diri.

Hakim Anas membenarkan jaminan sebanyak RM100,000 bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin dan syarat pasport diserah kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 6 Ogos.




MP INI BERCAKAP DULU TANPA GUNA OTAK

 


MP Pas gelar ‘kerajaan SST’ pula selepas kilang naikkan harga ais bongkah.


Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari menggelar kerajaan MADANI sebagai ‘kerajaan SST’ iaitu “saya suka travel“.

Sindiran itu dipercayai merujuk kepada komitmen Perdana Menteri yang kerap ke luar negara demi menarik pelaburan asing.

Ketua Penerangan Pas berkenaan dilihat ‘istiqamah’ membantah peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang telah pun bermula kelmarin.

Menerusi hantaran Facebook hari ini sambil berkongsikan laporan berita sebuah kilang ais di Johor menaikkan harga, Ahmad Fadhli berkata, isu cukai tidak langsung itu “bukan masalah berapa peratus kenaikan SST”.

“Isunya ialah peluasan skop cukai itu yang akhirnya akan menggandakan harga end product,” dakwanya.

Pemimpin Perikatan Nasional (PN) itu menambah penyokong Pakatan Harapan (PH) dengan mudahnya berkata, boikot sahaja kedai yang menaikkan harga barang.


“Ia bukan semudah itu. Sebagai kerajaan, kaji kenapa peniaga terpaksa ambil langkah ini (menaikkan harga).

“Sayangnya, kerajaan SST (saya suka travel) ini tidak akan peduli keluh kesah rakyat.

“Kerja mereka, kumpulkan tunai untuk dilambakkan menjelang pilihan raya,” tuduh Ahmad Fadhli pula.

Semalam, Ahmad Fadhli dihujani cemuhan orang ramai apabila memuat naik notis caj parkir pusat beli‑belah Aman Central yang terletak di Alor Setar, Kedah.

“Tidak mengapa, hanya T20 dan mahakaya sahaja yang terlibat.

“B40 dan M40 tidak menggunakan khidmat parking…,” sindirnya.

Walau bagaimanapun, cubaan Ahmad Fadhli untuk menyerang kerajaan itu gagal lantaran caj parkir sudah terdapat dalam senarai perkhidmatan bercukai sejak pelaksanaan GST pada 2015 dan kekal di bawah SST sejak 2018.






JANGAN DENGAR SI FADLI SAARI TU...MAKLUMAT DIA SERING TERPESONG- 𝗡𝗗𝟲/𝟳: 𝗞𝗘𝗗𝗔𝗨𝗟𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗚𝗔𝗗𝗔𝗜 𝗟𝗔𝗚𝗜?



Fadhli Shaari keluarkan kenyataan, kemudian Hamzah Zainuddin, kemudian Muhyiddin Yassin. Semua beri gambaran Anwar gadai kedaulatan negara lagi.


Orang bimbang pasal kebebasan institusi kehakiman, tapi PN rasa isu Anbalat lagi besar untuk dimainkan.


Anbalat ni apa? ND6 dan ND7 ni apa?


Saya nampak apa yang cuba dilakukan oleh Perikatan Nasional, iaitu cuba melambung isu sempadan berkaitan wilayah perairan sekitar timur Sabah sebagai isu emosi, seolah-olah kerajaan menggadai kedaulatan negara.


Latar belakangnya begini.


Perairan ini terletak di timur Sabah dan utara Kalimantan. Peta yang dikeluarkan oleh Malaysia dalam 1979 memasukkan kawasan ini sebagai pelantar benua Malaysia, jadi hak milik Malaysia. 


Indonesia membantah. 


Dalam tahun 2002, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memutuskan Pulau Sipadan dan Ligitan adalah milik Malaysia, tetapi tidak jelas mengenai sempadan pelantar benua yang diukur dari pulau-pulau itu. Maka, kawasan ini terus menjadi pertikaian sempadan antara Malaysia dan Indonesia sehingga kini.


Malaysia memanggilnya blok ND6 dan ND7. PETRONAS pernah menganugerahkan kontrak eksplorasi minyak kepada Shell di blok-blok ini.


Indonesia memanggilnya Anbalat dan pernah menganugerahkan kontrak eksplorasi minyak kepada ENI dan Unocal.


Oleh kerana isu sempadan dan tuntutan bertindih tidak ada titik penyelesaian, potensi minyak dan gas di kawasan perairan ini terbiar. 


Sedangkan blok-blok ini dijangka ada rizab minyak dan gas yang besar, iaitu sehingga 1 billion bbl minyak dan 1.4 tcf gas (tcf = trillion cubic feet). Rizab ini, kalau ikut ranking, rendah sedikit dari lapangan minyak Brunei tetapi lebih besar dari sebahagian lapangan sedia ada di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.


Kenapa isu ini timbul sekarang?


Dato’ Seri Anwar dan Presiden Prabowo secara prinsipnya bersetuju untuk mempertimbangkan pembangunan bersama Malaysia dan Indonesia (dipanggil joint development) agar potensi minyak ini dapat dimanfaatkan.


Saya bersetuju dan menyokong, malah ini salah satu perkara yang saya bawa semasa di dalam Kabinet dahulu.


Kerana kaedah ini telah terbukti berkesan. Kita pernah buat pun di luar pesisir Kelantan dan Thailand.


Keadaannya sama, iaitu kawasan yang ada tuntutan bertindih antara Malaysia dan Thailand. Tidak dapat dibangunkan selagi tidak ada penyelesaian dan kedua-dua negara tidak berganjak.


Dalam tahun 1970an, kerajaan kedua-dua negara bersetuju mewujudkan Pihak Berkuasa Pembangunan Bersama Malaysia-Thailand atau Malaysia-Thailand Joint Development Authority (MTJDA) yang bertindak sebagai pihak berkuasa yang mengendalikan pembangunan bersama di kawasan bertindih itu.


Wakil sama banyak, suara sama banyak.


Dari situlah, kontrak eksplorasi dan pembangunan minyak dapat dijalankan, akhirnya dianugerahkan kepada PETRONAS dan PTTEP (syarikat minyak Thailand).


Hari ini, sekitar 30% dari keperluan gas Semenanjung Malaysia dibekalkan dari kawasan bertindih ini. Jika ia tidak dibangunkan secara bersama dan tergendala sehingga kini, 30% keperluan gas Semenanjung perlu diimport dan dibayar pada harga yang tinggi.


Jadi apa yang perlu berlaku sekarang?


Kerajaan Persekutuan perlu berbincang secara serentak dengan Kerajaan Indonesia dan Kerajaan Sabah, supaya kepentingan Sabah dapat dipelihara dan sebahagian keuntungan pergi kepada rakyat Sabah secara adil.


Tetapi jika ia dipolitikkan dan rancangan pembangunan bersama ini tergendala, negara dan rakyat, dari Sabah sampai ke Perlis, akan terus kehilangan berbilion ringgit hasil setiap tahun, dalam keadaan hasil minyak kita semakin berkurang.


PETRONAS memerlukan pembangunan bersama ini. Insya-Allah, rakyat juga akan mendapat manfaat.


Kita boleh membangkang sesuatu, tetapi biarlah selepas kita meneliti keseluruhan merit kes itu. Jangan pakai hentam saja.




KEJUTAN DASHYAT ANWAR DIUMUMKAN!

APABILA RAFIZI "BIMBANG" DENGAN FAIZAL RAHMAN | PODCAST 4 JULY

Hishammuddin bersalah atau tak bersalah?

GEMPAK! HISHAMUDIN ANWAR MADAPAKA! KETUA AMK PENGECUT DAN BACUL??

MB GANU KENA BANYAK BELAJAR

 

Abu Mishkat


Sepatutnya MB Terengganu datang buat lawatan benchmark ke Pahang untuk belajar dengan MB Pahang. 


Buang ego yang merugikan negeri Darul Iman tu. Belajarlah walaupun dari pemimpin Umno.




TERBAIK MB N9


Eddy Nor Ridzuan


 Syabas MB TokMin dan Kerajaan Madani Nismilan.. Larangan ini secara tidak langsung mampu kurangkan risiko keganasan, gangguan atau kekecohan akibat individu mabuk. Taman riadah seharusnya lebih selamat untuk keluarga, wanita dan kanak-kanak.











Imej dan suasana tempat awam haruslah dijaga termasuklah dari perlakuan tidak senonoh (mabuk) atau jijik (muntah, gaduh, tidur merata). Apatah lagi jika botol minuman itu dibiarkan dan pecah berderai, pastinya membahayakan pengunjung.


Taman permainan / rekreasi / lake garden sudah tentulah untuk aktiviti sihat seperti jogging, beriadah, dan bersosial dengan siuman. Ianya amat kontradik dengan minuman keras dan perlu dijauhkan pengaruh negatif alkohol khususnya daripada golongan muda dan remaja.


Jika sebelum ini ada larangan namun tidak diendahkan, sekarang sudah ada kompaun maksima RM2000 jika kesalahan berulang.


Syabas Nismilan, jadi negeri contoh!




INDEKS HARGA PENGGUNA.


 

Just sharing info tentang CPI (Consumer Price Index) from DOSM dari 2001-2025.


Anda boleh tengk sendiri kejayaan Kerajaan Madani.


Boleh share dengan walauns👇👇👇👇









TERTIPU DENGAN IKLAN DURIAN $1.99, SINGAPORE RUGI $48K SEBULAN






Kat Singapura ramai dah kena game teruk dengan scam iklan makanan. Bayangkan, durian Black Gold MSW kononnya harga $1.99 je, siap free shipping, siapa tak tergoda? 


Tapi rupa-rupanya link tu semua bawa ke laman phishing. Bila orang klik je, kena masuk nombor kad bank, OTP, semua sekali, lepas tu duit lesap macam tu je.


Dalam masa tak sampai sebulan, dah 77 kes dilaporkan dengan kerugian $48,000! Scammer ni target iklan kat TikTok, Facebook, Instagram; memang tempat orang tengah scroll masa lapar. 


Lagi sadis, pengguna e-wallet macam YouTrip pun kena siap ada yang akaun dia diambil alih lepas masukkan login code yang kononnya dari SMS sah.


Polis Singapore kata sejak 2019 rakyat dia dah rugi lebih $3.4 bilion sebab scam. Tahun lepas je, scam paling banyak ialah e-commerce dengan lebih 11,000 kes. 


Tapi tahun ni, durian murah pulak jadi umpan. Moral of the story? Kalau nampak durian $2 je baik kau tengok dulu domain website tu… kalau pelik-pelik, baik lari jauh-jauh.



PERGI MELINGKUP LAH PARTI KO YANG PERASAN KUAT.

 




Copas & Credit 

Abang Ismawi Abang Muhi


Solo atau bersenergi dengan parti lain, tiada masalah pun. Ikut suka, pilihan, dan keputusan parti masing². 


Jika rasa sudah cukup kuat, utuh, dan mantap, dipersilakan. Kemudian nanti, jangan hidung tak mancung pipi pula tersorong². 


Untuk apa berbincang dengan puak bodoh sombong, angkuh, bongkak, dan takabur? 


Sudahnya nanti, ayam terlepas tangan berbau taik, yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran, mendengar guruh di langit air di tempayan dicurahkan. 


Akhirnya, putih mata dan macam ayam berak kapur. Belum matang berpolitik lagi. Ingat, gelama ikan duri orang tamak selalu rugi. Apa, perasaan dapat jadi kingmakerkah? 


Kemenangan politik dalam pilihanraya adalah untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara dengan mandat yang ada, bukan berlumba² berebutkan jawatan, kedudukan, dan pangkat. 


Politik matang,  dinamik, dan progresif  jauh sekali daripada nak menunjuk² siapa dan apa lebih besar. Ini tidak, masih terbawa² politik picisan, toksik, hipokrasi, dan oportunis.


Dia sendiri pun belum tahu untung nasib pada PRU16 atau PRN nanti. Entah tersenarai sebagai calon atau tidak. Percayalah, jika dia tidak terpilih sebagai calon, mungkin dia ada pelan B, lompat parti. Nampak gayanya ada tanda ke arah itu. Bermain dua kolam?



JKOM.. AMK.. SEGALA BALA MEDIA... TENGOK LEBAI SEKOQ NI. FITNAH MELEPASI SEMPADAN. HEBAT NI....

 


Ini merupakan satu fitnah yang jelas ke atas PMX oleh pemimpin PAS ini.





Mencipta naratif fitnah antara PMX dan PM Thailand adalah satu jenayah moral yang sangat jelas.


Ini boleh menyebabkan krisis hubungan Malaysia-Thailand.


AMK wajib buat laporan polis seluruh negara.


JKOM dan SKMM harus bertindak tegas!


Pihak kerajaan Thailand juga wajib ambil tindakan undang-undang saman pemimpin PAS ini.


Sesungguhnya PAS dan Fitnah berpisah tiada.


"Tidak masuk syurga orang yang memfitnah"

- HR Muslim.


🤬



MANA SG4. JANGAN KATA NEGARA MERUDUM JIKA KAMU GAGAL DI SG4.



DATA TAK PERNAH TIPU. NAK MUNDUR PILIH PN PAS. MELINGKUP LA...



 Mana SG4?




Lepas tu sembang ekonomi malaysia tak bagus, ekonomi negeri sendiri pun hidup segan mati tak mau


Lepas tu senang nak ambil selangor dengan tukar alamat mengundi


Camni nak bagi lagi besar dengan perintah Malaysia? Lingkup.




FDI JOHOR NAIK TUJUH KALI GANDA, Q1 MELONJAK RM27.4B!


Nazri Hamdan. 



Johor tengah pecut laju dalam perlumbaan pelaburan asing suku pertama 2025 je dah sapu RM27.4 bilion FDI, naik hampir tujuh kali ganda dari RM4 bilion tahun lepas. Puncanya? 


Momentum Johor-Singapore Special Economic Zone (JS-SEZ) yang makin rancak. Projek naik taraf jalan, lebuh raya Senai-Desaru, sistem RTS semua tengah berjalan laju. Siap dapat suntikan RM5 juta dari kerajaan pusat untuk mantapkan infrastruktur di kawasan SEZ ni.


Selain bina jalan, Johor pun tengah upgrade bakat rakyat dia. MB Johor Onn Hafiz umumkan Johor Talent Development Council nak pastikan rakyat Johor cukup bersedia dengan skil industri, terutamanya dalam sektor pelancongan dan hotel mewah macam Desaru. 


Resort pun dah tukar pengendali dari One&Only ke Mandarin Oriental, target pelancong kaya dari Singapura. Pendek kata, Johor sekarang jadi kawasan paling “panas” untuk pelabur dalam dan luar negara.



MASA ADA KUASA 33 BULAN... APA PUN TAK BUAT


 

MAT SABU DI ITALI



Dalam pertemuan Menteri KPKM dengan Ketua Pengarah FAO di Rome, Malaysia menekankan keperluan reformasi FAO agar lebih adil dan bebas dominasi kuasa besar, khususnya dalam isu keterjaminan makanan. Malaysia turut cadang kerjasama lebih erat dengan ASEAN, sedia menjadi tuan rumah FAO Regional Conference, dan komited memperkukuh penyertaan belia serta wanita dalam program FAO.




Hari ini saya mengadakan pertemuan rasmi dengan Ketua Pengarah FAO, H.E. Dr. Qu Dongyu, sempena Sidang FAO ke-44 di Rome, Itali.







Dalam sesi ini, saya tekankan pandangan Malaysia yang kritikal terhadap dominasi kuasa-kuasa besar dalam menentukan hala tuju organisasi antarabangsa. Kita tidak boleh terus membiarkan isu keterjaminan makanan dijadikan alat geopolitik, lebih-lebih lagi apabila rakyat yang rentan seperti di Gaza dinafikan akses kepada bantuan makanan.


Kami turut membincangkan keperluan reformasi FAO agar proses membuat keputusan lebih telus, adil dan inklusif. Saya menyambut baik cadangan agar Malaysia menjadi tuan rumah FAO Regional Conference yang akan memperkukuh lagi peranan Malaysia di peringkat serantau.


Perbincangan juga merangkumi kerjasama teknikal (TCP) termasuk Banci Pertanian 2024 dan pembangunan sektor akuakultur negara. Saya nyatakan hasrat Malaysia untuk melihat lebih banyak penyertaan bakat muda dan wanita dalam pelbagai program FAO, termasuk latihan industri dan penempatan profesional.


Malaysia turut mencadangkan agar FAO memperluas kerjasama dengan ASEAN, khususnya dalam keselamatan makanan, pertanian digital dan kerjasama Selatan-Selatan.


Malaysia kekal komited menyokong mandat FAO demi mewujudkan sistem makanan global yang adil, telus dan mampan bukan hanya untuk negara maju, tetapi untuk semua.


#FAO2025

#MADANIBekerja

#KPKMMalaysia

#CukupDanTerjamin



PATUT LAH NAK TEBUK ATAP


 

KERJA PEMBANGKANG.. LAIN TAK TAU..

 

RMS


Ada kawan pm kat aku, dia Tanya betul atau tidak mykasih dikenakan  SST


Tak betul.. ni satu lagi fitnah yg bertujuan jahat..




TAU DAH LEMAH


 

KEKAL DALAM PRU 16


 

BUCKLE PALSU DIBAN BERMULA 31 DISEMBER!

Nazri Hamdan





Kerajaan dah umumkan larangan import untuk “dummy seatbelt buckles”, alat palsu yang orang guna untuk tipu sistem keselamatan kereta, biasanya bagi elak bunyi amaran bila tak pakai tali pinggang keledar. 


Bermula 31 Disember 2025, mana-mana alat macam ni, termasuk extender, deactivator dan segala benda yang bypass fungsi sebenar seatbelt, tak boleh masuk Malaysia lagi. Perintah ni sah dari semua negara, tak kira dari mana pun datang.


Menurut Kementerian Pengangkutan, benda ni sebenarnya dah lama jadi masalah, siap masa operasi Tahun Baru Cina kat Negeri Sembilan, 30% pesalah seatbelt dikesan guna alat tipu ni. 


Ada yang jual serendah RM1.99 je! Tapi risikonya bukan murah, kalau kantoi guna, boleh kena denda RM300. Jadi kalau kau ada habit beli barang kereta kat Shopee ke Lazada, lepas ni hati-hatilah, jangan sampai tersalah beli barang yang boleh bagi masalah atas jalan raya.