PMX DI SAMBUTAN TAHUN BARU CINA

 







Pagi tadi saya ke Jalan Ampang untuk menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Malaysian Chinese Association. Sambutan meriah ini mencerminkan semangat kebersamaan dan keterangkuman yang diraikan bersama rakyat pelbagai kaum.


Suasana penuh mesra dengan semangat kekeluargaan ini meyakinkan kita bahawa kekuatan Malaysia terletak pada keupayaan menghormati perbezaan, dan menjadikannya ruang untuk memperkukuh kefahaman antara satu sama lain.


Tahun Kuda membawa makna tenaga, ketangkasan dan kekuatan untuk terus mara ke hadapan. Semangat ini wajar menjadi dorongan untuk kita bekerja lebih gigih, berani melakukan pembaharuan dan melangkah dengan keyakinan.


Mudah-mudahan tahun ini membawa prestasi yang lebih baik, pertumbuhan ekonomi yang lebih kukuh serta kesejahteraan dan kemakmuran yang lebih adil dan menyeluruh buat seluruh rakyat Malaysia.


#MalaysiaMADANI 

#MADANIbekerja 

#RancakkanMADANI 

#CNY2026




NOHHH...


 

SUKA ATAU TIDAK PADA DIA...JANGAN DAPAT DOSA QAZAF


 

YAHOOOO PULA ADA CERITA LAIN

 


Yahoo pula.... Semakin meriah. 


Mana lebih diimani antara Yahoo dan Bloomberg???





RUGI MALAYSIA BILA ADA KETUA PEMBANGKANG YANG BENGAP DAN TERKAIT ISU RASUAH.

 


KEMENANGAN KETIGA BAKAL MENYUSUL, HAMZAH DIJANGKA KEKAL KETUA PEMBANGKANG


17 February 2026


Susulan pemecatan Hamzah Zainuddin daripada Bersatu, perkara yang turut menjadi perhatian umum ialah kedudukannya sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.


Ramai yang bertanya, apakah Ahli Parlimen Larut itu boleh lagi duduk sebagai Ketua Pembangkang dengan kedudukannya kini sebagai Ahli Parlimen yang tidak berparti?


Adakah kedudukannya sebagai Ketua Pembangkang akan turut sama tergugur berikutan pemecatannya itu?


Pemilihan seseorang Ahli Parlimen sebagai Ketua Pembangkang sebenarnya adalah berdasarkan persetujuan daripada Ahli-Ahli Parlimen blok pembangkang.


Sama ada seseorang itu berparti atau tidak, asalkan mendapat persetujuan majoriti, maka dialah yang akan menjadi Ketua Pembangkang di ParlimenZ


Ertinya, menjadi ahli parti bukanlah syaratnya, yang penting seseorang itu mesti Ahli Parlimen dan disokong oleh majoriti Ahli-Ahli Parlimen.


Apa kedudukan Hamzah setelah beliau dipecat?


Sebagaimana diketahui umum, sebaik dipecat dan beliau telah mengadakan pertemuan dengan Presiden PAS, Haji Hadi Awang di Rusila, Terengganu.


Adalah difahamkan,  antara topik yang paling awal diperbualkan dalam pertemuan itu ialah kedudukan Hamzah sebagai Ketua Pembangkang.


Haji Hadi diberitakan mahu Hamzah terus berperanan sebagai Ketua Pembangkang.


Sebagai rujukan, pemilihan Hamzah sebagai Ketua Prmbankang selepas PRU16 lalu juga adalah bersandarkan syor yang dikemukakan oleh Haji Hadi dan ia kemudian dipersetujui sebulat suara.


Dengan komitmen Presiden PAS mahukan Hamzah terus kekal sebagai Ketua Pembangkang, ia bererti 43 Ahli Parlimen  parti itu tidak akan beralih lagi sokongan mereka kepada calon yang lain.


Di samping itu, sebagaimana diketahui dunia, sebaik dipecat juga , Hamzah turut disokong oleh 19 daripada 25 Ahli-Ahli Parlimen Bersatu.


Dengan kedudukan di atas, kecuali jika takdir Tuhan adalah berbeza, maka Hamzah sudah boleh disahkan akan terus berperanan sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen sehingga tibanya tarikh PRU16 akan datang.


Jika perkara itu disahkan nanti, ia bolehlah dianggap sebagai kemenangan ketiga buat Hamzah selepas dipecat daripada Bersatu.


Kemenangan pertama sebelum ini ialah bila Ahli Parlimen Bersatu yang menyokongnya setelah dipecat (19 orang) lebih ramai berbanding yang tinggal bersama Muhyiddin Yassin (6 orang).


Kemenangan kedua pula ialah berikutan 118 daripada 168 Ketua-Ketua Bahagian Bersatu tetap bersama dan menyokong Hamzah setelah beliau dipecat.


Mereka yang memecat Hamzah tentulah berharap beliau juga akan kehilangan jawatan Ketua Pembangkang, sama seperti hilangnya jawatan Timbalan Presiden Bersatu yang disandangnya sebelum ini.


Realitinya Hamzah hanya hilang jawatan Timbalan Presiden Bersatu, tetapi tidak jawatan Ketua Pembangkag di Parlimen.


Jawatan Ketua Pembangkang tetap milik Hamzah, Insha Allah. - ShahbudinHusin 17Februari2026.


https://shahbudindotcom.net/2026/02/kemenangan-ketiga-bakal-menyusul-hamzah-dijangka-kekal-ketua-pembangkang/




SAYA BERANI SEBAB SAYA TAK CURI DUIT


 

HASUT MELINGKUP SAJA PANDAI. NEGERI SENDIRI MELINGKUP.


 

JOHOR NI BANYAK DAH PELABURAN


 

UNDI PAS DAPAT APA? DAPAT TUNGGANG ISU.


 

PAKAR JUAL CANDU AGAMA.


 

PAKAR BABI DAN KUIL HARAM.. PAS MEMANG MENUNGGANG.

 


SIASATAN HARUS TELUS


 

KEH KEH.. HADI HADI.. KO KAOIRKAN ORANG KONRASA MASUK SYURGA KAH?


 

KEH KEH KEH...DIA LAK NAK SERTAI MANA BILA ATOK TIADA NANTI..HUHU



 Bekas Ketua Wilayah Persekutuan Parti Pejuang Tanah Air(Pejuang), Khairuddin Abu Hassan berharap kem bekas Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mempertimbangkan untuk menyertai Pas  sebagai wadah perjuangan baharu orang Melayu.





Beliau berkata, harapan itu ditujukan khusus kepada Datuk Seri Hamzah Zainudin yang sebelum ini dipecat parti bersama 19 ahli Parlimen yang dilaporkan menyatakan sokongan kepadanya, sekali gus mencetuskan spekulasi mengenai hala tuju politik kumpulan berkenaan.


Menurut Khairuddin, Pas dilihat belum pernah diuji menerajui kepimpinan negara selain memiliki barisan pemimpin berpendidikan tinggi serta berfikiran sederhana.


#MalaysiaGazette 


Berita lanjut layari www.malaysiagazette.com




SILAP LA UMNO AMBIK MANUSIA GINI. MEROSAKKAN UMNO.





 Berita tak rasmi. 


Tapi jika benar, berubah sedikit lanskap politik negara jika gang Bersatu yang pro beliau ikut sama. 


Saya nak tengok Hamzah dan Wan Fayshal cium tangan Anwar Ibrahim.


Ahli Bersatu tolak PAS dan sibuk nak masuk UMNO balik manakala KP UMNO sibuk nk bergabung dengan PAS. Ahaks.





KALAU PARTI KO SOKONG MENANG. KO DOK SAJA DAPAT DUIT. KIOK.



Che Ibrahim 


Sedagha... Masa PRU 15 pun PH tak menang, tapi Allah tetap angkat DSAI sebagai PMX seperti yang beliau impikan. 


Tiada sapa tahu takdir Allah untuk PRU 16. Siapa kamu untuk melawan kuasa Allah??




CONTOH WALAUN BANGGANG.



SEDANG DISIASAT.



Nazri Hamdan



 SPRM dilaporkan telah memulakan siasatan terhadap satu perjanjian kerajaan bernilai RM1.1 bilion yang melibatkan sebuah syarikat asing, susulan dakwaan bahawa urus niaga tersebut dimeterai secara tergesa-gesa dan tidak seimbang. 






Siasatan ini dibuka selepas beberapa pertubuhan bukan kerajaan mengemukakan aduan rasmi serta dokumen sokongan, dengan kebimbangan utama tertumpu kepada implikasi kewangan besar terhadap kerajaan sekiranya perjanjian itu didapati bermasalah dari sudut tadbir urus dan pematuhan prosedur.


Perkara yang menjadi tumpuan ialah dakwaan bahawa cadangan perjanjian berkenaan mungkin tidak mendapat kelulusan sewajarnya daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri, namun tetap dimuktamadkan. 


Setakat ini, SPRM telah memperoleh beberapa dokumen berkaitan daripada Kementerian Ekonomi dan dijangka memanggil saksi-saksi utama, termasuk pegawai kanan kementerian, bagi membantu siasatan. 


Walaupun pihak SPRM mengesahkan siasatan sedang berjalan, mereka masih enggan mengulas lanjut.




SANGKAANKU BENAR SELAAM INI.BERSEPAI



 Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menegaskan keputusan beliau meninggalkan parti lebih awal sebelum ini bukan tindakan terburu-buru, sebaliknya dibuat selepas melihat tanda-tanda perpecahan dalaman yang semakin meruncing.






Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/768386/berita/politik/dah-lama-tahu-cerita-sebab-itu-saya-keluar-awal---mp-bukit-gantang


#SinarHarian #SinarTerkini #Bersatu #AhliParlimen #BukitGantang




PULAK..





 Caprice cerita ada whistle blower bagi tahu dia ...company kawan Raf dapat direct nego dgn Kementerian Ekonomi masa Raf Menteri.


Ustaz check dengan chatgpt company tu dapat projek dengan GLC bukan Kementerian pun.


Cuba lagi Caprice Daddycap




PATUT ORANG DOK MARAH.

 


Habis kami bagitau kat Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Mahathar Abd Wahab yang datang ke Hospital Pasir Mas (HPM) untuk bantu selesaikan masalah disini. 






Saya dah bagitau team ALP HPM, zaman saya jadi Pengerusi, saya nak tinggalkan bekas dan selesaikan masalah utama disini. Drpd saya kecil hingga dah tua, benda sama sahaja, kalini kita jalan teruslah, jika nak baiki, kita baiki zaman Kerajaan Perpaduan dan kita buktikan pasukan kita terbaik!


Kami maklum kepada Menteri Kesihatan, Dato Dr Dr Dzulkefly Ahmad tentang keperluan dan keutamaan HPM buat situasi sekarang. Beliau terus hantar Ketua Pengarah Kesihatan datang lawat. Mmg hebat!


Pasir Mas adalah daerah ke 2 paling ramai penduduk di Kelantan selepas Kota Bharu dengan umur HPM sudah lebih 41 tahun. Boleh dikatakan hampir semua infra dengan bangunan, peralatan, kemudahan semua sudah uzur, kecuali yang baru ditambahbaik. 


Kami ALP HPM dan pengurusan jemput beliau datang untuk lihat sendiri dan bantu HPM bagi dapat gambaran sebenar masalah yang kami hadapi sekarang;


I. Perlu tambahan kakitangan

Ii. Perlu tambahan bangunan untuk wad medical 

Iii. Perlu bangunan baru atau upgrade Wad Kecemasan HPM

Iv. Baiki dan tambahbaik keseluruhan bangunan dan peralatan

v. Bina segera bangunan baru HPM yang telah diluluskan RMK12.


Terima kasih PMX Anwar Ibrahim, Dato Dr Dzul, Datuk Dr Mahathar kerana inisiatif dana Hospital Daif/Luar Bandar sekurang kurangnya dapat membantu menaiktaraf kemudahan di HPM dan semua Hospital seluruh Malaysia.


Terima kasih Dato Dr Azman Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Dr Laili Pengarah Hospital Pasir Mas, Pegawai Kesihatan Daerah Dr Najihah Mafuzah dan semua terlibat tadi.


Saya tak dapat turut serta, w/pun mmg dah plan awal-awal, kerana ada urusan di Putrajaya jadi wakilkan Su ALP Ir Mohd Sabri Mat Deris, En Safwan dan Ridhzuan Nuar untuk wakilkan saya sampaikan apa yang telah kami bincangkan dalam mesyuarat ALP bulan 1 lalu direct kepada KP.


InsyaAllah kita akan sedaya upaya baiki habis kelemahan, kemudahan dan kesulitan Pelawat di HPM, untuk pastikan servis lagi baik seiring dgn penyelesaian masalah kami hadapi, jika tak selesai tu tak boleh nak pecut laju. Doakan kami berjaya 🤲🏻


Tan Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz oghe Klate, kini jadi KPPA Jabatan Perkhidmatan Awam sekarang, tapi sayang lah dah nak pencen dah tahun ni, minta tolong adjust luluskan penjawatan tambahan ke HPM ya. Terima kasih


Syam Ghaz

Pengerusi ALP 

Hospital Pasir Mas, Kelantan.




SUSAH NAK KAITKAN DENGAN RAFIZI

 


Ustz Al Asri



Ohh SSM ni kaitkan Raf ...dulu sama² tokey invoke 


Raf dah jual saham invoke sblm jadi Menteri lagi... Ni SSM 2019 Cuba check latest.


Handal Raf ni dia tahu law susah nak kaitkan dia.






KES SDRA TAMIM TU DAH BOLEH DILAPORKAH KE IPCC, INSYAALLAH BADAN BEBAS INI AKAN SIASAT SEMUA SECARA TELUS DAN ADIL








JIKA POLIS BUAT HAL, MAKAN RASUAH, KEKERASAN, SALAHGUNA KUASA, JENAYAH DLL: KERAJAAN MADANI DAH TUBUHKAN IPCC DAN SELESAI LANTIK TIMBALAN DAN ANGGOTA IPCC UNTUK ADUAN HARINI.


Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) ialah badan bebas yang ditubuhkan untuk menyiasat aduan salah laku anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).


Harini Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Dalam Negeri sampaikan watikah kepada timbalan dan anggota anggota IPCC 


Mereka yang dipilih telah melalui proses tapisan yang teliti dan menyeluruh, supaya hanya mereka yang benar-benar layak, berpengalaman, dan mampu memikul amanah ini diberi kepercayaan.


IPCC mula berkuat kuasa dan beroperasi secara rasmi pada 1 Julai 2023 IPCC mula beroperasi dan pelantikan rasmi dibuat ketika Perdana Menteri: Anwar Ibrahim dan Menteri Dalam Negeri: Saifuddin Nasution Ismail


Tak tahu sangat nak roger siapa, pm saya. Saya bantu channelkan.




NOHHHH...TEDIA AIHHH