KAH..KAH..KAH..PUNYA LA MISKIN MINDA.....

 


Walaun ni macam biasa la. Income B40, nafsu T20. Sebab tu walaupun Bajet Madani lebih 'merugikan' golongan T20, tapi walaun yang rata-rata B40 yang terlajak bising.


Paling bising pasal kenaikan cukai perkhidmatan dari 6 ke 8%. Mula-mula sekali, dia pun tak reti beza antara SST dengan GST. SST dikenakan pada jualan dan perkhidmatan, bukan pada barangan.


Cukai jualan dikenakan pada pengeluar, bukan pada pengguna. Eh dia kata pula nanti bila kos pengeluar naik, dia akan naikkan harga barangan yang dijual.


Kita terangkan lagi, cukai jualan tak naik. Yang naik cuma cukai perkhidmatan. Itu pun pengecualian kepada F&B dan telekomunikasi. Maknanya, kalau pergi makan di McD atau mamak, dan bill telefon atau prepaid tak ada perubahan.


Yang naik tu macam sewa hotel, bilik karaoke dan sebagainya. Walaun ada ke check in hotel tiap hari? Ada layan karaoke tiap hari ke? Dah tu kenapa nak bising?


Tak puas hati lagi, dia kata pulak bill elektrik pun ada caj cukai perkhidmatan. Maknanya dorang pun akan kena juga. Adoi la walaun...


Bil elektrik yang kena caj perkhidmatan kalau guna banyak je. Kalau bawah RM235 sebulan (tak silap aku), tak kena pun cukai tu. Bil elektrik walaun tinggi mana? Duduk istana ke?


Ini la akibat termakan cakap lebai tanpa nak check dulu fakta. Lebai tu T20 walaun oi. Dorang salam kaut je berapa banyak dapat. Duduk hotel memang selalu. Pakai pun Vellfire, jenis minum petrol. Sebab tu bising. Korang bukan level lebai.


Bil elektrik aku hampir RM700 sebulan. Bermakna aku akan kena tambahan kos dalam RM10 - RM15 sebulan. Tapi tak apalah. Aku terima. Peliknya aku tak bising tapi walaun pulak melebih.


Tahun depan mungkin aku pun tak dapat subsidi petrol lagi. Memang sakit. Tapi nak buat macam mana. Kerajaan sebelum ni yang walaun sokong tu dah sakau banyak duit. Jana wibawa la, duta gaji buta la. Hutang bertambah melampau-lampau.


Bila tengok belanjawan ni, banyak untuk sekolah, pendidikan, membantu orang miskin, pembangunan semua, aku pasrah. Terpaksa aku relakan. Pandai la aku adjust budget aku tahun depan.


Memang kalau ikutkan pedih juga. Income tax dah bayar banyak, tapi subsidi tak dapat. Tapi kita nak bina negara untuk anak cucu cicit kita. Kalau tak begini, negara mungkin bengkrap.


Kalau negara bengkrap, apa yang akan terjadi pada keturunan kita nanti? Aku tak sanggup bayangkan. 


Dan anak-anak aku yang masih sekolah pun belum tentu akan jadi T20. Mungkin M40. Malah mungkin juga B40. Kalau aku masih nak tamak hari ini, anak aku akan terima akibatnya hari esok.


Tolong berfikiran jauh. Fikirkan masa hadapan. Negara ni bukan kita punya. Kita pinjam dari anak anak kita. Kalau kita tak pelihara, takkan kita nak pulangkan sebuah negara yang rosak pada mereka? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



PUAK KHAWARIJ TENGAH MENGHUKUM ORANG




Che Ibrahim.


 Heboh isu akad nikah pasangan artis tidak sah kerana lafaz ijab qabul tidak sempurna.


Ulama sepakat mengatakan ijab qabul adalah rukun kepada nikah, tetapi tidak ada satu nas yang menyatakan lafaz tertentu kepada ijab qabul tersebut. 


Apa yang penting di sebalik ijab dan qabul itu ialah difahami maksudnya oleh wali, suami dan 2 saksi kepada perkahwinan itu. Maknanya bila 2 saksi telah puashati dan sepakat mengatakan rukun ijab dan qabul kepada perkahwinan telah sempurna, maka sah lah nikah tersebut. 


Yang penting lafaz ijab dan qabul difahami oleh mereka yang terlibat (wali, suami dan 2 saksi) sebagai menunjukkan satu perkahwinan telah berlaku kecuali ada sekatan atau halangan lain yang menyebabkan perkahwinan itu tidak sah seperti pasangan yang dikahwinkan tidak tertentu, tidak jelas siapa yang dikahwinkan, atau wanita masih dlm edah, atau suami telah ada 4 isteri dll



NAK JATUHKAN KERAJAAN NI MELALUI FITNAH BERBAGAI RASANYA TAK JADI KOT. SEBAB MASING MASING NAK SELAMATKAN TEMBOLOK SENDIRI


 

KALAU AMBIK SANUSI SEBAGAI HERO...PAS NI PARTI CACI MAKI ORANG SAJA.

 


LAGI PENERANGAN SST...SALES KEKAL 10%- SERVIS DARI 6 KE 8% BERGANTUNG PADA SERVIS TERTENTU SAHAJA.


 

PUNYA BANGANG DIA NI....


 

PAS PEMBOHONG...DEPAN KAABAH PUN BOHONG..DEPAN PENTAS LAGI KUAT BOHONG


 

TAK GILA KUASA APA...TAK HENTI DI MULUT MOHONG WALAUN NAK TEBUK ATAP.POOOODAHHHHH.

 




PAS tak gila kuasa. Tapi yang dok janji ke walaun nak rampas kuasa semenjak 24 November 2022 tu PAS la. Bukan orang lain. Kalau tak gila jawatan, tak gila kuasa, apa hal nak tebuk atap? Nak menipu pun agak-agak la pakcik oi. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


BERITA PALESU. JANGAN TEKAN SEBARANG BUTANG ATAU KENA SCAM.


 

PIMPINAN PAS MASA DALAM KERAJAAN TAK PERASAN ATAU BUAT TAK FAHAM BAB NAK BAGI SEMULA BANTUAN KE SEKOLAH AGAMA RAKYAT.

 



Muhamad Farul Al Qasas.


Pelajar sekolah agama yang belajar zaman Mahathir jadi PM4 akan faham macam mana tiba-tiba tidak ada peruntukan dari kerajaan. 


Yuran jadi mahal.

Makanan tak ada.

Budak-budak mengharap ada orang meninggal jemput buat tahlil.


33 bulan, PAS tak bagi pun peruntukan ni, 11 bulan PMX boleh bagi.


Alhamdulillah.



NILAI SUBSIDI DITANGGUNG KERAJAAN MENCECAH RM81 BILION




 Dakwaan pembangkang kononnya kerajaan telah menyasarkan subsidi serta mengurangkan peruntukan adalah tidak benar kerana peruntukan untuk subsidi kepada rakyat telah meningkat.

Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian dalam jawapan kepada soalan tambahan Ahli Parlimen Datuk Awang Solahuddin Hashim (PN – Pendang) mengenai jumlah subsidi yang ditanggung kerajaan pada sesi tanya jawab PM hari ini.

“Kos subsidi dari RM60 bilion sekarang telah mencecah RM81 bilion. Sebahagian kecil adalah sebab soal nilai atau kos import yang meningkat terutamanya makanan. Ini kita harus ada dasar baharu untuk menanganinya.

“Kita akan ikhtiar sedaya upaya untuk kurangkan beban rakyat di bawah yang terkesan dengan senario ekonomi sekarang dan juga dunia,” katanya.

Mengenai dakwaan golongan M40 tidak terbela akibat dasar subsidi bersasar sebagaimana ditanya, PM berkata hal itu tidak benar.

Katanya, golongan M40 dan T20 bawah juga dibantu oleh kerajaan kerana mereka dianggap terkesan dengan kenaikan kos kehidupan.

“Kita kena ada satu langkah, dasar yang kita sebut rasionalisasi subsidi. Kita sebut mulanya Tabung Haji. Tetapi pengurangan subsidi itu tidak langsung melibatkan M40 dan B40.

“Hanya kalangan dianggap amat kaya untuk menunaikan haji dan tidak memerlukan subsidi kerajaan (dikecualikan subsidi). Selain itu, seperti disebut menteri agama 400 orang secara sukarela untuk mendapat haji mabrur mereka tidak mahu subsidi kerajaan.

“Hal sama melibatkan subsidi elektrik. Tidak mungkin kerajaan mahu mengenakan tarrif elektrik yang lebih tinggi kepada golongan M40. Malah dasar kementerian, T20 peringkat rendah pun tidak dikenakan (rasionalisasi subsidi). Begitu juga dalam kes kes lain.

“Ini kita akui kos sara hidup jadi masalah dan rakyat terkesan. Ada beberapa langkah saya akan umumkan pada Jumaat (Belanjawan 2040) ini untuk mengurangkan (beban kehidupan),” katanya lagi.



Belanjawan tertinggi makro ekonomi: TEKUN tekad bantu usahawan kecil




 Pembentangan Belanjawan 2024 yang memperuntukkan sehingga RM390 bilion kepada sektor perusahaan kecil atau makro menunjukan iltizam Kerajaan Madani untuk membangunkan ekonomi peniaga, petani atau usahawan kecil kecilan.


Bagi Pengerusi TEKUN Nasional, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid, peruntukan yang sebegitu besar amat dinanti natikan dan akan beliau agihkan kepada semua usahawan kecil yang layak mengikut kategori perusahaan atau peniagaan mereka.


"Diumumkan Bajet 2024 oleh Perdana Menteri (PM) dan beberapa perkara telah disentuh yang melibatkan hampir RM390 bilion


"Antara yang disentuh ialah TEKUN Nasional yang diamanahkan RM330 juta untuk menyebar luaskan produk aktiviti peniaga dalam kumpulan makro.


"Ini adalah bajet yang luar biasa untuk kita. Belum ada sebelum ini PM sebegitu peka dan prihatin tentang golongan kumpulan mikro ini," katanya kepada pemberita selepas majlis minum petang dan taklimat pembiayaan TEKUN Nasional di kawasan parlimen Bandar Tun Razak, semalam.


Menurut Abdullah Sani lagi, langkah bijaksana kerajaan itu akan beliau serta pasukan aturkan dengan cermat supaya dana berkenaan dapat disalurkan kepada semua pihak layak mendapat pembiayaan.


"Saya yakin dan percaya dengan adanya bajet sebegini, akan memudahkan kita memberi pembiayaan kepada mereka yang berkelayakkan," katanya.


Ditanya wartawan jenis perniagaan apakah yang akan ditumpukan oleh TEKUN untuk dibiayai, beliau berkata, pembiayaan berunsur pertanian lebih diperlukan dalam keadaan peningkatan kos harga barang keperluan pada ketika ini.


"Apabila saya buat lawatan di Indonesia dan dapat perkongsian maklumat, pertanian adalah unjuran yang pertama saya akan fokus kerana pertanian itu dituntut oleh rakyat untuk disiagakan


"Di Indonesia 70% pembiayaan Bank Rakyat Indonesia itu ditumpukan kepada pertanian. Saya akan aturkan sedemikian untuk beri galakan orang kita membuat pertanian sebagai pendapatan utama


"Bila mikro dia mewakili tanaman kontan, hasil cepat. Ini termasuk padi, pisang, cili, timun, konsep pertanian hidroponik dan sebagainya," katanya lagi.


Dalam majlis itu Ahli Parlimen bandar Tun Razak Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail telah menyampaikan ucaptama yang menggalakkan usahawan kecil mendapatkan pembiayaan TEKUN bagi meningkatkan keupayaan perniagaan mereka untuk menjadi lebih bersaing dan berdaya maju.


Terutama kepada pejuang reformasi yang menjadi tumpuan pada majlis berkenaan. Bantuan tersedia kepada mereka yang layak berdasarkan perniagaan yang diceburi.


KDNK MENGUKUH, KERAJAAN USAHA TINGKAT PELABURAN ASING


 Pertumbuhan ekonomi yang diukur melalui Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) terus mencatatkan prestasi positif bagi tahun ini.

Menteri Ekonomi Mohd Rafizi Ramli (PH – Pandan) berkata, prestasi ekonomi pada ketika ini mencatatkan pertumbuhan 5.9% dan itu menunjukkan bahawa negara berada di landasan yang betul.

Oleh itu, katanya, bagi meningkatkan lagi keupayaan ekonomi negara kementeriannya dalam usaha mempromosikan negara sebagai destinasi pelaburan utama serantau bagi menarik syarikat luar melabur di Malaysia.

“Kita perlu mengukuhkan kedudukan fiskal negara bagi menyakinkan pelabur-pelabur bahawa kerajaan mampu menyediakan peruntukan pelaburan yang besar dalam sektor-sektor ekonomi.

“Selain itu, memperbaiki reputasi tatakelola dan memudahkan cara perniagaan untuk mempercepatkan pertumbuhan baharu di Malaysia juga perlu dibuat bagi memastikan ekonomi negara terus meningkat,” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Jelas Rafizi, langkah tersebut perlu diambil atas faktor keadaan global yang tidak menentu.

Katanya, faktor prestasi ekonomi China yang dilihat perlahan dijangka akan memberi kesan kepada ekonomi negara.

“China mempunyai pengaruh mendalam dalam pelbagai aspek ekonomi Malaysia, yang juga rakan terbesar perdagangan Malaysia sejak 2009.

“Pada tahun 2022, China telah melabur sebanyak AS$3.6 bilion di Malaysia dan bila ditambah pelbagai konflik (yang melnada dunia) sudah tentu akan memberi kesan kepada prestasi ekonomi kita,” ujarnya lagi.



JOM KITA ULANG LAGI. SEBAB TENGAH TRANDING. DEPA KATA SANUSI PAHLAWAN...


 

TEDIAAA...PROJEK SAKAW YANG TELAH DIKESAN...


 

PENTING TUTUP KEDAI JUDI.....BAB LAIN LANTAK DEME....TAK GITU...


 

TEDIAAA AIHH HANG PUNYA MINTA MACAM RAJA BERSIONG OOOOO...,TAK CAKAP NAMPAK TAK BUAT KERJA...CAKAP NAMPAK BENGONG...


 

SAYA TAK TAU...SAYA TAK TAU...LAST LAST KENA SAMAN ...BESAQ TUAN TUAN....


 

OWHHH..TEDIAAA...DUIT 1MDB PUN HILANG PI MANA ?


 

KAH..KAH..KAH...,KOYAK TERUK SANGAT..KENA KUTUK NGAN NETIZEN JA KOT...WOIII..PMX PULOH TAHUN DOK LAM JEL....HANGPA KATA MACAM MACAM.,.


 

WOIII..NEGERI PN BANYAK KOT PERLIS KEDAH TERENGGANU KELANTAN ADA....


 

MAKCIK...HANGPA PI TENGOK WAYANG,KARAOKE,MAKAN KAT HOTEL OR PI MAIN GOLF HARI HARI KA...?

 

Mat Ropi


Service tax yg naik dari 6% ke 8% tue hanya libatkan perkhidmatan mewah mcm tidur hotel, pusat karoake, panggung wayang, pusat hiburan..


Service tax utk makanan masih masa 6%


Yg makcik2 duk kampung menyalak teruk sangat kenapa?? Hari2 ke tidur hotel?? Hari2 g karoake?? Hari2 tgk wayang


kau beli iphone hutang 5 tahun tak apa pulak..

(telekomunikasi tak naik), tapi kau hutang shopi pay later...


Bodoh nya walauntit pas nie.. geram lak aku


Kecik2 tak nak sekolah dah tua bodoh jadi walauntit pas bodoh…


notakaki ; bezakan dulu sales tax, dgn service tax




ISU PERUNTUKAN BUKAN CERITA DONGENG, BEBERAPA AHLI PARLIMEN PN DIJANGKA IKUT JEJAK MP KUALA KANGSAR



Isu perlunya kepada peruntukan kewangan daripada kerajaan untuk menjaga kawasan yang menjadi penyebab Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid beralih memberi sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, bukanlah suatu cerita dongeng atau rekaan.


Ia adalah cerita benar dan sedang menjadi masalah dalam PN ketika ini.


Selain Iskandar Dzulkarnain yang berdepan kekangan kewangan untuk berkhidmat dengan lebih berkesan kepada pengundi di kawasannya, hasil perbualan dengan beberapa pihak dalam PN mendapati ia adalah isu yang serius dan sering diperbualkan.


Beberapa Ahli Parlimen PN dikatakan selalu berbincang sesama sendiri berkenaan kekangan kewangan dan ketiadaan peruntukan daripada kerajaan itu.


Dalam hal ini, ada yang mulai menyalahkan Mahiaddin Md Yasin selaku Pengerusi PN kerana masih berdegil dan keras hati untuk membawa gabungan itu berbincang dengan kerajaan bagi mendapatkan peruntukan yang sudah dijanjikan oleh Anwar boleh diberikan pada bila-bila masa.


Apa yang perlu dilakukan cuma datang berbincang dengan kerajaan.


Wakil kerajaan yang ditugaskan oleh Anwar untuk menyelesaikan isu ini ialah Timbalan Perdana Menteri 2, Fadillah Yusof.


Minggu lepas, Fadilah dilaporkan berkata, setakat ini hanya Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang ada datang berjumpanya untuk berbincang mengenai perkara itu.


Tiada Ahli Parlimen PN yang berbuat demikian.


Kata sebahagian Ahli Parlimen PN, tiada sebab lagi bagi Mahiaddin dan kepimpinan gabungan itu untuk terus berdegil dan keras hati daripada mengadakan pertemuan dengan wakil kerajaan kerana secara logiknya, sebarang usaha untuk menjatuhkan kerajaan serta menumbangkan Anwar sudah pun menemui jalan mati sekarang ini.


Ia berikutan UMNO, GPS dan GRS telah sepakat untuk mengekalkan Anwar sebagai Perdana Menteri sehingga tarikh PRU16 pada tahun 2027 akan datang.


Bukankah dalam keadaan ini lebih baik jika PN pergi berjumpa dengan wakil kerajaan dan semua Ahli Parlimen PN mendapat peruntukan? tanya mereka.


“Degil dan enggan berbincang dengan wakil kerajaan bagi mendapatkan peruntukan hanya menyusahkan kami sebagai Ahli Parlimen lantaran tempoh sebelum Parlimen dibubarkan ada kira-kira empat tahun lagi.


“Bagaimana kami boleh berfungsi dengan berkesan kepada rakyat selama empat tahun akan datang jika tiada peruntukan?”, kata mereka.


Dalam hal ini, berikutan langkah yang diambil oleh Iskandar Dzulkarnain mengumumkan sokongannya kepada kerajaan dan Anwar, tetapi kekal setia bersama Bersatu, tidak dinafikan ada di kalangan Ahli Parlimen PN mula melihat ia sebagai pilihan yang terbaik untuk diambil.


Menurut mereka, sebolehnya mereka masih mahu kekal bersama PN, tetapi dalam masa yang sama, mereka amat memerlukan peruntukan kewangan daripada kerajaan.


Dengan itu, jangan terkejut jika dalam waktu yang terdekat ini, terutama jika PN masih enggan berjumpa dengan Fadillah, maka ada beberapa lagi Ahli Parlimen akan mengambil langkah yang sama seperti Iskandar Dzulkarnain.


Pihak-pihak dalam PN yang dirisik bahkan memberi bayangan beberapa Ahli Parlimen gabungan itu yang dijangka mengambil langkah sama seperti Iskandar Dzulkarnain.


Tunggguuuu…..(ShahbudinHusin 15/10/2023)


https://shahbudindotcom.net/2023/10/15/isu-peruntukan-bukan-cerita-dongeng-beberapa-ahli-parlimen-pn-dijangka-ikut-langkah-mp-kuala-kangsar.html





QUID PRO QUO


Sepanjang minggu pra Budget 2024, saya telah menulis. Kerajaan ini tidak boleh lagi jadi populis. Dengan kedudukan ekonomi negara makin parah, hasil ketirisan dan salah guna kuasa sekian lama. 


True enough, seperti yang kita jangka. Kerajaan ini tiada opsyen lain, selain dari bite the bullet. 


Mereka umumkan kenaikan Cukai Perkhidmatan dari 6% ke 8%. Selain itu, akan dibuat subsidi bersasar juga. Maknanya, T20 kena bersedia. Anda (termasuklah isi rumah saya) bukan lagi penerima subsidi. 


Bagi mereka yang faham kedudukan ekonomi negara, we saw it’s coming. Negara kita akan makin tenat, kalau semua nak disubsidikan. Trend negara minyak di dunia juga sama. Malah negara lagi kaya dari kita seperti Saudi Arabia, turunkan subsidi mereka. 


Kerajaan juga kenakan pelbagai cukai kepada sektor korporat. Cukai Keuntungan Global dan Cukai Saham yang tak digunakan. Ini semua untuk negara tambah pendapatan. 


************************


Dengan segala pengorbanan yang diberi, untuk negara tambah pendapatan lagi. Tempias yang kena pada golongan korporat dan T20. Satu saja yang diminta untuk Kerajaan selalu ingati. 


We expect a “Quad Pro Quo” deal. Maknanya, it must be “something for something”. It shouldn’t be one way traffic! 


Makanya, Kerajaan juga kena back up! Push on delivery and reformasi yang dijanji. 


Ya, rakyat patut lebih memberi. Tambah bila Negara lemah sekali. Namun, selepas ini anda akan dalam SCRUTINY. Yang ketat sekali. 


No more honeymoon period, no more main2. Menteri dan Pegawai Kerajaan perlu tingkatkan service delivery. Buktikan pengorbanan ini ada value for money! 


You ask something from us, we want something in return. Selepas ni dan 4 tahun lagi. There won’t be mercy from the rakyat. Mereka akan selalu ingat. 


Makanya, kita bersedia. Berkorban untuk negara. Pemimpin dan mereka di atas sana juga patut sedar sama. Mereka berkuasa atas cukai dan duit rakyat. Itu amanah yang perlu dijaja. 


Loyalty to our country, always. Loyalty to the Government, only when they deserve it! 


Tunjukkan la pada kami, anda Kerajaan yang boleh kami hormat dan sokong, untuk Malaysia kembali ke

landasan yang betul, aman dan makmur. 


Salam hormat,

Liyana Marzuki



KIOK...

 



Aku lagi keliru. Apahal pelaburan Tesla nak kena masuk dalam belanjawan pulak?


Bila pelabur masuk, keuntungan yang kita dapat adalah melalui cukai dan peluang pekerjaan. Apa pasal belanjawan nak sebut Tesla pulak? Kerajaan umum pakej untuk rakyat cukup la.


Lain macam cara pembangkang ni berfikir. Kalau MP pun dah tara ni, boleh difahami kenapa walaun melalut macam hidu gam. Negara kita kerugian ada pembangkang begini. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



KILANG BANYAK BUAT SEDEKAH HANGPA PI KACAU BUAT APA...KEH..KEH..

 


Suara Millania


Kenapa Kerajaan Madani “kacau” Kilang Beras Seng Wor, Kota Sarang Semut ni? Kan kilang ni dah sedekah .... 😁

#degupnadirakyat

#nusicuak







TAK KATA PENING MACAMANA. SEKOQ DOK KIRA AIRPORT YANG KALAU BUAT TAK TAU UNTUNG KA TIDAK. SEKOQ LAGI LEVEL CETAK DUIT SELESAI MASAALAH...YANG DI BAWAH......MMMMMM





Che Ibrahim


 Kalau level pemimpin pun pening, level pengikut lagi la terok!!!


Bajet kerajaan ni dibuat sebagai cadangan untuk dibahas dan diluluskan yang mengandungi;


1. Lagu mana kerajaan nak dapat duit, pahtu,

2. Bagaimana kerajaan nak belanjakan duit tersebut.


Adapun perbelanjaan yang dibuat oleh bukan kerajaan spt buat airport swasta, atau pendapatan dan perbelanjaan oleh bukan kerajaan spt syarikat TESLA, tu terkeluar dari bajet Kerajaan.



ANWAR DI DUA ZAMAN

 



ANWAR DI DUA ZAMAN: Suatu masa nanti, tidak mustahil akan ada subjek kajian khusus pemikiran Anwar diperingkat akademik dan sebagainya. Mungkin 20 atau 30 tahun lagi.


"Pemikiran yang berlegar ialah bagaimana pemimpin harus cakna dengan marhain sebilang masa serta zaman". 


Pemimpin harus merenung masa depan pesawah, pekebun kecil, nelayan, kanak-kanak sekolah serta mereka yang berpendapatan rendah di bandar.


Harus buat seseorang Perdana Menteri agar menitik beratkan perkara asas dalam mencorak langkah pemerintahan negara dan rakyat. Keperluan asas yang selama ini tidak diambil berat. 


Akhirnya PMX cuba ubah dan lebih menumpu ke arah rakyat marhain yang tertekan selama ini. Kebiasaannya seseoang Menteri Kewangan akan lebih menumpu kepada projek Mega yang kononnya mengikut dasar kerajaannya.


Kenapa? Ini akan di sebut kepada rakyat sebagai modal kempen bahawa seolah-olahnya sesebuah kerajaan itu sedang membawa kemajuan kepada negara. Inilah hasil pembangunan, benarkah? 


Adakah adil jika sesebuah negara di sifatkan telah membangun tetapi marhain masih ditakuk lama. Manakala golongan kaya bertambah kaya sedangkan si miskin makin papa kedana.


Apakah dasar negara harus tertumpu kepada golongan atasan yang di sebut jutawan sebagai penanda aras kejayaan sesebuah kerajaan kerana berjaya melahirkan golongan peniaga yang berjaya?


Kita memerlukan pembangunan yang adil, seimbang serta saksama yang boleh di nikmati oleh semua golongan serta lapisan masyarakat. 


Golongan marhain tidak boleh di lupakan manakala golongan kaya boleh terus berniaga serta memberikan pulangan kepada negara dan rakyat. Tidak berlaku kelompongan yang terlalu jauh antara golongan kaya dan miskin. 


Melihatkan kepada intipati belanjawan, kita harus bersetuju untuk berada dilandasan yang betul agar memperbaiki tadbir urus yang baik dan seterusnya menyuburkan ekonomi negara.


Berilah sedikit masa yang bermanfaat kepada PMX untuk perbetulkan semula kerosakkan yang berpuluh tahun ini. Bukan memohon masa yang lama, sepenggal yang terbaik untuk menuai hasil.


Ada yang mengeluh pedih. Pedih memang pedih tapi itulah hakikatnya. Siapa yang terasa pedihnya? 


Tentulah kumpulan yang 'tidak sepatutnya menerima subsidi'. Kumpulan berpendapatan tinggi yang mampu membiayai kos perbelanjaan sendiri tetapi menumpang subsidi marhain.


Subsidi yang sepatutnya menjurus hanya kepada penerima subsidi bersasar seperti marhain serta golongan yang amat memerlukan. 


Pemberian subsidi kini melonjak kepada RM81 billion. Penjimatan oleh pihak kerajaan juga perlu.


Semalam ada kumpulan yang merungut apabila di sebut akan berlaku peningkatan cukai:


Kerajaan bercadang menaikkan kadar Cukai Perkhidmatan kepada 8% berbanding 6% peratus. Namun agar tidak membebankan rakyat, peningkatan ini "tidak termasuk" perkhidmatan: 


1. Makanan 

2. Minuman

3. Telekomunikasi


Harus di fahami baik-baik! Tidak termasuk! Tidak termasuk perkhidmatan seperti makanan dan minuman serta telekomunikasi.


Kenaikan cukai 8% adalah meliputi perkhidmatan logistik, pembrokeran, penajajaminan dan karaoke.


Akhirnya kita berseuju bahawa keutamaan dan penanda aras Ekonomi MADANI yang dicerakinkan kepada tiga tumpuan utama iaitu:


Pertama: Tatakelola Terbaik Demi Ketangkasan Perkhidmatan.


Kedua: Penstrukturan Semula Ekonomi Bagi Melonjak Pertumbuhan.


Ketiga: Peningkatan Darjat Hidup Rakyat.


Pokok pangkalnya berilah ruang serta sedikit masa kepada PMX untuk memperbetulkan semula keadaan. Kita belum lagi terlambat untuk bersetuju dengan sosok pembentangan budjet semalam.


Terbaik! Pembentangan Belanjawan 2024.


#SunTzu

#MalaysianMadani

#Belanjawan2024


Copylink: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=872330087785956&id=100050269188770&mibextid=Nif5oz