Macam biasa, isu KWSP menjadi tumpuan walaun. Tiada pengeluaran
KWSP dibenarkan dalam bajet kali ini. Aku baca komen walaun nak hasut rakyat
dengan isu ini untuk tolak kerajaan.
Seperti aku kata, aku neutral dalam isu ini. Kalau boleh keluar,
aku suka. Setakat keluarkan RM30,000 dari akaun aku tak nampak beza sangat. Aku
suka je kalau dapat. Tapi berapa ramai yang begitu?
Jangan kata kalau miskin masa tua nanti itu bukan masalah kerajaan.
Sebenarnya simpanan hari tua ini untuk bantu kerajaan juga. Bayangkan sekiranya
majoriti warga pencen hidup dalam kemiskinan.
Kos rawatan perubatan, kos sara hidup, semuanya akan jadi beban
kepada kerajaan. Bayangkan kalau lepas setahun bersara, semua jadi miskin. Duit
habis. Nak cari kerja sudah atas faktor umur.
Mereka ini akan terus bergantung kepada kerajaan dalam banyak
hal. Di situ kerajaan terpaksa pula sediakan bajet untuk warga pencen. Ia akan
nanti mengganggu belanja untuk sektor lain.
Sebab itu simpanan hari tua rakyat penting untuk kerajaan. Tapi
kan, hari ini rakyat dah susah. Mana sekolah nak buka, raya dah dekat, nak
bayar hutang, kos sara hidup meningkat dan sebagainya.
Betul. Sebab itu ada bantuan tunai, ada bantuan awal persekolahan,
ada bantuan perubatan untuk rakyat miskin, ada Inisiatif Payung Rahmah dan yang
paling penting, ada inisiatif kembangkan ekonomi.
Semua usaha ini bagi membantu rakyat kurangkan beban kehidupan
sehari-hari. Sebagai contoh Menu Rahmah. Dapat jimat duit waktu makan. Duit itu
boleh gunakan untuk bayar hutang.
Untuk bayar ansuran rumah, memang KWSP boleh dikeluarkan. Begitu
juga untuk yuran pembelajaran anak-anak di IPT. Cuba susun semula belanjawan
kita selepas senaraikan kelebihan yang kita boleh dapat lepas bajet ni.
Kerajaan juga mahu tanah yang terbiar milik agensi kerajaan
diusahakan dengan tanaman makanan. Ini untuk memastikan keterjaminan makanan
negara kita selain dapat menurunkan kos barangan.
Tapi kalau aku ada peluang untuk bercakap dengan DS Anwar,
memang aku akan sampaikan cadangan aku soal KWSP berikan pinjaman kepada
pencarum macam yang aku tulis dulu. Tapi apakan daya. Aku bukan orang politik.
Guane boh?