Belanjawan tertinggi makro ekonomi: TEKUN tekad bantu usahawan kecil




 Pembentangan Belanjawan 2024 yang memperuntukkan sehingga RM390 bilion kepada sektor perusahaan kecil atau makro menunjukan iltizam Kerajaan Madani untuk membangunkan ekonomi peniaga, petani atau usahawan kecil kecilan.


Bagi Pengerusi TEKUN Nasional, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid, peruntukan yang sebegitu besar amat dinanti natikan dan akan beliau agihkan kepada semua usahawan kecil yang layak mengikut kategori perusahaan atau peniagaan mereka.


"Diumumkan Bajet 2024 oleh Perdana Menteri (PM) dan beberapa perkara telah disentuh yang melibatkan hampir RM390 bilion


"Antara yang disentuh ialah TEKUN Nasional yang diamanahkan RM330 juta untuk menyebar luaskan produk aktiviti peniaga dalam kumpulan makro.


"Ini adalah bajet yang luar biasa untuk kita. Belum ada sebelum ini PM sebegitu peka dan prihatin tentang golongan kumpulan mikro ini," katanya kepada pemberita selepas majlis minum petang dan taklimat pembiayaan TEKUN Nasional di kawasan parlimen Bandar Tun Razak, semalam.


Menurut Abdullah Sani lagi, langkah bijaksana kerajaan itu akan beliau serta pasukan aturkan dengan cermat supaya dana berkenaan dapat disalurkan kepada semua pihak layak mendapat pembiayaan.


"Saya yakin dan percaya dengan adanya bajet sebegini, akan memudahkan kita memberi pembiayaan kepada mereka yang berkelayakkan," katanya.


Ditanya wartawan jenis perniagaan apakah yang akan ditumpukan oleh TEKUN untuk dibiayai, beliau berkata, pembiayaan berunsur pertanian lebih diperlukan dalam keadaan peningkatan kos harga barang keperluan pada ketika ini.


"Apabila saya buat lawatan di Indonesia dan dapat perkongsian maklumat, pertanian adalah unjuran yang pertama saya akan fokus kerana pertanian itu dituntut oleh rakyat untuk disiagakan


"Di Indonesia 70% pembiayaan Bank Rakyat Indonesia itu ditumpukan kepada pertanian. Saya akan aturkan sedemikian untuk beri galakan orang kita membuat pertanian sebagai pendapatan utama


"Bila mikro dia mewakili tanaman kontan, hasil cepat. Ini termasuk padi, pisang, cili, timun, konsep pertanian hidroponik dan sebagainya," katanya lagi.


Dalam majlis itu Ahli Parlimen bandar Tun Razak Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail telah menyampaikan ucaptama yang menggalakkan usahawan kecil mendapatkan pembiayaan TEKUN bagi meningkatkan keupayaan perniagaan mereka untuk menjadi lebih bersaing dan berdaya maju.


Terutama kepada pejuang reformasi yang menjadi tumpuan pada majlis berkenaan. Bantuan tersedia kepada mereka yang layak berdasarkan perniagaan yang diceburi.


No comments: