TAK ADAKAH KERAJAAN ATAU WAKIL MELIHAT KEADAAN INI?



Tok-tok Wakil Kerajaan Negeri Kelantan yang dapat ghanimah RM50,000.00 "untuk rakyat tapi masuk akaun peribadi" tu x tau ke ada rakyat dia yang kerja selongkar tong sampah untuk sara keluarga..? 

Anak muda ini saya temui ketika keluar buang sampah di Kedai Pulai Chondong.

Anak muda lain seusianya mungkin sedang tekun di kampus2 atau ada setengahnya malam2 kerja selongkar kereta2 orang di masjid atau selongkar peti masjid atau cungkil pintu rumah orang utk cari duit biaya dadah. Tapi anak muda sanggup lakukan kerja ini utk biayai adik sekolah.

Namun Khalid Ali atau Lid dr Kok Lanas tanpa rasa malu atau kotor selongkar tong2 sampah untuk cari bahan yg boleh recycle untuk dijual.

Saya menyapanya dan dia sedikit pun tidak tunjuk rasa malu. Lid cakap dia buat ini untuk biayai adik2 beliau 3 orang sdg sekolah dan pemdapatanya Alhamdulillah mencukupi.

Saya lihat beliau bukan jenis suka meminta simpati ramai sambil hulur tangan, mungkin bg beliau perbuatan itu lagi memalukan dari selongkar tong sampah.

Allahuakbar.... sahabat pakat2lah kita doakan semoga adik Khalid Ali ini berjaya dalam hidup bersama adik2nya dan adik2nya tidak akan lupa kpd pengorbanan abangnya yg sdh 5 tahun melakukan kerja ini.

Dari FB - Md Zulaimi Kazin


LAPORAN POLIS DIBUAT TERHADAP PENGGUNA FB RAIMY JAY





Rompin 28hb - Satu laporan polis telah dibuat keatas pemfitnah yang mengatakan bahawa PKR larang menggunakan Al Quran sebagai kitab umat Islam.  Walau dipujuk agar memadamkan posting beliau,namun tidak diendahkan, malah mencabar..Hari ini satu laporan polis telah dibuat keatas penama Raimy Jay.

Laporan telah dibuat oleh ahli PKR Cabang Kuala Rompin.






SAIFUDDIN NASUTION SAMAN ZURAIDA

TERKINI

SAIFUDDIN NASUTION SAMAN ZURAIDA

Malang makin bertimpa-timpa buat Naib Presiden KEADILAN, Zuraida Kamaruddin.

Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan Zuraida bukan hanya menerima surat tunjuk sebab atas salah laku disiplin, malah turut menerima surat saman darinya.

Saifuddin berkata, surat tunjuk sebab dikeluarkan Lembaga Disiplin parti, manakala surat saman dikeluarkan kerana mendakwa Zuraida mengeluarkan pertuduhan fitnah terhadap dirinya.

“Selain surat yang dikeluarkan oleh Lembaga Disiplin, saya ada bagi satu lagi surat saman, surat itu dikeluarkan secara peribadi dan tiada kena mengena dengan parti.

“(Surat saman itu mengandungi) ucapan dia yang mengandungi unsur pertuduhan dan fitnah terhadap saya, dan saya minta peguam saya untuk menghantar (surat saman),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), di Putrajaya hari ini.

Zuraida berdepan hukuman berat sekiranya didapati bersalah kerana ucapannya semasa majlis makan malam pada 8 Disember 2019.

ALAT UNTUK KESAN ULAMAK PALSU BELUM JUMPA.



Miqdad Zakaria.

Kita dah biasa jumpa alat untuk tahu duit palsu.. Begitu juga ada alat untuk tahu berlian asli.. 

Tapi..

Datang je masalah ulamak.. Kita ikut sedap telinga dan mata kita ja.. Asal pakai jubah.. Pakai serban besar.. Karang kitab banyak.. Berceramah pandai.. Terus wala' macam BABI dan Tuannya.. (kiasan ja) 

Walhal.. 

Kita pernah tengok yang kita panggil ulamak tu duk menipu.. Membohong.. Maki hamun.. Putus saudara.. Fitnah..

Semua benda tu kita rasa biasa.. Tak bersalah langsung.. Macam kebal dari syariat Allah.. Seolah² kebal dari azab neraka.. 

Jadi.. 

Nak tengok ulamak sebenar ni mudah sahaja.. Setiap tutur katanya mendamaikan umat.. Tidak kira agama atau bangsa.. Berteraskan keadilan dan kebenaran.. Menyeru kepada kasih sayang dan persaudaraan.. Rela susah demi melihat faqir dan miskin terpelihara.. 

Makna kata.. 

Ulamak yang baik akan bersikap jujur dan AMANAH.. Tidak akan melebihkan diri sendiri dari orang lain.. Sifat zuhudnya terserlah.. Wara'nya diakui oleh seluruh umat.. 

Ini tidak.. 

Sampai tang ulamak.. Kereta kena mewah.. Isteri kena ramai.. Anak² semua belajar oversea.. Makan makanan yang sedap².. Cukup masa ajak keluarga makan angin di serata dunia.. 

Tu pun jangan.. Lambat siang.. 

Dalam ceramahnya Islam dalam keadaan bahaya.. Tengah diratah dan ditindas.. Selesai duk MEMBOHONG duit sampul penuh poket.. Sampai rumah tidur dalam AirCond peluk bini kemas².. Cukup bulan bini beranak.. 

Esok ulang lagi.. ISLAM DALAM BAHAYA.. Kita pun sama duk lupa nak tengok ulamak tu betul atau auta.. 

Padan muka hangpa..! Dapat ulamak palsu.. 

ha ha..

ZAMAN BN TH JUAL ASET KENAPA SENYAP?

TAK PELIKLAH BILA ANWAR TAK TERUSKAN SAMAN.



Sejak semalam, ramai yang tampak tak puas hati dengan keputusan Anwar Ibrahim tidak meneruskan saman terhadap Mohammad Yusoff Rawther berhubung dakwaannya sebelum ini bahawa Presiden PKR itu melakukan gangguan seksual terhadapnya.
Keputusan Anwar itu diumumkan oleh peguamnya, Ramkarpal Singh dalam satu kenyataan semalam.
Memang benar Anwar sebelum ini bersungguh mahu menyaman Yusoff dan menyebut tidak memaafkan perbuataan keji serta fitnah yang dilemparkan terhadapnya, meskipun selepas Pejabat Peguam Negara mendapati tiada sebarang bukti perlakuan jenayah telah dilakukannya.
Sebagaimana yang dinyatakan oleh Ramkarpal Singh, apa yang dilakukan Anwar dalam tindakan saman itu hanyalah untuk membersihkan namanya dan bukan untuk mendapat sebarang ganti rugi.
Walhal, tambah beliau, keputusan Pejabat Peguam Negara itu dengan sendirinya bermakna nama Presiden PKR itu sudah pun dibersihkan.
Lantaran itu, atas nasihat Ramkarpal Singh, Anwar akhirnya setuju untuk tidak meneruskan saman kerana matlamat untuk membersihkan namanya sudah pun tercapai serta tiada keperluan tindakan dua kali untuk tujuan itu.
“Justeru, tidak ada lagi keperluan memfailkan saman fitnah yang akan mengambil banyak masa serta membabitkan kos tidak perlu,” kata Ramkarpal lagi.
Dalam hal ini, sebenarnya tidak ada apa-apa yang pelik dengan keputusan Anwar tidak meneruskan samannya itu.
Ia adalah langkah normal yang tidak sukar untuk difahami setelah Anwar berfikir panjang dan mengambil kira faktor-faktor yang lain.
Menyaman atau tidak meneruskan adalah pilihan beliau dan tidak berbeza dengan ramai orang lain yang juga pernah mengambil tindakan yang sama.
Malah, pihak pendakwa pun banyak kali menarik balik sesuatu kes yang sudah difail atau dibicarakan.
Selain itu, keputusan Anwar itu juga berikutan Setiausaha Politiknya, Farhash Wafa Salvador telah pun memfailkan satu saman lain terhadap Yusoff, Jumaat lalu.
Berikutan saman itu, tidak perlu dan membuang masa jika satu saman bertindih dikemukakan terhadap orang yang sama.
Yang lebih penting, menjelang detik-detik terakhir peralihan kuasa Perdana Menteri bakal dimuktamadkan tidak lama lagi, Anwar harus fokus kepada isu tersebut dan tidak membiarkan hal-hal lain mengganggu tumpuannya.
Jika ada saman itu, tidak mustahil ia akan dijadikan alasan untuk melengah-lengahkan lagi tarikh peralihan kuasa itu.
Kini, tanpa gangguan di depannya, tiada sebab lagi untuk
Majlis Presiden tidak boleh memuktamadkan tarikh peralihan kuasa bagi memastikan PH tidak berpecah dan terus relevan sebagai kerajaan yang komited menunaikan janji-janjinya kepada rakyat. (ShahbudinHusin 28/01/2020)


CHINA..PLEASE.. WELCOME TO TERENGGANU

W.Fauzdin




Beriya-riya lebai suruh kerajaan sekat warga China datang ke Msia, takut virus.  Tapi kalau warga China datang ke Tganu negeri lebai, virus dijamin suci lagi menyucikan.  Nampak tak mainan lebai perbodohkan walaun?  Ha..ha...

ANWAR PM – 8 HANYA PADA 2021?

SETIAUSAHA POLITIK ANWAR SAMAN YUSOFF RAWTHER

WARKAH BUAT SAUDARAKU* *AHLI & PENYOKONG PAS*



Saudara-saudaraku...
Bukalah sebentar hati dan mindamu dan bacalah artikel ini hingga habis.

Fakta dan statistik tidak menipu. Inilah rekod PAS dalam PRU sejak 1955 hingga 2013 : (kerusi Parlimen)

1955 : (sendirian) : 1
1959 : (sendirian) : 13
1964 : (sendirian) : 9
1969 : (sendirian) : 12
1974 : (menyertai BN) - menang
1978 : (keluar BN) : 5
1982 : (sendirian) : 5
1986 : (sendirian) : 1
1990 : (menyertai APU/S46) : 7
1995 : (menyertai APU/S46) : 7
1999 : (meyertai BA) : 27
2004 : (sendirian) : 7
2008 : (menyertai PR) : 23
2013 : (menyertai PR) : 21
2018 : 18/222 King maker kata Tuang Berehem  tue men abuk pun tarak last jadi khadam ummo:
2023 hopefully TKO. 


Sejak 1955, PAS tidak pernah dapat melebihi 13 kerusi ketika bersendirian. Setelah bekerjasama dalam Angkatan Perpaduan Ummah dengan Parti Semangat 46, masuk Barisan Alternatif, dan Pakatan Rakyat, barulah PAS berjaya dapat lebih banyak kerusi.

Terimalah hakikat Malaysia ini negara berbilang kaum dan agama. Sejarah dah membuktikan, berjuang seorang diri takkan ke mana. PAS perlu bekerjasama dengan kaum lain untuk mendapatkan kuasa mentadbir negara. Dengan kuasa itu, barulah syariat Islam mampu ditegakkan secara penuh hikmah.

"PAS tak kisah kalah. PAS hanya mahu redha Allah". Kalau begitu, jadilah sebuah NGO atau badan dakwah sahaja. Tak perlu sertai pilihanraya kalau tak mahu menang. Nak menang perlu strategi. Strategi terbaik ialah bergabung dalam satu pakatan yang kuat, kerana Malaysia negara berbilang kaum dan agama. ATGNA dah sebut banyak kali tentang itu..

Hudud adalah tuntutan Islam. Kita semua setuju dengan perkara itu. Tapi, hudud bukanlah segala-galanya dalam Islam. 
Urus tadbir negara yang baik (good governance) juga tuntutan Islam.
Pengagihan ekonomi yang adil juga tuntutan Islam.
Menjaga kebajikan rakyat juga tuntutan Islam.
Keadilan sistem mahkamah juga tuntutan Islam.
Meringankan kos sara hidup rakyat juga tuntutan Islam.
Hatta, pengurusan sampah-sarap juga tuntutan Islam.

Ehhh... kalau Pakatan Harapan (PH) menang, DAP akan menguasai negara? DAP akan menghapuskan Islam? DAP akan mengubah Malaysia jadi negara republik? DAP akan menghapuskan hak istimewa orang Melayu? DAP akan menghapuskan institusi Raja-Raja?

Tolonglah.. itu ayat UMNO/BN sejak dulu. Itu taktik menakut²kan orang Melayu Islam. Itu ayat TV3. Kalau nak tau hakikat sebenar, rujuklah Perlembagaan Malaysia.

Artikel 159 (5) Perlembagaan dengan jelas menyatakan, lima (5) perkara yang tidak boleh diubah walaupun disokong oleh 222 ahli Dewan Rakyat ialah :

*Pertama* : Islam sebagai Agama Persekutuan.
*Kedua* : Kedudukan Raja-Raja Melayu
*Ketiga* : Hak Istimewa Orang Melayu
*Keempat* : Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi
*Kelima* : Hak Pengisytiharan Darurat.

Kesemua lima perkara ini hanya boleh diubah dengan persetujuan Majlis Raja-Raja. Logikkah Majlis Raja-Raja akan setuju untuk ubah? 
Raja dan Sultan adalah dilindungi penuh oleh Angkatan Tentera Malaysia. Kalau DAP nak ubah 5 perkara tu, DAP kena musnahkan ATM, kemudian hapuskan Raja dan Sultan. Munasabah ke? Fikirlah dengan minda yang waras.

DAP benci dan hina Islam? Ya.. betullah tu kalau saudara percaya kepada laporan berita TV3 dan akhbar Utusan Malaysia. 

Saudara lihatlah umat Islam di Pulau Pinang. Peruntukan untuk JAIPP naik berkali ganda, madrasah dan sekolah agama dinaiktaraf. Elaun imam dan bilal dinaikkan dan banyak lagi.

Kalau ada beberapa orang pemimpin DAP yang keluar statement yang salah tentang Islam, itu kerana mereka kafir dan jahil tentang Islam. Itu tak menghairankan. Sebab tu usaha dakwah dan tarbiyyah perlu berterusan. Yang hairannya, orang Islam sendiri termasuk pimpinan PAS sendiri pun ada keluarkan statement salah tentang Islam. Ada yang kata siapa takde nombor keahlian PAS boleh ditanam di jirat Cina. Ada yang kata malaikat boleh mengundi dan bawa IC. Malah, ramai yang sewenang²nya memberi label munafik dan kafir kepada saudara Muslimnya yang lain hanya kerana berbeza pendapat. Yang mendoa-laknat saudara Muslimnya pun ada. Sedih kan...

Itu belum kira statement pemimpin BN lagi baik UMNO, MCA, Gerakan, MIC dan parti di Sabah & Sarawak, Mereka lagi kerap keluar statement hina Islam.

Penyokong LGBT dan Islam Liberal jadi penyokong PH?
Ya, memang ada. Contohnya Ambiga dan Siti Kassim. Jadi, adakah itu bermakna PH pun sokong LGBT? Sokong Islam Liberal? 
Fikir rasional lah saudara.. Jangan persoalkan iman kami, jangan perlekehkan keupayaan berfikir kami. 80% pemimpin PH adalah Melayu Islam. Kami juga beriman dengan Allah dan tahu batas-batas iman dan kufur.

Kalaulah ada orang Cina dan India dalam Dewan Himpunan Penyokong PAS  yang minum arak, adakah itu bermaksud PAS sokong arak? Kalau mereka ada yang gay dan lesbian, adakah itu bermaksud PAS sokong gay dan lesbian? Tentu tidak bukan? Saya yakin saudara boleh menilai dengan adil..

Saudara-saudaraku...
Keutamaan kita sekarang, saya ulangi.. KEUTAMAAN kita sekarang ialah untuk selamatkan Malaysia dari kehancuran ekonomi yang dahsyat di tangan BN. Hutang negara dah menghampiri 1 Trillion. Kehidupan rakyat semakin hari semakin terhimpit. 

Tentang Tun M, ya.. memang dialah musuh politik kita dulu. Tapi, jasanya membangunkan negara tak siapa dapat nafikan.
Dan ya... memang banyak kesalahan yang dia dah lakukan. Sebahagiannya dia dah akui. Sebahagiannya dia dah mohon maaf. Soal dia ikhlas ke tak ikhlas, itu dia jawab dengan Allah. Yang pentingnya sekarang, dia nak bantu kita pulihkan negara kita. Adakah kita nak tolak dia? 

Nak mudah faham, macam ni lah.. 
Tun M bakar rumah kita, kemudian dia lari keluar. Sedang kita dalam kesusahan nak selamatkan diri dan anak-anak kita dari mati terbakar, entah mengapa tiba-tiba dia patah balik, masuk rumah kita dan tolong kita. Orang dari luar kata, pukul Tun M... sebab dia yang bakar rumah kita. So, apa pilihan yang kita ada?

Nak pukul Tun M supaya dia mati bersama-sama kita, atau biarkan dia tolong kita selamatkan anak-anak dan rumah kita?
Yang utama sekarang, kita kena selamatkan anak dan rumah kita. Apa kita nak buat dengan dia selepas itu, biarlah masa menentukannya..

Saudara-saudaraku ahli dan penyokong PAS yang dikasihi..
Kita semua mencari redha Allah. Kita semua mahu tegakkan syariat Allah. Islam itu milik semua, bukan milik eksklusif parti kita. Janganlah mendakwa hanya kita yang bawa Islam, hanya kita yang perjuangkan Islam, hanya kita yang cintakan Islam. Islam itu rahmatan lil'alamiin.

Akhir kalam, terima kasih kerana saudara sudi baca sehingga ke baris ini. Walau apapun keputusan 9 Mei nanti, kita semua tetap saudara seakidah. Kau saudaraku, dan aku saudaramu. Takkan ada apa yang boleh mengubahnya.cgu

Aku menulis kerana ALLAH.

_Hamba Allah_
_Selangor_