Dalih Covid-19 cemari Parlimen tapi tak mampu sekat kerakusan politik

Dalih Covid-19 cemari Parlimen tapi tak mampu sekat kerakusan politik

Pandemik koronavirus sememangnya memerlukan komitmen luar biasa dan tumpuan penuh semua pihak menanganinya. Bukan sekadar memerangi wabak maut itu tetapi juga impak dahsyatnya, termasuk kesan sosio-ekonomi untuk jangka panjang.
Berdepan agenda penting ini memerlukan pembabitan dan kerjasama yang jitu serta mantap. Sewajarnya setiap potensi terbaik, tanpa mengira perbedaan politik, dapat digembleng dan turut serta dalam proses memulihkan negara.
Namun begitu, satu hakikat yang nyata lagi terang, telah berlaku tragedi rampasan kuasa atau kudeta, ketika kita berdepan serangan wabak lebih dahsyat pada akhir Februari lalu. Malaysia tanpa jemaah menteri, hanya berketuakan perdana menteri interim, dan tumpuan dipusatkan kepada karenah politikus yang sibuk membeli sokongan serta meranapkan kerajaan pilihan rakyat.
Pakar ekonomi Dr Jomo Kwame Sundaram berkata krisis politik yang berlaku di tanah air pada akhir bulan Februari itu telah membazirkan masa negara untuk bersiap sedia menghadapi penularan wabak Covid-19.
“Kita hilang sekurang-kurang tiga minggu kerana ketidakpastian dan kekurangan kepemimpinan. Dan yang lebih penting lagi, kekurangan sumber tambahan yang sangat diperlukan untuk membeli peralatan ujian. Kita kehilangan tiga minggu di sana. Apa sahaja kemajuan yang kita ada dalam tindakan awal pada bulan Januari sebahagian besarnya hilang pada minggu-minggu ini,” kata Jomo.
Episod penubuhan kerajaan pintu belakang ini merupakan detik hitam dalam proses pendemokrasian, yang sepatutnya semakin matang dan teruji selepas PRU14, Mei 2018. Bagi kalangan penyokong pentadbiran baharu ini, kewujudannya cuba dilegitimasikan dengan hujah-hujah dangkal, meskipun belum disahkan di Dewan Rakyat. Sehingga Presiden Pas terpaksa mengutus warkah panjang kepasa gerakan Islam di Timur Tengah bagi mempertahankan kerajaan tebuk atap itu.
Sidang Parlimen yang ditunda, daripada Mac kepada Mei depan, turut dicemari motif politik elit penguasa apabila hanya dihadkan sehari sahaja. Tentu alasan mudah dapat diberikan, iaitu wabak maut Covid-19, sehingga terhalang fungsi semak-imbang dan pemantauan terhadap perjalanan kerajaan.
Sepatutnya di zaman kritikal lagi genting ini, sidang Parlimen amat diperlukan untuk berbahas dengan tuntas banyak strategi dan pendekatan kerajaan, termasuk pakej rangsangan ekonomi dan inisiatif lain yang berkaitan.
Kita boleh faham jika sidang yang penting ini menutup serapatnya peluang untuk membawa usul tidak percaya kepada perdana menteri. Muhyiddin Yassin dalam posisi tidak selesa khususnya berdepan dengan sokongan ahli Parlimen Umno, yang merupakan kelompok majoriti dalam Perikatan Nasional. Umno secara terbuka melahirkan pandangan seolah-olah menjarakkan diri dengan kerajaan tebuk atap yang lebih dikuasai Bersatu itu.
Tetapi dengan tiadanya sesi pertanyaan lisan, pertanyaan bertulis, perbahasan titah diraja, maka peluang amat berharga untuk meneliti langkah-langkah berkesan negara berdepan impak besar koronavirus telah disia-siakan.
Langkah kerajaan membenarkan beberapa sektor ekonomi beroperasi penuh mulai 29 April – tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditentukan – sepatutnya membolehkan Dewan Rakyat bersidang sekurang-kurangnya dua minggu, kata Majlis Presiden Pakatan Harapan.
Beberapa pindaan perlu dilakukan pada peraturan mesyuarat bagi membolehkan parlimen bersidang lebih lama.
Antaranya, kata PH, ialah mengenai sidang dalam talian dan penetapan jumlah anggota parlimen tanpa menjejaskan korum atau peratusan undian parti masing-masing.
“Masalah rakyat juga perlu perhatian khusus Parlimen, termasuk isu kebajikan, pekerjaan, malah juga semak dan imbang perjalanan kerajaan bagi menjamin ketelusan pengurusan dan kebertanggungjawaban pihak eksekutif,” kata kenyataan bersama tiga ketua parti komponen PH itu.
Semasa pemerintahan singkat PH, banyak juga diusahakan agenda pembaharuan, termasuk ke atas institusi Parlimen. Selepas bertukar kerajaan, kita tidak lagi mendengar ura-ura untuk menambaik baik sistem yang ada.
Langsung tidak berbunyi iltizam perubagan di mana-mana kementerian. Ya, kerajaan ini pun tertegak atas pengkhianatan dan tidak mempunyai manifesto atau komitmen politik untuk dilunaskan.
Pandemik Covid-19 sering dijadikan dalih untuk membantutkan demokrasi tetapi ia tidak pernah menghalang keghairahan melampau penguasa untuk membolot segala peluang, kedudukan, jawatan strategik dan sebagainya.
Percakaran sekutu yang saling syak wasangka sejak hari pertama, semakin serius. Muhyiddin kini diasak Umno dan menimbulkan rasa tidak senang partinya sendiri. Bersatu pula akan melalui proses pemilihan kepimpinan parti, termasuk jawatan presiden.
Perhatian tertumpu ke selatan tanahair, negeri pertama kerajaan PH tumbang sebelum angkara terhadap Putrajaya disempurnakan. Dalam PRU14 lalu, Johor juga merintis jalan berlaku perubahan besar.
Apakah kali ini pembelotan akan ditebus, juga bermula dari sana? Mampukah Muhyiddin, dengan kuasa seorang perdana menteri mengawal anak-anak buahnya sendiri berdepan asakan Umno yang menguasai sumber di Johor?

Lebih 133 ribu tandatangani petisyen bantah PKP Bersyarat

Lebih 133 ribu tandatangani petisyen bantah PKP Bersyarat

TAHNIAH KAUNTER PELABURAN DAH DIBUKA. TUNGGU FATWA DI BULAN RAMADHAN



AWAS...JAGA JARAK ANDA


Tiada penerangan foto disediakan.

KISAH SEEKOR MEWAUNS YANG GANAS BERTUKAR MENJADI TUKANG MASAK...



NORSHIDAH MOHD DAUD

Beginilah suasana di wall para MEWAUN selepas hancing di kencing pemimpin Melayu Islam sendiri
Bukan dia sorang je camni, yang lain-lain pun sama
Kalau dulu asal ade isu je, mereka lah juara
Sekarang masing-masing bz memasak di dapur sempena Ramadhan
Alhamdulillah
Korang nak tau resipi-resipi boleh add Rohisham Zainudin sepanjang Ramadhan


GAMBAR SEKADAR HIASAN
Imej mungkin mengandungi: makanan

Mengapa Sidang Parlimen Perlu Diadakan Lebih Sehari-SAIFUDDIN NASUTION JELASKAN ISU YANG DIBAWA DSAI KEPADA MUHYIDDIN






Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berpandangan sidang Parlimen perlu diadakan lebih daripada sehari bagi memastikan isu COVID-19 dapat ditangani dengan lebih berkesan. Katanya, tindakan kerajaan Perikatan Nasional menolak cadangan untuk mengadakan sidang Parlimen yang lebih teratur secara tidak langsung menafikan peluang untuk menambahbaik polisi seperti Perintah Kawalan Pergerakan dan Pakej Ransangan Ekonomi.

DULU LAUNG BMF...KOMINEH.,KAPIR...LA DIAM..



Dulu laung BMF. Seolah-olah jatuh kafir kalau beli barang orang Cina, barang orang India.

Datang Covid19, habis semua barang di atas rak-rak kedai runcit, rak-rak di mall. Licinn!

Barangan bantuan pun beli ndak kira kedai melayu ka kedai cina ka kedai india ka. Hahaha cakap besar!

Dulu ejek e-wallet mati-matian. Sekarang bukan e-wallet kau kena hadap. hehe semua pakat Zoom.

e-pendidikan, e-dagang, e-segala macam. nahh e-raya juga mungkin tahun ni. e-kahwin 🤣 padan muka!

Bayar fitrah pun pakai e-zakat, amekkau..

Dulu cakap kalau jual aset ni menjual harta negara menggadai negara. Bangsa terancam itu ini.

Sekarang dalam tempoh kurang DUA bulan, habis dijual aset dijual saham oleh kerajaan. Eh, diam pulak?

Dulu ratib komunis, asal Cina terus komunis. Cina China Cina Malaysia semua komunis.


Sekali Covid19, siap jemput doktor China Komunis naik kapal datang Malaysia. Ndak takut ka?

Covid19 kan dari China? Oh cina komunis jadi halal sudah asal bukan DAP kan? 🤣🤣 hipokritnya lahaii.

Minta mask pun dari China Komunis. Minta alat perubatan pun dari China Komunis. Semua dari Komunis.

Dulu ada yang cakap, DAP perintah, masjid semua tutup. Azan dilarang kononnya. Nahh..mulut masin...

Sekarang rasalah. Masjid tutup, solat jemaah, solat jumaat, solat terawih semua ndak boleh.

Kata - kata tu DOA. Kau ratiblah hari - hari. Sekarang rasalah hehe. Semua Tuhan pulangkan balik.

PM8 = Padan Muka 8 kali 🤣

P/S | Aku syak yang tulis ini urang Sabah 😁😅

DULU SAYA DIPANDANG MULIA, SEKARANG JIJIK.,.


BERHENTILAH MEMFITNAH, JIKA MAHU DIHORMATI







Pada 22 Mac 2020 pula, Hadi menulis surat kepada Gerakan Pemimpin Islam Dunia, mendakwa kemenangan PAKATAN HARAPAN pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu menyebabkan negara jatuh kepada situasi yang amat bahaya kerana keputusannya memihak kepada majoriti Non-Muslim yang mempergunakan Tun Dr Mahathir. Hadi menuduh kononnya terdapat peluang campurtangan pihak asing, serta sokongan Amerika Syarikat, Eropah, Singapura, Zionis dan juga Freemason. Katanya Parti Amanah Negara (AMANAH) berorientasikan Islam liberal-sekular, yang dibentuk oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga pimpinan DAP. Dakwaan ini pun tidak disertakan sekelumit bukti. Maka ia hanyalah fitnah. Terkini Hadi mendakwa PAKATAN HARAPAN tidak peduli kepada nasib pelarian Rohingnya. Ini juga satu kenyataan fitnah.


TUDUHAN CURI: SAIFUDDIN DITANYA SUDAH LAPOR SPRM?






Maksudnya, Saifuddin harus melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah di atas dakwaan bahawa Kerajaan PAKATAN HARAPAN mencuri. Beliau juga harus menentang perlantikan politik yang dilakukan oleh Kerajaan yang sekarang beliau sertai. Adalah dipercayai 'Geng Kitol' yang dimaksudkan oleh Amin merupakan gerombolan yang diketuai Dato' Seri Azmin Ali. Sementara itu Pengarah Komunikasi AMANAH Nasional Khalid Samad menjelaskan perlantikan Kok Wai, sebagai Duta Khas ke China adalah untuk membantu merungkai isu perjanjian bekas Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak yang banyak menguntungkan China. "Bila dibincang dalam cabinet diakui perlu tumpu hubungan dengan China. Banyak isu timbul kerana perjanjian Najib terlalu menguntungkan China. Kita nak betulkan. Hubungan mungkin terjejas. Kok Wai dilantik Duta Khas TIDAK bertaraf Menteri untuk uruskan," ciap Khalid.

HANYA MAJIKAN GILA MENGAKU AMBIL BURUH PATI





Tiba-tiba Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mengeluarkan kenyataan bahawa statistik mengenai bilangan pekerja asing tanpa izin (PATI) pada 2019 yang tular baru-baru ini adalah palsu. Menurut laporan Bernama, kenyataan yang dikatakan palsu itu menyebut; "According to data released by the Statistics Malaysia in 2019, the total number of legal and illegal foreign workers in Malaysia has reached 6.7 million. Of these, only about 2.7 million are legal foreign workers, and the other four million are illegal foreign workers. Maksudnya: Mengikut data dikeluarkan Jabatan Statistik Malaysia pada 2019, jumlah keseluruhan pekerja asing sah dan tidak sah di Malaysia telah mencecah 6.7 juta. Daripada jumlah itu, 2.7 juta adalah pekerja asing sah, dan empat juta lagi adalah pekerja asing tidak sah.” DOSM menegaskan pihaknya tidak pernah mengeluarkan statistik berkaitan pekerja asing tanpa izin tersebut.

MUJUR BUKAN ZAMAN PH



Boleh tak saudara bayangkan kalau ini dilakukan oleh kerajaan PH?  Rasanya tajuk utama Harakah waktu itu mesti berbunyi;

" Kerajaan PH benarkan buka kedai Toto atas arahan Dap".


"Menteri Agama takut kepada Dap, buka kedai judi, tutup surau dan masjid".

"Islam terancam, kedai judi dibenarkan beroperasi, surau dan masjid ditutup"

"Zalim!!  Rakyat biasa dihukum akibat solat berjemaah, Menteri boleh berbangga melakukannya".



Dan....banyak lagilah tajuk2 yg kitab suci mereka boleh siarkan asalkan dapat memburukkan imej kerajaan PH.  Bila kaedah itu juga gagal untuk jatuhkan kerajaan PH, akhirnya guna cara paling jijik dan kotor iaitu khianat dan belot.  Lebai pun sokong perbuatan ini asalkan dapat jadi menteri MEWA.

WFAUZDIN NS


Kenyataan Media: PENGUMUMAN KEHABISAN DANA ERP PADA HARI PEKERJA AMAT MENGEJUTKAN



Kenyataan Media

2 Mei 2020

PENGUMUMAN KEHABISAN DANA ERP PADA HARI PEKERJA AMAT MENGEJUTKAN

Dalam pakej rangsangan ekonomi prihatin rakyat, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) yang mana kerajaan memperuntukkan RM120 juta untuk membiayai RM600 sebulan bagi pekerja yang cuti tanpa gaji.

Malangnya, kenyataan PERKESO pada 1 Mei 2020 telah memaklumkan bahawa permohonan yang dibuat selepas 27 April 2020 adalah tidak layak untuk menikmati bantuan kewangan ini. Menurut PERKESO, dana RM120 juta itu hanya mengambil kira bantuan kewangan untuk tempoh sebulan bagi 200,000 pekerja (200,000 x RM600). Akan tetapi, PERKESO telah menerima sebanyak permohonan yang melibatkan seramai 230,652 pekerja. Dalam kata lain, dana tersebut telah habis digunakan dan tidak cukup untuk menampung permohonan-permohonan yang dihantar.

Saya amat terkejut dengan pengumuman PERKESO tersebut secara tergesa-gesa dan tidak terancang. Kehabisan dana tanpa sebarang pelan tambahan dan penjelasan akan mencalarkan kredibiliti pakej rangsangan ekonomi PRIHATIN yang diumumkan oleh Kerajaan Perikatan Nasional. Pengumuman tersebut juga tidak mengambil kira ribuan pekerja yang susah sekarang dan mengharapkan pekerjaan mereka dapat dikekalkan. Dalam situasi kritikal ini, tindakan sebegini umpama satu penghinaan kepada warga pekerja, apatah lagi ianya diumumkan sempena Hari Pekerja.

Penamatan ERP selepas 27 April 2020 merupakan satu lagi penganiayaan Perikatan Nasional bukan sahaja terhadap golongan pekerja tetapi juga kepada majikan PKS. PKS-PKS seperti Lee Beauty Saloon, Mi Kolok Hj Salleh dan Syarikat Surjit Kaur Sdn. Bhd. yang disebut dalam ucapan Muhyiddin Yassin akan turut terjejas kerana mereka tidak dapat lagi mengekalkan pekerja mereka melalui skim tersebut yang telah dijanjikan sebelum itu.

Saya menggesa Menteri Kewangan Tengu Zafrul dan Menteri Sumber Manusia M Saravanan tampil dan menjelaskan kepada rakyat mengapa keputusan tersebut boleh dibuat secara terkejut, mengapakah dana tambahan tidak boleh diperuntukkan lagi? Dalam situasi yang mana sekurang-kurangnya 230 ribu pekerja terpaksa mengambil cuti tanpa gaji, Kerajaan Perikatan Nasional sepatutnya tidak boleh mengambil sikap sambil lewa dan buat pusingan-U lagi.

YB Lee Chean Chung
Bendahari Agung KEADILAN



BERBALOIKAH KELONGGARAN PKP 4 MEI?

BUKA PKP, MUNGKIN WUJUD PKP LEBIH KETAT SELEPAS INI?

COVID 19: RAKYAT BELUM BERSEDIA ‘BUKA EKONOMI’? – DR DZUL

GAJI LANTIKAN POLITIK PN

NAK LOCKDOWN KECOH, BUKA LOCKDOWN CARCA MERBA

APAKAH MAKAN DIRESTORAN LEBIH PENTING DARI SOLAT DI MASJID



Pengumuman Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin bahawa beberapa sektor ekonomi akan dibenar beroperasi mulai 4 Mei ini telah mengundang reaksi tidak setuju yang lebih besar daripada orangramai.
Antara sektor ekonomi yang dibenarkan beroperasi mulai Isnin ini ialah kedai makan, restoran serta difahamkan juga kedai menjual nombor ekor dengan SOP tertentu seperti penjarakan sosial dan penggunaan hand sanitizer adalah diwajibkan.
Aktiviti bersukan seperti berjoging dan bermain badminton serta golf juga turut dibenarkan.
Lebih ramai tidak setuju dengan keputusan itu kerana PKP fasa keempat ini sepatutnya berakhir pada 12 Mei depan, tetapi Muhyiddin telah melonggarkannya seminggu lebih awal.
Bukankah lebih baik sehingga 12 Mei ini dikuatkuasakan saja PKP sepenuhnya seperti sekarang dan tunggu sehingga PKP fasa keempat ini berakhir barulah jika kebenaran beberapa sektor ekonomi beroperasi mahu dilaksanakan?
Lagi pun, setelah tujuh minggu PKP dilaksanakan, apa bezanya menunggu hanya seminggu saja lagi sehingga tarikh 12 Mei?
Apakah Muhyiddin tidak mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku di Hokkaido Jepun di mana kes Covid-19 meningkat semula setelah perintah berkurung ditamatkan lebih awal?
Mengapa kerajaan melonggarkannya dengan memperkenalkan pula PKP bersyarat mulai 4 Mei, sedangkan dalam masa yang sama pengumuman orangramai tidak boleh balik berhari raya di kampung yang jatuh pada 23 Mei turut dilakukan dalam pengumuman Muhyiddin semalam?
Ini bermakna kalau kerajaan bimbang orangramai balik berhari raya ke kampung akan meningkatkan semula wabak Covid-19, apakah dengan pembukaan kedai makan atau restoran yang dilanjutkan sehingga jam 10 malam bermula 4 Mei ini tidak membawa risiko yang sama?
Lebih-lebih lagi kerana sekarang adalah bulan puasa, sudah pasti kedai makan, terutamanya kedai mamak akan penuh pada waktu dengan orang ramai makan minum atau melepak bersama kawan-kawan bermula Isnin nanti.
Lebih buruk, oleh kerana surau dan masjid masih ditutup, maka kunjungan orangramai ke kedai makan dan restoran mamak sudah pasti akan meningkat sehingga akan memaksa meja-meja diletakkan memenuhi ruang-ruang jalan.
Dengan itu, tidak mustahil akan wujud jangkitan Covid-19 yang lebih besar yang berpunca daripada kluster kedai mamak di seluruh negara selepas ini.
Kebenaran aktiviti bersukan juga dibimbangi meningkatkan wabak Covid-19 seperti contohnya jika ramai yang berjoging secara serentak di waktu pagi dan petang.
Yang paling mendukacitakan, terutama bagi umat Islam ialah sementara kerajaan membenarkan restoran, kedai makan dan kedai nombor ekor beroperasi, tetapi masjid dan surau untuk solat berjemaah masih lagi ditutup.
Sehingga ini sudah tujuh minggu umat Islam tidak menunaikan solat Jumaat serta tidak boleh berterawih di surau dan masjid seperti tahun-tahun sebelumnya.
Dalam hal ini, jika SOP tertentu seperti penjarakan sosial dan penggunaan hand sanitizer boleh dikuatkuasakan kepada pengunjung restoran dan kedai mamak, mengapa hal yang sama tidak boleh dilakukan dengan membenarkan solat berjemaah di surau atau masjid?
Terutama di negeri atau kawasan yang sudah dikenalpasti sebagai zon hijau, apa masalahnya lagi bagi kerajaan masih tidak membenarkan masjid dan surau dibuka seperti biasa?
Tambahan pula, meskipun tidak berdaftar dan melalui tebuk atap, bukankah kerajaan PN ini digembar-gemburkan sebagai kerajaan Melayu/Islam yang kononnya lebih baik dalam menjaga kemuliaan agama Islam berbanding PH dahulu yang didalamnya ada DAP?
Apakah Pas yang sudah berada dalam kerajaan sekarang tidak berperanan mencadangkan sesuatu yang boleh memperlihatkan kedudukan agama Islam di era PN ini lebih tinggi kedudukannya berbanding restoran mamak dan kedai nombor ekor?
Kalau sebelum menjadi kerajaan, Pas sering mengaitkan sesuatu isu dengan ancaman terhadap Islam dan tergugatnya kedudukan Melayu, mengapa dalam keadaan kedai nombor ekor dan restoran mamak lebih diutamakan sekarang ini berbanding masjid dan surau, parti Islam itu masih tidak berkata apa-apa?
Benarkah PN ini sebuah kerajaan yang betul-betul menjaga kedudukan Melayu/Islam atau kerajaan yang ditubuhkan semata-mata mahu mengejar jawatan? 
(ShahbudinHusin 02/05/2020)


Apakah keruntuhan kerajaan PN bermula di Johor?


ULASAN

Tajuddin Ab Rahman
KEMELUT kerajaan PN Johor nampaknya tidak boleh ditusuk selindungkan lagi. Johor kini dalam radar pemeriksaan para pemerhati politik negara. Cakap dan cakar politik dalam kerajaan PN Johor sudah kian merebak dan makin menular.

Penularannya lebih kencang daripada Covid-19 waktu ini. Ironisnya pendemik Covid-19 sudah tampak hendak mengurang, tetapi kemelut politik di Johor semakin membelang pula. Apakah isu terbaru selepas Covid-19 ianya hal politik Johor?


Setiap hari ia dipertutur dan dispekulasikan. Macam-macam analisis dibuat dan hipotesis politik Johor sedang dilakukan. Sekiranya bukan kerana Covid-19 saya pasti politik Johor mendominasi hel ehwal politik kita.

Percakapan mengenai keadaan di Johor bukan saja kalangan politis di negeri itu, tetapi sudah terbawa ke Kuala Lumpur. Kuala Lumpur sudah mula memerhati serius. Sesuatu isu di peringkat negeri apabila sudah terbawa ke Kuala Lumpur ertinya ia kritikal. Kebiasaanya orang Kuala Lumpur tidak akan bercakap isu-isu peringkat daerah dan negeri. Isu daerah dan negeri biarlah negeri uruskan. Pemimpin tertinggi akan bercakap isu kebangsaan yang lebih besar.

Apabila pemimpin peringkat kebangsaan sudah membuka mulut mengenai apa berlaku di Johor itu maka ia adalah suatu isu besar dan penting. Kemelut di Johor itu sudah jadi isu kebangsaan.

Itu, Tajuddin Abdul Rahman siapa tidak kenal dengannya, beliau merupakan salah seorang jaguh menggerakkan rakyat untuk meruntuhkan kerajaan PH telah bersuara menyatakan kebimbangannya mengenai apa yang berlaku di Johor. Suara Tajuddin itu bukan sembarangan, beliau jarang menyentuh hal-hal remeh begitu. Apabila beliau turut memperhati maknanya ia serius.

Katanya seperti dilaporkan, beliau meminta pemimpin atasan campur tangan menyelesaikan kemelut di Johor itu. Cadangnya penyelesaian itu bukan saja oleh pemimpin peringkat bawahan atau kawasan tetapi di peringkat tertinggi.

Apabila meminta pemimpin atasan campur tangan, ertinya kemelut di Johor itu tidak dapat diselesaikan diperingkat negeri lagi. Ia bukan isu kecil yang boleh dilihat sebelah mata.

Ahli MT Umno itu sama sekali tidak menafikan apa yang berlaku di negeri bahagian selatan itu, sebaliknya secara tidak langsung mengakui suasana itu. Menurutnya sebagai pakatan baru ia banyak masalah. Ertinya Tajuddin dapat baca apa masalah yang berlaku di Johor itu dan beliau sendiri dirodok kewalangan.

Apa yang disuarakan Tajuddin itu sudah cukup untuk diterjemahkan bahawa kemelut di Johor itu dalam bahaya yang memerlukan penangani secara tuntas oleh pemimpin peringkat atasan. Ertinya Tajuddin sudah tidak yakin kemelut di Johor itu mampu diatasi pemimpin di negeri itu sahaja.

Dalam hierarki politik apabila disebut pemimpin peringkat atasan siapakah mereka? Mereka adalah Muhyiddin Yassin selaku presiden Bersatu dan Ahmad Zahid Hamidi sebagai presiden Umno. Dan maksud perundingan peringkat tertinggi akan membabitkan perundingan eksekutif.

Perundingan peringkat eksekutif tentu tidak akan mencakupi hanya isu di Johor sahaja. Pastinya ia akan turut sama melencung membincang dan turut menyelesaikan isu-isu peringkat nasional yang tidak disentuh dan diputuskan selama ini. Salah satu ialah mengenai kedudukan Zahid dan lain-lain pemimpin utama Umno dalam kerajaan PN.

Sehingga hari ini Muhyiddin belum memberi kata putus mengenai kedudukan Zahid dalam kerajaan atau bagaimana Muhyiddin untuk berterima kasih dan membalas budi kepada Zahid. Apakah kita mengira Zahid redha dengan apa yang dihadapi kini?

Sesuatu yang kena difahami tanpa kerjasama Umno, Muhyiddin tidak akan jadi perdana menteri. Bagi sang pengorban tentulah mereka menuntutkan sesaji. Seperti mana dalam kepercayaan karut orang Melayu, jin dan hantu yang diminta membantu sesuatu akan diberikan sesaji sebagai upah.

Tanpa diberikan sesajian ia boleh berpaling tadah sampai sanggup memakan dan menyusahkan orang yang mengupahnya itu. Dalam konteks politik, pengsekongkolan untuk jatuh kerajaan PH itu apakah Zahid tidak mahu apa-apa sesajian?
Apabila Tajuddin menggesakan demikian saya melihat ke situ tujuan dan maksudnya. Motif Tajuddin bukan saja untuk Johor tetapi untuk Kuala Lumpur sahaja. Umno kini sebenarnya belum menemui rentak sebenar dalam kerajaan PN sedangkan dalam masa sama ia mulai mengira banyak kerugian dan damage ditanggungnya kerana menyokong Muhyiddin.

Mereka menyedari yang Bersatu cuba untuk membayangi mereka setelah mendapat laba daripada kesanggupannya. Secara diam-diam berlaku perebutan kuasa di antara Bersatu dengan Umno bagi meneruskan kerajaan PN. Hakikat ini tidak terselak ke luar.

Dan apa yang berlaku di Johor itu, "penganiayaan" Umno kepada Bersatu adalah percubaan Umno untuk menguji kekuatan Bersatu. Itu sebenarnya. Fahami isu di Johor itu ia tidak berlaku dan terjadi begitu sahaja tanpa motif. Apakah orang Bersatu memahami keadaan dan kondisi ini wallahu'alm.

Tetapi yang jelasnya penyesalan kerana bersekongkol dengan Umno sudah  mulai dirasai dengan apa yang berlaku sekarang ini. Bersatu sudah dapat merasakan Umno tidak adil dan jelas memperalatkannya untuk mendapatkan sesuatu (Kerajaan). Cakap-cakap dan ulasan pemimpin Bersatu berhubung ulah Umno menjelaskan keadaan itu.
Salahuddin Ayub
Benarlah apa yang dianologikan oleh Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub; Umno parti berpuaka dan ada saka yang tidak mungkin boleh berlaku adil dengan Bersatu. Jika Bersatu mengharap keadilan daripada Umno ia sesuatu pengharapan yang sia-sia sahaja.

Lantaran itu Salahuddin tanpa pesimis membuka jalan kepada Bersatu agar kembali kepada PH bagi meneruskan pengorbanan dan perjuangan demi rakyat seperti dilakukan semasa dalam kerajaan PH dahulu, selain ia juga bagi mengelakkan Bersatu terus diperbudakkan oleh Umno.

Ada benarnya kata Salahuddin itu. Rasanya orang Bersatu pun dapat tahu dan membandingkan keselesaan sebenar apakah bersama PH atau bersama PN.

Dalam pada itu pada bacaan saya kemelut di Johor itu telah menjempitkan Muhyiddin. Muhyiddin dalam keadaan desparate. Beliau memahami apa yang berlaku dan dilakukan itu. Justeru kini beliau masih belum bersuara atau mengulas kemelut itu. Kesibukan menguruskan negara yang dilanda Covid-19 tampaknya dijadikan alasan untuk beliau mendiamkan diri.

Tetapi dunia dapat mengetahui apa yang sedang bergelora dalam jiwa Muhyiddin kini. Disamping cemas dengan Covid-19 beliau juga sangat bimbang dengan kedudukan dirinya. Muhyiddin sudah tidak ada helah dan akal lain lagi untuk tidak menjawab dan menyelesaikan kemelut di Johor itu kerana orang-orang Bersatu mungkin bersatu untuk menolaknya dalam mesyuarat agung parti itu nanti yang dikira gagal meneguhkan maruah dan martabat parti.

Persoalan yang mahu dilihat daripada kemelut di Johor kini, apakah ia akan menjadi pemula dan penyebab kepada akan runtuhnya kerajaan PN di Johor? [wm.kl.1:20 pm 01/05/2020]