NAK DENGAR SANUSI TU....DIA APAA PUN TAK BUAT DI KEDAH...TAPI CURI REE SEDANG DI SIASAT.




 Sanusi kata alasan Menteri Pertanian yang beras tempatan tak ada dalam pasaran kerana pembelian panik tu sebagai bohong. Macamana Sanusi tahu bohong?


Adakah sebab dia tahu perbuatan penipuan dalam pembekalan beras berjumlah sebanyak 28,000 tan bernilai lebih RM100 juta yang membabitkan ahli lembaga pengarah syarikat milik negeri Kedah?


Juga kegiatan menyorok beras oleh sebuah kilang sebanyak 180 tan metrik dengan nilai RM405,000 yang kebetulan berlaku di Kedah? Sebab itu Sanusi yakin yang menteri berbohong? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


MENTERI AGAMA DAKWAH UNTIT YANG MURTADKAN PMX.

 

Kenyataan Menteri Agama selepas tular ada untit yang memurtadkan PMX.



ORANG YANG GAGAL..TAK AKAN MENGAKU AKAN KEGAGALAN.





Memang gila PN ni. Dia suruh Abang Mad letak jawatan  pulak dah. Gagal pandu kementerian, katanya. Bila tanya apanya yang gagal, dia kata isu telur dan terbaru isu beras putih. Seriously? Mamat ni baru bangun dari ditidurkan ke?


Hey come on la! Isu telur dulu isu yang diwarisi dari pentadbiran lepas di mana PN adalah sebahagian daripadanya. Pada masa tu, isu telur dah berlarutan selama beberapa bulan dan GAGAL ditangani oleh kerajaan waktu itu.


Abang Mad naik jadi menteri, tak sempat nak bulan madu, terus berkejar sana sini, usahakan import telur dari India. Tak lama selepas itu, bekalan telur pun mula pulih. Abang Mad selesaikan jauh lebih cepat dari menteri PN.


Isu beras putih pun, yang masalah beras tempatan. Bekalan beras import ada cuma naik harga. Tapi isu BPT ni pun, siapa jangka nak sold out? Selama ini BPT tak laku. Tauke Mydin kata selalu kena pulang balik sebab tak habis jual.


Tiba-tiba bila India hentikan eksport dan Bernas umum harga BPI naik, semua pakat beli BPT. Beli banyak pulak tu. Isu pembelian panik ni bukan tipu. Aku nampak sendiri. Aku rasa ramai antara kita pun ada nampak hal ni.


Tapi aku kira Abang Mad tak ambil masa yang lama juga nak selesaikan. Iyalah, nak berhadapan dengan kartel beras. Mereka sorokkan beras dengan niat nak paksa kerajaan naikkan harga siling. Ada yang campur dengan BPI dan jual pada harga BPI.


Masalah yang dihadapi oleh Abang Mad tak hanya ketiadaan BPT. Tapi terpaksa berhadapan dengan penjenayah yang tamak. Itu tak termasuk kisah ahli lembaga pengarah syarikat milik kerajaan Kedah yang menipu dalam perjanjian pembekalan beras.


Tak termasuk sebuah kilang juga di Kedah yang sorok 180 MT beras yang mungkin juga perbuatan sabotaj. Nampak tak? Abang Mad kena berhadapan dengan penjenayah dan sabotaj dalam masa yang sama.


Itu pun dapat diselesaikan juga. Sekarang ni kurang dah dengar orang mengeluh cerita beras tak cukup. Kalau ada pun cuma walaun. Itu pun sebab walaun cuma nak timbulkan persepsi. Orang awam dah tak merungut macam awal dulu.


Jadi apa yang gagalnya? Kalau diikutkan, masa PN memerintah dulu lebih banyak menteri gagal. Kita takkan lupa kisah rakyat kibar bendera putih tapi ada MB yang kata tak mahu iktiraf bendera putih tu. Kes bunuh diri pun meningkat.


Buat JK itu, buat JK ini tapi masalah masih lagi tak selesai. Kemudian yang gelar diri sendiri ulama mula kata kena banyakkan berdoa. Ada yang kata masalah dunia, bukan Malaysia je. Tak boleh nak salahkan kerajaan. Tapi tiada usaha bantu rakyat.


Abang Mad memang tak sempurna tapi kalau nak bandingkan Abang Mad dengan menteri PN, jauh lebih baik Abang Mad. Malah kalau Abang Mad jadi PM, aku berani jamin 100% Abang Mad akan lebih hebat daripada Mahiaddin.


Tapi macam aku kata, dorang serang Abang Mad sebab easy target. Lagi pun reputasi Abang Mad  tak berapa elok masa kerajaan PH 22 bulan. Sebab masa tu PM sampah dan anti reformasi. Sebab tu mereka tuju Abang Mad.


Tapi sebenarnya mereka tuju ke DS Anwar. Cuma nak serang DS Anwar tak berani dah. Silap-silap nanti jadi sawan macam Radzi Jidin. Maka jadilah Abang Mad mangsa kejahatan puak pengkhianat ni.


Bagi aku Abang Mad tak perlu berundur. Cuma kena bantu Abang Mad. Yang patut berundur adalah pemimpin PN. Mahiaddin, Hadi, Hamzah dan ramai lagi yang tak pernah beri apa-apa kebaikan kepada negara tapi lebih banyak merosakkan. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


..

AKAI TAK DAK


Mat Man



 Nak heran paa Exco letak keta kat parkir #oku ..masa #pkp duluu punn selamba #sanusi langgar pii jenjalan shopping raptor..sultan punn selamba dia hinaa..niii rakyat #kedah bijak dah pilih, lagii laa depa ingat segala benda pala pakkk depaa yg punyaaa..🤣🤣🤣..

TANJUNG MALIM BAKAL JADI BANDARAYA AUTOMOBIL


 

BERITA BENAR. BUKAN BERITA AIR TAK ADA BERAS KENA SAKAW.

 

Tahniah PMX dan Kerajaan Madani, semoga amalan sakau menyakau dibenteras kepada 0%.



PENGANALISIS BNM PERTAHAN JEJAK WANG MASUK KE AKAUN NAJIB


Penganalisis Bank Negara Malaysia (BNM) mempertahankan laporannya mengenai jejak wang yang melibatkan berbilion ringgit dana 1MDB yang didakwa akhirnya dimasukkan dalam akaun peribadi bekas perdana menteri Najib Razak.

Semasa pemeriksaan balas di hadapan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang tadi, saksi pendakwaan ke-47 Adam Ariff Mohd Roslan memberitahu peguam bela Najib, Tania Scivetti berhubung kesimpulannya bahawa AS$20 juta (RM60.6 juta) dana 1MDB mengalir daripada “Putera Faisal” dari Arab Saudi ke akaun tertuduh pada 2011.

Scivetti: Tanpa melihat akaun bank Riyad Duli Yang Teramat Mulia Putera Faisal dan Putera Saud untuk bulan Februari hingga Jun 2011, anda tidak boleh membuat kesimpulan dalam laporan (jejak wang) bahawa AS$20 juta kononnya diterima antara Februari dan 14 Jun 2011 dalam akaun AmIslamic yang dikekalkan atas nama Amprivate Banking-MR (akaun 694 Najib) boleh dikesan kepada bon IMTN (Nota Jangka Sederhana Islam) (yang dikeluarkan oleh Lembaga Pelaburan Terengganu – pendahulu 1MDB – pada 2009).

Adam: Saya tidak bersetuju. Saya pertahan laporan saya. Ia boleh dikesan.

Terdahulu semasa prosiding hari ini di hadapan hakim perbicaraan Collin Lawrence Sequerah, ketua peguam bela Muhammad Shafee Abdullah telah menyoal balas Adam sama ada saksi itu melihat penyata Riyad Bank. Adam mengaku tidak melihat penyata bank itu.

Apabila Shafee meneruskan soalannya, Adam menjelaskan bahawa dia masih boleh membuat kesimpulan bahawa dana 1MDB berakhir dalam akaun Najib kerana dia mempunyai akses kepada salinan penyata bank Good Star Limited yang diperbadankan di Seychelles serta penyata akaun bank Malaysia daripada Najib.

Saksi menjelaskan bahawa dia dapat melukis carta jejak kewangan 1MDB tanpa memerlukan akses kepada akaun Riyad.

Good Star didakwa dikaitkan dengan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho (Jho Low), yang didakwa oleh pendakwa raya bersekongkol dengan Najib.

Pihak pendakwaan sebelum ini berhujah bahawa entiti yang berpangkalan di Seychelles itu telah menerima dana AS$700 juta daripada 1MDB – yang bertujuan untuk disuntik ke dalam usaha sama antara 1MDB dan Petrosaudi International Limited pada 2009.

Adam hari ini berkata dia tidak perlu melihat rekod bank Riyad kerana penyata bank Good Star menunjukkan sejumlah AS$24.5 juta telah dipindahkan daripada entiti itu ke akaun Riyad dalam dua peringkat, satu pada 18 Feb 2011 dan yang kedua pada 10 Jun 2011.

Penganalisis BNM itu menyorot bahawa rekod bank Najib menunjukkan tertuduh menerima sejumlah AS$20 juta (RM60 juta) dalam dua bahagian, iaitu satu pada 24 Feb 2011 dan yang kedua pada 14 Jun 2011.

“Berdasarkan jarak antara tarikh Good Star menghantar dana ke akaun Riyad Bank dan tarikh akaun Riyad Bank menghantar dana ke akaun AmPrivate Banking–MR, serta kedekatan nilai dana yang dihantar ke akaun Riyad Bank dan nilai dana yang dipindahkan ke akaun AmPrivate Banking–MR, adalah munasabah dipercayai bahawa akaun Riyad Bank telah digunakan sebagai akaun pass through untuk memindahkan wang daripada Good Star, yang berasal daripada subjek (1MDB),” Adam berkata dalam laporan jejak kewangannya.

Transaksi “Putera Faisal” didakwa berlaku semasa fasa pertama (Fasa Good Star) daripada empat fasa yang menyaksikan sejumlah RM2.28 bilion dana 1MDB mengalir ke dalam akaun Najib antara 2011 hingga 2014.

Sumber – https://m.malaysiakini.com/news/682241



Cara Hamas “Tembus” Iron Dome, Sistem Canggih Milik Israel



Kelompok Hamas disebut berhasil menjebol Iron Dome yang diklaim sebagai sistem pertahanan terkuat Israel. Hamas disebut menembakkan 5.000 roket dalam waktu 20 menit pada Sabtu (7/10/2023). Kelompok itu disebut telah mempelajari celah yang bisa dimanfaatkan dari Iron Dome. Mereka menggunakan sistem roket baru yakni rajum. Lantas bagaimana cara kelompiok itu membobol Iron Dome? Simak selengkapnya dalam video berikut.


PERMOHONAN Sayap Militer Hamas untuk Indonesia di Tengah Perang dengan I...


TRIBUN-VIDEO.COM - Militan Palestina Hamas menyampaikan permohonan untuk Indonesia di tengah perang dengan Israel. Adapun pesan itu soal pembebasan Masjid Aqsa yang terletak di Kota Tua Yerusalem. Pesan yang berisi permohonan itu disampaikan oleh komandan tertinggi Brigade Al-Qassam, Muhammad Al Dheif. = Brigade Al Qassam sendiri merupakan sayap militer Hamas yang berperan dalam serangan ke Israel pada Sabtu (7/10). Hal itu termuat dalam sebuah video yang diunggah ulang oleh akun Twitter Fakhri pada Sabtu (7/10). Melalui video yang berduari 10 menit, Al Dheif menyebut negara Indonesia. Adapun nama Indonesia dikataknnya sekira menit ke-8. Muhammad Al Dheif meminta agar ada pembebasan untuk Masjid Aqsa. Tak hanya kepada Indonesia, namun Al Dheif juga menyebut beberapa negara di Asia Tenggara. Sementara perlu diketahui, Masjid Aqsa merupakan masjid di Yerusalem yang kerap menjadi serbuan pasukan Israel. (Tribun-Video.com) Host: Maria Nanda



Tak Mahu Kerjasama Dengan DAP, Isham Nak Kerjasama Dengan Siapa..??



Dalam video ini sdr iswardy memberikan pencerahan berkaitan dengan isu2 politik semasa. isham jalil sahut cabaran ds zahid berdebat di gelanggang berkecuali. isham harus jelaskan umno nak kerjasama dengan siapa kalau tak kerjasama dengan dap. objektif pihak tertentu hanya untuk jatuhkan ds zahid & kerajaan.



[dewan rakyat] RINDU DENDAM DARI MP PAS! DIJAWAB TENANG OLEH PMX DS ANWAR!

[dewan rakyat] SOALAN BERTUBI TUBI DIAJUKAN PAS! DI JAWAB MANTAP DS MAT ...

[dewan rakyat] MP BESUT HIPOKRIT KATAKAN DNAA TAPI KETUANYA ABAHCOW MEM...

10 CIRI-CIRI KHAWARIJ YANG ANDA HARUS PERHATIKAN



1. Puak yang berpolitik guna nama dan slogan Islam.


2. Pemimpin dan Pengikut dijangkiti penyakit maki-hamun, melaknat, cerca.


3. Anggap mereka sahaja pejuang Islam dan mewakili Islam.


4. Anggap lawan mereka 'musuh Islam'.


5. Panggil lawan mereka Kafir, murtad, munafiq, musuh Islam, anti-Islam.


6. Penyakit Khawarij tidak berlaku kepada Komunis, Atheist dll. 


7. Hanya menjangkiti 'Puak Islam' yang kuat ibadah tapi Ghuluw dan Takfiri.


8. Mereka hebat baca Al-Quran dan anggap Al-Quran sentiasa sebelahi mereka (tunggang) tapi buat tindakan yang Al-Quran laknat.


9. Solat dan Puasa mereka luar biasa. Hingga selalu tayang kepada umum dalam masa sama perlekeh ibadah orang lain.


10. Tafsiran nas agama terlalu cetek dan memaksa orang lain untuk punyai kepercayaan seperti mereka.


Ahmad Mursi



PUJAAN HATI WALAUN


Hanafi Jusof

 Dah kenapa dengan dia ni?

Bukankah dia ni pujaan walaun selama ini.




INI KALAU DAPAT NI JENTIK KEPALA BAPAK...


 

MEMANG BANYAK YANG BODOH....SOH MAKAN NASI, MAKAN TAIK.,..KAH..KAH..KAH


Bila baca berita tentang hutang negara meningkat 10.2% penghujung 2022, aku senyum je. Sebab sikit pun aku tak sangka ada yang salahkan DS Anwar. Tapi aku silap.


Rupanya kebodohan walaun ni di tahap yang sangat luar biasa. Tak sedikit walaun yang letak kesalahan kepada kerajaan semasa. "Kata nak bayar hutang tapi tambah hutang."


DS Anwar angkat sumpah pada 24 November 2022. Kabinet terbentuk secara rasmi pada 3 Disember. Tak sampai sebulan memerintah, tambah hutang sampai RM99 bilion? Gila?


Laporan Ketua Audit Negara tu untuk tahun 2022 walaun oi. Hutang itu dibuat ketika Ismail Sabri jadi PM. Hujung tahun bererti ketika hampir pilihanraya. 


Apa Ismail buat dengan duit tu, tak payahlah buat spekulasi. Cuma aku nak sedarkan walaun yang otak terbalik. Setakat ini walaun susah nak faham walaupun kenyataan paling mudah.


Berapa hutang tu, perkara dah lepas. Yang penting iltizam kerajaan hari ini yang tak mahu lagi tambah hutang malahan mahu selesaikan semua hutang yang ada.


Tapi bagus rakyat tunjuk tanda kesedaran terhadap hutang negara. Jadi selepas ini rakyat lebih mudah nak faham langkah rasionalisasi subsidi yang bakal dibuat nanti.


Lebih bagus kalau yang bising-bising ni jangan lagi ambil bantuan kerajaan. Supaya kerajaan boleh berjimat jadi tak bolehlah selesaikan hutang dengan lebih awal. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


TUU DIA SENDIKET


 

BUKA USUL KES SOROK BERAS DI KEDAH


 

TUUUU DIAAAA...PUNYA BUSUK HATI


 

JOM TENGOK MUDA BAWA USUL.KES LAMA TAPI KELAKU DIA MEMANG TERUK


 

BERJUMPA PEMAIN INDUSTRY GEELY

 








Petang tadi saya menerima kunjungan hormat daripada En. Li Shufu (Eric Li), Pengerusi Zhejiang Geely Holding Group Co., Ltd. (Geely) dan YBhg. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary seraya diapit YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri.


Pertemuan ini adalah bukti bahawa Geely menyusul pelaburan komited berjumlah RM32 bilion yang saya umumkan sebagai sebahagian daripada hasil lawatan rasmi saya ke negara China pada akhir Mac tahun ini. 


Sayugia, Geely merupakan gergasi automotif dunia dan juga rakan kongsi strategik konglomerat Malaysia, DRB-HICOM. 


Dalam pertemuan ini, Geely berkongsi perancangan mereka bagi meningkatkan lagi pelaburan di Malaysia, ini termasuklah memperkukuhkan Malaysia sebagai hub pengeluar kenderaan bagi tujuan eksport. 


Sementelahan, Geely akan meningkatkan penyertaan dalam bidang penyelidikan dan pembangunan serta penyediaan tenaga mahir tempatan yang selari dengan keperluan industri pada masa hadapan.


Moga yang dirancang ini akan membuahkan hasil kepada ekonomi negara, Insya-Allah.


#MalaysiaMADANI



Anwar nak jadi PM ke selebriti?"


Untuk pengetahuan semua, PM memang kena jadi selebriti. Sebab PM kan pemimpin tertinggi dalam kerajaan selepas YDP Agong. Kedua, PM mendapat jawatan melalui pilihanraya. Jadi PM kena  popular. Itu memang sifat demokrasi. Tak popular, memang hanyut la PRU akan datang.


Takkan nak jadi macam Mahiaddin dulu. Berjalan di pasar malam, walaupun jalan perlahan je macam orang baru keluar ICU, tak macam DS Anwar yang jalan laju, tapi orang keliling buat tak tahu. Itu tak macam PM tapi macam pengemis populariti.


Lebih utama popular di peringkat antarabangsa, di kalangan pemimpin dunia dan paling penting di kalangan pelabur. Sebab itulah caranya untuk tarik perhatian dunia. Ini PM nak buat sidang parlimen pun takut, nak tarik pelabur macamana?


Rakyat patut bangga punyai PM selebriti seperti DS Anwar. Sampai akhbar luar negara malahan media antarabangsa cover beritanya. Malah buat artikel khas tentang ucapan, dasar dan polisinya. Itu bakal menampakkan Malaysia satu destinasi pelaburan yang menarik.


Sebab pelabur tak baca Sinar atau tonton TikTok. Mereka baca berita dari agensi rasmi dan majalah perniagaan. Jadi bila majalah sebegini cover berita DS Anwar tanpa perlu dibayar seperti dibuat oleh pemimpin lain sebelum ini, kita wajar berbangga.


Yang jadi masalahnya, PN ni hati hitam. Dia punya cemburu dan iri hati terhadap DS Anwar sampai  sanggup nak spin perkara yang elok bagi nampak tak elok. PN setakat ini yang aku nampak, demi nak kuasa, mereka sanggup sampai tahap hancurkan negara ini. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


..


ABDULLAH SANI, PEMIMPIN YANG TINGGI KOMITMENNYA KEPADA PARTI



Dalam sekian banyak lantikan menerajui agensi kerajaan dan GLC setakat ini, meskipun banyak lagi belum diisi, peratusan memberi jawatan kepada orang politik di bawah kepimpinan Anwar Ibrahim bolehlah dikata agak membanggakan.


Sebagai perbandingan, sekitar 75 atau 80 peratus daripada lantikan yang dibuat adalah daripada kalangan pemimpin-pemimpin parti yang membentuk kerajaan perpaduan ketika ini, manakala selebihnya adalah daripada kalangan profesional, bekas pegawai kanan kerajaan yang bersara serta lain-lain kategori.


Keadaan ini menunjukkan Anwar terbukti lebih baik berbanding ketika PH mentadbir negara di bawah kepimpinan Tun Mahathir Mohamad dalam memperlihatkan keyakinan terhadap kemampuan orang-orang parti untuk menerajui agensi kerajaan serta GLC.


Melantik orang politik menerajui agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan atau GLC tentunya turut disertai dengan kelayakan, kemampuan serta komitmen yang mampu mereka berikan dan bukan semata-mata kerana mereka ada cop orang parti.


Sejak 2018 lagi, bagi mereka yang mengikuti tulisan saya, pasti sedar bahawa saya sentiasa berpendirian, agensi dan syarikat berkaitan kerajaan, kalau pun tidak boleh semua, sebahagian besarnya mesti diketuai oleh orang-orang politik selaku pengerusinya.


Ini kerana, sebagaimana negara dipimpin dan ditadbir oleh orang-orang politik melalui parti yang berjaya memenangi pilihan raya, agensi kerajaan dan GLC juga seharusnya diterajui daripada kelompok parti yang sama.


Hanya dengan demikian, barulah agensi atau GLC terbabit dapat bergerak seiring dengan aspirasi parti yang menerajui kerajaan.


Begitu pun, berdasarkan pemerhatian sendiri setakat ini, masih tidak menonjol peranan serta sumbangan orang parti yang dilantik menerajui agensi kerajaan dan GLC itu dalam memberi sumbangan balik melalui jawatan yang mereka perolehi.


Sepatutnya, melalui jawatan yang diperolehi itu, terutama ketika parti memerlukan bantuan yang pelbagai, ketika itulah mereka yang dilantik menerajui agensi dan kerajaan dan GLC itu harus memunculkan diri.


Sebab melalui parti yang berjaya menjadi kerajaan itulah mereka dapat menumpang rezeki beroleh jawatan.


Dalam hal ini, berdasarkan pemerhatian dengan mata dan telinga sendiri sejak PRN diadakan di enam negeri, disusuli PRK di Pulai, Simpang Jeram dan Pelangai baru-baru ini, saya amat bangga dengan sumbangan yang dilakukan oleh Abdullah Sani selaku Pengerusi Tekun Nasional.


Di setiap pilihan raya yang diadakan itu, beliau tidak pernah terlepas daripada menghadirkan diri untuk membantu kerja-kerja kempen yang diadakan.


Beliau menyewa sendiri tempat kediaman sementara sepanjang tempoh keberadaannya bagi membantu kerja-kerja kempen itu.


Pada sebelah siang, beliau biasanya akan mengatur pelbagai program bersama Tekun untuk menghebahkan kemudahan serta bantuan perniagaan kepada rakyat yang memerlukan.


Ketika ini semua orang boleh hadir dan ia terbuka kepada sesiapa saja.


Pada sebelah malamnya pula, Abdullah Sani akan memakai baju parti dengan berkempen di pentas-pentas ceramah yang diatur pihak penganjur.


Dalam PRN lalu, Abdullah Sani sempat turun hampir ke semua enam negeri terbabit, manakala ketika PRK Pulai dan Pelangai baru-baru ini, beliau telah menyewa sebuah rumah selama seminggu di kedua-dua tempat tersebut.


Begitulah tingginya komitmen beliau yang tidak lain adalah didorong oleh kesedaran untuk membantu balik parti setelah memberinya jawatan sebagai Pengerusi Tekun.


Melihat komitmennya itu, hati kecil saya berkata, kalaulah semua pengerusi agensi kerajaan dan GLC serta mereka yang diberi jawatan berperanan sama sepertinya dalam usaha mendekatkan lagi hubungan parti dan kerajaan dengan masyarakat, pasti tiada masalah untuk calon kerajaan perpaduan menang dalam apa juga pilihan raya yang diadakan. – ShahbudonHusin 10/10/2023


https://shahbudindotcom.net/



SALAH GUNA KUASA



 Play victims je la tahunya dia. Asal serbu je salah guna kuasa. Asal serbu je salah guna kuasa. Habis tu dah buat salah, kena biarkan ke? Yang menyakau tu bukan salah guna kuasa?


Sekarang ceritanya, yang dia takut sangat kenapa? Orang tua-tua dah kaya kan, berani kerana benar. Tapi kalau takut tu mesti ada salah. Itu yang kita nak tahu sangat tu.


Lagi satu aku rasa Mahiaddin ni masa dia berkuasa dulu selalu salah guna kuasa. Sebab tu sekarang ni sikit-sikit dia tuduh DS Anwar. Biasa la. Penipu akan sentiasa rasa orang lain akan menipu macam dia. Guane boh?




 

Raja Gelap II 


.

BITE THE BULLET



Hutang Indonesia USD571 bn 

Hutang Malaysia USD293 bn


Hutang Indonesia besar, sekali ganda dari kita. Tapi kena ingat, populasi mereka 274 juta, lebih 8 kali ganda dari Malaysia. 


Rezab atau simpanan negara mereka pada Ogos 2023 ialah USD123bn, Malaysia lebih rendah USD103 bn. Malu kita dibuatnya. 


Sejak tahun 2014, Jokowi sudah buat reformasi fiskal negara. Beliau kurangkan tangungan subsidi dan beliau bagi dana tu direct pada rakyat. Sumbangan tunai diberi kepada berjuta rakyat setiap bulan. Beliau bagi dana khas kepada majikan untuk beri pekerjaan. 


Kerajaan beliau hampir tumbang tahun 2019 sebab penarikan subsidi ini. Beliau bulldoze saja. Lepas tu beliau bekerja dengan Pembangkang pula. Betulkan fiskal negara. 


Kerana mereka tahu, they have to bite the bullet. Kalau tak jadilah negara seperti Venezuela dan Sri Lanka. 


Jokowi ini level negarawan. Ambil risiko kalah pilihanraya kerana pikirkan masa depan. 


************************


Di Malaysia, bunyinya sudah ada. Nak buat subsidi bersasar. Tapi sampai sekarang kita tak tahu apa mekanisma nya. Duit saving dari subsidi tu nak buat apa? Siapa yang kena bayar minyak mahal? Siapa yang dapat bantuan tunai? Tu masih belum diselesaikan. 


Bagi rakyat yang faham dan sedar beban ekonomi negara, we know it’s coming. Tongkat subsidi ini takkan selamanya. Negara kaya minyak seperti Iran, Indonesia, Venezuela pun dah lama rombak subsidi mereka. 


Harga minyak kita kedua termurah di ASEAN selepas Brunei, malah lebih murah dari Saudi Arabia. Negara minyak terkaya 🥲


For those who don’t live in the bubble, we know we have to bite the bullet dengan Kerajaan sama2. Demi anak2 kita. 


Tapi isu nya, kuatkah Kerajaan ini? Do they have the political power? Risking this Govt to only one term, hanya kerana nak betulkan kedudukan fiskal negara? 


Kalau ini dibuat, ramai akan marah juga. Pembangkang akan bersuka ria. But one thing for sure, tiada pakatan lain yang mampu lakukannya. Reformasi itu tak sepatutnya hanya pada nama. 


“Politician thinks about the next election. Statesman thinks about the next generation”


Kita tengok sama ada PMX “will step up to the plate”. 


Churchill kata “cometh the hour, cometh the man”. 

Sanggupkan beliau berkorban? Isu ini boleh buat hilang Kerajaan penggal depan. 


Kalau ini yang dibuat, this Govt will have my respect. 


Walau saya tahu, saya akan kena impaknya, dan selepas ini saya perlu berjimat pula. I will bite the bullet with you, together. Demi anak2 saya. 


Saya kuat, bila anda sanggup hilang kuasa, kerana pentingkan negara… 


Salam hormat,

Liyana Marzuki



BUKAN APA PUN. SAJA NAK GUNAKAN PELUANG NAK BURUKKAN KERAJAAN PERPADUAN

 


Lebai PAS kata bahaya ada ramai MP DAP dalam parlimen. Nanti akan buat undang-undang yang tak menyebelahi Islam (hakikatnya kalau nak luluskan undang-undang semua MP kena mengundi dan itu termasuklah MP PN).


Hakikatnya, di DUN Terengganu yang mana PAS/PN sapu bersih, telah memutuskan pelancong asing dibenarkan berbikini di pantai negeri Terengganu.


Pelik juga. Aku sangka PAS nak bertegaslah. Iyalah kan, bikini tu kan pakaian yang mencolok mata. Tapi mungkinlah, bila bab bikini terus lebai kata ok.


Selain itu, Kampung Cina pun dengarkan akan tukar nama menjadi China Town. Kampung Cina ke China Town tu malas nak isukan. Tapi... Eh? Guna bahasa Inggeris ke? Ingatkan PAS perjuangkan Melayu.


Jadi sebenarnya, bukan masalah ramai MP DAP ke tak. Kalau semua MP Melayu pun, dari parti agama sekali pun, kalau Islam hanya di bibir, kemunafikan akan tetap berlaku. Itu hakikatnya. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


BALFOUR

 

Lebih seratus tahun dahulu, pasca Perang Dunia Pertama, terwujud lah satu dokumen yang sampai sekarang mengoncang dunia. 


Ia digelar DEKLARASI BALFOUR (1917). Ia dibuat oleh Kerajaan British, selepas menang Perang Dunia Pertama mengalahkan Jerman. 


Deklarasi ini antara deklarasi paling pelik dalam undang2 antarabangsa. Senang cerita, ia memberi kan hak satu kaum asing untuk buat negara orang, negara mereka sendiri. 


Ayat di dalam deklarasi tersebut yang femes sampai hari ni “to establish a national home for the J*ws People in Ph@lestinne” [boleh baca exact words dalam gambar]. 


Dokumen ini lah yang digunakan oleh you know who untuk menghalalkan pendudukan mereka. 


Seratus tahun berlalu, konflik di sana masih lagi mengoncang dunia. 


Dokumen inilah puncanya. 


Moga kita sedar sejarah yang cuba dipadamkan oleh mereka. 


Salam hormat,

Liyana Marzuki



TUUU DIAAA NOH.....DEPA BUAT DAH




 Ingat tak tulisan aku beberapa hari lepas. Aku kata akan nanti suara-suara sumbang yang nak menolak Mahiaddin sebab usaha nak jadi kerajaan dah gagal 100%? Nampaknya hawa hawa tu dah ada. Standby aje la ye. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


DEPA JA LA PEJUANG ISLE..ORANG LAIN TAK BOLEH BUAT....


 Baru tonton video MP Kota Bharu, Takiyuddin yang merupakan Setiausaha Agong PAS cuba halang isu Palestin dibentangkan di parlimen atas alasan isu itu tidak termasuk dalam aturan mesyuarat.


Apa yang Takiyuddin cuba buat? Apa yang dia cuba buktikan? Apakah dia menyokong Israel, jadi agen Israel sehingga usaha kerajaan untuk menghantar bantuan bernilai RM1 juta ringgit pun nak dihalang?


Isu Palestin ini isu tergempar dan penting, yang kita nak tunggu esok pun tak sempat? Kenapa hati Taki begitu hitam hingga isu yang dekat dengan setiap manusia beriman pun nak dipolitikkan?


Aku tak fikir Taki sokong Israel. Tapi dia cuma sakit hati kerana tindakan pantas kerajaan untuk salurkan  bantuan kepada Palestin akan memberi imej yang baik terhadap PM DS Anwar dan juga kerajaan.


Nak berpolitik hingga tak peka situasi semasa. Apa yang berlaku di Palestin baru betul Islam terancam. Malangnya ketika umat Islam disiksa, PAS tak pula berminat untuk beri bantuan. Hipokrit! Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.