ORANG YANG GAGAL..TAK AKAN MENGAKU AKAN KEGAGALAN.





Memang gila PN ni. Dia suruh Abang Mad letak jawatan  pulak dah. Gagal pandu kementerian, katanya. Bila tanya apanya yang gagal, dia kata isu telur dan terbaru isu beras putih. Seriously? Mamat ni baru bangun dari ditidurkan ke?


Hey come on la! Isu telur dulu isu yang diwarisi dari pentadbiran lepas di mana PN adalah sebahagian daripadanya. Pada masa tu, isu telur dah berlarutan selama beberapa bulan dan GAGAL ditangani oleh kerajaan waktu itu.


Abang Mad naik jadi menteri, tak sempat nak bulan madu, terus berkejar sana sini, usahakan import telur dari India. Tak lama selepas itu, bekalan telur pun mula pulih. Abang Mad selesaikan jauh lebih cepat dari menteri PN.


Isu beras putih pun, yang masalah beras tempatan. Bekalan beras import ada cuma naik harga. Tapi isu BPT ni pun, siapa jangka nak sold out? Selama ini BPT tak laku. Tauke Mydin kata selalu kena pulang balik sebab tak habis jual.


Tiba-tiba bila India hentikan eksport dan Bernas umum harga BPI naik, semua pakat beli BPT. Beli banyak pulak tu. Isu pembelian panik ni bukan tipu. Aku nampak sendiri. Aku rasa ramai antara kita pun ada nampak hal ni.


Tapi aku kira Abang Mad tak ambil masa yang lama juga nak selesaikan. Iyalah, nak berhadapan dengan kartel beras. Mereka sorokkan beras dengan niat nak paksa kerajaan naikkan harga siling. Ada yang campur dengan BPI dan jual pada harga BPI.


Masalah yang dihadapi oleh Abang Mad tak hanya ketiadaan BPT. Tapi terpaksa berhadapan dengan penjenayah yang tamak. Itu tak termasuk kisah ahli lembaga pengarah syarikat milik kerajaan Kedah yang menipu dalam perjanjian pembekalan beras.


Tak termasuk sebuah kilang juga di Kedah yang sorok 180 MT beras yang mungkin juga perbuatan sabotaj. Nampak tak? Abang Mad kena berhadapan dengan penjenayah dan sabotaj dalam masa yang sama.


Itu pun dapat diselesaikan juga. Sekarang ni kurang dah dengar orang mengeluh cerita beras tak cukup. Kalau ada pun cuma walaun. Itu pun sebab walaun cuma nak timbulkan persepsi. Orang awam dah tak merungut macam awal dulu.


Jadi apa yang gagalnya? Kalau diikutkan, masa PN memerintah dulu lebih banyak menteri gagal. Kita takkan lupa kisah rakyat kibar bendera putih tapi ada MB yang kata tak mahu iktiraf bendera putih tu. Kes bunuh diri pun meningkat.


Buat JK itu, buat JK ini tapi masalah masih lagi tak selesai. Kemudian yang gelar diri sendiri ulama mula kata kena banyakkan berdoa. Ada yang kata masalah dunia, bukan Malaysia je. Tak boleh nak salahkan kerajaan. Tapi tiada usaha bantu rakyat.


Abang Mad memang tak sempurna tapi kalau nak bandingkan Abang Mad dengan menteri PN, jauh lebih baik Abang Mad. Malah kalau Abang Mad jadi PM, aku berani jamin 100% Abang Mad akan lebih hebat daripada Mahiaddin.


Tapi macam aku kata, dorang serang Abang Mad sebab easy target. Lagi pun reputasi Abang Mad  tak berapa elok masa kerajaan PH 22 bulan. Sebab masa tu PM sampah dan anti reformasi. Sebab tu mereka tuju Abang Mad.


Tapi sebenarnya mereka tuju ke DS Anwar. Cuma nak serang DS Anwar tak berani dah. Silap-silap nanti jadi sawan macam Radzi Jidin. Maka jadilah Abang Mad mangsa kejahatan puak pengkhianat ni.


Bagi aku Abang Mad tak perlu berundur. Cuma kena bantu Abang Mad. Yang patut berundur adalah pemimpin PN. Mahiaddin, Hadi, Hamzah dan ramai lagi yang tak pernah beri apa-apa kebaikan kepada negara tapi lebih banyak merosakkan. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


..

No comments: