Pekerja hotel lima bintang cuti tanpa gaji: Ekonomi mula meleset?


suara pakatan daily

Pekerja hotel lima bintang cuti tanpa gaji: Ekonomi mula meleset?

Pekerja hotel lima bintang cuti tanpa gaji: Ekonomi mula meleset?

Jaminan kerajaan BN bahawa ekonomi Malaysia tidak akan terjerumus ke jurang kemelesetan sudah tidak boleh dipegang lagi. Terdapat beberapa bukti sektor tertentu ekonomi yang sebelumnya mewah, kini telah membuang pekerja. Manakala sektor awam pula membekukan pengambilkan pekerja baharu .

Penulis baru-baru ini bertemu dengan seorang rakyat Malaysia berumur awal 30an yang menghadapi risiko diberhentikan kerja berikutan kemuraman dalam sektor perhotelan di Kuala Lumpur.
Pemuda yang mendakwa bekerja di sebuah hotel lima bintang itu, kini terpaksa bercuti tanpa gaji atas sebab kekurangan tempahan bilik di hotel tempat beliau bekerja.

Justeru itu, tidak banyak bilik yang perlu dikemas atau kain yang perlu dibasuh. Beliau mengeluh tentang nasibnya selepas rakan setugas diberhentikan kerja.

“Bisnes jatuh teruk sejak perisitiwa kehilangan pesawat MH370 tahun lepas. Sejak itu saya asyik diarah ambil cuti tanpa gaji. Ada rakan setugas yang sudah diberhentikan kerja. Ekonomi saya koyak sekarang.

“Masa depan juga tidak menentu, mungkin saya terpaksa pergi ke Singapura jika tiada kerja sesuai dalam negara,” katanya dengan nada sedih.

Beliau juga bercerita mengenai nasib seorang rakan yang berkerja dalam sektor industri. Rakan itu, katanya, sudah kehilangan pekerjaan sejak beberapa bulan lalu kerana permintaan untuk produk industri jatuh mendadak.

“Sekarang susah cari kerja. Malah kerja di kilang pun tiada kekosongan,” keluhnya.

Cuma, yang menerbitkan kemarahan beliau, dalam keadaan yang sukar ini mengapakah kerajaan masih ingin membawa 1.5 juta tenaga kerja asing dari Bangladesh, ketika warganegara tidak mempunyai peluang pekerjaan mencukupi?

Selena Tay adalah bekas kolumnis Free Malaysia Today dan Rakyat Times