MAMAT NI KALAU SURUH DIA BERI APA ULASAN DIA NAK ULAS APA GAMAKNYA



 Mamat ni kata dia beri belanjawan yang DS Anwar bentangkan rating 5 daripada 10.


Senang je. Cuba suruh dia kupas macamana dia boleh bagi rating tu. Dekat mana markah hilang. Tengok gerenti tersipu-sipu dia. Sebab dia beri rating tu atas rasa hasad je. Bukan berfakta pun.


Kalau belanjawan sebegni dia beri 5/10, agaknya belanjawan negeri Kelantan yang tak pernah tak defisit tapi ada beberapa kali jugannaikkan gaji Adun/Exco, berapa dia nak bagi ya? Guane boh?


 

Raja Gelap 

.


UAI




Kecoh seantero Malaysia, Ustaz Azhar Idrus (UAI) tidak boleh berceramah di Selangor. Maka naratif yang dibawa, Kerajaan Selangor ni boneka DAP. Pendakwah Islam tertindas dan sebagainya. 


Saya kaji dan tengok dalam akhbar. Tahun 2018 dulu pun UIA tak boleh ceramah di Terengganu. Tahun 2011 tak boleh berceramah di Kelantan. Tak tahu pula saya, di Kelantan dan Terengganu selama ni pernah DAP memerintah. Makanya, kalau nak spin politik pun, berpada2 lah. 


Isu nya simple, setiap Majlis Agama Negeri akan keluarkan tauliah untuk pendakwah memberi ceramah. Ada kenyataan akhbar dari Majlis Agama Islam Terengganu nyatakan UIA tak pernah mohon tauliah di negeri itu. Yang dia selalu buat ialah minta permit sementara. Mengikut budi bicara. 


https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/96000


Saya tak paham kenapa taknak minta tauliah penuh? Kalau ada pegawai dia, since dia selebriti ternama, boleh dah kot cuba mintak tauliah kekal setiap negeri di Malaysia. Supaya mudah nak gerak sini sana. 


Seperti biasa, geng politaik bangkitkan isu ini jadi isu Islam terancam. Walhal, di Terengganu Mufti Perlis pun tak boleh masuk. Ada sekatan dia masuk ke sana. 


Ini bukan cerita Islam terancam. Ini cerita parti2 politik berbalas2 serangan. 


Tak bagi tauliah geng orang di negeri sendiri. Tapi kena tang geng dia, bila tak dapat kecoh sekali. 


Jangan lah tunggang agama, demi survival politik anda. Orang dah lama sedar dan meluat jadinya. 


Salam hormat,

Liyana Marzuki



SALAH




Kerajaan ini Kerajaan Madani. Jadinya kena cakap serupa bikin. 


Saya terpanggil untuk menulis isu Royalti Minyak Kelantan dan Terengganu. Dan juga peruntukan untuk Parlimen. 


Kenapa ia perlu disekat? Ini bukan in line dengan konsep Madani yang hendak dibawa. 


Ada lah yang kata. “Kau ni Liyana, naif politik. Set2 ni pun sekat peruntukan Pembangkang masa mereka berkuasa. Sama saja. Mereka pun buat perangai sama. 


Nanti bila kita bagi muka, mereka claim mereka yang buat kerja. Padahal duit datang dari kita.”


Tuan oiii, duit tu duit Negara untuk rakyat. Bukan duit parti hangpa. Kalau dulu diaorg buat, hangpa tak suka, la ni nak buat benda yang sama? 


Ok benda ni for the record, saya tak setuju. Dulu masa PN buat pun saya bantah. Sekarang saya bantah sama. 


Terangganu sekarang meningkat baik prestasi ekonomi, rakyat lebih terjaga. Sebab royalti minyak mereka. Siapa pun yang memerintah, kalau ia baik untuk rakyat kita supportlah. 


Kelantan lain, memang ke laut. Itu kita dah boleh tukar dah. 


Ayah saya ajar, setia kita pada negara, bukan parti semata2. 


Mana baik kita sokong, mana salah kita bantah. 


Pulangkanlah hak mereka. Itu baru Kerajaan adil dan saksama. 


Salam hormat,

Liyana Marzuki



ORANG WAYAR PUTUIH AMBIK JADI PENYELIDIK WAN SAIFUL...KAH..KAH...


 

KENAPA FELDA DAN HUTANG FELDA TIDAK LAGI DI LUPUSKAN. - IANYA KERANA FGV TELAH DI SENARAIKAN DI BURSA. JADI KALAU NAK DIBANTU SELALU MAKA ORANG LAIN PUN AKAN JUGA HENDAK DIBANTU


 

MEMANG KAU MENYUSAHKAN MAK BAPAK KAU LAH- POLIS DAH ANGKUT.


 

KENYATAAN HADI AWANG NI NAK JATUHKAN LAGI KE? LANGKAH KE DUA KAH ? KALAU TAK JATUH DIA KENA TUNAIKAN APA YANG DIA KATA.


 

BUKAN KONSPIRASI- DUIT MASUK AKAUN SENDIRI , KONSPIRASI APA ? TAHNIAH LA DAH JADI KLUSTER MAHKAMAH


 

KISAH AWAL KONSPIRASI YANG MANA SEMUANYA TELAH MENINGGAL DUNIA. AZIZ SAMSUDIN,DR RISTINA MAJID, DAN LAIN LAIN


 

LAGU KLASIK ZAMAN 70AN- AKU SIARKAN UNTUK KENANGAN YANG BERUMUR 60AN MASIH LAGI KECIL MASA NI.XSPECIALY DI PENANG.HERO N HEROIN DOK NYANYI DI TAMAN BUNGA- YANG MENYANYI TU DIAAA...VATEREN


 

MENTERIPENDIDIKAN ADALAH SEORANG PEGUAM SYARIE

 


TANAH KOSONG DIBANTU MELALUI LTAT UNTUK VATERAN TENTERA DAN SYARIKAT KERAJAAN NEGERI


 

DOSA KAU PADA YANG TERPENGARUH DENGAN FATWA DULU DIMANA KAU NAK MERANGKAK MOHON MAAF-.SOLAT DUA IMAM, SEMBELIHAN, NIKAH KAHWIN, CERAI BERAI ANAK BINI ....


 

BELANJAWAN KWSP CARUMAN TAMBAH 500


 

JANGAN LAYAN ORANG BODO



Ok baiklah.. Kita mansuh menu rahmah.. Harga jadi RM 8.50

 sepinggan… B40 akan mampu makan satu keluarga di kedai 2

 kali sehari….





 

BEBERAPA PEMBAHRUAN DALAM BELANJAWAN




ANDRIAN LIM CEE ANN

Melalui #Belanjawan2023, #PMX ternyata sdg menstruktur semula & membersihkan institusi-institusi yang sblm ini menjadi penyebab & kesinambungan kpd ketirisan & kerosakan dlm negara.

Walaupun penting juga, tetapi saya kurang minat dengan bab bekas Menteri mana terpalit apa.

Saya lebih minta dan tertarik dengan idea-idea baharu seperti:

-penggabungan agensi-agensi kerajaan yang bertindih

-peningkatan kadar cukai pendapatan terhadap golongan T20

-pengenalan cukai terhadap barangan mewah

-peningkatan pendapatan boleh guna (melalui pengurangan kadar cukai pendapatan) terhadap golongan M40

-pengagihan sebahagian keuntungan syarikat-syarikat besar kepada golongan marhaen

-dan sebagainya

Langkah-langkah inovatif tersebut memerlukan “political will” kerana golongan mahakaya dan tauke-tauke besar akan paling terkesan.

Tetapi PM mempunyai keberanian dan ketegasan.

Jujur kata. Berjuang bersama pembangkang selama ini, tak pernah pun terbayang suatu hari nanti Kerajaan akan berani membentang belanjawan Reformasi yang mungkin “mengguris hati” golongan yang berpengaruh.

But it is happening now.

Ye. Saya kagum dan impressed.

#MalaysiaMADANI

 

Mekanisme lesen memandu percuma diumum kemudian




Kementerian Pengangkutan akan membuat pengumuman terperinci mengenai mekanisme pembiayaan ujian lesen motosikal kelas B2, teksi, bas dan e-panggilan yang diumumkan dalam Belanjawan 2023.



Menterinya, Anthony Loke Siew Fook dipetik berkata, pengumuman itu akan dibuat selepas pihaknya mengetahui jumlah peruntukan yang disediakan Kementerian Kewangan bagi tujuan itu.



"Saya tak tahu berapa peruntukan. Ini ‘good surprise to me’. Ada tambahan tugasan untuk saya.



"Kita akan lihat bagaimana nak laksanakan. Akan buat sidang media khusus," katanya ketika ditemui media di Parlimen.



Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika pembentangan Belanjawan Madani semalam berkata kerajaan bersetuju menanggung bayaran ujian memandu untuk lesen motosikal kelas B2, teksi, bas dan e-panggilan.



Katanya, ia sebahagian daripada peruntukan bernilai keseluruhan sehingga RM40 bilion untuk manfaat usahawan Perniagaan Micro, Kecil dan Sederhana (PMKS).



Sementara itu Loke berkata, peruntukan yang disediakan kerajaan itu dapat membantu golongan belia mendapat peluang pekerjaan.

 

IPR pastikan kestabilan bekalan makanan terjamin



Kerajaan Perpaduan akan memastikan kestabilan bekalan makanan dan harga yang rendah serta mampu dinikmati oleh pelbagai lapisan masyarakat.



Menteri Ekonomi, Mohd Rafizi Ramli berkata menerusi Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang akan dilancarkan esok sektor perekonomian baharu rakyat akan dilaksanakan seiring dengan sektor pertanian komersial sedia ada seperti sawit dan getah.



"Komoditi utama pertanian seperti kelapa sawit yang telah memberi nilai eksport dengan hasil memberangsangkan akan disulami dengan hasil-hasil pertanian baharu bagi memastikan sektor pertanian memberi input yang mampan ke arah Keterjaminan Makanan Negara," kata Rafizi dalam satu kenyataan.



Menurut Ahli Parlimen Pandan itu, dengan membuka ratusan ekar tanah kerajaan sebagaimana dilakukan dalam inisiatif Felda pada 1960an menanam sawit juga getah diharapkan ekonomi negara dan rakyat akan semakin berkembang.



"Untuk merealisasikan usaha ini, sebanyak 800 ekar tanah milik Kerajaan Persekutuan akan dimanfaatkan oleh golongan B40 dan miskin tegar bagi tujuan pertanian. Kerajaan juga akan membuka peluang kepada sokongan modal dan latihan.



Dengan segala perancangan yang telah dirangka, insyaallah kerajaan akan memastikan Keterjaminan Makanan Negara kekal mampan merangkupi 4 indikator iaitu kestabilan bekalan, ketersediaan, penggunaan dan akses," katanya.



IPR akan dilancarkan secara rasmi esok, 26 Februari 2023 di stesen LRT Cempaka, Ampang, Selangor sekitar jam 10.00 pagi. Orang ramai dijemput hadir untuk menyaksikan pelancaran berkenaan.

 

 

LAWAK KENANGAN HARI INI- HANGPA TENGOK PUNYA LAYAQ BURUK DIA NI...TU SOLUSI OTAK DIA...AKU GELAK NAK TERKENTOT..


 

JANGAN TERMAKAN HASUTAN PARA LEBAI- MEREKA DENGAN SIAPA PUN TAK BOLEH KAWAN- KALAU KAWAN DENGAN PARTI PAS, HANGPA DAN DAN TU JADI SUCI


 

JOM LIHAT WAKAF DI PULAU PINANG-MACAM MANA DI URUSKAN- HANGPA ADA ...???? SEMBANG JA DER4AIH NUSI..


 

ULASAN BUDGET


 

Cuba 'main dua kolam': Mukhriz terpaksa, kata Bersatu


Bersatu tidak hairan dengan berita yang mendakwa Pejuang sedang berunding kerusi dengan dua gabungan berbeza menjelang PRN. Setiausaha Agungnya Hamzah Zainudin berkata dakwaan tersebut merupakan petanda Pejuang semakin terdesak.

Belanjawan 2023 | Hishammuddin soal subsidi mana yang dikurangkan?

Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mendakwa Kementerian Kewangan menurunkan peruntukan subsidi tahun ini. Beliau berkata, angka itu susut berbanding RM70 bilion seperti yang diunjurkan bekas Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zarful Tengku Abdul Aziz, tahun lalu.

Peruntukan RM100 juta Jualan Rahmah disambut baik



Peruntukan RM100 juta untuk Jualan Rahmah yang diumumkan oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam disambut baik oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).



Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata peruntukan itu akan digunakan untuk membantu rakyat dalam menghadapi kos sara hidup yang melambung ketika ini.



"Bagi memastikan rakyat terus mendapat pembelaan dalam menghadapi cabaran kenaikan kos sara hidup, program menstabilkan kos sara hidup rakyat telah diberikan tumpuan melalui Konsep Payung Rahmah, di antaranya Kempen Menu Rahmah, Bakul Rahmah dan Jualan Rahmah.



"RM100 juta yang diperuntukkan bagi tujuan Program Jualan Rahmah akan membolehkan KPDN melaksanakan jualan ini di kesemua 222 kawasan Parlimen, bagi manfaat kepada golongan berpendapatan rendah.



"Melalui program ini, rakyat akan dapat menikmati harga barangan asas sehingga 30% lebih murah berbanding harga pasaran," katanya dalam kenyataan selepas pengumuman Belanjawan Madani.



Menurut Salahuddin, peruntukan RM225 juta untuk mensubsidi harga barang keperluan asas pula amat bernilai bagi KPDN meneruskan Program Pengedaran Barangan Perlu, LPG dan Community Drumming kepada rakyat.



"KPDN akan melaksanakan pengedaran barangan keperluan asas kepada penduduk di 822 kawasan pendalaman di Sabah, Sarawak, Terengganu, Pahang, Kelantan dan Kedah. Ini termasuklah 25 kawasan pengedaran baharu antaranya di Paloh dan Passin, Sarawak; Pasir Raja, Terengganu dan Kuala Krai, Kelantan.



"Program ini akan memberi manfaat kepada 1.28 juta penduduk luar bandar di 6 negeri tersebut di mana mereka dapat membeli 7 barangan keperluan iaitu tepung gandum kegunaan am, gula putih bertapis kasar, beras putih dan minyak masak sawit tulen paket 1kg/ botol 1liter, Gas Petroleum Cecair (LPG) serta Petrol RON95 dan diesel pada harga yang ditetapkan oleh Kerajaan.



"KPDN komited untuk memastikan subsidi yang diperuntukkan ini akan dinikmati oleh golongan yang layak serta melaksanakan penguatkuasaan bagi mengelakkan ketirisan subsidi tersebut," katanya lagi.



Dalam kenyataan itu, KPDN turut menyambut baik pengumuman Kerajaan untuk menggubal Akta Kredit Pengguna serta menubuhkan Lembaga Pemantauan Kredit Pengguna bagi mengawal selia perniagaan kredit. Usaha tersebut, katanya, akan dapat melindungi hak-hak pengguna dan perniagaan.

 

 

Belanjawan 2023: KKD akan realisasikan Dekad Keemasan Ekonomi Digital


 

Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan berusaha untuk merealisasikan Dekad Keemasan Ekonomi Digital dengan peruntukan yang diumumkan sebanyak RM2.737 bilion oleh Menteri kewangan dalam Belanjawan Madani semalam.



Menurut Menteri KKD, Ahmad Fahmi Fadzil, peruntukan itu akan digunakan untuk meningkatkan kemudahan internet rakyat serta mendukung usaha membangunkan industri kreatif.



Katanya, Projek JENDELA iaitu pelaburan kerajaan ke atas insfrastruktur teknologi maklumat (IT) akan dipercepatkan bagi kesalinghubungan digital di 47 kawasan pengindustrian dan hampir 3,700 buah sekolah dengan peruntukan RM725 juta untuk memastikan rakyat mendapat kemudahan internet yang stabil.



Selain itu, katanya, kementerian juga akan melatih usahawan dan pekebun di luar bandar menggunakan IT bagi memudahkan pemasaran produk dihasilkan mereka.



"Usaha ini penting bagi memastikan rakyat mendapat liputan 5G yang menyeluruh dan pada harga yang berpatutan.



"Peranan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) akan diperkasakan bagi membantu peniaga kecil dengan pengetahuan IT dan e-Dagang. Sekurang-kurangnya satu PEDi akan diwujudkan di setiap DUN bagi meningkatkan literasi digital dalam kalangan rakyat serta menggalakkan penyertaan komuniti dalam aktiviti ekonomi digital seiring dengan inisiatif KKD.



"KKD melalui Perbadanan Ekonomi Digital (MDEC) akan melatih lebih ramai pekebun kecil beradaptasi dengan teknologi digital menerusi program Digital AgTech ke 100 Pertubuhan Peladang Kawasan seluruh negara dengan peruntukan RM10 juta," katanya dalam satu kenyataan.



Tambah Fahmi, KKD juga mengalu-alukan usaha kerajaan mengukuhkan peranan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) bagi mengekang jenayah penipuan dalam talian. Inisiatif kerajaan tersebut, katanya akan mempercepatkan usaha-usaha advokasi yang dilaksanakan KKD melalui CyberSecurity Malaysia bagi memerangi jenayah penipuan dalam talian.



Manakala Peruntukan Dana Kandungan Digital berjumlah RM102 juta diharap membuka lebih banyak peluang kepada penggiat seni menghasilkan pelbagai karya kreatif seperti filem, animasi dan muzik yang bermutu tinggi dan disasarkan bukan sahaja berjaya di pasaran tempatan malah menembusi pasaran antarabangsa.



"Bagi menyokong industri kreatif ini, sumbangan kepada Tabung Komuniti Filem dan Pembangunan Filem Kenegaraan di bawah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) akan diberi potongan cukai manakala duti import serta cukai jualan ke atas peralatan studio dan produksi penggambaran juga akan dikecualikan," katanya lagi.



Fahmi berharap Belanjawan 2023 akan menjadi pemacu mendepani cabaran ekonomi semasa dan menjamin kesejahteraan rakyat untuk tahun tahun akan datang.

 

ORANG JAHIL NI SOKONG BUTA TULI




Jahil? Hahaha... Orang jahil adalah orang yang wala secara membuta tuli, tanpa usul periksa dan tanpa melihat rasional.

Orang jahil ialah orang yang tak tahu membezakan antara ulama yang benar dengan ulama su'.

Selepas mati, kita akan dibangkitkan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap kata yang kita telah tuturkan tanpa mengira siapa kita di atas dunia dulu. Guane boh?

Raja Gelap

.

DULU DAN KINI



 

OOOO- MACAM TU YA- DULU LUPA YA..TAK SAMPAI JUGA....JANGAN SEMBANG LAH SHAHIDAN OIIIII

 




Shahidan ni dulu dalam kerajaan. Berpuluh tahun memang selama ni pembangkang tak pernah diberi peruntukan. Malah masa PN dalam kerajaan, benda sama berlaku. Tak adil juga.

Tapi masa tu dia tak bising. Sebab apa? Sebab dia dapat. So dia bukan mahukan keadilan. Dia mahu duit. Tapi tak patut dia marah. Kerajaan dah habis duit dah. Puak dia juga yang habiskan tu.

Senang macam ni je la. Dulu MP pembangkang pun tak dapat peruntukan. Tapi tetap dapat berkhidmat. Kalau Shahidan rasa tak mampu nak jalankan tugas sebagai MP, letak je la jawatan. Guane boh?

Raja Gelap

 

KWSP- KALAU AKU JADI PM, AKU LANTAK KANSAJA NAK KELUARKAN WANG MEREKA- ORANG MELAYU NI DIA TAK FIKIR JAUH MANA PUN. DIA KIRA HARI INI UNTUK HARI INI. KE DEPAN TAK TAHU MACAM MANA. TAK RAMAI PUN YANG GUNAKAN DUIT UNTUK BELANJA ANAK BELAJAR TINGGI TINGGI.

 

Macam biasa, isu KWSP menjadi tumpuan walaun. Tiada pengeluaran KWSP dibenarkan dalam bajet kali ini. Aku baca komen walaun nak hasut rakyat dengan isu ini untuk tolak kerajaan.

Seperti aku kata, aku neutral dalam isu ini. Kalau boleh keluar, aku suka. Setakat keluarkan RM30,000 dari akaun aku tak nampak beza sangat. Aku suka je kalau dapat. Tapi berapa ramai yang begitu?

Jangan kata kalau miskin masa tua nanti itu bukan masalah kerajaan. Sebenarnya simpanan hari tua ini untuk bantu kerajaan juga. Bayangkan sekiranya majoriti warga pencen hidup dalam kemiskinan.

Kos rawatan perubatan, kos sara hidup, semuanya akan jadi beban kepada kerajaan. Bayangkan kalau lepas setahun bersara, semua jadi miskin. Duit habis. Nak cari kerja sudah atas faktor umur.

Mereka ini akan terus bergantung kepada kerajaan dalam banyak hal. Di situ kerajaan terpaksa pula sediakan bajet untuk warga pencen. Ia akan nanti mengganggu belanja untuk sektor lain.

Sebab itu simpanan hari tua rakyat penting untuk kerajaan. Tapi kan, hari ini rakyat dah susah. Mana sekolah nak buka, raya dah dekat, nak bayar hutang, kos sara hidup meningkat dan sebagainya.

Betul. Sebab itu ada bantuan tunai, ada bantuan awal persekolahan, ada bantuan perubatan untuk rakyat miskin, ada Inisiatif Payung Rahmah dan yang paling penting, ada inisiatif kembangkan ekonomi.

Semua usaha ini bagi membantu rakyat kurangkan beban kehidupan sehari-hari. Sebagai contoh Menu Rahmah. Dapat jimat duit waktu makan. Duit itu boleh gunakan untuk bayar hutang.

Untuk bayar ansuran rumah, memang KWSP boleh dikeluarkan. Begitu juga untuk yuran pembelajaran anak-anak di IPT. Cuba susun semula belanjawan kita selepas senaraikan kelebihan yang kita boleh dapat lepas bajet ni.

Kerajaan juga mahu tanah yang terbiar milik agensi kerajaan diusahakan dengan tanaman makanan. Ini untuk memastikan keterjaminan makanan negara kita selain dapat menurunkan kos barangan.

Tapi kalau aku ada peluang untuk bercakap dengan DS Anwar, memang aku akan sampaikan cadangan aku soal KWSP berikan pinjaman kepada pencarum macam yang aku tulis dulu. Tapi apakan daya. Aku bukan orang politik. Guane boh?

Raja Gelap

 

BERI KAIL BUKAN BERI IKAN- NAK MAKAN MURAH PUN IYA JUGA. PATUT MASAK...USAHA LAH WALAU PUN SEDIKIT

 

Bantu miskin tegar jana pendapatan, bukan terus beri wang, kata kumpulan pengguna

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan, berkata pemberian wang tunai dikhuatiri akan menyebabkan rakyat kumpulan bawahan terus bergantung kepada ehsan kerajaan.

Aktiviti pertanian kecil-kecilan tidak melibatkan kos tinggi boleh membantu meningkatkan pendapatan golongan miskin tegar untuk jangka panjang, kata Ketua Aktivis PPIM. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu membantu kumpulan miskin tegar menjana pendapatan tambahan bukan sekadar menyalurkan bantuan tunai seperti bantuan tambahan RM600 di bawah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) diumum dalam Belanjawan 2023.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Nadzim Johan, berkata pendekatan tunggal seperti itu dikhuatiri akan membuatkan rakyat kumpulan bawahan terus bergantung harap kepada ihsan kerajaan untuk jangka panjang.

Menurutnya, bantuan sedemikian juga tidak memberi tambah nilai kepada kumpulan miskin tegar, yang realitinya memerlukan satu inisiatif untuk membawa mereka keluar daripada kepompong kemiskinan.

“Tambahan RM600 itu tak ke mana pun, sepatutnya kerajaan salurkan dalam bentuk yang lebih produktif yang boleh menjana hasil bagi kumpulan penerima.

“Contohnya, kerajaan bagi pilihan buat perniagaan kecil-kecil seperti tanaman cendawan atau usahakan sayur-sayur hidroponik yang tidak memerlukan kos tinggi,” katanya kepada FMT, mengulas bantuan tunai tambahan RM600 di bawah STR bagi kategori miskin tegar.

Dalam pembentangan Belanjawan 2023 semalam, perdana menteri yang juga menteri kewangan Anwar Ibrahim mengumumkan tambahan bantuan sebanyak RM600, daripada RM2,500 yang diterima ketika ini.

Sumbangan itu akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan baucar barangan makanan asas bernilai RM600, yang menjadikan keluarga dalam kumpulan miskin tegar layak menerima sumbangan sehingga maksimum RM3,100.

Seorang pengamal perubatan, Dr Maamor Mansor, pula berpendapat usaha kerajaan memperkenalkan Skim Perubatan Madani untuk golongan B40 dipuji, namun menggesa kerajaan meluaskan jumlah perlindungan kepada penerimanya.

“Skim kesihatan kerajaan pusat perlu memberi lebih nilai daripada Iltizam Selangor Sihat yang ditawarkan kerajaan Selangor.

“Ia perlu ditambah baik termasuk tingkat jumlah perlindungan, tambah klinik panel, selain membenarkan penerimanya menjalani pemeriksaan kesihatan berkala untuk mengesan penyakit lebih awal,” katanya.

Beliau turut berharap skim itu dapat dilaksanakan segera bagi mengurangkan kesesakan di klinik kerajaan dan hospital awam ketika ini.

Belanjawan Madani 2023 memperuntukkan RM120 juta untuk skim Perubatan Madani khusus bagi golongan miskin mendapatkan rawatan kesihatan di klinik dan pengamal perubatan am swasta, sama seperti dilaksanakan kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) di Selangor.