MUHYIDDIN, SEKARANG BUKAN MASANYA UNTUK MERINTIH!!
shahbudin.com
Timbalan
Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin dijangka kembali daripada luar negara
pada jam 4 petang hari ini (26 November) di KLIA. Hebahan mengenai
kepulangannya telah tersebar luas sejak semalam meminta para
penyokongnya beramai-ramai menyambut ketibaannya itu.
Muhyiddin
tidak hadir dalam mesyuarat MT 24 November lalu yang memutuskan beliau
tidak dibenarkan merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri
tahun ini, sebaliknya untuk pertama kali perasmian akan dilakukan oleh
ketua sayap masing-masing.
Dalam
kenyataan melalui laman Facebooknya semalam, walaupun menerima
keputusan MT itu dengan hati terbuka serta menghormatinya, tetapi
Muhyiddin tetap meluahkan rasa kesal dengan merintih, "apa dosa saya
sehingga diperlakukan begini?"
"Apalah
dosa yang saya lakukan terhadap UMNO sehingga tradisi berucap yang
saban tahun diberikan kepada seorang timbalan presiden UMNO dinafikan
kepada saya tahun ini?
"Atau
adakah ada mereka yang cukup takut dengan apa yang saya akan ungkapkan
di hadapan anak muda yang dipercayai boleh meluputkan keyakinan kepada
seorang pemimpin?" soalnya.
Walaupun
dihalang, Muhyiddin dalam masa yang sama menyatakan akan terus bersuara
dan tidak akan mengalah kerana tidak ada sesiapa yang dapat mendiamkan
daripada menyatakan yang hak.
Sebagai
pemimpin nombor dua dalam UMNO yang disingkirkan daripada kerajaan
hanya kerana bertanya beberapa soalan berkaitan 1MDB dan derma yang
diterima Najib, memang Muhyiddin berhak untuk terus bersuara,
lebih-lebih lagi memandangkan isu tersebut masih menjadi perbualan di
kalangan rakyat.
Tetapi,
sekadar bercakap saja bahawa beliau akan terus bersuara dan tidak ada
sesiapa mampu mendiamkannya, tentu saja tidak memadai.
Dalam
suasana politik UMNO yang sedang gawat dan beliau sendiri tidak lagi
dikehendaki oleh Najib, tetapi ramai di kalangan rakyat mengharapkan
sesuatu perubahan dapat dilakukan dengan segera, sekadar bercakap dan
memberi kenyataan media juga tidak lagi mencukupi.
Sekarang
adalah masa untuk Muhyiddin bertindak, berjuang dan menyerang.
Kegagalannya hadir dalam mesyuarat MT 24 November lalu memang dikesali
oleh sesetengah pihak kerana ia seolah-olah menunjukkan
ketidakseriusannya dalam perjuangan.
Kalau
pun beliau berada di penjuru dunia mana sekali pun, apakah tidak boleh
mengambil penerbangan balik dengan segera untuk menghadiri mesyuarat
itu?
Meskipun
tarikhnya diawalkan daripada 27 kepada 24 November, tetapi perubahan
tarikh itu sudah pun diketahui tiga atau empat hari sebelum itu.
Tanpa
apa-apa jawatan lagi dalam kerajaan, apakah urusan di luar negara yang
penting sangat sehingga tidak boleh ditinggalkan untuk menghadiri
mesyuarat MT?
Bukankah
jika Muhyiddin menghadiri mesyuarat MT tempohari, beliau dapat
mempersoalkan secara berdepan dengan Najib berhubung tindakan tidak
membenarkannya melakukan perasmian sayap-sayap itu?
Tentu
tidak perlu lagi merintih dengan menyebut, "apa dosa saya" semata-mata
untuk meminta simpati. Sebagai orang lama dalam UMNO, Muhyiddin
tentunya sedar bahawa perjuangan dalam politik adalah berkaitan kuasa
dan sama ada "membunuh" atau "dibunuh."
Dalam
politik, tidak ramai, malah mungkin tidak ada orang yang memikirkan
dosa dan pahala. Semuanya hanyalah kuasa. Dosa dan pahala diri sendiri
pun mereka lupa, apatah lagi untuk mengambil kira dosa dan pahala orang
lain.
Untuk
itu, Muhyiddin perlu berhenti merintih mengenai dosa, pahala atau
mengungkit-ungkit mengenai sumbangan masa lalunya. Sejuta kali beliau
menyebutnya pun belum tentu ada yang mengenangnya jika beliau masih
teragak-agak untuk bertindak, hanya berani bercakap, masih selalu ke
luar negara dan sesuka hati mengabaikan mesyuarat MT.
Di
ketika ini, Muhyiddin juga perlu sedar sudah beratus-ratus pemimpin
UMNO cawangan mulai bangun untuk menyelamatkan parti dan mendesak Najib
yang dianggap sebagai liabaliti agar berundur dengan segera.
Perjuangan
pemimpin akar umbi ini hendaklah disambut dan jangan dibiarkan begitu
saja. Berhentilah sekadar mengeluarkan kenyataan media, tetapi jasad
berada di luar negara.
Sekarang
juga bukan masanya lagi untuk merintih dan memperlihatkan dirinya
seolah-olah tidak berdosa dan teraniaya. Merintih dengan menyebut dosa
dan sebagainya hanyalah sesuai di masjid atau surau tempatnya.
TANDATANGAN KEVIN MORAIS PADA KERTAS PERTUDUHAN KES PM NAJIB ?
Tandatangan Kevin Morais pada kertas pertuduhan kes PM Najib ?
Dakwaan draf kertas pertuduhan ke atas terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang didedahkan oleh laman web Sarawak Report mempunyai singkatan tandatangan (initials) Timbalan Pendakwa Raya Anthony Kevin Morias, kata adiknya.
Dalam akuan sumpah berkanun (SD) hari ini, Charles Suresh Morais berkata ketika melihat dua halaman kertas pertuduhan di laman web itu pada 30 Julai, beliau mengenali singkatan ‘AKM’ iaitu ringkasan tandatangan abangnya di satu daripada kertas itu.
“Selepas melihat draf ini sekali lagi, saya dapati bahawa satu daripadanya telah dipinda dan mempunyai tandatangan singkatnya.
“Selepas meneliti kertas pertuduhan itu secara terperinci, saya dapati ada tandatangan abang saya, Kevin bersebelahan pindaan itu. Saya biasa dengan tandatangan dan singkatan yang digunakannya,” kata Charles dalam dalam SD.
Peguam Negara Tan Sri Mohd Apandi Ali sebelum ini menolak draf kertas pertuduhan itu yang didakwa sebagai palsu.
Charles dalam akuan bersumpahnya berkata beliau sentiasa berhubungan dengan Kevin, termasuk membuat dua atau tiga panggilan telefon sebulan dan saling bertukar e-mel.
Beliau juga mendakwa bahawa dua hingga tiga bulan sebelum pembunuhan Kevin pada September lalu, abangnya meberitahu bahawa beliau sedang mengendalikan kes yang melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.
Dalam SD itu, adiknya itu juga mendakwa bahawa Kevin yang telah dipinjamkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyifatkan pasangan itu sebagai ‘kurang memberangsangkan’.
“Katanya perbualan telefonnya mungkin diintip dan berhati-hati dengan apa yang saya katakan. katakan. Itulah sebabnya sebahagian besar perbualan kami biasanya dalam bahasa Malayalam,” katanya.
SPRM sedang menyiasat derma RM2.6 bilion dan dana RM42 juta daripada SRC International yang disalurkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri.
BAUKSIT: PENDUDUK TUNTUT KERAJAAN BATALKAN LESEN LOMBONG
Bauksit: Penduduk tuntut kerajaan batalkan lesen lombong
Hanya kerana permintaan tinggi dari China terhadap bauksit, masyarakat setempat di sekitar daerah Kuantan menjadi mangsa kepada pencemaran udara dan kerosakan alam pada tahap yang kritikal.
Fenomena laut merah serta kawasan hijau serta air sungai bertukar menjadi merah dibimbangi mengandungi arsenik yang tinggi. Jalan raya di sekitar kawasan pelabuhan dan perindustrian Gebeng pula semakin teruk dicemari akibat aktiviti mengangkut bauksit.
Penduduk sekitar pula terpaksa berdepan ancaman debu merah yang berterbangan ketika cuaca kering manakala selut ketika musim tengkujuh mengotorkan kenderaan dan menyukarkan pergerakan penduduk.
Itulah situasi kritikal dihadapi mangsa pencemaran akibat perlombongan mineral itu seperti disuarakan oleh Gabungan Badan Bertindak Hentikan Pencemaran Bauksit di bangunan Parlimen hari ini selepas usaha mengetengahkan ancaman tersebut di persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang dilihat menemui jalan buntu.
Gabungan yang terdiri daripada komuniti setempat di kawasan terjejas menuntut supaya kerajaan mengambil tindakan serius ke atas pihak yang tidak bertanggungjawab daripada terus mengaut keuntungan tanpa mempedulikan peraturan dan undang-undang sedia.
Kumpulan yang disokong oleh 22 NGO dan pertubuhan termasuk Pejabat Ahli Parlimen Kuantan serta Pejabat Adun Teruntum, Tanjung Lumpur, Semambu dan Beserah itu menggesa kerajaan membatalkan semua permit eksport bauksit yang telah dikeluarkan serta tidak lagi mengeluarkan permit baharu.
Selain itu, gabungan berkenaan menuntut supaya undang-undang dan garis panduan digubal melibatkan semua aktiviti daripada pengeluaran lesen melombong, pengangkutan, penyimpanan dan pemunggahan di pelabuhan.
Ini termasuklah mendesak kerajaan supaya melakukan Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) terhadap semua lombong bauksit tanpa mengira saiz lombong.
“Adakah hasil pendapatan yang diraih dari perlombongan bauksit ini setimpal dengan kerosakan jangka panjang terhadap rakyat dan negara?
“Adakah kos pemulihan alam sekitar yang terpaksa ditanggung kerajaan khususnya dalam jangka panjang jauh lebih rendah dari hasil yang diraih dari industri ini?
“Sehingga tuntutan kami ini dilaksanakan, kami minta semua aktiviti berkaitan bauksit diberhentikan serta-merta,” dipetik daripada memorandum Gabungan Badan Bertindak Hentikan Pencemaran Bauksit.
Seramai 20 orang pengusaha bengkel dan peniaga kedai makan di sekitar kawasan Felda Bukit Goh di Kuantan berhimpun secara aman bagi menagih bayaran pampasan yang dijanjikan oleh 24 syarikat kontraktor bauksit kepada perniagaan yang terjejas akibat perlombongan bauksit.
Sementara itu, sumber air minuman dari Bukit Sagu dan Bukit Goh, Kuantan kemungkinan besar tercemar dengan logam berat akibat aktiviti industri bauksit yang tidak terbendung, kata Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh.
Fuziah yang juga pengerusi Gabungan Menentang Pencemaran Bauksit berkata pihaknya mendapati terdapat aktiviti mencuci tanah yang mengandungi bauksit di kawasan hulu sungai.
“Tinjauan saya semalam di Bukit Sagu dan Bukit Goh mendapati terdapat aktiviti mencuci tanah mengandungi bauksit di kawasan hulu sungai yang merupakan sumber air diambil untuk rawatan di loji air Bukit Sagu dan loji air Bukit Goh,” katanya dalam satu kenyataannya sebelum ini. Fuziah berkata, perlombongan bauksit di Pahang kini mencapai tahap membimbangkan dan menimbulkan kemarahan penduduk Kuantan khasnya kerana pencemaran.
Sebelum ini, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dilaporkan berkata, pendapatan royalti daripada lombong bauksit di negeri itu mencecah RM4 hingga RM5 juta setahun. Difahamkan terdapat 106 pengusaha bauksit di Pahang yang sebelum ini telah diingatkan supaya mematuhi peraturan berkaitan.
Adnan juga pada Februari lalu berkata, kerajaan negeri memberi tempoh selama dua bulan kepada pengusaha bauksit untuk mengosongkan tujuh tempat simpanan mineral itu sebaliknya bauksit dan bijih besi terbabit disimpan di kawasan lain yang jauh dari kawasan penempatan dan di luar kawasan pelabuhan.
ADIK KEVIN ADA ‘THUMB DRIVE’ SALINAN BUKTI KERJA ABANGNYA
Adik Kevin ada ‘thumb drive’ salinan bukti kerja abangnya
Adik lelaki Timbalan Pendakwa Raya Anthony Kevin Morais yang mati dibunuh, Charles Suresh Morais, mendakwa bahawa beliau memiliki pen drive yang diberi oleh abangnya sebelum beliau menghilangkan diri.
“Ia kini selamat di Amerika Syarikat bersama seseorang yang diarah mendedahkan kandungannya kepada umum sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada saya berhubung akuan sumpah berkanun ini.
“Kandungan pen drive itu dengan jelas dan tanpa ragu-ragu mendedahkan bahawa Kevin telah diarahkan melakukan sesuatu sebelum kematiannya yang dikaitkan dengan seseorang personaliti yang berkuasa di Malaysia,” kata Charles dalam akuan sumpah berkanun hari ini.
Menurut Charles, abangnya memberitahunya pada Ogos lalu bahawa beliau akan mengirimkan sesuatu kepadanya. Pendrive itu tiba pada Oktober.
Mayat timbalan pendakwa raya itu ditemui dalam tong berisi konkrit di Subang Jaya, Selangor pada bulan September.
Charles hari ini membacakan sebahagian daripada SDnya pada sidang media di pejabat peguamnya Americk Sidhu, di Kuala Lumpur, hari ini.
Katanya, Kevin sebelum dilaporkan hilang sedang dalam proses menyiapkan kertas pertuduhan itu, ketika bertugas di Jabatan Peguam Negara.
Beliau juga mendakwa bahawa adiknya, Datuk Richard Morais, juga bersekongkol dengan ‘seseorang’ yang mengawal “permainan” yang membabitkan pembunuhan Kevin.
Dakwanya, atas alasan itu, Richard menuntut jasad Kevin daripada rumah mayat pada hari yang sama beliau memfailkan permohonan kepada mahkamah untuk membuat bedah siasat kali kedua.
MAYAT KEVIN PERLU BEDAH SIASAT KEDUA – CHARLES MORAIS
Mayat Kevin perlu bedah siasat kedua – Charles Morais
Adik kepada mendiang timbalan pendakwa raya Kevin Morais berkata beliau mahu bedah siasat kedua dijalankan ke atas abangnya kerana hasil prosedur pertama tidak jelas.
Charles Morais berkata punca kematian yang dinyatakan kemungkinan disebabkan lemas, dan ini akan membuatkan mereka yang didakwa dalam kes pembunuhan Kevin dibebaskan.
“Punca kematian ringkas (one liner), kemungkinan lemas. Tiada sebarang bekas pada badan.
“Saya ingin ketawa. Pertuduhan itu akan dibuang,” katanya pada sidang akhbar di pejabat peguamnya Americk Sidhu.
Enam lelaki didakwa berhubung pembunuhan Kevin, manakala ahli patologi Dr R Kunasegaran didakwa bersubahat.
Mayat Kevin ditemui dalam tong dram berisi konkrit itu dalam parit di Taman Subang Mewah, USJ 1, Subang Jaya, 12 hari selepas penculikannya pada 4 September.
Charles berkata apa yang membimbangkan ialah penemuan kabur pada laporan bedah siasat pertama, menjadi alasan beliau memfailkan permohonan di mahkamah pada Isnin untuk prosedur kedua.
Bagaimanapun, tanpa diketahui Charles, abangnya Datuk Richard Morais, pada hari sama menuntut mayat Kevin dari rumah mayat Hospital Kuala Lumpur tanpa memberitahu mana-mana ahli keluarga.
Mahkamah Tinggi menetapkan 4 Disember untuk pengurusan kes permohonan Charles bagi menjalankan bedah siasat kedua.
Charles berkata beliau amat terkejut apabila pihak berkuasa di Hospital Kuala Lumpur dan polis nampaknya bersubahat dalam membenarkan mayat Kevin dikeluarkan dari rumah mayat oleh Richard apabila kedua-dua pihak tahu beliau (Charles) mahukan bedah siasat kedua dijalankan.
Charles mendakwa Richard adalah “pembelot” dan sanggup melakukan apa saja demi wang.
Dalam 18 halaman akuan berkanun (SD) yang beliau nyatakan pada sidang akhbar hari ini, Charles juga mendakwa Richard bersekongkol dengan penjenayah terbesar di Kuala Lumpur.
“Kevin memaklumkan kepada ketua polis negara beliau sudah tidak berhubung dengan Richard sejak 2004 dan tidak tahu apa-apa,” katanya.
RENTETAN PERISTIWA OLEH AMANO WORLD
OLEH AMANO WORLD
RENTETAN PERISTIWA OLEH AMANO WORLD
OLEH AMANO WORLD
Pendedahan-Pendedahan Penting Dalam SD Charles - Kevin Mati Dibunuh, Sedang Siasat Individu Berpengaruh Di Malaysia..
Inila ialah senarai ataupun butiran-butiran penting yang disusun semula untuk memahami isi kandungan yang penting dalam pendedahan SD Charles Suresh Morais, adik kandung kepada DPP yang mati dibunuh kejam, Anthony Kevin Morais.
1. Charles berkata Jabatan Peguam Negara bersetuju mahu melakukan bedah siasat kedua ke atas Kevin.
2. Charles membuat tindakan tersebut kerana hasil bedah siasat mengatakan bahawa Kevin mati lemas, tiada sebarang kesan ke atas tubuh badannya.
3. Menurut Charles, keputusan bedah siasat tersebut akan menyebabkan pembunuh-pembunuh Kevin terlepas.
4. Walaubagaimanapun, Jabatan Peguam Negara membuat pusingan Uturn.
5. Jabatan Peguam Negara mahu Charles memohon bedah siasat kedua melalui proses mahkamah.
6. Maka pada 23HB Oktober, Charles dalam perjalanan ke mahkamah untuk menfailkan permohonan bedah siasat kedua.
7. Pada hari yang sama, salah seorang adik mendiang Kevin, Richard menuntut mayat abangnya.
8. Susulan dari tindakan Richard, Charles mengatakan Richard mengkhianati.
9. Menurut Charles, Richard sanggup melakukan apa sahaja demi wang.
10. Mereka tidak berhubung sejak dari tahun 2004.
11. Richard tahu bahawa Charles dalam proses untuk melakukan bedah siasat kedua namun tetap menuntut mayat mendiang Kevin.
12. Richard dipercayai bersubahat dengan 'sesuatu pihak'.
13. Richard menuntut mayat mendiang Kevin tanpa pengetahuan mana-mana ahli keluarga.
14. Charles membuat SD yang mengandungi 18 muka surat.
15. Ia adalah mengenai hubungan adik beradik (termasuk isu Richard) dan mengenai siasatan kes yang dilakukan oleh Kevin sebelum mati dibunuh.
16. Kevin adalah individu yang menyediakan draf pertuduhan yang heboh disebarkan di internet sebelum ini kata Charles.
17. Charles mengenali signature abangnya iaitu 'AKM'.
18. Charles mengatakan dia mengesan perkara tersebut selepas menyemak penyebaran dokumen berkenaan buat kali kedua.
19. Menurut peguam negara, Tan Sri Apandi Ali, draf pertuduhan yang tersebar itu adalah palsu.
20. Charles mengatakan bahawa Kevin sedang dalam proses siasatan ke atas satu kes yang ada kaitan dengan Najib dan Rosmah.
21. Kevin sering menghubunginya melalui panggilan telefon dan email sambil bercerita tentang perkembangan siasatan/kes berkenaan.
22. Kevin sering menggunakan bahasa Malayalam kerana merasakan dirinya diintip (telefon kena spy).
23. Dan memesan agar Charles ber ahti-ahti dengan apa yang dia (Kevin) katakan.
24. Sebelum diculik, Kevin sempat mengirimkan sesuatu iaitu Pen Drive kepada adiknya di USA.
25. Pen Drive itu tiba pada bulan Oktober.
26. Di dalam Pen Drive tersebut ada sesuatu arahan yang perlu dilakukan oleh Kevin sebelum dirinya mati dibunuh.
27. Pen Drive itu kini berada di dalam simpanan seseorang di USA.
28. Jika sesuatu berlaku ke atas Charles berikutan SD yang dibuatnya, kandungan Pen Drive itu akan didedahkan kepada umum.
29. Charles juga mendakwa dirinya tidak percaya abangnya mati dibunuh kerana berkaitan dengan kes rasuah ahli patologi.
30. Charles juga menyebut, Richard dipercayai sedang bersubahat dengan seseorang yang berkuasa, yang sedang mengawal 'permainan' ini.
-------------------------------
Sewaktu Kevin hilang, di laman sosial ada spekulasi kehilangannya ada kaitan dengan draf pertuduhan tersebut.
Kononnya ada pihak yang marah selepas draf pertuduhan tersebut tersebar.
Siapa lagi yang boleh sebarkannya jika bukan orang dalam.
Namun ia dengan pantas dinafikan peguam negara.
Katanya draf itu palsu.
Selepas Kevin ditemui mati, spekulasi sekali lagi tersebar.
Katanya Kevin sebelum mati beberapa hari telah dipanggil mengadap 'seseorang yang berpengaruh'. Pada malam hari. Ada beberapa individu yang mengetahui.
Sekali lagi ianya dikaitkan dengan kematian Kevin.
Tetapi oleh kerana tiada bukti, tiada saksi.
Maka siapa pula yang nak bergantung info pada spekulasi.
PDRM telah membuat respon susulan dari SD Charles. Mereka mahu Charles tampil ke balai dan laporkan segera maklumat yang dia ada supaya polis boleh bersegera mengambil tindakan dengan menjalankan siasatan.
PDRM tidak boleh melakukan apa-apa jika Charles tidak berkongsikan maklumat yang dia tahu.
Dalam waktu yang sama, menyembunyikan maklumat penting berkaitan siasatan juga boleh dikaitkan dengan satu perlakuan jenayah. Tindakan boleh diambil kata ketua polis negara.
1. Charles berkata Jabatan Peguam Negara bersetuju mahu melakukan bedah siasat kedua ke atas Kevin.
2. Charles membuat tindakan tersebut kerana hasil bedah siasat mengatakan bahawa Kevin mati lemas, tiada sebarang kesan ke atas tubuh badannya.
3. Menurut Charles, keputusan bedah siasat tersebut akan menyebabkan pembunuh-pembunuh Kevin terlepas.
4. Walaubagaimanapun, Jabatan Peguam Negara membuat pusingan Uturn.
5. Jabatan Peguam Negara mahu Charles memohon bedah siasat kedua melalui proses mahkamah.
6. Maka pada 23HB Oktober, Charles dalam perjalanan ke mahkamah untuk menfailkan permohonan bedah siasat kedua.
7. Pada hari yang sama, salah seorang adik mendiang Kevin, Richard menuntut mayat abangnya.
8. Susulan dari tindakan Richard, Charles mengatakan Richard mengkhianati.
9. Menurut Charles, Richard sanggup melakukan apa sahaja demi wang.
10. Mereka tidak berhubung sejak dari tahun 2004.
11. Richard tahu bahawa Charles dalam proses untuk melakukan bedah siasat kedua namun tetap menuntut mayat mendiang Kevin.
12. Richard dipercayai bersubahat dengan 'sesuatu pihak'.
13. Richard menuntut mayat mendiang Kevin tanpa pengetahuan mana-mana ahli keluarga.
14. Charles membuat SD yang mengandungi 18 muka surat.
15. Ia adalah mengenai hubungan adik beradik (termasuk isu Richard) dan mengenai siasatan kes yang dilakukan oleh Kevin sebelum mati dibunuh.
16. Kevin adalah individu yang menyediakan draf pertuduhan yang heboh disebarkan di internet sebelum ini kata Charles.
17. Charles mengenali signature abangnya iaitu 'AKM'.
18. Charles mengatakan dia mengesan perkara tersebut selepas menyemak penyebaran dokumen berkenaan buat kali kedua.
19. Menurut peguam negara, Tan Sri Apandi Ali, draf pertuduhan yang tersebar itu adalah palsu.
20. Charles mengatakan bahawa Kevin sedang dalam proses siasatan ke atas satu kes yang ada kaitan dengan Najib dan Rosmah.
21. Kevin sering menghubunginya melalui panggilan telefon dan email sambil bercerita tentang perkembangan siasatan/kes berkenaan.
22. Kevin sering menggunakan bahasa Malayalam kerana merasakan dirinya diintip (telefon kena spy).
23. Dan memesan agar Charles ber ahti-ahti dengan apa yang dia (Kevin) katakan.
24. Sebelum diculik, Kevin sempat mengirimkan sesuatu iaitu Pen Drive kepada adiknya di USA.
25. Pen Drive itu tiba pada bulan Oktober.
26. Di dalam Pen Drive tersebut ada sesuatu arahan yang perlu dilakukan oleh Kevin sebelum dirinya mati dibunuh.
27. Pen Drive itu kini berada di dalam simpanan seseorang di USA.
28. Jika sesuatu berlaku ke atas Charles berikutan SD yang dibuatnya, kandungan Pen Drive itu akan didedahkan kepada umum.
29. Charles juga mendakwa dirinya tidak percaya abangnya mati dibunuh kerana berkaitan dengan kes rasuah ahli patologi.
30. Charles juga menyebut, Richard dipercayai sedang bersubahat dengan seseorang yang berkuasa, yang sedang mengawal 'permainan' ini.
-------------------------------
Sewaktu Kevin hilang, di laman sosial ada spekulasi kehilangannya ada kaitan dengan draf pertuduhan tersebut.
Kononnya ada pihak yang marah selepas draf pertuduhan tersebut tersebar.
Siapa lagi yang boleh sebarkannya jika bukan orang dalam.
Namun ia dengan pantas dinafikan peguam negara.
Katanya draf itu palsu.
Selepas Kevin ditemui mati, spekulasi sekali lagi tersebar.
Katanya Kevin sebelum mati beberapa hari telah dipanggil mengadap 'seseorang yang berpengaruh'. Pada malam hari. Ada beberapa individu yang mengetahui.
Sekali lagi ianya dikaitkan dengan kematian Kevin.
Tetapi oleh kerana tiada bukti, tiada saksi.
Maka siapa pula yang nak bergantung info pada spekulasi.
PDRM telah membuat respon susulan dari SD Charles. Mereka mahu Charles tampil ke balai dan laporkan segera maklumat yang dia ada supaya polis boleh bersegera mengambil tindakan dengan menjalankan siasatan.
PDRM tidak boleh melakukan apa-apa jika Charles tidak berkongsikan maklumat yang dia tahu.
Dalam waktu yang sama, menyembunyikan maklumat penting berkaitan siasatan juga boleh dikaitkan dengan satu perlakuan jenayah. Tindakan boleh diambil kata ketua polis negara.
ISU DI P.PINANG ADALAH DARI TANGAN UMNO
OLEH YONG
Yong menentang apa-apa projek yang berpotensi akan menjejaskan alam-sekitar dan sumber sara hidup penduduk tempatan. Tidak kira projek itu datang dari pihak mana - Pakatan Harapan atau Barisan Nasional.
Walau bagaimanapun, Yong juga menentang pengeksploitan isu alam-sekitar sebagai cara untuk menjatuhkan kerajaan yang cuba menangani masalahnya supaya tiada pihak yang akan mendapat untung atas angin. Mutakhir ini ramai sangat yang ingin mencari laba dengan cara yang singkat, tanpa berusaha keras.
Apapun, pihak rakyat marhaen yang terkesan dengan penerusan projek tersebut harus mendapat pertimbangan yang adil dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Pihak Kerajaan Negeri hendaklah secara telus memperincikan (jika belum lagi) bagaimana pemuliharaan alam-sekitar dan sumber pendapatan yang terjejas dengan projek itu diuruskan.
Berikut kenyataan media Ketua Menteri Pulau Pinang yang menjelaskan kedudukan sebenar projek tersebut:
Kenyataan Media Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di Komtar, George Town pada 24.11.2015.
Adakah Lim Guan Eng mahu dikenang sebagai orang yang membiarkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang menjadi bankrap berikutan terpaksa membayar pampasan besar kerana menghentikan projek-projek tebus guna tanah yang telah diluluskan oleh Kerajaan BN dahulu yang hanya menguntungkan kroni-kroni BN?
Nampaknya ini yang menjadi kesimpulan tulisan seorang kolumnis Malaysiakini yang menyokong tindakan seorang ADUN DAP Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu, yang memberi undi kepada usul UMNO, dan tindakan 5 ADUN PKR yang berkecuali (iaitu tidak memberi sokongan kepada Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang) sewaktu sidang Dewan Undangan Negeri baru-baru ini.
Lima ADUN PKR tersebut adalah Ong Chin Wen (Bukit Tengah), Norlela Ariffin (Penanti), Cheah Kah Peng (Kebun Bunga), Dr T Jayabalan (Batu Uban), dan Lee Khai Loon (Machang Bubuk).
ADUN DAP Teh telah pun mengakui kesilapannya dan memohon maaf kepada parti serta menjelaskan beliau akan kembali kepada perjuangan DAP. Beliau menambah bahawa beliau rela menerima apa sahaja tindakan daripada parti berikutan kesilapannya, dan kini sedang menanti tindakan disiplin.
Saya tidak percaya bahawa saya dipilih oleh rakyat untuk membiarkan Pulau Pinang menjadi bankrap. Lebih baik saya dikritik daripada dipuji, asalkan saya dapat memastikan Pulau Pinang tidak bankrap, malah dapat terus meningkatkan lebihan hasil ekonomi untuk membolehkan kita melabur dalam pembinaan infrastruktur awam, pendidikan dan inovasi.
Kerajaan Pulau Pinang hari ini telah mempunyai pengalaman yang pahit dan pedih apabila terpaksa membayar pampasan RM14.7 juta (dan masih tidak mendapat pulangan) berikutan skandal tanah Tang Hak Ju yang berpunca daripada perbuatan kerajaan lama BN, dan membayar pampasan RM20 juta kepada Boustead Holdings Bhd kerana mengurangkan ketinggian hotelnya di George Town yang diluluskan oleh kerajaan BN yang terdahulu, daripada 12 tingkat kepada 5 tingkat.
Fakta sebenar tentang usul ADUN UMNO berhubung isu tebus guna tanah
Walaupun BN telah meluluskan 3,241 ekar tanah untuk tebus guna tanah, hanya 744 ekar telah ditebus guna. Menangguhkan yang selebihnya itu, terutama projek tebus guna tanah Tanjung Pinang oleh E&O, boleh menyebabkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang terpaksa membayar pampasan sehingga RM1 bilion. Ini boleh menyebabkan Pulau Pinang menjadi bankrap.
Sewaktu mengemukakan usul tentang tebus guna tanah, ADUN UMNO Muhammad Farid Saad tidak pula meminta maaf kepada rakyat Pulau Pinang walaupun beliau sendiri adalah salah seorang wakil Kerajaan Negeri BN sebelum tahun 2008 yang telah meluluskan 3,241 ekar tanah tersebut, berbanding 60 ekar oleh Kerajaan Pakatan Harapan pada masa ini.
Beliau juga tidak menawarkan sebarang ganti rugi daripada Kerajaan Pusat BN kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang jika projek tebus guna tanah tersebut ditangguh atau dibatalkan.
Apa yang mengejutkan saya ialah ada beberapa aktivis NGO yang menyokong usul Farid dengan tidak mempedulikan fakta bahawa tebus guna tanah 3,241 ekar yang begitu besar itu adalah diluluskan oleh kerajaan BN, serta mereka buat-buat tidak nampak tentang ketiadaan pampasan dan gantirugi daripada Kerajaan Pusat BN jika tebus guna tanah ditangguh atau dibatalkan.
Mengenai usul Farid yang meminta dilaksanakan kajian menyeluruh seperti kajian Penilaian Impak Alam Sekitar yang Terperinci (DEIA) serta menjalankan rundingan awam, ia memang sudah menjadi kewajipan undang-undang yang tercatat dalam undang-undang Persekutuan. Jika gagal melaksanakannya, ia bererti tebus guna tanah tidak boleh dilakukan. Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang tidak pernah lari dari tanggungawab untuk mengadakan rundingan awam atau pertemuan dewan orang ramai. Jadi memang tidak ada isu berbangkit dalam hal ini.
Perbezaan di antara PORR dan tebus guna tanah adalah PORR belum dimuktamadkan (dan tidak pernah dibina sehingga hari ini) sedangkan projek-projek tebus guna tanah telah diluluskan dan dimuktamadkan oleh BN
Malaysiakini telah menyiarkan satu kolum yang bertanya tentang pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang pernah meminta BN menghormati hak 2 ADUN MCA yang berkecuali terhadap usul DAP oleh Danny Law pada tahun 2002, tetapi Lim Guan Eng tidak boleh menghormati hak 5 ADUN PKR untuk berkecuali dalam isu usul UMNO ini.
Kita perlu ingat bahawa 2 ADUN MCA yang berkecuali pada 2002 itu adalah kerana mereka membantah projek Lingkaran Jalan Luar Pulau Pinang (PORR) bernilai RM1 bilion yang dicadangkan oleh kerajaan BN mereka sendiri.
Perbezaan di antara PORR dan tebus guna tanah adalah PORR belum dimuktamadkan (dan tidak pernah dibina sehingga hari ini) sedangkan projek-projek tebus guna tanah telah diluluskan dan dimuktamadkan oleh BN
Sekarang, usul UMNO mencadangkan supaya ditangguhkan tebus guna tanah yang diluluskan oleh BN yang akan mengakibatkan pampasan dibayar oleh Kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang, dan bukannya oleh BN.
Ini sangat tidak adil dan inilah sebabnya mengapa 23 ADUN Pakatan Harapan menolak usul UMNO itu. Menolak usul UMNO tersebut juga memperlihatkan pendirian kami yang tidak bersetuju dengan keputusan BN meluluskan 3,241 ekar tanah untuk tebus guna.
Sebaliknya, tindakan menyokong usul UMNO itu atau mengambil sikap berkecuali bererti membiarkan BN dan UMNO lepas dari tanggungjawab mereka, sedangkan merekalah yang sebenarnya gagal melindungi kepentingan orang awam.
Menyokong usul UMNO itu atau mengambil sikap berkecuali juga akan memaksa Kerajaan Negeri sekarang membayar pampasan terhadap penangguhan tebus guna tanah yang bakal membawa kepada bankrapsi.
Dengan itu, mengapa perlu Kerajaan Negeri sekarang dipaksa membayar pampasan untuk tebus guna tanah yang bukan kami yang meluluskannya?
Kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang sedia bertanggungjawab penuh terhadap kesilapan kami, jika ada, tetapi kami tidak akan menyalahgunakan wang rakyat atas kesalahan dan kegagalan BN, terutamanya apabila tiada gantirugi daripada Kerajaan Persekutuan bagi apa-apa pampasan yang perlu dibayar oleh Kerajaan Negeri apabila menangguh atau membatalkan tebus guna tanah.
Kegagalan melindungi kepentingan Kerajaan Negeri daripada dipaksa membuat bayaran pampasan yang besar serta memilih untuk menyokong atau berkecuali dengan usul UMNO tersebut adalah sangat tidak bertanggungjawab.
Tidak ada seorang pun daripada 5 ADUN PKR yang mengambil keputusan itu berkecuali itu telah bangun untuk membahaskan usul tersebut. Mereka juga tidak memberitahu Kerajaan Negeri atau mana-mana empat pemimpin utama PKR Negeri, iaitu Timbalan Speaker, Dato Maktar Shapee; dan Timbalan Ketua Menteri 1, Dato Mohd Rashid Hasnon, serta Exco-Exco Kerajaan Negeri, Dato Abdul Malek dan Dr Afif Bahardin, yang menolak usul UMNO itu.
Sebaliknya, Ketua Whip PKR Ong Chin Wen hanya memberitahu seorang pemimpin kebangsaan PKR tentang niat untuk berkecuali tetapi tidak pula memberitahu Exco-Exco PKR atau Timbalan Ketua Menteri 1 – seolah-olah ia adalah undi tidak percaya beliau terhadap pemimpin PKR Negeri Pulau Pinang. Kini sudah heboh, siapa sebenarnya yang berkuasa dalam DUN Pulau Pinang, PKR 5 atau PKR 4?
Walaupun tindakan tidak bertanggungjawab itu telah menyebabkan terjejasnya keyakinan Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang terhadap 5 ADUN PKR dan 1 ADUN DAP tersebut, mereka tetap kekal sebagai ADUN Kerajaan Pakatan Harapan.
Buat masa ini, semua tugas mereka sebagai ADUN Pakatan Harapan berjalan seperti biasa bersama dengan peruntukan kerajaan untuk kawasan masing-masing. Kerajaan Negeri akan menilai peranan dan prestasi mereka dalam tugas-tugas yang melibatkan tugasan pentadbiran kerajaan.
********************
Setakat Yong tidak pasti sama ada perbuatan 5 ADUN PKR itu ada kaitan dengan kem-kem yang wujud dalam PKR yang kini dikenali sebagai PKRAzmin dan PKRWan Azizah.
Yong berharap kepada sahabat-sahabat Yong dalam PKR supaya mencari jalan yang terbaik untuk menangani "differences" mereka dengan segera.
Perpecahan dalam PKR hanya akan menguntungkan BN, sebagaimana perpecahan dalam PAS.
Anda silap jika anda fikir PRU14 masih lama lagi.
Posted by Yong Intan Noor at 08:21
PKR PUTUSKAN KONFLIK ADUN – KETUA MENTERI P. PINANG SELESAI
PKR putuskan konflik Adun – Ketua Menteri P. Pinang selesai
Pertentangan pendapat antara pemimpin PKR dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng selepas 5 Adun PKR berkecuali atas usul BN mengenai alam sekitar baru-baru ini diputuskan selesai oleh Biro Penyelaras Ahli Parlimen dan ADUN.
Pengerusinya, Datuk Johari Abdul berkata isu tersebut tidak perlu diulas lagi selepas ini oleh pemimpin parti mahu pun ahli memandangkan tindakan 5 Adun itu tidak bercanggah dengan pendirian PKR.
“Selepas mendengar penjelasan daripada Ahli-ahli Dewan Undangan kita dari negeri Pulau Pinang, kita berpuas hati dengan penerangan and keputusan yang diambil oleh lima orang Ahli Dewan Undangan Negeri yang tidak mengundi dalam usul tambakan laut di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang baru-baru ini.
“Kita ambil maklum bahawa usul yang dibawa dalam Dewan itu bukan usul atau isu yang partisen. Isu yang dibawa itu adalah berkenaan dengan alam sekitar dan kepentingan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Johari, PKR menghormati perbezaan pendapat kerana ia merupakan demokrasi yang sihat. Malahan, katanya, PKR berpendapat bahawa demokrasi yang sihat itu harus disemarakkan.
“Perlu juga ditegaskan bahawa kita harus ada suatu perpisahan kuasa antara pengubal undang-undang (legislators) dan eksekutif.
“Ingin kita tegaskan bahawa kita komited dengan kerajaan Pakatan Harapan di negeri Pulau Pinang. ADUN-ADUN Keadilan menyokong kepimpinan kerajaan Pakatan Harapan negeri Pulau Pinang
“Isu ini dianggap selesai,” putus Johari.
Subscribe to:
Posts (Atom)