malaysiakini.com
Sumber: MT memang tak puas hati Muhyiddin 'belasah' menteri Umno
Sebab itulah, kata sumber yang dekat dengan pimpinan tertinggi parti, mendorong Umno adakan mesyuarat majlis tertinggi hingga dua kali seminggu.
FAEZUDDIN PUAD
Dulu mereka kata perlu wujudkan sebuah kerajaan tanpa DAP,
melayu akan bersatu dan negara menjadi lebih aman tenteram.
Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya, sejak penubuhan
kerajaan PN, Bersatu dan UMNO tidak pernah tenteram dan kelihatan tidak cocok
bersama.
Ada saja tak kena. Bagai anjing dengan kucing.
Ternyata 'tak kena' mereka itu bergaduh bukan kerana kepentingan
rakyat sangat pun tetapi kerana ghanimah hasil rampas kuasa hujung Februari
lalu. Tak puas hati kerana jawatan TPM, jawatan menteri, jawatan GLC, ahli-ahli
majlis dan Ketua-ketua kampung.
Sampai hari ni masih tak selesai.
Adakah ini sebuah kerajaan yang diidam-idamkan?