ALASAN LEBAI

 

Kalau kena pada dia, "Jangan renovate rumah yang dah siap, silap-silap runtuh". Alasan tamak kuasa.

Tapi, kalau rumah orang lain diruntuhkan oleh pengkhianat, boleh pulak lebai tumpang semangkuk dengan pengkhianat? Sebab, dapat masuk rumah tu kan?

Itulah hukum lebai.Image may contain: 1 person, text that says "mk malaysiakini Malaysiakini (BM Version) 22m ··… "Bukan senang untuk ubah, rombak dan renovate rumah yang sudah siap. Silap hari bulan ia boleh runtuh, kata timbalan menteri besar. i MALAYSIA MALAYSIAKINI (BM VERSION) Mohd Amar: Kelantan ibarat 'rumah siap', tiada cadangan lantik exco Umno"

 

KENAPA HARI INI?

 HAMDAN TAHA;

Menarik kisah di parlimen sampaikan 6 orang positif convid di parlimen....bagaimana mereka boleh ada di sana...

Contoh polis bantuan kenapa hari ini betul betul hari pertama sidang dewan di sah kan ada 4 orang positif....kenapa hari ini....?????? Keputusan itu keluar pada waktu yang tak tepat...tak mungkin 4 orang itu hari ini baru kena....dan terus di dapati positif...

Jika mereka buat swab test tiga hari lepas dan keputusan mengatakan mereka negatif tidak di keluarkan kenapa benarkan mereka bekerja oada hari ini....sepatutnya semua yang ada di sidang parlimen sama ada petugas di sana atau media atau pun polis bantuan sudah di sah kan negatif sahaja yang di benarkan ke parlimen......

Ini tiba tiba di umum ada 6 orang positif tak kah menakutkan semua yang akan ada di parlimen....apa jaminan besok tak ada lagi yang positif jika sop yang di guna pakai sesiapa jer boleh masuk parlimen....apa punya menteri lah yang jaga parlimen ni....tak layak betul lah dia jadi menteri

(Live) Dr Aziz Bari: Menjelang Belanjawan 2021



(Live) Bicara Bersama Dr Mujahid Yusof Rawa

SETELAH DR. MASZLEE TINGGALKAN PEJUANG, DR. SHAHRUDDIN JUGA TAK WAJAR KEKAL LAGI DALAM PARTI ITU

 

Hari ini, secara tiba-tiba Dr Maszlee Malik, Ahli Parlimen Simpang Renggam mengumumkan menarik diri daripada Parti Pejuang yang mana sebelum ini beliau adalah salah seorang ahli jawatankuasa penajanya.

Dengan pengumuman keluar itu, Pejuang kini hanya dianggotai empat Ahli Parlimen – Tun Mahathir Mohamad (Langkawi), Mukhriz Mahathir (Jerlun), Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu) dan Dr. Shahruddin Salleh (Sri Gading)

Sebelum ini, seorang lagi Ahli Parlimen yang rapat dengan Tun Mahathir iaitu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muar) lebih dulu memilih tidak bersama dengan Pejuang.

Sebagai alternatif meneruskan perjuangannya, Syed Saddiq memilih menubuhkan parti baru – Ikatan Demokratik Malaysia atau Parti Muda.

Keputusan Dr. Maszlee, bekas Menteri Pendidikan era PH keluar daripada Pejuang tidaklah memeranjatkan sebenarnya kerana baru-baru ini beliau telah didapati menandatangani Akuan Bersumpan atau SD menyokong Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri bagi menggantikan Muhyiddin Yassin yang sedang berdepan banyak masalah dan ketidaktentuan.

Meskipun SD beliau itu viral di media sosial, sehingga ini Dr. Maszlee tidak pernah menafikannya.

Melalui keputusan Dr. Maszlee ini, selain ramai yang mengalu-alukannya kerana dianggap telah membuat keputusan yang tepat demi menjamin kelangsungan perjuangannya di masa depan, tidak kurang yang ingin tahu apa pilihannya selepas ini?

Adakah beliau akan kembali kepada Bersatu?

Atau memilih wadah baru seperti PKR atau Amanah untuk pulang ke pangkuan PH yang memenangkannya di Simpang Renggam dalam PRU14 lalu?

Oleh kerana Dr. Maszlee adalah Ahli Parlimen Simpang Renggam, kerusi yang dimenanginya pada PRU14 lalu mempunyai komposisi pengundi Melayu 59.60%, Cina 30.8%, India 8.84% dan selebihnya adalah kaum-kaum lain, pilihan yang terbaik untuk beliau terus berpeluang cerah mengekalkan kerusinya ialah dengan kembali kepada PH.

Dalam hal ini, sudah tentulah piihan parti yang sesuai untuk beliau sertai ialah PKR.

Menyertai parti lain seperti Bersatu yang sedang bermasalah besar dengan UMNO adalah pilihan yang sama seperti kekal dalam Pejuang – hanya jalan mati dan tiada peluang untuk menang lagi.

Pada PRU14 lalu, Dr. Maszlee berjaya memenangi kerusi Simpang Renggam atas tiket PH yang menggunakan logo PKR dengan memperolehi 18,157 undi menewaskan calon Gerakan yang mewakili BN, Liang Teck Meng yang mendapat 14,682 undi dan calon Pas, Mohd Jubri Selamat yang memperolehi 2,983 undi.

Hanya bersama PH memberinya harapan untuk menang lagi di Simpang Renggam.

Bersekali dengan keputusan Dr. Maszlee itu, seorang lagi ahli jawatankuasa Pejuang, Dr. Shahruddin Salleh juga boleh dianggap menempah jalan mati jika tidak segera membuat pilihan yang sama.

Dr. Shahruddin adalah Ahli Parlimen Sri Gading di mana komposisinya pengundinya ialah Melayu 65%, Cina 33.17%, India 1.46% dan selebihnya kaum-kaum.

Komposisi pengundi yang hampir sama antara Sri Gading dengan Simpang Renggam itu menunjukkan kekal bersama Pejuang atau menyertai Bersatu bukanlah pilihan untuk Dr. Shahruddin mampu kekal lagi di kerusi tersebut.

Tambahan lagi, dalam tulisannya pada 1 Jun lalu, beliau antara lain menulis – cuba saudara berikan jawapan yang seikhlas-ikhlasnya kepada saya. Saya sekarang adalah ahli Parlimen Sri Gading. Adakah PN atau PH yang akan memberikan laluan mudah tanpa bahas untuk menerima calon ahli Bersatu bertanding di Parlimen Sri Gading di PRU15 nanti? PN atau PH? Itu jugak adalah jawapan kepada satu soalan paling pokok. Lebih selamatkah Bersatu dalam PN atau dalam PH?,.. Saudara jawab!!!

Berdasarkan hakikat tersebut, kembali kepada PH dan sebaiknya menyertai PKR, sama seperti Dr. Maszlee juga, ia adalah pilihan yang tepat bagi Dr. Shahruddin meneruskan perjuangannya dan bagi memungkinkannya mampu menang lagi di Sri Gading.

Tidak sekadar itu, dengan keputusan Pejuang untuk bersendirian dalam PRU15 akan datang, bagi tiga kerusi lainnya iaitu Langkawi dengan komposisi Melayu 90.37%, Cina 6.51% dan India 2.4%, Jerlun dengan Melayu 91.23%, Cina 6.89% dan India 0.1% serta Kubang Pasu dengan komposisinya Melayu 86.49%, Cina 8.53% dan India 3.46% – ia juga sukar untuk dikekalkan lagi.

Lebih sukar jika sehingga PRU15 akan datang, permohonan Pejuang untuk mendaftarkan partinya tidak diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan. 

(Shahbudindotcom 02/11/2020)



MAHATHIR PUNCA PAKATAN HARAPAN JATUH, DAKWA HUSAM


malaysia-chonicle.com


SHAH ALAM – Kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dirancang sejak hari pertama menjadi kerajaan, dakwa bekas Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Senator Husam Musa.

Menurutnya, perkara itu sudah banyak kali dimaklumkan kepada pucuk pimpinan parti sejak tahun lalu, termasuk kepada Timbalan Presiden Amanah, Salahudin Ayub.

Dakwa beliau, salah satunya sikap Dr Mahathir Mohamad ketika menjadi Perdana Menteri apabila melengah-lengahkan pelantikan senator dalam kalangan parti PH.

“Saya masuk (jadi senator) selepas PH jatuh tapi ada 16 kekosongan senator pada zaman PH. Tun (Mahathir) macam sudah simpan orang untuk dilantik kemudian di Dewan Negara macam Zahid Mat Arip dan Tengku (Datuk Seri) Zafrul (Tengku Abdul Aziz) dan lain-lain.

“Ia (Dewan Negara) kini ia dikuasai oleh sebelah sana (kerajaan Perikatan Nasional).

“Bagi saya kejatuhan PH dirancang daripada awal, strateginya berjalan sendiri sampai masa 'tup' jatuh, cuma tarikh tidak tentu, tidak tetap,” katanya pada Sembang Santai Politik: Kejatuhan PH adalah satu rancangan di DHM Channel seperti dilaporkan portal berita Malaysia Gazette hari ini.

Tambah Husam, Ahli Parlimen Langkawi itu sengaja melambat-lambatkan pelantikan senator, sebaliknya segera membuat keputusan dalam banyak isu lain.

“Setiap sesuatu yang berlaku ada petanda oleh ALLAH termasuk kiamat yang ada tanda-tanda kecil dan besar sebelum ia berlaku.

“Sekiranya pembangkang sekarang mahu menggunakan jurutera yang sama (Mahathir) bagi merampas kerajaan, ia hanya membuang masa.

“Kita (PH) sangkut kerana tak ‘move forward’. Banyak cara lagi, bukan kata senang tapi selain Tun M jadi PM (semula) ada beratus lagi jalan yang ada,” katanya.

Dalam pada itu, mengenai dakwaan kononnya ada kerjasama antara Mahathir dengan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah untuk menubuhkan kerajaan Perpaduan, beliau menganggap ia membuang masa.

“Saya dengar Tun enam bulan jadi PM, Ku Li (Tengku Razaleigh) pun enam bulan, ini buang masa. Saya sudah sampaikan salam kepada orang yang baik dengan Ku Li, baik dia kerjasama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Justeru, pucuk pimpinan parti perlu mengambil kira pandangan minoriti dalam PH. Kalau makan kari Pelita (kedai mamak) hari-hari mana nak?” soalnya.

 

ANTARA DUA DARJAT.. 'DOUBLE STANDARD'


RINA HAMZAH


 Image may contain: one or more people and text

KANTOI LAGI.. pemimpin Perikatan Nasional (PN) langgar kuarantin terbang dari Sabah ke Hotel Hilton utk jumpa Ketua-ketua parti Dalam PN !!

Sepatutnya beliau tamat kuarantin pada 6/11/2020, tetapi kenapa kerajaan mahupun KKM boleh 'benarkan' Presiden STAR tersebut ingkar/ langgar perintah kuarantin yang telah ditetapkan ??!

ANTARA DUA DARJAT.. 'DOUBLE STANDARD'

JELAS !!.. Jeffry Kitingan telah DIBERI 'BORANG 14b' di bawah Seksyen 15 (1) Akta 342 bagi tujuan menjalani perintah kuarantin.

Agak-agak apa pula alasan polis & AG untuk jika Jeffry Kitingan tidak diambil tindakan undang-undang sepertimana Menteri Khairuddin terlepas kononnya tak diberi 'BORANG 14b' tu..

SR

 

Dalang Fitnah Seks (Rakaman Penuh)




Dato Johari Abdul merupakan antara individu terawal yg dibawa Dato menyaksikan klip fitnah. Kupasan lengkap beliau disamping penerangan dari aspek teknikal yang luas menambahkan lagi keyakinan kita bahawa rakaman itu adalah satu fitnah keji. Sama-sama kita dengar dan renungkan. Jangan sampai anak cucu kita menjadi mangsa akibat permainan fitnah yang tidak berkesudahan ini.

26 POSTING HINGGA KINI. LAGI BERITA MENYUSUL

 



TERIMA KASIH KERANA MENYOKONG WRLR.. LAGI BERITA AKAN MENYUSUL. 

KISAH ATOK 95 BAKAL KESEORANGAN BERSAMA ANAKNYA.

HANYA MUHYIDDIN YANG TAHU MENGAJAR ATOK 95.

JAGA JAGA ..JANGAN BAGI DIA NAIK SEMULA...




TEPAT SEKALI BENAK ...

 


BENAK NI MUDAH SAJA, KALAU MURID SEKOLAH DOK KELAS PENGABISAN SEKALI. APA PUN TAK MAU BUAT. BAGI KERJA SEKOLAH TAK MAU BUAT, BILA TANYA SENYUM , BAGI KERJA TAK SIAP...TU LA TU....MUDAH FAHAM...



Pertahankan Khairuddin tak pakai ‘mask’, Nik Abduh dilabel bebal dan benak

Pertahankan Khairuddin tak pakai ‘mask’, Nik Abduh dilabel bebal dan benak

KENAPA MOKTAR SENIK.MENGALAH ATAU MERAJUK.


Posting lebai kelarah moktar senik macam gayanya merajuk.Apa plak, tak main la merajuk.  Adanya hang dalam industri politik menyakat ni bermakna hidup la politik kerarah engkau. Biar dah dikenaan 2 kali kerana main wanita massenger, takkan nak blah dah dari arena politik. Kan seronok kecam pagi pagi buat pimpinan PH dan DAP..

Tapi kalau status engkau macam celaka, memang la orang kecam. Kau bukannya bagus sangat pun. Nak  dakwah macamana , kalau asyik kena hentam saja.

Sebenarnya sikap kau buatkan netizen dah tak peduli pun apa kau tulis, sebabnya kau suka merapu.Ketaksuban kau membuat orang meluat. Dalam Malaysia sekarang, parti kau bukan orang hormat macam zaman dulu dulu, maksud aku zaman Fadzil Noor, dan Tok Guru. zaman dimana orang dan bangsa lain hormat ustaz dan lihat Pas ni sebagai satu wadah dimana golongan profesional dan agamawan bersatu.Bukan macam zaman sekrang ini dimana orang lihat Pas ni kejar jawatan dan tak ada maruah. 

Paling orang meluat sekarang ni dalam Pas, ialah Takiri, orang tunggu dia bercakap saja, sebab cakap dia macam cakap orang bodo piang. Apa yang diabawa dengan idea kelapa sawit dia dan tanam buloh yang dia kutuk cina DAP, tetapi dia sedar bahawa industri buloh ini makan nilai billion...tapi ya la kan..kaum cina tahu tentang selok belok perniagaan...kau jual air dan kismis .

Apa pun langkah kau boleh lah dan elok lah kau tak payah posting pun lagi dalam FB kau tu...orang kecam kau kau blok...senang ja politik kau....






 

Penceroboh Tanah, Tanam Musang King Apa Nasib Mereka? ULANG TAYANG.

Pencerobohan Hutan Di Pahang, Sering DAP Dipersalahkan, Padahal Sebenarn...MENTERI MEWA DI MANA? SESSI TERJAH YB RARA ...LIHAT SENDIRI

ELOK BENAR TINGGAL KAN SI OT95 TU...

 


ANWAR DI DEWAN RAKYAT HARI INI GAMBAR GAMBAR

 ANWAR IBRAHIM



Mesyuarat Ketiga Persidangan Dewan Rakyat Penggal Ketiga Parlimen ke-14 bermula hari ini.

Sudah pasti tumpuan diberikan kepada pembentangan Belanjawan 2021 dan urusan aturan mesyuarat yang lain.

Juga turut serta dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemilih Dewan Rakyat bagi memilih ahli-ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara.

 

Tiada sidang Parlimen sebelah petang, bagaimana dengan Belanjawan 2021?

 



Apabila usul untuk memendekkan tempoh sidang Parlimen pada minggu ini diluluskan, timbul persoalan sama ada Belanjawan 2021 akan dibentangkan seperti biasa pada Jumaat ini.

 

Ini kerana, pembentangan untuk belanjawan tahunan kerajaan pada kebiasaannya akan diadakan di sebelah petang, iaitu pukul 3 petang.

 

Perkara ini dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng yang mempersoalkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan sama ada usul itu akan turut meliputi hari Jumaat iaitu hari pembentangan Belanjawan 2021.

 

"Walaupun untuk minggu ini sahaja dan sungguh pun ketua whip telah bersetuju, tapi ketua parti-parti masih belum dimaklumkan.

 

"Saya ada bincang dengan Ketua Pembangkang dan kita hormat apa yang dicapai, tetapi saya nak dapat briefing dulu sebelum buat keputusan dari pihak parti dan Pakatan Harapan (PH).

 

"Sebabnya, ini sesuatu yang unprecedented, sekurang-kurangnya kami dapat maklum balas, ini agak penting kerana ia melibatkan sovereignty and supremacy of parliament.

 

"Jangan hakis hak ahli parlimen di sini untuk berbahas seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat," katanya.

 

Takiyuddin bagaimanapun menjelaskan pihak kerajaan masih belum membuat keputusan sama ada Belanjawan 2021 akan dibentangkan seperti biasa kerana usul yang dibuat hanya berkuatkuasa untuk satu hari sahaja.

 

"Usul yang dibuat hanya untuk hari ini sahaja, usul yang melibatkan hari bajet belum diputuskan lagi, jadi usul ini untuk hari ini sahaja.

 

"Usul esok untuk esok, jadi esok kena buat usul lagi," katanya.

 

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching meminta kerajaan supaya menambah hari bersidang sekurang-kurangnya untuk seminggu.

 

"Memandangkan sidang dipendekkan ke pukul 1 petang dan dipersetujui semua, boleh saya minta untuk mesyuarat akan datang supaya jumlah hari boleh ditambah lagi.

 

"Ini disebabkan minggu ini hanya ada setengah hari, sekurang-kurangnya panjangkan satu minggu lagi supaya semua orang ada masa yang mencukupi untuk berbahas rang undang-undang yang akan dibentangkan.

 

Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran pula berharap kerajaan mempertimbangkan untuk meneruskan sidang Parlimen secara maya.

 

"Kalau kita adakan parlimen maya (virtual), semua ini dapat diselesaikan, kalau negara-negara lain adakan secara maya kenapa Malaysia tak boleh.

 

"Kalau ada perubahan dengan peraturan mesyuarat, kita boleh buat dengan serta-merta, kenapa kita tak utamakan perkara ini," katanya.

Kakitangan Dewan Negara positif Covid-19, sidang Parlimen ditamatkan awal

 

Sidang Dewan Rakyat terpaksa ditamatkan lebih awal hari ini iaitu pada pukul 1 tengah hari setelah beberapa kakitangan Dewan Negara didapati positif Covid-19.

 

Perkara itu diusulkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan dalam mesyuarat khas tergempar yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Azhar Azizan Harun.

 

Katanya, mesyuarat itu dihadiri oleh semua wakil parti dengan Pakatan Harapan (PH) diwakili oleh Ahli Parlimen Sg Petani, Datuk Johari Abdul (KEADILAN), Ahli Parlimen Hulu Langat, Datuk Hasanuddin Yunus (AMANAH) dan Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke (DAP).

 

Takiyuddin berkata, semua wakil parti termasuk pembangkang bersetuju dengan usul untuk memendekkan tempoh perbahasan di Parlimen pada minggu ini, dengan tidak mengadakan sidang di sebelah petang.

 

"Beberapa kakitangan Dewan Negara disahkan positif Covid-19 dan dijangka ada ahli Dewan Negara kemungkinan positif kerana pegawai itu 'attach' kepada ahli dewan dan mempunyai kaitan keluarga jadi perkembangan ini membimbangkan kita.

 

"Saya sendiri berada di parlimen 4-5 hari sehingga semalam untuk mengadakan proses sanitasi oleh unit hazmat dari bomba dan satu sesi ambil masa lebih dari dua jam.

 

"Dewan Parlimen juga dibuat sanitasi setiap pagi bermula 7 pagi sehingga 9 lebih untuk kita bersidang tetapi kami dinasihatkan oleh KKM bahawa risikonya amat tinggi, itu terma yang digunakan. KKM berkata lebih lama kita bersama risikonya akan menjadi lebih tinggi.

 

"Jadi usul ini bawa tanpa prejudis tapi ia mungkin hanya untuk minggu ini," katanya.

 

Bagaimanapun, apabila dipersoal oleh pembangkang, Takiyuddin menegaskan bahawa pihak kerajaan akan memastikan ia tidak menjejaskan sesi perbahasan untuk setiap usul dan rang undang-undang yang akan dibentangkan di Parlimen.

 

"Satu norma baru berhubung persidangan terpaksa diambil, dengan syarat apa yang dilakukan oleh pihak kerajaan dan dewan tidak menjejaskan hak ahli parlimen untuk bertanya soalan untuk berbahas dan untuk mengundi.

 

"Pihak parlimen juga akan kendalikan satu tatacara pentadbiran yang melibatkan kehadiran ahli parlimen dan keluar masuk dewan.

 

"Ketua parti akan diberikan arahan dari semasa ke semasa bagi memenuhi segala SOP yang ditetapkan oleh parlimen.

 

"Satu persetujuan bersama dan konsensus telah dicapai, malah wakil ketua pengarah kesihatan turut hadir dalam mesyuarat. Jadi mengambil kira pandangan semua pihak, langsung tidak ada prejudis terhadap persidangan ini," katanya.

 

Sidang Parlimen dipendekkan, banyak undang-undang tidak dapat dilaksana

 


Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin mengakui kurang berpuas hati apabila sidang Parlimen ditamatkan lebih awal, meskipun telah diberitahu bahawa ada kemungkinan ahli dewan terdedah kepada kakitangan Dewan Negara yang didapati positif COVID-19.

 Beliau menganggap pemeriksaan kesihatan telah diadakan dengan begitu rapi dan terperinci bagi membolehkan ahli parlimen bersidang di Dewan Rakyat pada bulan ini.

 "Semua ahli dewan telah membuat saringan COVID-19, dan semua SOP dijaga dengan baik.

 "Jadi saya amat terkejut apabila masa dipendekkan hanya sampai pukul 1pm kerana kita ada banyak isu dan perkara yang perlu dibahaskan. Kalau dipendekkan masa bersidang, maka akan terjejas urusan ahli parlimen," katanya.

 Beliau juga berpendapat kerajaan seharusnya mengambil gambaran yang lebih besar terhadap apa yang dihadapi rakyat ketika ini.

 "Saya tidak nampak rasional untuk kurangkan masa kerana COVID-19 ini boleh serang kita bila-bila masa sahaja, ia tidak bercuti selepas 1pm.

 "Saya nampak ada keperluan untuk berbahas, kerajaan sekarang pun besar, sepatutnya bawa lebih banyak dasar atau rang undang-undang untuk bantu rakyat.

 "Kalau kita hanya bercuti, banyak undang-undang tidak dapat dilaksanakan, saya amat kecewa dengan keputusan ini," katanya.

 

SUDAHNYA AGONG PULA NAK DISAMAN?

 SUDAHNYA AGONG PULA NAK DISAMAN?