Kerajaan PH tidak mengenakan Kawalan Pergerakan yang ketat waktu menghadapi gelombang pertama dan kedua. Namun, mereka berjaya mengawal merebaknya wabak sehingga kes aktif hanya berjumlah 22 kes sahaja. Tanpa perintah berkurung, kerajaan PH telah berjaya mengawal kluster pelancong China dan orang2 Malaysia yang mendapat jangkitan dari China.
Walaubagaimanapun kerajaan PH telah digulingkan akibat pengkhianatan Muhyiddin Yaasin dan Azmin Ali maka terdapat dua minggu di mana keadaan Covid 19 tiada pantauan yang khusus dan jitu yang telah menyebabkan Kluster Tabligh.
Perdana Menteri baru sahaja mengisytiharkan pelongaran PKP yang akan berkuat kuasa 4 May 2020. Pada waktu ini, kes aktif berjumlah 6000 dan setiap hari ada kes baru.
Ini bererti langkah terbaru Muhyiddin Yaasin ini lebih berisiko tinggi berbanding kaedah dan cara kerajaan PH dahulu. Ramai yang berpendapat kaedah yang digunakan oleh Muhyiddin Yaasin ini akan gagal dan hanya akan memaksa kerajaan mengulangi semula PKP.
Ini kerana keadaan masih genting dan kadar jangkitan masih tinggi walaupun sudah menurun sedikit.
Namun, dilihat Muhyiddin Yaasin begitu tergesa gesa kerana tampaknya Malaysia sudah tidak mampu menanggung kos PKP kepada ekonomi Malaysia. Dianggarkan ekonomi Malaysia kerugian RM2.6 billion setiap hari ketika PKP berlangsung.
Namun, sekiranya kadar jangkitan bertambah selepas kelongaran ini, maka kos ekonomi yang bakal ditanggung akan jauh lebih besar dari sekarang.
Akhir kata, tindakan Muhyiddin yang terbaru ini mengesahkan kebenaran cara dan kaedah kerajaan PH dahulu dalam menangani wabak Covid19 di Malaysia.
Kalau tidak disebabkan oleh tindakan rakus Langkah Sheraton saya percaya keadaaan Covid19 tidak serius seperti sekarang ini. Inshaalah.
Kaedah yang PH laksana dalam mengendali wabak Covid19 adalah seperti menarik rambut dalam tepung. Rambut tak putus, tepung tak berselerak.
Dalang utama tersebarnya wabak Covid19 adalah Langkah Sheraton. Angkara langkah itu, selama dua minggu wabak ini tersebar tanpa ada kerajaan memantau dan mengawal secara aktif supaya wabak tidak tersebar.
*TULANG BESI*