IDEA IPR MESIN VENDING MAMPU BERI PENDAPATAN RM2,500 KEPADA GOLONGAN B40

 

Ada sebuah portal yang selalu pro kepada bekas pemimpon PKR yang lompat lapor baru-baru ini konon inisiatif membantu miskin tegar dan B40 melalui penjualan makanan di mesin vending menemui masalah.

Alasannya sebab konon makanan terburai dan susah nak bayar.

Saya terjumpa video ini di YouTube. Review bebas yang dibuat netizen.

Orang ramai boleh nilai sendiri.

Tak de masalah pun, cuma bila tak boleh nak pertikai dia salahkan mesin ha3.

Setakat ini, pendapatan harian sepanjang seminggu menunjukkan kaedah ini boleh menjana untung bersih RM2,500 sebulan kepada penerima.

Tanpa kaedah ini, ramai suri rumah atau keluarga miskin tidak ada peluang berniaga kerana kos sewa kedai atau operasi gerai perlu ditanggung. Kemudian perlu mencari tempat dan dapatkan lesen.

Kalau pun dah ada niat nak berniaga, takkan semua tempat penuh dengan gerai yang perlu dijaga sepanjang masa.

Jika lebih ramai peniaga dan pembeli bertukar kepada mesin vending untuk menjual makanan siap, ia akan mempercepatkan pertumbuhan industri mesin vending yang akan menyediakan peluang pekerjaan baru kepada anak muda berkelulusan teknikal dan kejuruteraan.

Jangan marah saya kalau masa mereka jadi kerajaan dulu tidak terfikir untuk laksana.

Paling kurang, gembiralah untuk keluarga miskin yang dapat peluang jana pendapatan macam ini.

Yang dah kaya tak nak beli itu hak kamu lah, tapi saya kena cari jalan bantu yang susah.

RAFIZI RAMLI

Menteri Ekonomi.




INI DIA TEMURAMAH YANG TIDAK DIPOTONG UNTUK MENUNJUKKAN KELEMAHAN PM10-HANGPA INGAT ANWAR MACAM NAJIB DULU KA ?


 

SURAT SETUJU TERIMA YANG MELIBATKAN PEMIMPIN UTAMA PARTI POLITIK TERTENTU BERNILAI 6.8


 

MBPP DAN MBSP- HANGPA ADA DASAR APA YANG BG LESEN PADA PELARIAN ROHIGYA


 

NAK ISLE KA NAK AIR ?


 

NI YANG HANGPA KATA DIA ULAMAK - DIA PEMBOHONG NAK BUBAR TAK JUGA BUBAR




 

BUAT MASA INI KENAIKAN GAJI PERLU DIBINCANGKAN DAHULU


 

DIA JANJI DULU MASA DALAM KERAJAAN- RUPA RUPANYA DIA YANG CAKAP ZAMAN PN 2020-2022


 

MENU HANAPIAH ...IKAN BEREKOR EKOR SAYUR TIMUN....KUAH TAK ADA PAKAI AYIOR OREN-AKHLAK ISLAM TAK PERLU HINA HINA...PIIIISHAAANGGGG


 

SUDAH LAH ABDULLAH KHAIRY- PUSAT PENGAJIAN HANG PUN ORANG SEDEKAHKAN- WAKAFKAN-HANG MASUK LA POLITIK ? BAB HADI NI SELAGI NAMA DIA ORANG POLITIK, MEMANG KENA HENTAM LA...DIA HENTAM ORANG TAK PA...???


 

MERACAU DAN MENGIGAU- BIARKAN DIA.


 

PIMPINAN ADA AGAMA- TAPI BILA MAKI ORANG MACAM ORANG TAK ADA AGAMA-KONONNYA MEREKA YANG BETUL


 

SULTAN PERAK MENGINGATKAN PEMIMPIN SUPAYA JANGAN ULANGI LAGI PEMIMPIN TERDAHULU YANG PERASUAH


 

DENGAR APA USTAZ ZAHARUDDIN SEKOLAHKAN : CUBAAN SABIOAJ SEPATUTNYA MENUNJUKKAN IDEA YANG BAIK UNTUK RAKYAT-BUKAN KISAH TEBUK ATAP.MASA JADI KERAJAAN KAMU MAKAN GAJI BUTA SAJA..KAMU TAK BERBUAT APA PUN..


 

NAMPAK GAYANYA BAKAL JADI PENEMAN DALAM SEL PENJARA- LOKMAN ADAM


 

EXCO LEBAI YANG TIADA AKHLAK

KEH..KEH....PETANDINGAN MAKAN KENDURI



[RASMI] Keputusan Pertandingan Makan Kenduri (Kategori Ahli Parlimen)

Juara: Padang Terap
Naib Juara: Kepala Batas
Ketiga: Bagan Serai






JANGAN KERAP MAKAN NASI BERKUAHKAN OREN KERANA MENYEBABKAN JADI BODO ATAU TERENCAT

 


W.FAUDZIN

Sekali lagi lebai tunjuk bodo. Apa kaitan Sultan Kelantan dgn lebai? Sultan Kelantan bukan ahli Pas. Anwar Ibrahim sebaik saja dia dibebaskan dari penjara dulu, tempat pertama dia kunjung adalah istana2 sultan, termasuk Sultan Kelantan. Bila dia dilantik jadi PM10, dia juga turut berkunjung ke semua istana sebagai tanda penghargaan dan terima kasih. So, apa masalah dengan lebai ni? Kena kasi duit peruntukan juta2 kat lebai, baru dikira Anwar ingat jasa Sultan? Piraahh...jgn tunjuk bodo sgt la...Tu pasal, sape suruh ikut perangai exco yang makan nasi campur air oren tu...sbb tu bodo.

 

NAIB PRESIDEN UMNO – KHALED NORDIN, JOHARI GHANI PALING POPULAR

 

Berikutan tiada pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden, tumpuan paling utama bagi pemilihan UMNO pada 18 Mac ini tentunya bagi jawatan Naib Presiden.

Melihat kepada lapan nama yang mengemukakan pencalonan, tidak dapat dapat, pertandingan yang akan berlaku nanti adalah pertembungan dua kelompok dalam parti itu.

Lapan calon Naib Presiden UMNO itu ialah Khaled Nordin, Mahadzir Khalid, Johari Ghani, Wan Rosdy Wan Ismail, Azalina Othman Said, Reezal Merican Naina Merican, Hasni Mohamad dan seorang ahli biasa daripada Iskandar Puteri, Yusof Musa Jamaluddin.

Daripada lapan calon yang bertanding, persaingan sebenar hanyalah melibatkan tujuh saja kerana Yusof Musa yang tidak dikenali itu dirasakan tidak mampu memberi apa-apa cabaran.

Khaled Nordin dan Mahadzir Khalid adalah penyandang sedia ada bagi jawatan Naib Presiden bersama seorang lagi calon, Ismail Sabri Yaakob yang tidak mempertahankan jawatannya.

Berdasarkan senarai itu, Khaled Nordin, Wan Rosdy dan Azalina adalah mereka yang dilihat pro kepada Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi.

Jika ketiga-tiga mereka itu menang, ini akan memberi sumbangan yang mampu menjadikan kedudukan Zahid Hamidi lebih kukuh dan mencengkam dalam UMNO pasca pemilihan ini sehinggalah kepada tarikh PRU16 akan datang.

Johari, Hasni dan Reezal Merican adalah pemimpin yang tidak begitu pro kepada Zahid Hamidi, sebaliknya dikenali lebih condong kepada Hishammuddin Hussein dan Khairy Jamaluddin yang kini digantung dan dipecat daripada UMNO.

Malah, sebelum jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO disekat daripada dipertandingkan, Johari disebut-sebut akan bertanding salah satu jawatan tersebut.

Beliau juga tidak sependirian dengan mereka yang pro Zahid Hamidi dan pernah secara terbuka menyatakan tindakan menyekat jawatan Presiden dan Timbalan Presiden daripada dipertandingkan bererti menyekat demokrasi dalam parti.

Bermakna dalam hal ini, kalau Johari, Hasni dan Reezal yang menang sebagai Naib Presiden nanti, ia adalah cabaran kepada Zahid Hamidi yang memungkinkan cengkamannya dalam parti menjadi tumpul.

Khairy Jamaluddin sendiri baru-baru ini memilih ketiga-tiga mereka itu sebagai pilihannya untuk diberi undi sebagai Naib Presiden UMNO.

Seorang lagi calon, Mahadzir Khalid yang merupakan penyandang jawatan nombor tiga itu tidak termasuk dalam kelompok yang pro atau tidak sebulu kepada Zahid Hamidi.

Beliau sebelum ini dilihat sebagai pemimpin yang rapat dengan Ismail Sabri Yaakob, malah ketika bekas Perdana Menteri itu memimpin kerajaan, beliaulah orang kepercayaannya.

Ketika Ismail Sabri tidak hadir beberapa kali mesyuarat MT UMNO sebelum PRU15 dulu, Mahadzir pun turut sama berbuat demikian.

Beliau hanya dilihat kembali merapatkan diri dengan Zahid Hamidi setelah terbentuknya kerajaan perpaduan yang dititahkan pembentukannya oleh Yang Dipertuan Agong dan Ismail Sabri bukan lagi Perdana Menteri.

Atas asas itu dan menjelang pemilihan UMNO akan datang ini, Mahadzir dilihat sukar untuk mempertahankan jawatannya kerana kedudukannya yang tidak termasuk dalam mana-mana kumpulan.

Sebagai calon berkecuali, berada tengah-tengah dan tidak termasuk dalam mana-mana cai, Mahadzir lebih mungkin “mati berdiri” seorang diri dalam pemilihan kali bersama seorang lagi calon, Yusof Musa.

Tambahan lagi setelah kalah di Parlimen Padang Terap pada PRU15 lalu dan agak berusia pula berbanding enam calon lain, ternampak tiada nilai tambah yang memihak kepadanya sehingga mampu mencetuskan dorongan kepada perwakilan untuk mengekalkannya lagi sebagai Naib Presiden UMNO.

Begitu pun, didorong senario semasa dalam UMNO ketika ini, sebahagian perwakilan kelihatan lebih cenderung untuk mengundi berdasarkan blok – sama ada calon yang pro atau tidak sealiran dengan Zahid Hamidi.

Pilihannya ialah sama ada set A – Khaled, Wan Rosdy dan Azalina atau set B – Johari, Hasni dan Reezal.

Namun demikian, berdasarkan populariti individu, Khaled dan Johari adalah calon yang paling sukar untuk tidak diberi undi oleh perwakilan kali ini.

Tinjauan mendapati ramai perwakilan cenderung untuk memilih kedua-dua, walaupun berada dalam set yang berbeza.

Dengan itu, keputusan yang dijangka bagi jawatan Naib Presiden ialah 2-1 iaitu mana-mana kumpulan hanya mampu menang dua kerusi saja, sementara selebihnya adalah di pihak yang satu lagi.

Ertinya, satu lagi kekosongan itu adalah perebutan antara Wan Rosdy, Azalina, Hasni atau Reezal untuk mengisinya.

Siapa paling berpotensi? -.ShahbudinHusin 04/03/2023.




Jadi kacau macamana pun ana tak faham, yang ana faham presideng parti ana sedang mencatur kekacauan.




 

TAK BOLEH HASUT DAH DALAM MASJID

 

Mohd Shah Rim.


Jika diam saat agamamu dihina, gantilah baju ku dengan kain kafan. - Auntitititit...



SEMOGA ALLAH MERAHMATI SEMUA.

 


“Apabila kita redha atas sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tak dijangka.


“Redha bukan bermakna tiada tangisan tetapi adalah penerimaan tanpa persoalan terhadap apa yang telah ditentukan oleh Allah.”


Semoga Allah merahmati sahabat dunia dan akhirat. Amin ya Allah 😊


Sumber: tazkirah ustaz & ustazah



SURAH AL AHZAB - BILA TUAN BADAN YANG SEORANG EXCO YANG TAK ADA SATU POLISI -JANGAN MENGHINA POLISI ORANG LAIN BERSAMA PENIAGA- JAGALAH AKHLAK


 

PELABURAN DI FILIPINA


 

TERBAIK PM 10- Dakwaan fitnah: Anwar heret ahli Parlimen Pendang ke mahkamah


Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengheret Ahli Parlimen Pendang Awang Hashim ke mahkamah atas dakwaan fitnah. Saman itu berhubung dua dakwaan iaitu Anwar memiliki sikap dendam yang lebih teruk daripada Dr Mahathir Mohamad dan berhubung keabsahan pelantikannya sebagai perdana menteri ke-10.

MB Kedah Pertikaikan Segalanya Semampu Boleh. Penang Kaya Raya.

TUA TUA PUN BODO- HANG EXCO KOT- SYED SADDIQ SEBAGAI MEMALUKAN DAN TIADA AKHLAK









PULOH TAHUN DAH ISU AIR DI KELANTAN NI.


 

IDIOT MULA NAK KONA BILA KENA KUTUK SATU MALAYSIA- HIDUP BIAR BERAKAL SEBAGAI PEMIMPIN


 

ELOK JUGA....DOK PULAU

 


Sekiranya kerajaan tidak gamak untuk bertindak, maka...

~tmj.mokhtar~

...Hadi dan pengikutnya paling elok ditempatkan di sebuah pulau. Di situ mereka boleh hidup menghambakan diri kepada Allah sepenuh masa. Tiada lagi suara sumbang daripada mereka. Hanya lautan sekeliling mereka menjadi saksi.

Hadi boleh menjadi Presiden di pulau itu bersama pengikutnya yang taksub. Tiada lagi Komunis DAP dan 'orang kafir' dalam hidup mereka. Mereka boleh tubuh 'Tentera Jihad' untuk memerangi lanun yang mengancam kepulauan mereka.

Photo : Kepala dia tengah dok fikir bagaimana nak tumbangkan Kerajaan Perpaduan. Nak jadi Perdana Menteri, dia tahu tak layak. Kerja dia dok kondem orang je. Macam mana orang macam dia ni boleh ada title Dato' Sri...? Description: 🤔

 

KENAPA KWSP TIDAK DIBENARKAN WALAU PUN BERPILIH


 

RINGKAS PADAT DAN BERBISA




Ringkas, tapi padat dan berbisa. DS Anwar kata biarlah Hadi terus merancang dan mengigau. Rasanya DS Anwar pasti sudah ada rancangan untuk mempertahankan kerajaan perpaduan ini.

Dah. Kita jangan buang masa layan bebelan orang tua ini lagi. Labuh baik tumpukan kepada isu Jana Wibawa. Tunjukkan kepada rakyat yang PN bukan bersih pun. Malah sakau mereka lebih dahsyat.

Khidmat AG disambung lagi 6 bulan. Aku harap itu tak jadi penghalang untuk melihat kepala-kepala dalam PN didakwa. Guane boh?

Raja Gelap

 

RENTASAN 1323 | PANAS!! KINI PEMIMPIN PN KALUT SOSMA TAK MANSUH?







MENARIK DALAM RENTASAN 1323

1. MASJID BUKAN MEDAN UNTUK BERPOLITIK 2. BERSUNGGUH-SUNGGUH PERTAHAN SOSMA, TAKKAN SEKARANG TAKUT? 3. JAWAB PERTUDUHAN, TAK PERLU MELENCONG 4. DAPAT PROJEK BELI VAKSIN, TAPI RUGI?



PATUT TANYA LAH MANA PARTI BERSATU DAPAT DUIT BUKAN MANA ANWAR DAPAT DUIT NAK MENJAGA NEGARA- KAN KAMU DULU YANG MULAKAN





Sahabat Rafizi Ramli  · 

Follow

  · 

Ecceh Che Det... Dia tanya pulak mana datang duit untuk belanjawan tu. Tak payah risau la. Tahulah DS Anwar uruskan. Dari mana pun datangnya, apa yang penting duit tu nanti dibelanjakan untuk rakyat.

Yang patut ditanyakan, mana datang duit masuk ke akaun parti atau ahli politik. Macam dalam Bersatu, parti yang Mahathir sendiri tubuhkan. Kebetulan ya, Mahiaddin jadi PM terus bersatu dapat berarus juta.

Tapi perasan tak, Mahathir tak sentuh pun isu Jana Wibawa ni kan? Dia kata anti rasuah. Sepatutnya ini isu yang jadi keutamaannya. Tapi dia lebih sibuk serang orang yang nak banteras rasuah pulak.

Pelik, kan? Apakah Mahathir dah tak berminat lagi dengan isu rasuah? Atau Mahathir merestui salah laku dalam isu Jana Wibawa ini? Atau kejayaan DS Anwar lebih berbahaya daripada kes rasuah?

Sebenarnya bukan apa. Mahathir risau tengok bajet ini banyak beri keuntungan kepada rakyat miskin. Dia takut kalau populariti DS Anwar melonjak. Biar orang mencuri tak apa janji DS Anwar kekal dibenci oleh rakyat. Itu je sebenarnya. Guane boh?

Raja Gelap

.

PROGRAM TAK SALAH- NAMA APA PUN TAK SALAH- YANG SALAH CARA BAGI TENDER




 Azmin kata, selepas Mahiaddin letak jawatan, PM seterusnya iaitu Ismail Sabri masih meneruskan program Jana Wibawa. Tapi mengapakah hanya pemimpin Bersatu yang didakwa?

Betul juga, kan?

Tapi, bukan program tu yang salah. Program tu tak ada masalah kalau dibuat dengan betul. Yang jadi masalah ialah cara tender itu diberi. Melalui orang dalam. Dahlah begitu, dapat komisen pula.

Wan Saiful bukan didakwa kerana jalankan program Jana Wibawa tu. Tapi dia didakwa kerana meminta dan terima sejumlah wang sebagai balasan kerana tolong dapatkan projek.

Kalau tak ada duit dari kontraktor yang masuk ke akaun Ismail, macamana nak dakwa Ismail, Azmin oi! Sebab tu aku kata, nak fitnah orang hal berkaitan duit ni susah. Sebab ada money trail.

Nak melenting apanya? Kalau sah duit dalam akaun Wan Saiful tu bukan dari kontraktor, tunjukkan je la bukti dari mana datang duit tu. Kalau terbukti duit tu bersih, lepaslah nanti tu.

Ini tidak, baru kena tuduh dah meroyan. Belum pun mula lagi perbicaraan. Gelabah sangat tu kenapa? Memang ada buat salah ke? Kalau tak salah, jangan gelabah. Guane boh?

Raja Gelap

 

KEH..KEH..KEH SAKAI AFRIKA MANA ? DAH KENA HENTAM KAW KAW...TUA SAJA OTAK TAK ADA TAK GUNA




Untuk berlaku adil, aku kongsikan video penjelasan dari walaun tentang peranan luar tabie lebai PAS siram air minuman dalam makanan.

Orang Terengganu boleh sahkan ada tak buat siram air oren dalam pinggan kalau makan tak berkuah.

Tapi penjelasan dia tak menjawab kelakuan lebai yang tuntung 'ikang sekor, sayur dua' dalam nada mengejek. Guane boh?

Raja Gelap

.

 

Team CYTOP  · 

Follow

  · 

Walaun ternakan.. Tak sia-sia ternak, sama juga baghal..

 

OOOOO- PERTAMA KALI AKU JUMPA MANUSIA MAKAN NASI BERKUAHKAN AIR SIRAP




Aku terkedu tengok video seseorang yang didakwa exco Terengganu menghina Menu Rahmah. Lelaki itu, dikatakan Adun Chukai, Hj. Hanafiah Mat, dilihat menuang air minuman ke dalam pinggan kerana tidak berkuah.

Aku tahu gaji exco besar. Elaun sebagai Adun lagi. Tapi bukanlah bermakna boleh hina makan sesuka hati. Yang tak sedap, yang jijik pada dia mungkin lazat dan amat bernilai kepada orang lain.

Lagipun dah kaya, tak payahlah makan menu tu. Pergi makan di Salt Bae sana. Dah ambil hak orang miskin, dihinanya pula. Inilah orang yang bergelar Haji dari parti yang kononnya bawa Islam.

Aku anak beranak pun tak makan Menu Rahmah. Bukan sebab tak mahu tapi aku cakap dengan anak aku, Menu Rahmah ni terhad. Ada kedai buat 100 hidangan je. Kalau kita yang mampu ni makan, kita buat orang yang kurang berkemampuan tak dapat.

Tapi orang tua ni, bukan setakat ambil hak orang miskin, dihinanya pula. Niat konon nak perlekehkan usaha kerajaan. Tapi dia sebenarnya hina orang miskin. Makhluk lupa diri. Tak faham kesusahan orang.

Ini bukti PAS tak bawa Islam pun. PAS hanya guna jenama Islam untuk dapatkan undi. Kalau pemimpin yang dilantik exco (maknanya bukan sebarangan pemimpin) pun tak bersifat begini, apakah wujud tarbiyah Islamiyah dalam PAS?

Rakyat mesti buka mata. Mereka hina makanan untuk orang yang kurang berkemampuan, setakat mana parti ini boleh faham dan mampu membantu rakyat susah? Sebab itu mesti tolak PN. Guane boh?

Raja Gelap

 

MENU RAHMAH, INISIATIF TANPA MODAL YANG MEMBUATKAN PAS SEPERTI HILANG AKAL. ADA EXCO KERAJAAN NEGERI MAKAN NASI BERKUAHKAN AIR OREN....

 

Setakat ini, sejak terbentuknya kerajaan perpaduan, dua perkara didapati paling membuatkan Pas sakit hati dan benci sekali.

Pertama, Anwar Ibrahim dan kedua, Menu Rahmah.

Selepas Tun Mahathir Mohamad, Pas barangkali dalam kedudukan kedua sebagai suspek paling benci kepada Anwar.

Sama seperti Tun Mahathir, Pas juga sentiasa cuba menghalang Anwar daripada menjadi Perdana Menteri, baik ketika parti itu berada dalam Pakatan Rakyat dan lebih agresif setelah ia tidak lagi menjalin sebarang kerjasama dengan PKR.

Apabila akhirnya Anwar berjaya juga menjadi Perdana Menteri, tentulah bukan kepalang sakit hati dan bencinya Pas kepada Pengerusi PH itu.

Ditambah ketika itu bagaimana rakyat dilihat amat menerima baik kepimpinan Anwar dan sentiasa menyerbu ke mana saja beliau pergi, disertai dengan dunia pun sama hangat mengalu-alukannya, hanya Tuhan saja yang tahu betapa meluap-luapnya perasaan benci dan sakit hati Pas itu, terutama sekali Hadi Awang yang di ketika Anwar jadi Perdana Menteri, dia pula telah hilang gaji.

Sebab itu, usaha dan propaganda Pas serta Hadi yang tanpa henti kononnya Anwar akan tumbang tidak lama lagi tidak lain hanya didorong rasa benci dan sakit hati itu saja.

Tiada sebab lain selain daripada itu yang mendorong Pas serta Hadi sentiasa berusaha mencari jalan cuba menebuk atap untuk menjatuhkan Anwar, meskipun disedari kerajaan perpaduan ini dibentuk atas titah Yang Dipertuan Agong.

Malah walau dikepung dengan akta lompat parti sekali pun yang pada hakikatnya kerajaan hanya mungkin bertukar melalui PRU, Pas sentiasa membakar hati para pengikut dan walaunnya tentang kemungkinan Anwar boleh tumbang pada bila-bila masa.

Suka hatilah nak buat apa pun Tok Guru, bak kata Anwar – biarlah Hadi terus merancang dan mengigau.

Yang kedua paling membuatkan Pas benci dan sakit hati ialah pengenalan Menu Rahmah oleh Salahuddin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Tiada usaha atau inisiatif lain daripada kerajaan selain Menu Rahmah yang membuatkan Pas memperuntukkan banyak masa dan tenaga untuk mencari salahnya.

Menu Rahmah adalah inisiatif kerajaan perpaduan untuk menyantuni golongan miskin dan bagi memastikan mereka sentiasa kenyang melalui pengenalan harga serendah RM5 untuk satu hidangan bagi makan tengahari atau malam.

Ia adalah gambaran paling mudah untuk menunjukkan kerajaan perpaduan ini punya perasaan kasih sayang dan ingin membela hidup rakyat semua bangsa.

Inisiatif ini tanpa sebarangg modal dikeluarkan oleh kerajaan, tetapi melalui libat urus dengan persatuan dan pengusaha kedai makan dengan setakat ini, selain lebih 15 ribu kedai makan di seluruh negara terlibat menyertainya, bahkan restoran makanan segera seperti McD, KFC, Burger King, MarryBrown dan pelbagai lagi turut bersama-sama menjayakannya.

Makna kata, melalui pengenalan Menu Rahmah, kebarangkalian untuk rakyat kelaparan tak mampu membeli makanan amat tipis sekali, bahkan boleh pula dengan harga RM5 juga, sesekali menukar selera di restoran makanan segera yang berkenan di hati.

Apabila rakyat gembira kerana boleh makan pelbagai selera dengan harga semurah RM5, parti seperti Pas dengan sendirinya hilang modal untuk menanam kebencian atau menghasut rakyat.

Apa pun serangan yang direka pembangkang kepada kerajaan, akhirnya yang membuatkan rakyat gembira ialah apabila mereka tidak lapar dan boleh makan dengan senang.

Lantaran itulah macam-macam yang cuba dilakukan Pas untuk memburukkan Menu Rahmah, termasuk didakwa sebagai penyebab kanser dan autisme.

Oleh kerana gagal mempertahankan dakwaannya itu dari segi sains perubatan, Ahli Parlimen Kapar, Halimah Ali yang membuat dakwaan bohong itu, sambil tersengih kelat, akhirnya terpaksa memohon maaf atas perbuatannya.

Terbaru, Exco Terengganu Hanafiah Mat pula dilihat seolah-olah memperlekeh Menu Rahmah dengan tersebar video kononnya hidangan itu tidak berkualiti, tidak cukup lauknya dan hanya sedap dimakan setelah dituang dengan air oren sebagai kuahnya.

Perbuatan beliau itu bukan setakat tidak berjaya pun memperlekeh Menu Rahmah, sebaliknya yang menonjol ialah bagaimana beliau secara jelas telah menghina rezeki yang Allah beri.

Rata-rata pengguna media sosial yang menonton video itu mengutuk dan menyifatkan beliau sebagai pemimpin yang sudah “masuk air dalam kepala”.

Agaknya pemimpin Pas itu tidak belajar adab yang dicontohkan oleh Nabi Muhammad SAW melalui hadis Bukhari yang meriwayatkan baginda tidak pernah mencela makanan di mana apabila suka, baginda akan memakannya, sebaliknya jika tidak menyelerakan, baginda tidak memakannya.

Sebagai pemimpin sebuah parti yang mendakwa memperjuangkan Islam, adab siapa sebenarnya yang Exco Pas itu contohi?

Yang nyata, Menu Rahmah telah membuatkan Pas seperti hilang akal dalam berpolitik dan lupa adab Islam yang sebenar.

Dalam hal ini, kalaulah semua menteri dapat memikirkan satu inisiatif baru bagi setiap kementerian yang menyerupai Menu Rahmah yang kesan langsungnya dapat dirasai oleh rakyat, dicampur dengan kepimpinan Anwar yang terus diyakini, bukan saja pembangkang seperti Pas akan kehilangan modal dan mati akal, malah kerajaan perpaduan ini senang-senang boleh kekal memerintah negara lebih lama lagi. – ShahbudinHusin 03/03/2023.



PELAKON LELAKI TERBAIK


 

KAH.KAH..KAH DOK MERACAU APA...BUKAN HANG LARI KA? BUKAN NAYA...HANG MEMANG PATUT KENA CEKUP-TENGOK PERANCANGAN DIA...


 

TUAN TUAN SAYA BRU TAU ADA ORANG MAKAN NASI KUAH DARI TEH AS ATAU AIR MANIS DIJADIKAN KUAH...OKU RUPANYA....KENA KELAS KHAS...JANGAN LAGI HINA DIA...KESIA.

 

Mohd Shah Rim

Memang saya makan nasi macam tu, Hanafiah nafi persenda Menu Rahmah

🤣🤣 .. macam tuler perangai lobai PAS..

BARU TAHU DIA MAKAN NASI CAMPUR TUANG DGN AIR OREN




BANYAK NYA KERETANYA

 

Banyaknya duit dia..... selain gaji Tim. MB dia ada bisness apa eekkkk...?