Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang melonjak lebih 10 anak tangga dalam IMD World Competitiveness Ranking (WCR) edisi 2025, meningkat ke kedudukan ke-23 berbanding ke-34 pada tahun lalu.
Peningkatan kedudukan Malaysia di IMD WCR ini mencerminkan pengiktirafan dunia kepada ikhtiar Kerajaan untuk menggerakkan reformasi seperti digagaskan dalam kerangka Ekonomi MADANI.
Pencapaian ini bukan sahaja didorong oleh prestasi pertumbuhan ekonomi negara yang mengatasi unjuran pada tahun 2024, malah terdapat peningkatan mendadak dalam kecekapan Kerajaan dan perniagaan.
Reformasi ekonomi yang menyeluruh memerlukan tatakelola yang baik untuk menghidupkan semangat kesungguhan semua pihak untuk menjulang negara ke tahap lebih tinggi.
Kerajaan MADANI telah mengorak langkah untuk menambah baik tatakelola sektor awam dan pengurusan kewangan. Penyasaran subsidi kepada rakyat terbanyak, penggubalan undang-undang seperti Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023, serta peningkatan kecekapan modus operandi sektor awam telah menjadi batu asas kepada perjalanan reformasi Ekonomi MADANI.
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja

No comments:
Post a Comment