RAMAI AHLI PARLIMEN PN DAH SEDAR PENIPUAN HAMZAH DAN ABAHKAU



Mohamad Fairul Al-Qasas


Penipuan Hamzah Zainuddin kononnya jumlah Ahli Parlimen dah cukup untuk bentuk Kerajaan Perikatan Nasional akhirnya terbongkar.


Ini tidak lain hanyalah kisah dongeng yang didendangkan kepada Ahli Parlimen PAS dan Ahli Parlimen Bersatu oleh Hamzah dan Abahkau. 


Kononnya ada Ahli Parlimen UMNO yang akan melompat untuk naikkan Abahkau jadi Perdana Menteri. Ini memang lucu.


Kononnya Abang Jo GPS sudah tak sabar-sabar lagi nak menyokong Abahkau jadi Perdana Menteri.


Ini semua adalah mimpi basah Hamzah dan Abahkau saja.


Hakikatnya, Abang Jo GPS paling lantang menyokong Kerajaan Perpaduan dan kepimpinan YAB PMX. Belum pernah lagi Abang Jo GPS rasa dihargai oleh pemimpin dari Putrajaya sebagaimana di bawah kepimpinan YAB PMX. 


Masa mesyuarat kabinet di Kuching, YAB PMX sendiri meminta Abang Jo GPS untuk memberikan taklimat kepada barisan Menteri kabinet mengenai kejayaan Sarawak membangunkan teknologi hidrogen dan hibrid yang pertama di Malaysia.


Belanjawan 2024 juga membuktikan yang YAB PMX benar-benar komited dengan perjanjian MA63. 


Hamzah sebenarnya sudah buntu.


Abahkau pula sudah kemurungan.


Hakikatnya, tidak ada mana-mana Ahli Parlimen UMNO yang mahu menyokong Abahkau jadi Perdana Menteri lagi.


Ahli Parlimen UMNO jauh memiliki kelas mereka tersendiri dalam memberikan sokongan kepada mana-mana pemimpin. Mana mungkin Ahli Parlimen UMNO nak menyokong Abahkau. 


Ahli Parlimen PAS pula sedang tidak ketahuan punca dan sudah mula menggelupur mahukan peruntukan Ahli Parlimen.


Ini ditambah lagi dengan adanya beberapa Ahli Parlimen PAS yang membelakangkan keputusan Hadi Awang untuk menandatangai MOU sokongan kepada kepimpinan YAB PMX dan Kerajaan Perpaduan.


Terkejut?


Jangan terkejut.


Tunggu sahaja bulan depan.


Akan ada kejutan besar kepada Hamzah dan Muhyiddin.


Ada beberapa Ahli Parlimen PAS dan juga Ahli Parlimen Bersatu di waktu ini sebenarnya sedang mengadakan rundingan untuk tandatangan MOU dengan Kerajaan Perpaduan.


Mereka sudah letih nak bermain politik dah terus ditipu hidup-hidup oleh Hamzah dan Abahkau.


Kawasan Parlimen mereka terabai. Rakyat di kawasan dah mula bising. Boleh tanya Ahli Parlimen Ketereh jika tak percaya. 


Kepada Ahli Parlimen PN. Buatlah apa yang terbaik untuk pengundi di kawasan Parlimen anda semua. Hikayat dongeng tukar Kerajaan oleh Hamzah dan Abahkau ini tidak akan membantu rakyat di kawasan anda pun.


Hakikatnya, sokongan Ahli Parlimen kepada YAB PMX sedang bertambah.


Ada Ahli Parlimen PN yang sudah berani menyokong secara terbuka.


Ada juga beberapa Ahli Parlimen PN yang sedang berunding.


Ada juga Ahli Parlimen PN yang sedang menyokong YAB PMX dan Kerajaan Perpaduan dalam hati.


Bila tiba masanya nanti Hamzah dan Abahkau akan tahu berapa jumlah Ahli Parlimen mereka yang masih bersama mereka....


Tunggu....


Sekian.


C&P



No comments: