PM Anwar Lakukan Lawatan Kerja Sehari Ke Pulau Pinang Hari Ini 49 minutes ago Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan lawatan kerja sehari ke Pulau Pinang pada 25 April 2026. Foto PMO GEORGE TOWN, 25 Apr – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan lawatan kerja selama sehari ke Pulau Pinang, bagi menghadiri beberapa program rasmi utama dalam menumpukan kepada agenda pembangunan, kemajuan dan kesejahteraan rakyat. Anwar yang juga Menteri Kewangan dijadual menghadiri sambutan ulang tahun Hari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ke-80 dan Karnival Mega JPJ MADANI di Pekarangan Stadium Negeri, Batu Kawan dekat sini pada 10.30 pagi. Turut mengiringi beliau pada majlis itu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke; Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abdul Bakar dan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli. Usai majlis ulang tahun berkenaan, Anwar meneruskan agenda rasmi dengan mempengerusikan Mesyuarat Pembangunan Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) di Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) di Bukit Mertajam, yang dijangka menjadi platform penting dalam menyelaras agenda pembangunan setempat. Perdana Menteri akan mengakhiri lawatan dengan menghadiri majlis perasmian Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kubang Semang, Permatang Pauh pada 3 petang. Majlis yang akan dihadiri Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil itu juga bakal menyaksikan pengiktirafan NADI Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sebagai Pusat Transformasi Digital Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU). Dijangka kehadiran rakyat bersama-sama dengan Perdana Menteri akan memeriahkan majlis pengiktirafan tersebut dan mendekatkan peranan NADI dengan rakyat menerusi pelbagai perkhidmatan disediakan secara percuma.

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan lawatan kerja sehari ke Pulau Pinang pada 25 April 2026. Foto PMO

GEORGE TOWN, 25 Apr – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan lawatan kerja selama sehari ke Pulau Pinang, bagi menghadiri beberapa program rasmi utama dalam menumpukan kepada agenda pembangunan, kemajuan dan kesejahteraan rakyat.

Anwar yang juga Menteri Kewangan dijadual menghadiri sambutan ulang tahun Hari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ke-80 dan Karnival Mega JPJ MADANI di Pekarangan Stadium Negeri, Batu Kawan dekat sini pada 10.30 pagi.

Turut mengiringi beliau pada majlis itu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke; Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abdul Bakar dan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli.

Usai majlis ulang tahun berkenaan, Anwar meneruskan agenda rasmi dengan mempengerusikan Mesyuarat Pembangunan Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) di Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) di Bukit Mertajam, yang dijangka menjadi platform penting dalam menyelaras agenda pembangunan setempat.

Perdana Menteri akan mengakhiri lawatan dengan menghadiri majlis perasmian Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kubang Semang, Permatang Pauh pada 3 petang.

Majlis yang akan dihadiri Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil itu juga bakal menyaksikan pengiktirafan NADI Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sebagai Pusat Transformasi Digital Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU).

Dijangka kehadiran rakyat bersama-sama dengan Perdana Menteri akan memeriahkan majlis pengiktirafan tersebut dan mendekatkan peranan NADI dengan rakyat menerusi pelbagai perkhidmatan disediakan secara percuma.


                           

Ada cubaan menyeludup placards propaganda dalam demo petang ini.

 






Ada cubaan menyeludup placards propaganda dalam demo petang ini.

Konon untuk menunjukkan demo ini untuk tujuan peribadi saya nak jadi PM.
Ha3 kreatif diorg ni. Lain kali cari gambar yang terkini dan lebih kurus.
Petang ini, kalau nampak placard2 propaganda macam ini, tolong nasihat baik2 minta turunkan.
Perhimpunan hari ini tidak ada agenda politik. Bukan untuk sesiapa atau mana-mana parti politik.
Ia hanya luahan segelintir rakyat yang kecil, yang mahu Malaysia lebih baik.


BOLEHKAH ANWAR JADI PM SEPENGGAL LAGI?



 Shahbudin Husin


BOLEHKAH ANWAR JADI PM SEPENGGAL LAGI?

24 April 2026

Sejak kebelakangan ini didapati banyak laman di media sosial yang cuba mengadakan poll atau tinjauan pendapat berkenaan kedudukan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri bagi penggal kedua.
Dalam kebanyakan tinjauan pendapat yang diadakan itu, hasilnya didapati bercampur-campur dengan ada yang setuju dan ada juga yang tidak bersetuju.
Saya tidak bermaksud untuk mengulas lanjut tentang pendapat mana yang lebih banyak kerana ia hak masing-masing berbuat demikian.
Memberikan pendapat atau hujah sama ada Anwar boleh kekal atau tidak sebagai Perdana Menteri bagi penggal kedua sebenarnya adalah isu kedua penting, manakala isu pokok atau terpenting sekali ialah sama ada PKR masih boleh menang atau tidak pada PRU16 akan datang?
Dalam PRU akan datang, kemampuan PKR untuk menang adalah cabaran utama buat Anwar.
Sekurang-kurangnya dua isu besar menjadi hambatan buat PKR untuk memperolehi kemenangan yang signifikan bagi membolehkan kekal sebagai Perdana Menteri bagi penggal kedua.
Pertama, Anwar kini berada dalam kedudukan menurun di hati rakyat berbanding ketika PRU15 yang lalu.
Penurunan itu paling besar adalah disebabkan prestasi dan imej Anwar sendiri setelah beliau bergelar Perdana Menteri.
Banyak pihak, termasuk makcik-makcik di kampung tidak lagi meletakkan Anwar di hati mereka ketika ini kerana banyak janji yang diucapkan sebelum ada kuasa masih gagal ditunaikan setelah kuasa kini berada dalam genggamannya.
Alasannya menolak untuk menunaikan janji-janji itu pula kadangkala dilihat remeh, walhal ketika belum ada kuasa dahulu, beliau seolah-olah mampu “langgar” apa saja halangan demi mendapatkan undi daripada rakyat.
Video-video lama berkaitan pelbagai janji dan kata-kata manis sebelum dapat kuasa masih ligat diputar di media sosial dan ini tentunya memberi kesan besar di peti-peti undi nanti.
Jika ketika PRU15, PKR mampu memenangi 31 kerusi Parlimen dalam keadaan prestasinya menggunung ketika itu, sudah pasti jumlah kerusi mampu dimenangi jauh berkurangan di ketika prestasinya di tahap cukup rendah sekarang.
Isu kedua yang menghambat Anwar dan PKR daripada memperolehi kemenangan ialah faktor Rafizi.
Bermusuh dengan Rafizi ini pula adalah isu yang dicipta dengan restu oleh Anwar sendiri.
Jika Anwar tidak membenarkan pertandingan bagi jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan PKR 2025 lalu, nasib PKR pastinya tidak seperti hari ini.
Disebabkan Rafizi “dikerat” pada pemilihan 2025 lalu, selain PKR jadi berpecah sampai sekarang dan dijangka berterusan hingga PRU16 akan datang, pemegang jawatan Timbalan Presiden yang baharu turut diperkatakan oleh ahli-ahli parti sendiri seperti tidak berfungsi.
Dalam keadaan itu dan jika ia berterusan hingga PRU16 di mana hanya Anwar seorang saja jadi panglima perang, bagaimana PKR nak menang?
Daripada 31 Ahli Parlimen PKR yang ada sekarang, 10 daripadanya tetap setia bersama Rafizi dan besar kemungkinan mereka itu akan bertanding atas tiket Team Rafizi pada PRU akan datang.
Berikutan Rafizi dan kumpulannya tetap aktif bersuara dalam pelbagai isu rakyat dan sentiasa menunjukkan kebersamaan, adalah dipercayai mereka masih mampu mengekalkan kerusi Parlimen masing-masing, meskipun tidak bertanding atas tiket PKR.
Di waktu yang sama, ada maklumat mengatakan Team Rafizi bukan saja akan bertanding 10 kerusi, bahkan sehingga 25 kerusi daripada 31 kerusi Parlimen yang kini dipegang PKR.
Dalam keadaan Rafizi bakal memberi cabaran kepada PKR dan PN pula mungkin memberi laluan dengan tidak meletakkan calon, tidak dinafikan bahawa potensi Team Rafizi mampu memenangi banyak kerusi Parlimen adalah cerah.
Dengan itu, jika PKR tak mampu menang, bagaimana mahu menjadikan Anwar kekal sebagai Perdana Menteri untuk sepenggal lagi?
Di samping itu, isu lain yang dilihat sebagai gangguan ialah Anwar sendiri masih tiada kerusi selamat untuk beliau bertanding pada PRU akan datang.
Selepas menang di Tambun pada 2022 lalu dan sebelum itu menang di Port Dickcon, Anwar kini dilaporkan mahu kembali semula ke Permatang Pauh, kawasan lamanya.
Tetapi, Permatang Pauh kini berada dalam genggaman PAS sejak parti itu memenanginya pada PRU15 lalu.
Sama ada Anwar mampu merampas Permatang Pauh atau tidak, ia masih menjadi persoalan yang tiada kepastian jawapan.
Ada juga khabar menyebut Anwar mungkin bertanding di Bandar Tun Razak, kerusi yang kini diwakili isterinya, Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Berkaitan hal ini, tidak seperti bekas-bekas Perdana Menteri sebelum ini yang ada kawasan selamat yang kekal buat mereka bertanding, Anwar sebaliknya sentiasa dalam pelarian dan pencarian.
Hakikatnya, dua isu yang tidak boleh diabaikan bila memperkatakan tentang sama ada Anwar boleh dipanjangkan sepenggal lagi sebagai Perdana Menteri - bolehkah PKR menang dan mampukah Anwar sendiri menang sebagai Ahli Parlimen?
Bagaimana jika salah satu atau kedua-dua keadaan itu tidak menyebelahi Anwar? ShahbudinHusin 24April2026. #AnwarIbrahim





SPRM dapat bos baru, siapa Abdul Halim Aman?


 


Kerajaan mengumumkan pelantikan baharu Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berkuat kuasa 13 Mei ini.

Dalam kenyataan rasmi hari ini, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar memaklumkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mempersembahkan cadangan pelantikan tersebut kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Menurut kenyataan itu, Seri Paduka Baginda telah memperkenankan pelantikan Abdul Halim Aman sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu.

Pelantikan tersebut dibuat selaras dengan peruntukan subseksyen 5(1) Akta SPRM 2009 [Akta 694].

Kerajaan menyatakan keyakinan bahawa Abdul Halim, yang disifatkan memiliki pengalaman luas serta tahap integriti tinggi, mampu memperkukuh tadbir urus institusi tersebut.

“Beliau akan meningkatkan keyakinan rakyat serta memperhebat agenda pembanterasan rasuah demi kepentingan negara,” menurut kenyataan itu lagi.

Pelantikan ini dilihat sebagai langkah penting dalam usaha berterusan kerajaan memperkukuh institusi anti-rasuah di tengah tuntutan awam terhadap ketelusan dan akauntabiliti yang lebih tegas.