Kemanusian, kasih sayang dan keihklasan






Norman Radzuan








 Kemanusian, kasih sayang dan keihklasan

KISAH MEKANIK & PEMUDA CINA BUKAN SEKADAR CERITA
Kisah mekanik Melayu dan pemuda Cina menjadi fenomena di media sosial. Ia bukan sekadar cerita tetapi sebuah kisah yg menyatukan hati masyarakat Malaysia.
Simpati dan pujian dtg dari kepelbagaian kaum hingga ke negara jiran. Kuasa viral merentasi sempadan agama, bangsa, politik dan negara…kisah spontan tgh malam.
Di kala parti politik membina tembok perkauman terutama kpd kaum Cina, tiba2 kita disajikan sebuah kisah cerita mengenai kemanusian, kasih sayang dan keihklasan.
Pernah terfikir kenapa kita ditunjukkan kisah cerita true story yg melibatkan dua bangsa terbesar yg semakin terpisah kerana politik identiti perkauman yg dimainkan oleh parti politik?
Ada hikmahnya, kita disajikan cerita kemulian hati tidak ditunjukkan di kalangan mereka yg berimej alim tetapi cukup sekadar org biasa yg mempunyai hati yg mulia.
Bermula dari seorang mekanik yg dlm perjalanan pulang mendapat mesej bantuan. Pergi membantu disamping dgn niat mencari rezeki.
Tiba2 muncul perasaan simpati apabila melihat lelaki Cina yg dibantunya hanya mempunyai akaun berbaki RM 170 (lebih kurang).
Bila ditanya ada duit utk belanja makan, lelaki Cina itu berkata cukup walaupun hakikatnya balancenya tidak sedikit (tanpa mahu mengambil kesempatan simpati mekanik tersebut).
Akhirnya atas rasa kemanusian dan tanpa ada rasa jiwa perkauman, dgn keihklasan hati mekanik ini memberikan servis percuma.
Bagaimanapun lelaki Cina itu tetap mahu hulurkan sedikit wang tetap ditolak. Hingga lelaki Cina itu mengalirkan air mata dan berpelukan.
Kata mekanik tersebut, “ Tak perlu bayar, ini Tuhan hantar saya utk tolong u..”.
Keihklasan… kedua insan in ikhlas dan tidak mengambil kesempatan atas peristiwa ini. Lelaki Cina yg dikenali sebagai Dicky Yau dtg dari Sabah dan merupakan seorang bapa tunggal.
Dicky bekerja hanya sebagai pelayan restoran. Selepas kejadian dlm live TT, begitu ramai yg berikan gift tetapi Dicky menolak utk menerimanya. Katanya, brother mekanik itu lebih layak menerimanya.
Sdgkan dgn kuasa media sosial dan viral, dlm beberapa jam Dicky boleh memperolehi ratusan ribu ringgit jika dia sanggup menerima bantuan dari netizen.
Kerana viral ramai yg serbu ke restoran Dicky bekerja. Malah ada yg memaksa Dicky menerima pemberian derma utk anaknya.
Begitu juga brother mekanik itu menolak utk dipanggil Radio Era utk ditemubual. Dia menolak utk mengambil kesempatan populariti dan simpati.
Kedua dua mereka bukan org senang tetapi keduanya menunjukkan sifat kekasih sayang dan keikhlasan walaupun berbeza agama dan bangsa.
Moral dari cerita ini, utk kita bersifat kemanusian kita tidak perlu menjadi org berimejkan org alim. Cukup hati yg mulia, hati yg tidak dipenuhi sifat kebencian kaum.
Kisah ‘ Abg Mekanik & Pemuda Cina’ seolah olah mahu diceritakan utk kita dlm kepelbagaian kaum dan agama hidup dlm harmoni. Bercerita juga tentang keikhlasan tanpa mengambil kesempatan di atas kejadian viral ini.
Ingat pesan Allah, Allah mencipta manusia dlm pelbagai bangsa dan warna kulit utk kita saling kenal mengenal dan hidup berkasih sayang dan saling menghormati.





No comments: