Najib mahu Anwar diberi rawatan kesihatan sewajarnya

Najib mahu Anwar diberi rawatan kesihatan sewajarnya

 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (tengah) menghadiri 1M4U Baju Raya Project di Giatmara di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 30 Jun, 2015.  

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (tengah) menghadiri 1M4U Baju Raya Project di Giatmara di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 30 Jun, 2015. Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata pihaknya mengambil maklum berkenaan situasi kesihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menggesa agar pihak yang berkenaan memastikan ketua umum PKR itu menerima rawatan kesihatan.
Perdana menteri memaklumkan perkara itu melalui akaun Twitter miliknya di (@NajibRazak) pada jam 5.50 petang tadi.
"Saya ambil maklum kesihatan DS Anwar Ibrahim dan saya mahu pihak berkenaan memastikan beliau menerima rawatan sewajarnya," kata Najib dalam laman sosial tersebut.

Sebagai respons, isteri Anwar yang juga presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menulis tweet kepada Najib, "Salam, pls do the needful." (Salam, sila lakukan yang sepatutnya.) Media sebelum ini melaporkan, situasi Anwar kini semakin teruk dan amat membimbangkan.
Pasukan peguam antarabangsa mendakwa bekas ketua pembangkang itu dinafikan akses kepada rawatan yang amat diperlukan beliau.
Mereka menyarankan Anwar segera dipindahkan segera ke tahanan kediaman supaya beliau boleh dibenarkan menemui doktornya sendiri bagi mendapatkan rawatan perubatan, kata peguamnya Sivarasa Rasiah dalam satu kenyataan hari ini.
"Kezaliman yang dikenakan terhadap Anwar berterusan.
"Masyarakat antarabangsa patut risau dengan tahap kesihatan Anwar yang semakin teruk, yang diburukkan lagi dengan penafian akses kepada rawatan dan kemudahan pada kala beliau ditahan dengan salah," katanya.
Kenyataan itu turut ditandatangani Jared Genser, peguam dan pengasas Freedom Now, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan pembebasan tahanan politik seluruh dunia.

Kejatuhan nilai ringgit tingkatkan harga barang, inflasi – Penganalisis

Kejatuhan nilai ringgit tingkatkan harga barang, inflasi – Penganalisis

Kejatuhan nilai ringgit tingkatkan harga barang, inflasi – Penganalisis

Biar pun kerajaan BN memberi pelbagai jaminan, termasuk mengumumkan rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah RM390.2 bilion pada 15 Jun lalu, nilai ringgit terus mencatat kejatuhan paling teruk berbanding dolar Amerika dalam tempoh 10 tahun, pada 29 Jun. $1, daripada 3.7660/7690 untuk AS$1 pada 26 Jun.

Beberapa hari sebelum itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Abdul Wahid Omar meminta agar rakyat tidak panik dengan kejatuhan berterusan matawang kerana, katanya, kebanyakan barangan isi rumah seperti makanan dikeluarkan di dalam negara.

Mengulas isu tersebut, penganalisis ekonomi Datuk Dr Wan Suhaimi Wan Daud berkata, kenyataan Wahid itu amat menyimpang dan lebih kepada cubaan untuk menutup keresahan umum. Menurut Dr Wan, kebanyakan makanan untuk rakyat adalah diimport dari luar dan harganya terdedah kepada naik atau turun nilai ringgit.

“Apa yang dikatakan Wahid tidak berasas dan tidak tepat sam
a sekali. Realitinya, kita masih bergantung kepada negara luar dalam produk makanan. Misalnya gula kita import dari Filipina, beras kita import dari Thailand, daging pula diimport dari India dan Austarlia.

“Setahun kita mengeluarkan sebanyak RM26 bilion untuk import makanan. Dia (Wahid) ukur dari segi apa? Barang asas yang kita tak import hanyalah minyak sawit. Kenyataan itu bagi saya, seolah-olah cuba menipu rakyat dan memutar belit keadaan ekonomi semasa,” katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.

Berhubung isu tersebut, Dr Wan menggesa kerajaan BN mempertahankan nilai ringgit agar tidak jatuh lebih teruk dan menyebabkan kadar inflasi meningkat dua kali ganda.

“Kerajaan kena ambil tindakan segera mempertahankan nilai matawang. Kalau tidak ia akan mengalami kejatuhan yang akan menyebabkan barang mahal, cukai bertambah dan impaknya ialah kadar inflasi meningkat sekali ganda terutama selepas pengenalan GST pada April lalu,” jelasnya.

Tiada faedah penangkapan Justo, wang 1MDB tetap hilang – Dr M



Tiada faedah penangkapan Justo, wang 1MDB tetap hilang – Dr M

Tiada faedah penangkapan Justo, wang 1MDB tetap hilang – Dr M

Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan pengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak perlu memohon maaf walaupun bekas Pengarah PetroSaudi International (PSI) Xavier Andre Justo diberkas di Thailand.

Bekas perdana menteri itu berkata, hakikatnya wang 1MDB masih hilang dan penahanan Justo tidak sesekali menjelaskan ke mana wang tersebut dibelanjakan.

“Sesetengah orang sangat teruja mengenai Justo. Mereka sekarang berkata pengkritik perdana menteri perlu meminta maaf. Maaf untuk apa?
“Hakikatnya sejumlah wang yang banyak sudah hilang. Bolehkah Justo membawa kembali wang itu?” katanya menerusi kiriman terbaru di blog popularnya, chedet.cc hari ini.

Dr Mahathir berkata tiada bukti menunjukkan dokumen yang didedahkan Justo sudah diganggu gugat dan bagaimana dia meniadakan fakta yang diakui Najib dalam jawapan bertulis Parlimen.

Katanya, Justo menjelaskan pinjaman 1MDB AS$1.9 bilion kepada anak syarikat PSI adalah bagi mengurangkan risiko pegangan ekuiti.

“Memberi pinjam kepada rakan kerjasama yang tidak sesuai akan meningkatkan risiko, bukan mengurangkannya.

“Memberi pinjam AS$1.9 bilion, di mana wang itu sekarang? Kerajaan tak menjelaskan. Adakah di Pulau Cayman, Singapura atau di mana?

“Wang berkenaan tidak dapat dipindahkan tanpa direkodkan bank terlibat. Pastinya Najib tahu. Wang tersebut belum kembali,” katanya.

Justo ditahan di sebuah pulau di Thailand pada 22 Jun dan dihantar ke Bangkok keesokannya.

Dia dituduh membocorkan maklumat berkaitan 1MDB dan kini ditahan di Jabatan Jenayah Penindasan Polis Diraja Thailand.
Beberapa komputer, pemacu cakera keras dan alat penyimpanan data turut dirampas daripadanya, bagi membantu siasatan mengenai kebocoran e-mel antara PSI dan 1MDB bagi tujuan peras ugut.

Justo dipercayai membocorkan dokumen kepada laman web berpangkalan di UK, Sarawak Report yang kemudiannya menyiarkan mengenai urus niaga kerjasama 1MDB-PetroSaudi yang dimulakan ahli perniagaan Low Taek Jho bersama pasukannya pada 8 September, 2009 iaitu kurang sebulan sebelum ia ditandatangani.

Dalam urus niaga itu Low didakwa menyeleweng AS$700 juta ke sebuah syarikat kawalannya, dakwaan yang dinafikan.

BUAT AHLI PAS .WAJIB TONTON; JANGAN NAFIKAN UG WUJUD,Subky Latif : UG itu benar adanya, bukan keberangkalian.

 

 

Monday, June 29, 2015


Subky Latif : UG itu benar adanya, bukan keberangkalian.

Saya percaya ramai yang kesihankan Subky bila dia kata:



" Apa yang dikatakan UG atau Kerajaan Perpaduan yang menghantui setengah kerabat Pakatan Rakyat hanya satu keberangkalian jika pernah ia dibincangkan oleh Majlis Syura Ulama.



 "Sehingga kini Majlis Syura tidak mengetahuinya dan tidak pernah membincangkannya." Baca seterusnya di sini.




Walaupun telah kesekian waktu telah terbukti adanya UG dengan pengakuan Hj Hadi sendiri dan juga pendedahan oleh bekas Timbalan Presiden Nasarudin Mat Isa, penulis sehebat Subky Latif ini masih naif dan masih berani untuk mengatakan bahawa kewujudan UG hanyalah suatu keberangkalian? 



Dan dia tanpa segan silu mengatakan, antara sebab DAP mencurigai PAS, khususnya TG Haji Abdul Hadi Awang ialah hantu UG inilah....



Pertamanya, wahai Tuan Hj Subky, bukan DAP sahaja yang mencurigai Hj Hadi dan pimpinan chainya yang kini, tapi ramai pimpinan PAS termasuk ahli di peringkat akar umbi beranggapan begitu.


Mahu dikatakan apa lagi bila Hj Hadi sendiri pernah mengakuinya? Nak dikatakan apa lagi bila Nasarudin Mat Isa sendiri telah mendedahkan:
Majlis Syura Ulama PAS Pusat yang bermesyuarat pada 28b April 2008, memutuskan untuk mengadakan perbincangan dan sessi dialog dengan Umno dalam usaha untuk memperkukuh kedudukan Islam dan Melayu dalam Negara kita. 


 Agenda perpaduan PAS dan Umno, mesti menjadi agenda yang berterusan tanpa boleh diberhentikan! Itulah pendedahan bekas Timbalan Presiden PAS Nasarudin Mat Isa.Vdonya ucapannya di sini

MSU sepatutnya memanggil Nasarudin Mat Isa untuk disiasat mengenai pengakuannya tersebut yang telah tersebar luas dan telah sekian lama berada di media sosial. Mustahil jika MSU tidak menyedarinya.....

Bukankah Ust Ahmad Awang pada ucapan penggulungannya pada hari terakhir Muktamar PAS 55 di Shah Alam, 7 Jun 2009 telah menyatakan: 
Saya nak bagi tahu ketika kami di Perak membuat keputusan dulu tegas sungguh untuk tidak bersama dengan Umno dan putuskan dah bersama Pakatan Rakyat... belum bernama Pakatan Rakyat untuk bersama DAP dan PKR.  Saya dihubungi oleh pimpinan tertinggi.. 


"Tak bolehkah kaji keputusan itu untuk kita bersama parti bersama Umno.." 


 Ada saudara-saudara.. Jadi jangan cakap tak ada. Cuma saya tak nak sebut siapa. Tapi saya nak katakan ada.. Sebab itu janganlah saudara-saudara terus membuat keputusan seolah-olah Pas semua yang ada dalam ini tidak yang berfikir begitu.. Ada..!!
Dengarlah sendiri melalui rakaman videonya  :







Kenapa tidak ada seorang pun dari kalangan pemimpin PAS ketika itu, samada dari Haron Din atau dari Hj Hadi sendiri menyangkal kenyataan UAA tersebut? Sehinggalah ke hari ini, mereka semua bungkam tidak berani menafikan kenyataan UAA tersebut.

Wahai Subky, jangan jadi jumud sangat. Malulah kalau bekas penulis yang besar dan sehebat tuan boleh menggelungsur jatuh ke taraf chai....Ada lagi satu video yang patut Subky tontoni :





OLEH AL HUSSEIN

1MDB: Kementerian Kewangan jamin risiko pelaburan asing

1MDB: Kementerian Kewangan jamin risiko pelaburan asing
PJ Utara MP Tony Pua

1MDB: Kementerian Kewangan jamin risiko pelaburan asing

Tidak menghairankan International Petroleum Investment Company (Ipic) sanggup memperuntukkan AS$1 bilion kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana Kementerian Kewangan akan menjamin syarikat pelaburan dari Abu Dhabi itu jika berdepan kegagalan, kata DAP.

Setiausaha publisiti kebangsaannya, Tony Pua berkata kerajaan Malaysia sudah pun menyediakan AS$4.71 bilion (RM17.7 bilion) bagi menjamin Ipic sekiranya 1MDB gagal menunaikan tanggungjawabnya memindahkan aset yang sama nilai sebelum 30 Jun 2016.

“Penemuan ini memeranjatkan kerana ia akan meningkatkan liabiliti kontinjen Malaysia yang secara rasmi di paras RM157.5 bilion pada 31 Disember 2014, sebanyak lebih 11%. Secara rasminya, kerajaan sudah menjamin pinjaman RM5.8 bilion untuk 1MDB.

“Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mesti segera menjelaskan perkembangan mengejutkan ini, jaminan besar itu dan akhirnya, satu lagi usaha menyelamat 1MDB melibatkan berbilion ringgit,” katanya dalam satu kenyataan awal pagi ini.
Pua berkata, Ipic mengumumkan jaminan AS$4.71 di Bursa Saham London pada 10 Jun bersama terma perjanjian dengan 1MDB pada 28 Mei.

“Secara dasarnya, pengumuman itu menyatakan Ipic akan memberi pendahuluan segera AS$1 bilion dan menanggung bayaran faedah untuk bon AS$3.5 bilion itu pada tahun berikutnya.

“Ipic juga akan mengambil alih bon itu jika pada 30 Jun 2016, 1MDB memindahkan aset bernilai semua di atas kepada Ipic,” katanya.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata, perjanjian itu menjelaskan mengapa Ipic sanggup menyediakan pendahuluan sebesar itu untuk 1MDB, termasuk jangkaan setahun atau AS$209.65 juta bayaran faedah, untuk “pemindahan aset” yang belum dijalankan dan nilainya belum dikenal pasti.

Katanya, jaminan AS$4.71 bilion itu merupakan jaminan rasmi kerajaan atas pinjaman RM5.8 bilion 1MDB; dua surat sokongan untuk menambah pinjaman berjumlah AS$3 bilion (RM11.25 bilion) pada Mei 2013 dan AS$150 juta (RM540 juta) pada Mac 2015; dan pinjaman langsung sebanyak RM950 juta kepada 1MDB .

“Bersama dengan jaminan terbaru RM17.7 bilion ini, amaun yang ditanggung kerajaan jika 1MDB gagal membayar pinjamannya akan meningkat kepada RM36.2 bilion.

“Ini mengatasi jaminan kerajaan yang diberikan kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebanyak RM29.2 bilion,” katanya.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah bulan lalu berkata, Ipic akan memperuntukkan AS$1 bilion (RM3.66 bilion) kepada 1MDB bagi tujuan melangsaikan hutang berjumlah AS$975 juta (RM3.57 bilion) kepada sindiket peminjam bank antarabangsa.

Katanya, 1MDB memeterai satu perjanjian ikatan dengan Ipic dan anak syarikatnya, Aabar Investments di mana Ipic akan membuat bayaran tersebut kepada 1MDB pada atau sebelum 4 Jun 2015.
“Perjanjian itu juga akan merangkumi langkah-langkah lanjut untuk menangani secara menyeluruh pelbagai aset kewangan dan transaksi liabiliti antara pelbagai pihak, maklumat lanjut yang akan diumumkan dalam masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan.
Husni berkata perjanjian itu merupakan langkah besar ke arah mengurangkan beban hutang 1MDB, serta bahagian penting daripada usaha rasionalisasi seperti yang dibentangkan kepada Kabinet.

TONTON VIDEO INI

WAJIB TONTON!!.. DENGAR DENGAN TELITI!!..Ini bukan fitnah tulis semborono dlm fb..Ini rakaman video..tak boleh larii..!Segala yg ditakuti..sudah terjadi..Bagaimana pengKHIANAT UG Sudah menguasai..!!Masih lagi tak mempercayai..?Kemenangan PALSU di muktamar yg lalu..sudah terbukti..!Ingin bersama dgn PENYAMON ketuanan melayu yg dikenali..Rakan pro pakatan telah di mangsai..!Maka..tunggu dan nanti..'INI PERJUANGAN BARU' bakal menguasai..Tinggalkan pengKHIANAT pengundi ini sendiri..Karam bersama UMNgOk yg mrk sayangi..!UMNgOk TUMBAMG..UG TERLENTANG..
Posted by Kerajaang Perpaduwang UG on Saturday, June 27, 2015



WAJIB TONTON!!.. DENGAR DENGAN TELITI!!..
Ini bukan fitnah tulis semborono dlm fb..
Ini rakaman video..tak boleh larii..!
Segala yg ditakuti..sudah terjadi..
Bagaimana pengKHIANAT UG Sudah menguasai..!!
Masih lagi tak mempercayai..?
Kemenangan PALSU di muktamar yg lalu..sudah terbukti..!
Ingin bersama dgn PENYAMON ketuanan melayu yg dikenali..
Rakan pro pakatan telah di mangsai..!
Maka..tunggu dan nanti..
'INI PERJUANGAN BARU' bakal menguasai..
Tinggalkan pengKHIANAT pengundi ini sendiri..
Karam bersama UMNgOk yg mrk sayangi..!
UMNgOk TUMBAMG..UG TERLENTANG..





Pekerja hotel lima bintang cuti tanpa gaji: Ekonomi mula meleset?


suara pakatan daily

Pekerja hotel lima bintang cuti tanpa gaji: Ekonomi mula meleset?

Pekerja hotel lima bintang cuti tanpa gaji: Ekonomi mula meleset?

Jaminan kerajaan BN bahawa ekonomi Malaysia tidak akan terjerumus ke jurang kemelesetan sudah tidak boleh dipegang lagi. Terdapat beberapa bukti sektor tertentu ekonomi yang sebelumnya mewah, kini telah membuang pekerja. Manakala sektor awam pula membekukan pengambilkan pekerja baharu .

Penulis baru-baru ini bertemu dengan seorang rakyat Malaysia berumur awal 30an yang menghadapi risiko diberhentikan kerja berikutan kemuraman dalam sektor perhotelan di Kuala Lumpur.
Pemuda yang mendakwa bekerja di sebuah hotel lima bintang itu, kini terpaksa bercuti tanpa gaji atas sebab kekurangan tempahan bilik di hotel tempat beliau bekerja.

Justeru itu, tidak banyak bilik yang perlu dikemas atau kain yang perlu dibasuh. Beliau mengeluh tentang nasibnya selepas rakan setugas diberhentikan kerja.

“Bisnes jatuh teruk sejak perisitiwa kehilangan pesawat MH370 tahun lepas. Sejak itu saya asyik diarah ambil cuti tanpa gaji. Ada rakan setugas yang sudah diberhentikan kerja. Ekonomi saya koyak sekarang.

“Masa depan juga tidak menentu, mungkin saya terpaksa pergi ke Singapura jika tiada kerja sesuai dalam negara,” katanya dengan nada sedih.

Beliau juga bercerita mengenai nasib seorang rakan yang berkerja dalam sektor industri. Rakan itu, katanya, sudah kehilangan pekerjaan sejak beberapa bulan lalu kerana permintaan untuk produk industri jatuh mendadak.

“Sekarang susah cari kerja. Malah kerja di kilang pun tiada kekosongan,” keluhnya.

Cuma, yang menerbitkan kemarahan beliau, dalam keadaan yang sukar ini mengapakah kerajaan masih ingin membawa 1.5 juta tenaga kerja asing dari Bangladesh, ketika warganegara tidak mempunyai peluang pekerjaan mencukupi?

Selena Tay adalah bekas kolumnis Free Malaysia Today dan Rakyat Times

Parti baharu profesional PAS mesti utamakan Melayu – Zaid Ibrahim

Parti baharu profesional PAS mesti utamakan Melayu – Zaid Ibrahim

Parti baharu profesional PAS mesti utamakan Melayu – Zaid Ibrahim

Susulan heboh diperkatakan sebuah parti politik baharu mungkin dibentuk oleh pemimpin PAS yang tewas dalam pemilihan parti baru-baru ini, Datuk Zaid Ibrahim hari ini mempertimbangkan isu itu, mengatakan parti tersebut mesti “hanya untuk orang Islam sahaja” pada peringkat awalnya.

Ini kerana, kata bekas menteri Umno itu, ia akan menjadi satu-satunya peluang untuk parti baharu berkenaan mencabar PAS.
“Ketika ini pun mereka tidak berserban dan berkopiah dalam pakaian harian mereka; ini akan mencacatkan mereka; jadi, jika hendak dibawa orang bukan Islam menyertai parti baru itu, ia hanya akan menambah masalah,” tulisnya di blognya hari ini.

“Ia akan menjadi satu lagi PKR dan satu bencana kepada Mat Sabu dan rakan-rakannya,” katanya merujuk kepada bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu.

Ketika ini, spekulasi meluas yang pemimpin progresif dalam PAS – digelar G18 – yang kalah pada pemilihan parti Islam itu awal bulan ini, mungkin menubuhkan sebuah parti baharu selepas Hari Raya ini, bersama parti serpihan, Persatuan Ummah Sejahtera (PasMa).
PasMa sendiri sebelum itu mengisytiharkan ia akan membentuk sebuah parti baharu dengan G18 bagi menggantikan PAS dalam Pakatan Rakyat (PR) yang kini tidak berfungsi lagi.

Perkara itu semakin mendapat perhatian apabila sebahagian daripada pemimpin G18 itu berbuka puasa dengan pemimpin PKR dan DAP awal minggu ini.

PR diisytiharkan berakhir selepas PAS meluluskan resolusi memutuskan hubungan dengan DAP dalam muktamarnya yang menyaksikan jawatan tertinggi parti disapu bersih golongan konservatif.

Parti Islam itu bagaimanapun menegaskan, ia akan kekal bersama PR, walaupun DAP dan PKR mengisytiharkan pakatan mereka itu kini tidak lagi berfungsi secara rasmi.

Zaid berkata, parti baharu itu akan menjadi parti masa depan jika ia boleh menjadi wajah “intelektual Islam”, bukan seperti versi sekarang yang membawa pendekatan “holier-than-thou” (merasakan diri lebih baik dari orang lain).

Ia juga harus berupaya memperjuangkan keadilan untuk semua dan boleh menawarkan kepada orang Melayu, Islam politik yang menolak rasuah dan salah guna kuasa.

“Ini bagaimanapun, bukan mudah untuk dicapai, kerana kita tidak mempunyai tradisi intelektual, dan umat Islam di sini hanya tahu Islam sebagai yang halal dan yang haram. Semuanya mengenai hukuman. Sebab itulah ulama mendesak mahukan hudud dan undang-undang jenayah yang lain.

“Kumpulan baru itu mesti, sebaliknya, cuba menonjolkan kepada umum idea yang berbeza mengenai Islam, yang bersifat baik dan memaafkan,” katanya.

Pada masa sama, Zaid berkata, parti baharu itu perlu bersedia menghadapi tuduhan yang ia tidak lebih sekadar sayap DAP, menyatakan ia perkara yang serius dan ia akan bermasalah mendapatkan sokongan masyarakat Melayu jika ia dilihat seperti anak tumpang DAP.

Beliau juga berkata, parti itu mesti berdikari dari segi kewangan dan intelektual, serta mempunyai ideologi yang kuat.
Ia memerlukan satu pelan ekonomi yang menyokong golongan miskin dan memperjuangkan hak mereka di kelas bawahan, kerana itulah yang dikehendaki Islam, kata Zaid.

“Objektif ini tidak sukar dicapai kerana parti baharu itu akan mempunyai beberapa pemimpin Melayu-Islam terbaik yang ada hari ini, ramai antaranya ahli politik yang tahan lasak dan mempunyai kekuatan yang unik,” katanya, yang menamakan pemimpin progresif PAS sebagai contoh.

“Bersama, mereka boleh memberi Umno dan ulama PAS saingan dan tentangan yang kuat pada bila-bila masa,” katanya.
Lebih penting lagi, beliau berkata, parti itu akan menjadi ujian dan peluang kepada orang Melayu untuk menentukan bentuk masa depan yang mereka mahu untuk diri mereka sendiri dan negara.
Katanya, jika mereka memilih Umno, mereka akan terpaksa hidup dalam keadaan tadbir urus yang lemah, salah guna kuasa dan skandal kewangan yang tidak berkesudahan.

Sebaliknya, jika orang Melayu memilih PAS, ia mungkin akan mewujudkan lebih ramai mereka yang ingin menjadi pejuang Taliban, kata Zaid, sambil menambah ia bukan sahaja akan digambarkan melalui pakaian mereka, tetapi juga cara mereka berfikir.

1MDBgate, FGVgate, MARAgate- selamat datang ke Malaysia Darul Rasuah.





sakmongkol....



Ini bukan soal masih mahu bercakap mengenai FGV. Malah ketika masa apungan lagi dalam tahun 2012, saya telah menulis dengan panjang lebar membantah apungan fgv. FGV is a bloody mistake. The fault lies with Najib.

By now, biarlah rakyat tahu, seperti saya sebut secara terbuka dalam parlimen- setiap pembelian, setiap projek yang dilakukan oleh kerajaan,  ejensi kerajaan dan oleh mereka yang mempunyai kuasa regulatory- merupakan alasan2 untuk balun duit rakyat.

Sama ada dalam projek2 kurnia dihujung tahun, tender terpilih, rundingan terus, belian kerajaan dan pemalsuan harga - setiap nya digunakan sebagai alasan dan wadah membalun dan menyamun duit rakyat.


Apa justifikasi bayar 2 kali ganda kepentingan Rajawali Group?  Tidak munasabah, FGV yang mengalami keadaan bisnes yang merosot,  bermurah hati membeli kepentingan Peter Sondakh dua kali ganda dari harga yang sepatutnya. Istilah willing buyer , willing seller adalah istilah yang meletihkan dan overrated. Permuatan antara pencuri yang sama2 willing- adakah ianya suatu transaksi yang morally right? Dan kalau melanggar undang2 adakah ianya legally right? Kenapa murah hati sangat? Banyak sangat duit FGV? Dengan pembelian bayaran secara tunai dan saham, reseb tunai Felda/FGV berada dalam tahap minima. Ini akan mendedahkan Felda dan peneroka dalam bencana ekonomik.

Tipu jangan tak tipu. Janganlah berselindung disebalik alasan2 bukuteks seperti synergy lah, disebalik membuat rantaian stratejik lah- ia nya tidak dapat mengelakkan sangkaan bahawa ini semua ada udang sebalik batu. Saya perhatikan, para pemimpin UMNO kalau tidak dapat menerangkan sesuatu, akan mengunkap jampi serapah blue ocean strategy. Sama ada mereka faham atau mengkakaktua frasa blue ocean ini, saya sudah kurang pasti. yang saya pasti, kita rakyat mahu blue-ocean kan kepala pemimpin UMNO.
do it the isa samad way. Isa Samad telah menunjukan cara ini semasa pembelian hotel di UK dahulu- pemimpin UMNO masih tidur lagi dalam hal ini.
Hanya ada satu faktor sahaja yang menerangkan sikap pemimpin UMNO- mereka semua bersubahat dalam perkara ini.


Orang lupa, Isa Samad membeli hotel2 tersebut dengan harga extra RM100 juta. Mengapa bayar harga lebih? Ada grounds untuk percaya, harga extra ini ialah untuk agihan sesama broker, sesama pembuat pembuat keputusan dan pakar runding. 
Bilakah SPRM mahu mengemukakan penemuan2 siasatan mereka keatas beberapa individu yang berkait dengan pembelian hotel dan hartanah oleh FGV? Saya beri jawapan terlebih dahulu- tidak ada salah laku berlaku. semua clear dan above board.

Scam yang serupa dilakukan. Bayar pembelian kepentingan Sondakh dua kali ganda. Mesti ada fee broker, consultants, walaupun consultants itu banker.Bankers are not pristine and holy people you know.


The thieves come in all shapes, sizes and forms.  Pencuri wang hari in datang dalam pelbagai bentuk dan nama, tidak kira alim atau tak alim semua berpotensi sebagai penyauk wang. Yang melakukan regulatory caputure boleh jadi sesiapa sahaja- alim dan kurang alim, ustaz dan liberal, tua dan muda, perempuan dan lelaki. Selagi mereka mempunyai ownership keatas sumber pengkayaan wa imma sumber pembuat keputusan- mereka berpotensi meletakkan terma dan syarat kedalam keputusan hendak beli atau tidak, hendak beri kontrak kepada A atau tidak.


Forms of Rent Seeking: the rise of the Rentier Class. Economists menggelar perbuatan ini dengan banyak nama; antara nya political atau state capture, atau regulatory capture. Ianya semua bermaksud rent seeking
Yakni, orang2 tertentu menjadi kaya raya kerana mereka mempunyai hak milik, walaupun sementara keatas sumber pengkayaan. Dalam kes mereka yang ada kuasa eksekutif ditahap tententu, mereka boleh membuat keputusan dan memasukkan terma2 dan syarat2 yang menguntungkan mereka.

KSU yang hendak pencen, mencari projek ratusan juta untuk diluluskan dan akan berusaha meletakkan beberapa syarat dan terma yang diraih setelah pencen.

Ini sahaja yang menerangkan mengapa kita lihat KSU2 dan pegawai atasan yang pencen, menjadi kaya raya beberapa bulan setelah pencen.

Pegawai eksekutif seperti yang berkerja dengan MARA, meletakkan syarat2 kepada persetujuan MARA membeli suatu bangunan di Melbourne. Ini disebut sebagai regulatory capture sebab pegawai itu yang regulate dan kawal urusan antara MARA dan pembekal.

Semua projek kerajaan tidak terkecuali. Semua projek ialah mesin ATM untuk menteri sampai kepada pegawai paling rendah mengapur duit rakyat. Bayangkan jika apa yang berlaku dalam Melbournegate ini diulangi dalam semua kes pembelian hartanah mara diseluruh dunia.

Maka janganlah kita hairan sangat bila lapuran mendedahkan bahawa pegawai2 MARA dan ahli politik yang ada kaitan dengan MARA melakukan skim serupa seperti 1MDB-Petrosaudi, atau dalam kes pembelian hotel oleh FGV. Projek2 ini diguna sebagai wadah mengeCaj kerajaan untuk service perkhidmatan.

Pembelian Dudley House di Melbourne oleh MARA dikata melibatkan penyaluran yuran untuk consultancy sebanyak AUS4.75 juta berlaku, serupa cara dengan pembelian hotel di UK oleh FGV yang membayar RM100 juta lebih dari harga penilaian untuk hotel tersebut.

Penjual sudah setuju menjual pada harga AUS17.8juta, Melayu MARA murah hati kata- takpe mate- we pay you AUS22.5 million. Tapi AUS4.75million you must credit into our account in Singapre yeah.

Siapa bilang orang Melayu yang pergi Australia tidak tahu berbicara Inggeris!

Rakyat Melaysia hanya perlu nanti- cerita seram yang akan terbongkar mengenai handal nya pengurusan Melayu keatas MARA, Amanah Raya, Khazanah Nasional, dan banyak lagi. Tapi buat masa ini, hal FGV yang mendedahkan peneroka kepada bencana ekonomi perlu diulangi kembali. Perperangan keatas segala bentuk kezaliman adalah perperangan yang berterusan. Korapsi, salah laku, pencurian wang samun perbendaharaan mesti di lawan sampai habis.

Ramai keturunan lanun rupa nya dinegara kita.

PAS hadapi gelombang penghijrahan keluar selepas Aidilfitri


PAS hadapi gelombang penghijrahan keluar selepas Aidilfitri

PAS hadapi gelombang penghijrahan keluar selepas Aidilfitri

Krisis dalaman PAS sengaja dibayangkan tidak serius oleh golongan ulama yang mentadbir parti itu sejak Muktamar ke 61, yang memusnahkan sama sekali kepimpinan puak profesional.

Bagaimanapun, riak-riak cemas dalam kalangan ulama PAS boleh dibaca lewat amaran yang mereka berikan terhadap pemimpin dan penyokong puak profesional. Daripada hierarki tertinggi, Presiden Hadi Awang, Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man sehinggalah yang lebih bawah, Ketua Penerangan Nasrudin Tantawi dan lain-lain; semuanya memberi ingatan mana-mana pemimpin yang berjuang meninggalkan PAS akan karam.

Mereka memberi contoh parti serpihan seperti Hamim dan Berjasa yang ditubuhkan oleh pemimpin PAS terdahulu akhirnya kalah dalam pilihan raya, mengecil dan tidak berkesinabungan selepas beberapa tahun. Parti Melayu Semangat 46 juga dijadikan ikhtibar. Parti serpihan Umno itu akhirnya dibubarkan dan pengikutnya kembali semula kepada Umno selepas 1996.

PKR gemilang

idrisahmad
Ceramah pemimpin PAS di Negeri Sembilan selepas Muktamar ke 61

Bagaimanapun, puak pro ulama terlupa menjadikan PKR sebagai perbandingan. Parti yang ditubuhkan oleh isteri Anwar Ibrahim ini daripada hanya menang beberapa kerusi parlimen dalam pilihan raya umum (PRU) 1999 bertukar menjadi parti pembangkang paling banyak mendapat kerusi dalam PRU 2008.

Puak profesional berpegang kepada hujah mood rakyat dan kejayaan PKR membulatkan tekad mereka membentuk parti baharu. Bagi profesional tiada guna mereka berada dalam PAS yang tidak menjanjikan peluang dan ruang untuk bergerak. Sedangkan mood rakyat menolak BN tetapi ulama PAS pula ingin bersekongkol dengan Umno. Oleh itu, mereka akan memanfaatkan mood rakyat dan seboleh-bolehnya ingin mengulangi sejarah kegemilangan PKR.

Ura-ura penubuhan parti baharu ini telah menarik minat pemimpin PAS di semua peringkat. Mereka didakwa bosan dengan kepimpinan Hadi yang tidak boleh ditegur dan terlalu mengikut telunjuk think tank parti yang tidak diketahui asas pemikiran atau rujukan.

Penolakan boleh dilihat ketika mesyuarat pertama Badan Perhubungan PAS Johor yang hanya dihadiri 11 ahli daripada 26 Kawasan di Johor.

Keluar parti

Mesyuarat pertama itu sepatutnya dihadiri 52 ahli iaitu Yang DiPertua dan setiausaha kawasan di samping Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr Mahfudz Mohamad. Tidak lama selepas itu, pemimpin PAS Johor bermesyuarat di Bakri, Muar dihadiri oleh hampir kesemua pemimpin puak profesional. Dalam mesyuarat itu mereka mencapai persetujuan untuk menubuhkan sebuah parti baharu.

Di Kedah, dikhabarkan ketidak puasan hati ahli PAS akan menyaksikan gelombang keluar parti beramai-ramai. Lebih buruk lagi, di peringkat pusat beberapa dermawan yang selama ini memberi sumbangan kepada PAS juga didakwa telah menarik diri.

Dengan kemerosotan sebegitu teruk sokongan pemimpin peringkat kawasan dan cawangan kepada pucuk pimpinan, dijangkakan arus penghijrahan ahli PAS ke dalam parti baharu kelak sangat kencang. Mungkin lebih hebat berbanding penghijrahan ahli Umno ke dalam Parti Keadilan Nasional pada 1999.

Ahli yang tidak berhijrah pula belum tentu akan memberi undi kepada PAS dalam pilihan raya. Jadi asas untuk pemimpin PAS gentar memang wujud. Mereka terbayang kekalahan bertanding di kawasan-kawasan yang kurang 80 peratus pengundi Melayu.

Malah di Kelantan, misalnya Kota Bharu pun belum tentu PAS akan menang. Situasinya mungkin berulang seperti PRU 1978 apabila PAS ditentang tiga penjuru oleh Umno dan parti serpihan Berjasa.

Lebih segar

Apa pun parti baharu dilihat lebih segar kerana tidak mempunyai struktur didominasi ulama yang memiliki kuasa veto. Tidak ada Majlis Syura Ulama atau Dewan Ulama yang merupakan kuasa pemutus dasar-dasar parti.

Semua keputusan dibuat secara demokrasi dalam mensyuarat AJK Pusat. Parti baharu ini mirip kepada Parti Keadilan dan Pembangunan (AK) pimpinan Recep Tayyib Erdogan di Turki, yang memisahkan diri daripada parti Refah yang mirip PAS pada 2001 lalu.

Hanya setahun selepas AK ditubuhkan mereka memenangi PRU Turki pada 2002 walaupun ditentang oleh parti-parti sekular yang berpuluh tahun wujud dan pihak tentera yang menjaga perlembagaan sekular Turki.

Gelombang Erdogan akan sekali lagi melanda Malaysia selepas PKR yang menerima nasihat dari Turki telah mencapai tahap maksimum pada PRU 2013.

Dijangkakan parti baharu yang akan dilancar selepas Hari Raya Aidilfitri ini akan segera dipimpin oleh kalangan ahli parlimen dan ADUN PAS yang berhijrah keluar pada gelombang pertama.

Sekali Lagi Najib Perlekehkan Muhyiddin

SHAHBUDIN HUSSIN


Sudah sah kini pemilihan UMNO yang sepatutnya diadakan pada 2016 ditangguhkan selama 18 bulan bagi memberi laluan agar pilihanraya umum ke 14 diadakan terlebih dahulu. 

Ini bermakna, pilihanraya umum dan pemilihan UMNO kemungkinannya akan diadakan pada tahun 2018 nanti.

Dengan keputusan ini bermakna Najib terus mengulangi kebiasaan yang dilakukan Tun Abdullah Badawi ketika menjadi Presiden UMNO yang sentiasa menangguhkan pemilihan UMNO sehingga pilihanraya diadakan kononnya untuk mengurangkan perpecahan sesama ahli parti.

Najib seolah-olah selesa dengan amalan tersebut dan tidak menunjukkan keberanian walaupun sedikit pun untuk keluar daripada kepompong tersebut.

Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Najib Razak mengumumkan perkara itu selepas mempengerusikan mesyuarat MT UMNO pada petang Jumaat.

Mengumumkan bahawa penangguhan itu dilakukan berdasarkan Fasal 10.16 perlembagaan, Najib juga berkata, ia bagi memberi peluang kepada UMNO untuk terus berkhidmat kepada rakyat serta bertujuan mengukuhkan parti.

Secara umumnya apabila UMNO kian lemah dengan pelbagai isu kebelakangan ini, ramai yang mengharapkan agar pemilihan UMNO 2016 tidak ditangguhkan kerana pemimpin-pemimpin baru yang berpotensi dijangka dapat ditampilkan daripada proses pemilihan itu bagi menggantikan pemimpin sedia ada.

Ramai yang percaya, melalui pemilihan parti yang mampu melahirkan pemimpin-pemimpin baru itu, UMNO akan tampil dengan lebih segar dan mantap menghadapi pilihanraya selepas itu.

Dalam hal ini, Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri pada tahun 2014 yang lalu turut menyuarakan perkara yang sama demi kekukuhan dan masa depan yang lebih baik bagi parti.

Muhyiddin juga menolak pemilihan UMNO sebelum pilihanraya umum akan menyumbang kepada perpecahan kerana yakin ahli-ahli parti sudah cukup matang untuk menghadapinya.

Tetapi dengan Najib tetap menangguhkan pemilihan sehingga pilihanraya umum diadakan, bukan saja peluang melahirkan bakat-bakat baru akan tersekat, tetapi juga memberi isyarat bahawa pandangan Muhyiddin selaku orang nombor dua dalam parti dan kerajaan hanya dipandang sepi saja.

Najib ternyata tidak mahu menerima idea tersebut walaupun ia sebenarnya dikongsi bersama di kalangan sebahagian besar ahli di peringkat akar umbi.

Dengan tetap mengadakan pilihanraya terlebih dahulu sebelum pemilihan UMNO, ia hanya menunjukkan keinginan Najib untuk mengepung pimpinan UMNO sedia ada dengan hanya mencalonkan mereka yang setia dan dipercayainya saja sebagai calon dalam pilihanraya nanti.

Setelah memilih mereka yang setia dan dipercayainya sebagai calon pilihanraya dan bergelar YB kemudiannya, tentulah lebih mudah seseorang itu memenangi atau mengekalkan jawatannya dalam UMNO selepas itu.

Secara tidak langsung, sehingga tarikh pilihanraya umum akan datang, tidak ada sesiapa daripada kalangan pemimpin UMNO atau mereka yang berhajat mahu menjadi wakil rakyat yang berani menunjukkan penentangan mahu pun berbeza pendirian dengan Najib.

Akhirnya, lebih ramai yang memilih untuk menjadi "pak angguk" atau "yes man"  saja dengan harapan nama mereka tidak tercicir sebagai calon pilihanraya, meski bagaimana sekali pun besar atau banyaknya isu yang meresahkan rakyat sedang berlaku dalam negara.

Lebih ketara nawaitu Najib itu ialah bila mana pengumuman penangguhan pemilihan ini dilakukan teramat-amat awal iaitu dalam mesyuarat MT yang diadakan pada hari ini.

Dengan memperlekeh pandangan Muhyiddin agar pemilihan UMNO tidak ditangguhkan, sebenarnya sudah dua kali Najib bersikap sama terhadap timbalannya itu. 

Dalam video ucapan Muhyiddin di Janda Baik yang tersebar luas sebelum ini, beliau turut mencadangkan kepada Najib agar memecat semua Ahli Lembaga Pengarah  1MDB serta memberi laluan kepada pihak polis menjalankan siasatan bagi menunjukkan kepada rakyat bahawa kerajaan tidak bersikap melindungi sesiapa dalam isu yang meresahkan rakyat itu.

Tapi lihatlah apa sikap Najib terhadap pandangan Muhyiddin itu. Langsung tidak laku walau satu sen pun kepadanya. 

Dengan ini, Muhyiddin seharusnya semakin menyedari siapa dirinya di sisi Najib sekarang ini. (SH 26/06/2015)

Tangan Najib pembawa malang

ASPAN ALIAS

Semua sentuhan Najib membawa masalah kepada negara terutamanya dalam hal melibatkan kewangan dan khazanah negara yang merugikan. Tidak payah kita sebut sejarah lama. Jika kita mulakan dengan hal kapal selam hinggalah kepada isu FGV dan kini isu pembelian harta di Cauldfield di Melbourne semuanya adalah transaksi di bawah dagu Najib.

Pendeknya apa sahaja yang disentuh oleh Najib akan membawa malang kepada negara dan rakyat yang menanggung semua salah laku beliau. Dalam pada itu beliau tetap berdegil dan tidak mahu berundur dan setiap salah lakunya yang diketahui umum beliau akan dialihkan pandangan ramai kepada perkara yang lain tidak tepat sasarannya.

Isu yang saya selalu sebutkan ialah pimpinan kita sejak berapa lama dahulu tidak mahu mengambil ‘accountability’ terhadap noda dan kesalahan yang dilakukan mereka. Memerintah hendak lama tetapi kesalahan tetap dilakukannya. Kesalahan mereka tidak mahu diakui tetapi sebaliknya menyalahkan orang lain. Apabila disoal oleh rakyat jawapan tidak diberi dengan betul atau tidak dijawab terus. Jika menjawab pun hanyalah jawapan-jawapan loyar buruk sahaja dan tidak tepat.

Semua tanggungjawab hendak dipikul tetapi satu pun tidak terlunas dengan baik dan sempurna malah semuanya dalam kepincangan. Rakyat keliru dengan sifat dan tindak laku pimpinan kita. Gaya ada tetapi tidak mempunyai ‘substance’ dan kalau dikaji dengan teliti mereka ini layak bersama saya sahaja duduk dan minum dikedai mamak setiap hari.

Kita cuba ingatkan isu-isu yang lepas yang berkait dengan Najib. Isu scorpene semua orang tahu ia melibatkan isu RM lebih dari RM7billion. Akhirnya timbul isu sampingan selain dari isu tambahan harga yang begitu tinggi, iaitu isu pembunuhan Altantuya yang sampai hari ini tidak mendapat penyelesaian yang betul walaupun telah dibawa ke Mahkamah. Dr Mahathir telah bertanya siapa yang mengarahkan Sirul membunuh Altantuya, jawapannya tidak diberi sehingga hari ini.

Felda mantap dan selamat semasa perbadanan itu berada di Kementerian Kemajuan Tanah dan Wilayah dahulu, tetapi kelemahan Abdullah Badawi yang terbilang dengan mudah tidurnya telah membenarkan Najib membawa Felda untuk diletakkan dibawah urusan beliau semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri dahulu.

Felda yang mempunyai resab yang melebihi RM4 billion sekarang sudah tinggal sejemput sahaja. Peneroka yang tidak pernah berhutang sekarang sudah berhutang kerana pembelian saham FGV yang beliau janjikan bulan dan bintang dahulu. Sekarang harga saham FGV telah merudum dan sekarang berlegar di sekitar RM 1.70 sen sahaja. FGV ibarat berniaga buluh kasap, hujung hilang pangkal lesap.

Dulu ramai yang menentang Felda di senaraikan di Pasaran Saham termasuk pegawai – pegawai yang kanan dalam perbadanan itu tetapi mereka ini diharam jadahkan oleh Najib. Sekarang peneroka sudah mengalami masalah yang belum pernah mereka alami kerana tindakan Najib yang memandai-mandai. Kata-kata sumbang sudah terlepas usaha yang kononnya untuk kepentingan peneroka telah gagal.

Timbul pula isu 1MDB yang terhutang sebanyak RM42 billion. Itu pun beliau nafikan yang 1MDB mengalami kerugian dan Najib sentiasa berfikir rakyat semuanya bodoh dan tidak tahu yang rakyat lebih cerdik dari beliau.

1MDB membawa padah kepada banyak pihak. Beberapa orang pegawai bank antarabangsa telah kehilangan kerja kerana memberikan pinjaman kepada 1MDB. 1MDB menjadikan ‘credit rating’ negara sudah menurun. Kita bukan tidak tahu, jika tiga ‘credit rating agencies’ ini memberikan negara ‘rating’ yang rendah negara akan kehilangan kredibiliti dan akan memberikan masalah dan tambahan beban kepada negara.  Isu-isu seperti ini dipermain-mainkan dan dilalai-lalaikan. Akhirnya kerajaan telah menghantar seorang Menteri Kabinet untuk berjumpa salah satu dari ‘credit rating agencies’ itu untuk meminta jangan diturunkan ‘rating’ Malaysia.

Semua kerja tidak dilakukan oleh pelaksana dengan jujur. FGV telah membeli saham syarikat perladangan kumpulan Rajawali di Indonesia dengan harga yang meragukan. Felda sememangnya terbilang dengan membeli harta dengan harga yang ditambah berlipat kali ganda di seluruh dunia. Tentulah kita tahu sebabnya jika membeli harta yang berlipat kali ganda harganya itu. Kali ini Felda telah membeli syarikat kumpulan Rajawali dengan harga dua kali ganda dari aras harga pasaran. Ada beberapa orang yang hendak menjadi kaya raya dengan menggunakan kedudukan dan keringat peneroka itu.

Sekarang timbul pula hal pembelian harta di Cauldfield Melbourne dengan tambahan harga sebanyak hampir RM14 juta. Sekarang MARA sedang menubuhkan jawatankuasa untuk menyiasat pembelian itu. Pergolakan dalam UMNO juga dikatakan penyebab kenapa isu ini diketengahkan. Siapa yang memangsakan dan dimangsakan dalam isu terbaru ini kita akan ketahui nanti.

Pemutus kata, apa sahaja yang berada dibawah Najib semuanya mempunyai masalah hasil dari tidak ada kejujuran dan merobek keyakinan dan kepercayaan yang telah diberikan rakyat itu.

Najib has to be forced out. Semua sentuhannya membawa malang.

Tak mahu kongsi kuasa masuk saja tarekat, silat – Prof Redzuan Othman


Tak mahu kongsi kuasa masuk saja tarekat, silat – Prof Redzuan Othman

Tak mahu kongsi kuasa masuk saja tarekat, silat – Prof Redzuan Othman

Pakar sejarah Universiti Malaya, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman mengingatkan perkongsian kuasa menjadi elemen terpenting dalam memastikan kejayaan sesebuah pakatan politik di Malaysia.

Redzuan berkata perkongsian kuasa merupakan elemen penting yang ditekankan Rashid al-Ghannushi yang merupakan pengasas parti pembaharuan Tunisia, Hizb al-Nahdah.

“Beliau menyebut, dalam politik mesti ada kesediaan berkongsi kuasa. Kalau terlibat dalam politik, fikirkan seorang sahaja yang mahu berkuasa, jangan masuk politik, masuk tarekat atau silat. Bukan politik.

“Dalam politik mesti ada toleransi serta kumpulan yang berlainan aliran, pandangan dan pendekatan. Itu politik. Jika eksklusif, itu bukan politik maka baliklah ke mana-mana,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah bertajuk Peranan AKP dan Kepimpinan Erdogan dalam Memartabatkan Islam melalui Proses Politik di Universiti Malaya hari ini.

Redzuan yang juga bekas dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial berkata, pendekatan yang diguna pakai Ghannushi itu bukan sahaja sesuai dipraktikkan di Tunisia malah kepada kumpulan dan parti Islam.

Katanya, parti Islam harus ada kesediaan untuk berkongsi kuasa kerana pendekatan hitam atau putih yang digunakan sebelum ini sudah tidak bersesuaian.
“Jika dilihat sebelum ini, kumpulan Islam senang saja sama ada jelas atau tidak jelas. Bagi beliau (Ghannushi) pendekatan itu tidak boleh pakai lagi. Bagi beliau politik perlu ada elemen toleransi. Itu jawapannya.

“Beliau yang hebat kata begitu, maknanya terpakai untuk semua. Di peringkat, kampung, kawasan, negeri dan negara. Ini yang sepatutnya diamalkan,” katanya.

Mengulas mengenai keyakinan PAS yang mampu meneruskan survival politik tanpa DAP dan PKR, Redzuan berkata ahli politik sememangnya mempunyai keyakinan yang tinggi.

“Dalam politik mesti yakin. Orang politik mana tidak yakin. Letak bertanding mana pun, mereka mesti yakin. Tidak yakin jangan masuk politik,” katanya.

Ditanya sama ada perjuangan PAS secara solo tanpa DAP akan membantu meningkatkan sokongan terhadap parti Islam itu, beliau berkata satu kajian akan dijalankan minggu depan.

“Tidak ada data, saya tidak berani sebut. Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya UM (Umcedel) berdasarkan data. Data itu menjadi panduan dan agak tepat,” katanya.

Redzuan menerusi kuliahnya selama dua jam hari ini menjelaskan faktor kejayaan Erdogan dan partinya, AKP memenangi pilihan raya Turki.

Beliau berkata perjuangan golongan progresif PAS tidak boleh disamakan dengan perjuangan Erdogan dan AKP kerana landskap politik yang berlainan.

“Untuk menyatakan kedua-dua boleh mengambil secara keseluruhannya, saya fikir suasana, isu dan pemainnya berbeza. Secara keseluruhan banyak perbezaan daripada persamaan. Saya melihat begitu.

“Perkembangan yang berlaku di Turki dan Malaysia, banyak perbezaannya walaupun ada elemen yang perlu disamakan tetapi perbezaannya cukup besar.

“Antara yang besar, sistem membolehkan AKP menang. AKP menang bukan kerana kuat. 34% bukan kerana kuat tetapi sistem membolehkannya menang,” katanya.

Bekas pengarah Umcedel ini berkata sistem pilihan raya di Turki memudahkan AKP untuk menang dan ia berbeza suasana di Malaysia.

Katanya, apa yang diperjuangkan AKP juga tidak sama dengan apa yang diperjuangkan parti politik Malaysia terutamanya yang melibatkan isu sekularisme.

“Di Malaysia sistemnya lain. Kita menggunakan sistem first past the post. Itu sudah menyebabkan sukar untuk melihat perkembangan bersama di antara di sana dengan di sini.

“Sekular Malaysia tidak sama sekular Turki. Parti kita tak perlu perjuangkan untuk pakai tudung, iftar di pejabat, kerana di sini dibenarkan.

“Di sana ada isu. Isu pakai tudung boleh jadi isu pilihan raya. Di sini isu pakai tudung siapa nak dengar,” katanya.

1MDB, PetroSaudi anak jantan kalau berani tunjuk emel sebenar


1MDB, PetroSaudi anak jantan kalau berani tunjuk emel sebenar
PJ Utara MP Tony Pua

1MDB, PetroSaudi anak jantan kalau berani tunjuk emel sebenar

DAP mencabar 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan PetroSaudi International mendedahkan versi asal dokumen yang didakwa diubahsuai, susulan penangkapan bekas pengarah syarikat itu atas tuduhan peras ugut.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata ini langkah terbaik bagi dua syarikat itu membidas pelbagai tuduhan dan pendedahan yang diterbitkan organisasi media dan Sarawak Report.

Menurut ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu, 1MDB sejak Januari tahun ini “tidak melakukan sebarang usaha” mengemukakan bukti dan dokumen bagi menidakkan laporan Sarawak Report.

Menurutnya, 1MDB tidak pun menafikan butiran pendedahan seperti tindakan pengurusan tertinggi 1MDB menandatangani perjanjian pelaburan bernilai USD$1 bilion usahasama dengan PetroSaudi dalam masa lima hari bertemu PetroSaudi.

Syarikat bermasalah itu tidak menafikan US$700 juta dan US$550 juta dipindahkan kepada Good Star Limited, satu syarikat yang dikuasai taikun Low Taek Jho, kata Pua.

Menurutnya lagi, sehingga kini 1MDB tidak mampu memberikan maklumat tentang pelaburan dibuat dengan US$2.318 bilion di Kepulauan Cayman yang kini ditebus dan sebahagiannya dibelanjakan dengan bakinya disimpan dalam bentuk “unit” yang misteri di BSI Bank Singapura.

Malah, penerbit Sarawak Report, Clare Rewcastle mengundang pihak berkenaan menyamannya di mahkamah jika beliau salah nyata emel-emel atau dokumen di lamannya.

“Tiada usaha dari PetroSaudi, 1MDB atau Jho Low berbuat demikian. Semua yang kita dapat adalah penafian umum yang lemah, sekadar mengenepikan tuduhan serius sebagai maklumat diubahsuai.

“Ayuh 1MDB. Jadi jantan atau mengakulah. Berhenti bersembunyi di balik kain kerajaan menggunakan kerahsiaan dan pada masa sama menyalah gunakan kuasa,” kata Pua dalam kenyataan.

Hari ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, memetik laporan The Star, berkata beberapa rakyat Malaysia di belakang dokumen dan emel yang didakwa diubah suai yang diambil dari PetroSaudi berkenaan urusniaganya dengan 1MDB.

Zahid turut memberi amaran kepada The Edge dan pemiliknya Datuk Tong Kooi Ong yang permit penerbitan kumpulan itu boleh ditarik semula.

Menurut Pua, amaran Zahid itu berdasarkan sumber tanpa nama PGI.

“Ia mungkin ‘data tidak lengkap’ kerana beberapa dokumen urus niaga utama tiada dalam emel yang dibocorkan.

“Kepada PetroSaudi dan 1MDB, ia mungkin’dipilih secara kreatif’ tetapi kepada pembayar cukai Malaysia, ia ditapis secara bijak,” katanya.

PARTI INDUK YANG SOKONG UMNO JUGA AKAN TENGGELAM

PARTI-PARTI SERPIHAN YANG MENYOKONG UMNO SAHAJA YANG TENGGELAM, MALAH JIKA ADA PARTI INDUK PUN YANG BERTINDAK DEMIKIAN, JUGA AKAN LEMAS KARAM

Sejarah hanya membuktikan, parti serpihan yg pro Umno pasti tenggelam. Berjasa, Hamim dan Akim ruyup kerana parti2 serpihan ini menyokong BN. Dan Pas pd masa ini melawan BN. Jika Pas juga sokong Perikatan/BN, ia akan alami nadib yg sama dgn Berjasa, Hamim dan Akim. 

XDi Malaysia mana2 parti yg asalnya pembangkang, dilihat rakyat condong menyokong Umno pastinya akan ditolak. Belum buat kerjasama

PARTI-PARTI SERPIHAN YANG MENYOKONG UMNO SAHAJA YANG TENGGELAM, MALAH JIKA ADA PARTI INDUK PUN YANG BERTINDAK DEMIKIAN, JUGA AKAN LEMAS KARAM

Sejarah hanya membuktikan, parti serpihan yg pro Umno pasti tenggelam. Berjasa, Hamim dan Akim ruyup kerana parti2 serpihan ini menyokong BN. Dan Pas pd masa ini melawan BN. Jika Pas juga sokong Perikatan/BN, ia akan alami nadib yg sama dgn Berjasa, Hamim dan Akim. 

XDi Malaysia mana2 parti yg asalnya pembangkang, dilihat rakyat condong menyokong Umno pastinya akan ditolak. Belum buat kerjasama lg pun, cukup sekadar iyakan cakap2 dan tindakan Umno, beri tongkat dan beri nyawa, lambat laun ia akan tenggelam.

 Parti S46 hidup tetapi tenggelam slps dibubarkan kerana para pemimpinnya sertai Umno. Presidennya, Ku Li berpaling tadah. Kemunculannya pd tahun 1990 telah membolehkan Pas bersama Angkatan Perpaduan Ummah (APU) menawan Kelantan. 

 Bukankah telah juga dibuktikan Parti Keadilan Nasional (PKN), kini jadi Partai Keadilan Rakyat (PKR) berdiri teguh, utuh wlpun ia parti serpihan. Semua orang ramalkan PKR akan senasib dgn Berjasa, Hamim, Akim dan S46. Tetapi hakikatnya, ia semakin berpengaruh sehingga kini. Pas yg tidak pernah menang di Selangor sejak ditubuhkan, mara membentuk kjaan bersama PKR dan Dap. Ini bukti yg di depan mata. 

 Untuk pengetahuan jg, AK Parti pimpinan Erdogan (bekas Ketua Pemuda Parti Refah) yg memimpin Turki hari ini juga adalah serpihan drpd Parti Refah (kini Shadat Parti setelah Refah diharamkan) yg dipimpin Erbakan dari kumpulan konservatif. Shadat Parti terpinggir ditelan pengaruh AK Parti. Pengaruh AK Parti yg progresif, inklusif dan demokratik tlh meminggirkan Shadat Parti. Malah ada pemimpin Pas tidak senang berurusan dgn Erdogan berbanding dgn pemimpin Parti Shadat apabila ke Turki.

 Dan di Indonesia, Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) yg diketuai Megawati skrg, Jokawi jd Presiden Indonesia merupakan parti serpihan drpd Partai Indenesia Perjuangan (PDI). Pengaruh PDI-P terus berkembang menelan parti induknya PDI yg ternyata kini sudah terpinggir.

 AK Parti dan PDI-P lahir kerana krisis dalaman hampir2 sama dgn yg dilalui oleh Pas. Kedua2nya menubuhkan parti baharu, dan muncul sbg paryi yg lbh berpengaruh drpd parti induknya.

 Yg clear, di tanahair kita jgn ada parti serpihan yg asalnya pembangkang, condong dgn Umno. Ia pasti tersungkur. Kita kena ingat Pas jg parti serpihan drp Umno. Setelah tidak percayai Umno blh memperjuangkan Islam, dgn kes2 tertentu yg terjadi, sebilangan ulama Umno menubuhkan Pas. Pas hidup sbb dasarnya Islamik dan melawan Umno. Namun Pas gagal menguasai undi Melayu, tenggelam dlm kekuasaan Umno-BN. 

 Biarlah dikatakan serpihan, parti baharu yg mahu ditubuhkan oleh G18 mestilah menunjangi dasar Islamik, inklusif, progresif dan demokratik. Peka dgn isu2 rakyat, realistik, memahami waqi sebenar siasi semasa dan ikut acuan Malaysia yg majmuk. Amacam?

 Dtmj, 26 Jun 2015 
Kantor Kompas
lg pun, cukup sekadar iyakan cakap2 dan tindakan Umno, beri tongkat dan beri nyawa, lambat laun ia akan tenggelam.

 Parti S46 hidup tetapi tenggelam slps dibubarkan kerana para pemimpinnya sertai Umno. Presidennya, Ku Li berpaling tadah. Kemunculannya pd tahun 1990 telah membolehkan Pas bersama Angkatan Perpaduan Ummah (APU) menawan Kelantan. 

 Bukankah telah juga dibuktikan Parti Keadilan Nasional (PKN), kini jadi Partai Keadilan Rakyat (PKR) berdiri teguh, utuh wlpun ia parti serpihan. Semua orang ramalkan PKR akan senasib dgn Berjasa, Hamim, Akim dan S46. Tetapi hakikatnya, ia semakin berpengaruh sehingga kini. Pas yg tidak pernah menang di Selangor sejak ditubuhkan, mara membentuk kjaan bersama PKR dan Dap. Ini bukti yg di depan mata. 

 Untuk pengetahuan jg, AK Parti pimpinan Erdogan (bekas Ketua Pemuda Parti Refah) yg memimpin Turki hari ini juga adalah serpihan drpd Parti Refah (kini Shadat Parti setelah Refah diharamkan) yg dipimpin Erbakan dari kumpulan konservatif. Shadat Parti terpinggir ditelan pengaruh AK Parti. Pengaruh AK Parti yg progresif, inklusif dan demokratik tlh meminggirkan Shadat Parti. Malah ada pemimpin Pas tidak senang berurusan dgn Erdogan berbanding dgn pemimpin Parti Shadat apabila ke Turki.

 Dan di Indonesia, Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) yg diketuai Megawati skrg, Jokawi jd Presiden Indonesia merupakan parti serpihan drpd Partai Indenesia Perjuangan (PDI). Pengaruh PDI-P terus berkembang menelan parti induknya PDI yg ternyata kini sudah terpinggir.

 AK Parti dan PDI-P lahir kerana krisis dalaman hampir2 sama dgn yg dilalui oleh Pas. Kedua2nya menubuhkan parti baharu, dan muncul sbg paryi yg lbh berpengaruh drpd parti induknya.

 Yg clear, di tanahair kita jgn ada parti serpihan yg asalnya pembangkang, condong dgn Umno. Ia pasti tersungkur. Kita kena ingat Pas jg parti serpihan drp Umno. Setelah tidak percayai Umno blh memperjuangkan Islam, dgn kes2 tertentu yg terjadi, sebilangan ulama Umno menubuhkan Pas. Pas hidup sbb dasarnya Islamik dan melawan Umno. Namun Pas gagal menguasai undi Melayu, tenggelam dlm kekuasaan Umno-BN. 

 Biarlah dikatakan serpihan, parti baharu yg mahu ditubuhkan oleh G18 mestilah menunjangi dasar Islamik, inklusif, progresif dan demokratik. Peka dgn isu2 rakyat, realistik, memahami waqi sebenar siasi semasa dan ikut acuan Malaysia yg majmuk. Amacam?

 Dtmj, 26 Jun 2015 
Kantor Kompas

Kumpulan Ulama Berantakan, Penyokong TITM Dipancung Di Pahang


Penyokong Tuan Ibrahim ‘dipancung’ dalam kabinet baharu PAS Pahang

Kumpulan konservatif dalam PAS bukan sahaja menyingkirkan golongan profesional tetapi juga menolak pihak yang tidak bersama dalam kumpulan mereka.

Di Pahang, dua orang kanan bekas pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, pemimpin yang dianggap sederhana dalam parti Islam itu, turut disingkirkan.

Dalam pembentukan kabinet PAS Pahang di bawah pesuruhjaya baharu Rosli Jabar, Yusof Embong, bekas timbalan pesuruhjaya 1 yang disebut-sebut sebagai bakal pengganti Tuan Ibrahim, hanya dilantik sebagai ahli perhubungan PAS Pahang.

Nasib bekas ketua penerangan, Suhaimi Saad, lebih teruk lagi apabila tidak dilantik memegang apa-apa jawatan dalam PAS Pahang walaupun sudah lama berada dalam kepimpinan negeri.

Serangan terhadap Yusof bermula sejak sebelum muktamar PAS ke-61 lagi, apabila laman Facebook pro-konservatif Tuc Tok Usin Ceroi menyerangnya.

Turut diserang adalah pembantu Tuan Ibrahim, Ahmad Nazaruddin Mohamed yang didakwa bersekongkol dengan Yusof.


Sekarang ini fokus serangan laman Facebook Tok Usin adalah DAP manakala semua posting lamanya dibuang.

"Hoiiii DAP dan Gobind.... lu sapa barua???? Sejak bila org islam dan kerajaan Kelantan kena dengar cakap dan minta izin lu kalau mau bentang draf hudud dan laksanakan hudud???

"Celaka punya DAP...!!!" tulis Tok Usin dalam posting terbarunya merujuk kepada Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo.

Tok Usin sebelum ini mendedahkan diri dan rangkaiannya melalui penyiaran satu rakaman perbualan dengan Nurul Islam Mohamad Yusof, pegawai media Pejabat Presiden PAS.

Sebelum muktamar, Tuan Ibrahim yang menang jawatan timbalan presiden dalam pemilihan baru-baru ini, menyerang laman Tok Usin dan meminta pemiliknya agar menutup laman itu jika benar mereka sayangkan PAS.

Namun operasi laman Tok Usin diteruskan dengan menyerang DAP. -TMI

ULASAN GB

Demkianlah hukum kebenaran dan keadilan berjalan... untu memperlihatkan siapa sebenarnya geng ulama ini... tidak lain dan tidak bukan jenis berjiwa kotor, gila kuasa dan tamak jawatan.

Bukan sahaja profesional disingkirkan, malah dengan sesama mereka pun jika bukan dari kumpulan mereka akan dipancung dan dicantas.

Itu yang berlaku di Pahang ke atas kumpulan TITM seperti dilaporkan.

Pada pemilihan di muktamar yang lalu, Dewan Ulama PAS Pusat siap menggunakan cai untuk perwakilan memilih kumpulan mereka dan menyingkirkan profesional secara blok. Dengan dibantu oleh cybertrooper ala papagomo sepertu Tok Usin Ceroi, El-Heraki, Alnangi, Huzir Sulaiman dan lain-lain mereka menang besar, hampir 100% dengan cara sedemikian, namun GB pernah mempersoalkan, redhakah Allah dan berkahkah tindakan Dewan Ulama itu?

Sekarang terjawab, mereka berantakan dan akan terus beranatakan sesama sendiri.

Apabila dilakukan kerja-kerja keji sedemikian, bererti ulama-ulama ini telah dan sedang terus merancang untuk menguasai parti sampai mati, dan tiada ruang untuk yang "bukan-ulama" berada di dalam saf kepimpinan.

Dan sewajarnya, golongan profesional memisahkan diri dari "ulama-ulama jahat" ini dan membentuk sebuah parti Islam yang baharu, yang lebih profesional dan lebih mematuhi akhlak Islam. Kita profesional, kita tidak akan jatuh dalam lubang biawak dua kali. InsyaAllah. Biarkan mereka itu yang tenggelam...