Sepanjang minggu pra Budget 2024, saya telah menulis. Kerajaan ini tidak boleh lagi jadi populis. Dengan kedudukan ekonomi negara makin parah, hasil ketirisan dan salah guna kuasa sekian lama.
True enough, seperti yang kita jangka. Kerajaan ini tiada opsyen lain, selain dari bite the bullet.
Mereka umumkan kenaikan Cukai Perkhidmatan dari 6% ke 8%. Selain itu, akan dibuat subsidi bersasar juga. Maknanya, T20 kena bersedia. Anda (termasuklah isi rumah saya) bukan lagi penerima subsidi.
Bagi mereka yang faham kedudukan ekonomi negara, we saw it’s coming. Negara kita akan makin tenat, kalau semua nak disubsidikan. Trend negara minyak di dunia juga sama. Malah negara lagi kaya dari kita seperti Saudi Arabia, turunkan subsidi mereka.
Kerajaan juga kenakan pelbagai cukai kepada sektor korporat. Cukai Keuntungan Global dan Cukai Saham yang tak digunakan. Ini semua untuk negara tambah pendapatan.
************************
Dengan segala pengorbanan yang diberi, untuk negara tambah pendapatan lagi. Tempias yang kena pada golongan korporat dan T20. Satu saja yang diminta untuk Kerajaan selalu ingati.
We expect a “Quad Pro Quo” deal. Maknanya, it must be “something for something”. It shouldn’t be one way traffic!
Makanya, Kerajaan juga kena back up! Push on delivery and reformasi yang dijanji.
Ya, rakyat patut lebih memberi. Tambah bila Negara lemah sekali. Namun, selepas ini anda akan dalam SCRUTINY. Yang ketat sekali.
No more honeymoon period, no more main2. Menteri dan Pegawai Kerajaan perlu tingkatkan service delivery. Buktikan pengorbanan ini ada value for money!
You ask something from us, we want something in return. Selepas ni dan 4 tahun lagi. There won’t be mercy from the rakyat. Mereka akan selalu ingat.
Makanya, kita bersedia. Berkorban untuk negara. Pemimpin dan mereka di atas sana juga patut sedar sama. Mereka berkuasa atas cukai dan duit rakyat. Itu amanah yang perlu dijaja.
Loyalty to our country, always. Loyalty to the Government, only when they deserve it!
Tunjukkan la pada kami, anda Kerajaan yang boleh kami hormat dan sokong, untuk Malaysia kembali ke
landasan yang betul, aman dan makmur.
Salam hormat,
Liyana Marzuki