ANWAR TAK PEDULI AIHH... KALAU PN MELINGKUP
Alahai...
Aku tak kenal siapa makhluk yang membahasakan dirinya sebagai DrAA ni. Tapi bila baca tulisannya, aku 𝘁𝗲𝗿𝗸𝗲𝘀𝗶𝗺𝗮. Sebab sarat dengan teori tapi tanpa bukti.
Kekocakan dalam PN hari ini berpunca dari perebutan kuasa antara PAS dan Bersatu. Masing-masing tamak haloba. Masing-masing nak duduk di puncak kuasa.
Tup tup DS Anwar yang salah. PMX tu langsung tak peduli pun PN nak 𝘁𝗼𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗲𝗿𝗯𝗮𝗹𝗶𝗸. Beliau tumpu kepada pembangunan negara. Tiba-tiba kena petik.
Beginilah 𝗺𝗼𝗱𝘂𝘀 𝗼𝗽𝗲𝗿𝗮𝗻𝗱𝗶 PAS. Namun dia nak akui hakikat yang dorang tamak haloba, memang tak la. Jadi cara untuk bodohkan pengikut, disalahkan PMX.
Dia lupa. Kedudukan DS Anwar hari ni langsung tak sama dengan kedudukan Mahiaddin 33 bulan dulu. Masa Mahiaddin, majoriti sangat sangat tipis.
Kerajaan boleh tumbang bila-bila masa. Sebab itulah Mahiaddin terpaksa 𝘀𝗵𝗼𝗽𝗽𝗶𝗻𝗴 𝗠𝗣. Berapa banyak yang dia beli dulu sebab nak kekalkan kedudukan.
Manakala kedudukan DS Anwar sangat sangat stabil. Bahkan, macam Ahmad Maslan cakap, kalau UMNO keluar dari kerajaan pun, tak tumbang kerajaan ni.
Atas sebab itu, nak buat apa PMX bazirkan masa nak 𝗰𝗲𝗸𝘂𝘁 𝘁𝗲𝗹𝘂𝗿 𝗔𝘇𝗺𝗶𝗻 macam yang mamat ni katakan?Masa ni, penjarakan Azmin tu lebih menyeronokkan.
Tapi aku faham. Teori ni keluar sebab pengalaman dia masa zaman PN dulu. Dia tahu Mahiaddin buat begini sebab tu dia ingat semua orang sejahat Mahiaddin.
PN akan tumbang atas perbuatan pemimpin sendiri. Mungkin kesan doa qunut nazilah, wallahua'lam. Tapi yang nyata, pemimpin PN memang mabuk kuasa.
PMX tak perlu lantik Azmin jadi kuda Trojan untuk runtuhkan PN sebab dalam PN sendiri begitu banyak anai-anai yang lahap membaham tiang seri sendiri.
Pembinaan naratif sebegini sebenarnya sebuah fitnah juga. Tapi apa nak pelik. Menurut agama PAS, fitnah itu bukanlah satu kesalahan. Parti lebih penting dari kebenaran. Demikianlah. Guane boh?
Raja Gelap II
JOM KITA TENGOK KOMEN DARI PARLIMEN DIA... ROH ROH ROH... NEH NEH NEH...
YB Syahir komited bawa lebih banyak peruntukan untuk pembangunan Bachok
.
Ahli Parlimen Bachok YB Mohd Syahir Che Sulaiman menyatakan komitmennya untuk membawa lebih banyak peruntukan ke Bachok bagi memperkasakan pembangunan daerah itu, di samping memastikan momentum positif yang dicapai kini dapat diteruskan sepanjang tahun 2026.
.
Beliau berkata, usaha tersebut akan dilaksanakan melalui kerjasama dengan kementerian serta agensi berkaitan bagi menambah baik prasarana, kemudahan asas dan sokongan kepada sektor-sektor utama di Bachok.
.
“Insya Allah di parlimen, saya akan usahakan supaya lebih banyak peruntukan dapat disalurkan oleh pihak Kementerian Pelancongan, Kementerian Pertanian, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi menambah baik prasarana dan kemudahan,” katanya menerusi laman rasmi, hari ini.
.
Menurutnya, peruntukan itu penting bagi menyokong perkembangan Bachok yang kini semakin menjadi pilihan sebagai tuan rumah pelbagai acara pelancongan, kebudayaan, kesukanan dan pertanian di peringkat negeri mahupun antarabangsa.
.
*Berita penuh di ruangan komen
NAK JAGA KESELAMATAN NEGARA PUN RASUAH.
ISU PEROLEHAN ATM - SPRM SAMBUNG REKOD KETERANGAN HARI INI
Pegawai pengurusan tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu siasatan berkaitan salah guna dana disambung rakam keterangan hari ini.
Dijangka jam 10 pagi ini akan dipanggil semula untuk sambung rakam keterangan - Tan Sri Azam Baki
Semalam, pegawai terbabit telah dipanggil ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada jam jam 11 pagi untuk melengkapkan siasatan berhubung isu salah guna dana.
Terdahulu, seorang pegawai pengurusan tertinggi ATM disiasat SPRM dan akan dituduh dalam masa terdekat berkaitan isu rasuah.
Siasatan membabitkan individu terbabit sudah sampai ke penghujung dan jika dipersetujui Peguam Negara, pegawai pengurusan tertinggi terbabit akan dibawa ke mahkamah untuk pendakwaan.
SIASATAN TANPA KOMPROMI!!!
LAWATAN PM KE TURKIYE - PEMBELIAN KAPAL MPMS APMM
Pembelian kapal MPMS adalah antara agenda lawatan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim selama 3 hari ke Türkiye.
Antara atur cara lawatan PM ialah, termasuk penyerahan Surat Penerimaan (Letter of Acceptance - LoA) kapal MPMS.
InsyaAllah akan penambahan aset baharu untuk Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menjadi kenyataan apabila kerajaan bersetuju membeli kapal misi pelbagai guna (MPMS) kedua.
MPMS yang bersaiz sepanjang 99 meter boleh membawa 70 kru dibeli untuk memperkukuh keselamatan maritim negara, khususnya di Laut China Selatan.
Ini bagi menangani pencerobohan dan menyokong operasi pencarian serta penyelamat, dengan kemampuan membawa bot laju dan berfungsi sebagai pusat logistik.
Perkembangan baharu tentang perolehan aset APMM ini menarik perhatian dan dilihat sebagai sangat positif terhadap pembangunan agensi kawalan maritim tersebut.
MPMS akan menjadi aset utama APMM untuk meningkatkan keupayaan operasi maritim negara.
Perolehan kapal MPMS merupakan langkah strategik bagi memperkukuh keupayaan pertahanan dan penguatkuasaan maritim negara dalam menangani cabaran keselamatan maritim yang semakin kompleks.
Kapal tersebut dilengkapi spesifikasi canggih mampu beroperasi selama 30 hari tanpa henti, selain lengkap dengan aset moden iaitu empat bot pemintas pantas (FIC) dan dua dron udara.
Kredit : Dagang News
NOHH... PENYELAMAT MELAYU MALAYA
PU ABAH DIN
Memang selari dan selorong apa yang saya komen di page afnan hamimi, kita perlu baiah penyelamat dunia secepatnya, Safwan Afnan al muntajor!!!
TAUKE 4 LORI PI PUJUK MUHYIDDIN. KIOK.
Syam Ghaz
Sampai Ustaz Hashim Jasin, Mursyidul Am Pas pergi memujuk Muhyiddin ?
Samsuri Mb Ganu tak mampu pujuk.
Plan Pas nak lantik Samsuri jadi Pengerusi PN
Parti parti dalam PN pula istihar “hanya Presiden Parti sahaja boleh jadi Pengerusi PN”
Berlaku pergolakan besar dalam PN nak lantik Pengerusi pun tak boleh, itu parti PN yang disokong oleh majoriti Melayu pun bermasalah.
Itu ke pengundi Melayu nak?
Silap hb Muhyiddin balik jadi Pengerusi PN, sebab jika bubuh Pas, parti parti lain akan tarik diri dari PN
Kena minta izin parti Cina GERAKAN, Ramasamy, Watyamoorthy abg2 besar dlm PN ke?
Checkmate sama sendiri dah belum apa apa
KEH KEH KEH
Abdul Rani Kulop
Nak jadik cerita Mostaqim tak sampai lagi.. jadi terpaksalah ayah mula memburu untok iktiar hidop.. Perangkap ayah pasang pakai batang ubi tetiba mengena.. tetiba dahan pokok ubi patah.
Bamm.. ada bunyi gelupor keluar dari hutan...
Ayah pon apa lagi.. bingkas bangun dan mancapai pisau rembo. ini mesti perangkap mengena..
Ayah pon berlari sepantas kilat.. ayah lompat dan teros pekap ...
Dia punya meronta... bergegor lah jantong ayah..
Ayah terus cekop urat merih dia... zasss...
Kambing gurun langat ...
Dia punya gasak macam kebau laut orang cakap..
Tapi ini lagi kuat...
PADAN MUKA KO MEZAH..
HAMZAH DIPECAT MALAM INI?
12 January 2026
Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu akan mengadakan mesyuaratnya malam ini.
Sebagaimana biasa, mesyuarat itu dijadual diadakan di ibu pejabat Bersatu di Petaling Jaya, Selangor.
Melalui bisikan orang-orang halus, dua perkara dijadual menjadi topik utama pada mesyuarat kali pertama Bersatu bagi tahun 2026 ini.
Perkara pertama, mesyuarat malam ini dijangka membuat ketetapan menolak perletakan jawatan Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi PN, sebaliknya mahu beliau terus menerajui gabungan itu.
Semalam, Ketua Pemuda Bersatu, Hilman Idham berkata, semua parti komponen perlu diberikan ruang untuk membuat ketetapan masing-masing terlebih dahulu sebelum mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) PN diadakan untuk membincangkan kedudukan pengerusi gabungan itu.
Beliau berkata, sebelum mesyuarat MT PN diadakan bagi membincangkan perletakan jawatan Muhyiddin dan perlantikan penggantinya, proses dalaman setiap parti perlu diadakan terlebih dahulu dan ketetapannya hendaklah juga dihormati.
“Bersatu sendiri akan membuat beberapa ketetapan dalam mesyuarat MPT yang akan berlangsung dalam masa terdekat,” ujarnya.
Bertolak daripada kenyataan Hilman itu, isu perletakan jawatan Muhyiddin akan menjadi topik utama malam ini dan mesyuarat MPT dijangka memutuskan menolak perletakan jawatan beliau itu.
Ketetapan itu seterusnya nanti akan dibawa ke dalam mesyuarat MT PN yang dijangka diadakan dalam beberapa hari selepas ini.
Pendirian Bersatu menolak perletakan jawatan Muhyiddin dan mahu beliau kekal menerajui PN juga dijangka akan diikuti oleh Gerakan dan MIPP, dua lagi parti komponen PN.
Dengan itu, dalam mesyuarat MT PN nanti, tiga parti iaitu Bersatu, Gerakan dan MIPP akan bersuara dengan nada yang sama – menolak perletakan jawatan Muhyiddin serta mahu bekas Perdana Menteri itu terus menerajui PN.
Dengan pendirian tiga parti itu, Pas diramal berdepan kesukaran untuk melantik pemimpin mereka menerajui PN.
Malah, jika ada pengundian, wakil ketiga-tiga parti itu tiada masalah untuk menunjukkan kesetiaan mereka terhadap Muhyiddin.
Perkara kedua yang dijangka berlaku malam ini, bahkan sudah hangat diperkatakan sejak dua tiga minggu kebelakangan ini ialah Timbalan Presiden Bersatu, Hamzah Zainuddin dijangka akan dipecat daripada parti.
Hamzah sebelum ini sudah dipanggil memberi keterangan kepada Lembaga Disiplin, tetapi beliau tidak menghadirinya.
Keengganan hadir itu dipercayai akan dijadikan alasan untuk mensabitkan Hamzah sebagai bersalah melanggar disiplin parti.
Ertinya, Hamzah dianggap bersalah kerana gagal menjawab pertuduhan yang dikenakan terhadapnya dan kerana enggan mematuhi arahan Lembaga Disiplin untuk hadir memberi keterangan.
Atas kesalahan itu, lalu beliau akan dicadangkan oleh Lembaga Disiplin untuk dipecat melalui persetujuan mesyuarat MPT sebelum ia dikuatkuasakan.
Memandangkan dalam MPT Bersatu, beberapa pemimpin yang pro Hamzah seperti Wan Saiful Wan Jan, Saifuddin Abdullah dan Wan Fahysal Wan Ahmad Kamal telah dipecat dan digantung keahlian mereka serta tidak lagi berada dalam mesyuarat, pemecatan Hamzah dijangka akan diluluskan tanpa sebarang masalah.
Persoalannya, apa jadi kepada PN, Bersatu dan PAS selepas ini?
Apakah selepas ini jika Muhyiddin kekal lagi sebagai pengerusi, walaupun telah secara sukarela meletakkan jawatan, PN jadi lebih berantakan serta berdepan penentangan terbuka daripada PAS?
Masih mahukah PAS berada di dalam PN jika gabungan itu terus dipimpin Muhyiddin, apa lagi setelah Bersatu berjaya “merampas” kerusi Menteri Besar Perlis daripada PAS?
Berkaitan Bersatu, apakah parti itu turut berantakan selepas ini atau ia jadi lebih stabil dengan Muhyiddin menguasai parti sepenuhnya?
Ke mana pula hala tuju Hamzah dan para pengikutnya setelah beliau dipecat nanti?
Apakah beliau akhirnya akan menyertai PAS sebagaimana langkah diambil Shahidan Kassim dan Annuar Musa sebelum ini? – ShahbudinHusin 12Januari2026.
https://shahbudindotcom.net/2026/01/hamzah-dipecat-malam-ini/
TAHNIAH ZAHID HAMIDI
6 January 2026
Pendirian UMNO untuk terus kekal bersama kerajaan perpaduan sehingga habis penggal adalah satu keputusan yang wajar serta tepat.
Ia menggambarkan Ahmad Zahid Hamidi lebih mengutamakan kestabilan kerajaan dan tidak ingin melihat kerajaan jatuh di tengah jalan.
Dengan keputusan itu, selain kerajaan perpaduan akan terus stabil dan dapat meneruskan khidmat kepada rakyat sehingga habis penggal, bahkan juga menjadikan UMNO ada ruang yang lebih baik untuk memperbaiki diri dan prestasinya.
Hakikatnya, keputusan UMNO untuk kekal berada dalam kerajaan adalah pilihan yang lebih baik berbanding jika tiba-tiba menukar status menjadi pembangkang.
Dapat apa jadi pembangkang, sepatah kata Ahmad Maslan – satu sen tak guna bila jadi pembangkang.
Soal sama ada jadi kerajaan itu dengan terpaksa bersama dengan DAP, itu cerita lain yang tak perlu dibesar-besarkan.
Walaupun dengan bergelar pembangkang dan kemudian bekerjasama dengan PAS sebagaimana saranan Dr Akmal Salleh dilihat mampu melonjakkan nama UMNO pada PRU16 akan datang, tetapi ia bukan jaminan seratus-peratus untuk beroleh kemenangan.
Banyak faktor lain menjadi penentu untuk UMNO beroleh kemenangan dalam PRU.
Yang pasti, jika bersama kerajaan perpaduan, harapan untuk beroleh kemenangan itu jauh lebih cerah.
Apa pun, keputusan Zahid Hamidi untuk mengekalkan UMNO dalam kerajaan sehingga habis penggal adalah pilihan yang tentunya juga menggembirakan rakyat.
Rakyat melihat Anwar Ibrahim adalah Perdana Menteri paling terbaik untuk Malaysia ketika ini dan beliau sepatutnya terus dikekalkan mentadbir negara ini.
Sebarang cubaan menggugat, apa lagi ingin menjatuhkannnya adalah suatu pengkhianatan kepada mandat rakyat, bahkan akan menbuat ramai yang menangis kerananya.
Rakyat tidak rela melihat perkara itu berlaku dan diharapkan Dr Akmal dan Pemuda UMNO tidak lagi cuba membuat apa-apa onar selepas ini.
Pendirian Zahid Hamidi bahawa UMNO kekal bersama kerajaan perpaduan sehingga habis penggal adalah hakikat muktamad yang tidak perlu diganggu gugat lagi.
Yang penting, Anwar mesti dikekalkan sebagai Perdana Menteri.
Nota – ini bukanlah artikel yang sepatutnya saya tulis, tetapi ini adalah contoh ulasan yang boleh ditulis oleh penyokong-penyokong kerajaan, khususnya daripada PH, mereka yang beroleh macam-macam jawatan serta gaji di pelbagai agensi serta ceplos-ceplos berbayar yang nampaknya bayaran untuk mereka juga akan terus kekal sehingga habis penggal.
Semua mereka di atas wajar mengucapkan tahniah dan memberi puji-pujian atas pendirian Zahid Hamidi dan UMNO untuk terus kekal bersama kerajaan perpaduan sehingga habis penggal.
Kalau sebelum ini ramai yang cemas kalau-kalau UMNO akan keluar kerajaan dan mungkin kerajaan jatuh, kini sepatutnya sudah boleh menarik nafas lega.
Dan janganlah lambat-lambat memberikan ucapan tahniah kepada Zahid Hamidi atas peranannya itu. – ShahbudinHusin 06Disember2026.
https://shahbudindotcom.net/2026/01/tahniah-zahid-hamidi/
KELANTAN NEGERI BANYAK SELUDUP BABI
Syam Ghaz
Babi.
Kelantan tak ternak babi saudara, Tapi negeri Kelantan yang banyak daging Babi masuk untuk ke pasaran tempatan.
Penyeludup, tukang angkat, tukang bot majoriti Melayu saudara.
Malah ada yang tahu apa apa angkut ja.
Polis Kelantan dibawah Kerajaan Madani yang gagalkan penyeludupan daging Babi yang berleluasa di Tumpat, Pasir Mas, Rantau Panjang
Nak harapkan Kerajaan Kelantan? Polis tutup 220 Pengkalan Haram, mrka marah polis lagi adalah.
Waktu YB PAS di Perak jadi Exco Pertanian Kerajaan PN Perak dulu, ladang Babi Terbesar di Perak mereka tak tutup pun.
Skrg mrka nak jadikan isu babi ni isu kaum?
Saya tak kira la kaum apa. Jika BUSUK sangat wajib tutup. Simple. Tak perlu drag ke isu kaum dan parti politik.
Busuk itu sbb sistem tak elok, sistem kumbahan najis babi tak cekap, dan tempat tu bermasalah. Jika tempat ladang tu bermasalah tutup shja.
Sama juga ke ternakan ayam, itik, lembu, kambing, kuda dan babi. Jika takda sistem yang baik, dekat dgn kejiranan dan orang kg, mmg bau busuk semua orang tak selesa tak kira kaum atau kampung.
PAS SEBENARNYA PEMBOHONG
Ah sudah. Ni macamana pulak ni? Fadhli Shaari kata PAS dah muktamadkan nama calon pengerusi PN. Si Hadi pulak kata belum muktamad. Mana satu yang betul ni?
Ketua Penerangan mendahului presiden? Atau dorang meeting tak ajak presiden? Itu presiden gelap gambor tu. Mentang-mentang la orang tua tu suka ponteng sidang, korang meeting pun tak nak ajak dia eh?
Tu dah kira menderhaka kepada Presiden la tu kan? Mana boleh derhaka kepada Presiden! Derhaka pada Sultan tak apa. Sebab tu ada pemimpin PAS Perak batal menghadap Sultan sebab nak jumpa presiden.
Ataupun salah seorang ni menipu? Takkanlah Hadi nak menipu pulak. Dia tahap tok guru kot. Walaun punyalah muliakan dia. Tapi Hadi pernah keluarkan dalil halalkan menipu. Jadi mungkin juga la.
Apa pun, aku syok tengok dorang ni. Baru setakat nak namakan Pengerusi PN dah menggelupur habis. Itu belum cerita calon PM. Parti dah berdekad umur tapi gagal lahirkan pemimpin berkaliber. Sebab apa?
Sebab budaya walak dalam PAS. Dulu ada pemimpin yang cerdik dalam PAS sebenarnya tapi sebab tidak dilihat walak pada presiden, orang yang cerdik habis dicantas. Tinggallah spesis yang sel otak tak 100% berhubung.
Sekarang baru nampak kesannya. PAS sendiri yang buktikan mereka bukanlah sebuah parti yang boleh memimpin. Semua kejadian ni bukan kebetulan. Ini petunjuk dari Allah untuk mereka yang mahu berfikir. Guane boh?
Raja Gelap II
.
ADA PRO DAN KONTRA
Bagi aku PT3 tu no brainer. Patut dikembalikan. Ikut je format asal. PT3 ke, PMR ke, pokoknya tingkatan tiga kena ada peperiksaan besar untuk pelajar.
Tapi UPSR kena kaji balik. Formatnya mungkin perlu ditambah baik. Ia sepatutnya 𝗽𝗲𝗻𝗶𝗹𝗮𝗶𝗮𝗻 dan bukannya peperiksaan. Tujuannya untuk nilai kefahaman murid.
Yang aku tak suka, seawal 12 tahun banyak sekolah yang dah jadikan murid mereka 𝗸𝘂𝗱𝗮 𝗹𝘂𝗺𝗯𝗮. Sekolah jadi joki. Murid dikerah untuk naikkan nama sekolah.
Budak baru darjah 6 direnggut zaman kanak-kanak mereka sebab sekolah nak 𝗸𝗲𝗹𝗶𝗵𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗰𝗲𝗺𝗲𝗿𝗹𝗮𝗻𝗴. Dah lari dari tujuan asal. Yang itu aku tak setuju.
Aku sokong nak kembalikan UPSR tapi perlu dikawal selia supaya sekolah tak jadikan ia gelanggang lumba hingga anak-anak kecil jadi tertekan emosi mereka.
Tujuannya biar untuk nilai penguasaan murid supaya bila mereka masuk ke sekolah menengah nanti, guru di sekolah menengah tahu cara sesuai nak uruskan mereka. Guane boh?
Raja Gelap II
BERSATU BAKAL PECAT HAMZAH?
Tular hari ini berita kata Hamzah bakal dipecat dari Bersatu.
Ambo tak rasa pelik atau janggal.
Mahathir, Mukhriz, Syed Sadiq, Maslee Malik yang pernah bersama Bersatu semenjak awal penubohannya telah dipecat.
YB Saifudin, YB Wan Saiful telah dipecat.
YB Wan Ahmad Fayhsal kena gantung keahlian.
KEPIMPINAN ULAMA' SEMAKIN DISISIHKAN DALAM PAS??
Che Ibrahim
4 LORIBELUM LAYAK?
Akhirnya Pas terpaksa mengkaji semula konsep kepimpinan ulama yang akhir akhir ini Pas sendiri menolaknya.
Bermula dgn perlantikan 3 orang MB (seorang telah kecundang) yg bukan ulama, kemudian mungkin akan diteruskan dlm PN.
Haji Hadi awal awal lagi menggugurkan dirinya sebagai calon Pengerusi PN, manakala Timbalannya TITM walaupun seorang ustaz, namanya tidak pernah disebut sebagai bakal Pengerusi PN, mungkin sebab belum bertaraf Tuan Guru wpun kelulusannya jauh lebih tinggi berbanding MP Jasin.
Peranan Majlis Syura Ulama Pas pula dah jadi hidup pun tidak mati pun tidak ( لا يحى ولا يموت ), cuma ada la sekali sekala Mursyidul Amnya bersuara, ahlinya ada seperti tiada.
Pas juga tidak pernah menamakan seorang ulama sebagai calon PM mereka sehingga ada dari kalangan pemimpin Pas yang merasakan dirinya ulama terpaksa mengaku dia layak jadi PM, malangnya Pas tidak pernah menamakan pemimpin ulama mereka sebagai bakal PM.
MUSANG KING JATUH MENDADAK
Perasan tak sekarang harga Musang King dah tak macam dulu? Boleh kata murah la.
Kalau dulu nak beli tu mesti fikir banyak kali tapi sekarang satu kilo dah boleh dapat bawah RM20.
Bagi yang selama ini teringin nak rasa isi Musang King sekarang lah masa paling sesuai.
Kenapa tiba-tiba harga Musang King jatuh mendadak?
1. Isu fenomena Tsunami Durian satu Malaysia
Rupanya tahun ni cuaca buat kejutan. Kalau dulu buah luruh ikut giliran negeri, kali ini dia turun serentak.
Pokok di Raub, Johor, Perak semua pakat menjadi sekali harung.
▶️ Pokok lama berbuah lebat
▶️ Pokok yang baru tanam 5-7 tahun lepas pun dah mula keluar hasil
Bila semua pokok bekerja serentak memang melimpah ruah lah buah kat pasaran.
2. China dah kurang memborong
Dulu harga Musang King ni kayangan sebab semua stok berebut nak hantar ke China. Tapi kali ini permintaan dari sana perlahan sikit.
Mungkin sebab ekonomi sana pun tengah struggle jadi orang China pun dah mula berkira-kira nak beli.
Bila eksport tak laju stok tu pun balik semula ke pasaran tempatan. Maka bertepuk tanganlah rakyat Malaysia dapat makan durian Gred A yang sepatutnya naik kapal terbang tu.
3. FAMA terpaksa masuk campur selamatkan pekebun
Bila harga jatuh mendadak (ada gred yang jatuh sampai RM10-RM20), pekebun mula pening kepala sebab tak balik modal baja.
Di sini FAMA main peranan penting. FAMA turun padang borong buah-buah ni bukan untuk simpan saja-saja tapi sebagai langkah intervensi:
▶️ Tetapkan harga lantai supaya pekebun tak rugi teruk
▶️ Bawa masuk ke pusat pemprosesan
▶️ Tukar jadi pes durian, tempoyak & frozen untuk simpan lama
Kalau FAMA tak ambik tindakan lagi teruk harga boleh jatuh.
Inilah kita kata rezeki terpijak untuk rakyat marhaen
Kita kena faham Musang King murah ni bukan bermakna kualiti dia low class. Ia cuma hukum supply vs demand. Barang banyak, pembeli tetap sama harga mesti turun.
Campur pula dengan musim sekolah, ibu bapa banyak pakai duit untuk anak-anak jadi kuasa beli tu agak kurang.
Peniaga terpaksa buang harga janji barang jalan.
Kesimpulannya inilah masa kita rasa nikmat yang dulu orang kata hanya orang kaya boleh makan. Dah dapat bawah RM20 sekilo tu boleh lah kita serbu !!!





























