APA BEZANYA SERAH JAWATAN ENAM BULAN AKAN DATANG DENGAN MENYOKONG ANWAR JADI PM SEKARANG?



Bagi pendokong dan pentaksub Tun Mahathir Mohamad, termasuk yang berada dalam PH, hakikat mereka tetap mahukan Pengerusi Bersatu yang telah terpecat itu dijadikan Perdana Menteri sekali lagi nyata bukan suatu ilusi semata-mata.

Kenyataan Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke bahawa gandingan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri dan Anwar Ibrahim sebagai timbalannya sudah pun dipersetujui oleh DAP dan Amanah serta hanya menunggu persetujuan PKR untuk ia dimuktamadkan dengan sendirinya mengesahkan tanggapan yang wujud selama ini.

Tambah Anthonyt lagi dalam bentuk gesaan, Anwar dan PKR tidak sepatutnya berlengah lagi dalam menyatakan pendirian terhadap perkara itu.

Tanpa mengambil kira bahawa Tun Mahathir sudah dua kali menjadi Perdana Menteri, berusia hampir 95 tahun, tiada parti, telah meletak jawatan dan tidak lagi berada dalam gabungan PH, kenyataan pemimpin DAP itu yang mewakili pendirian partinya dan Amanah, adalah sesuatu yang amat malang sekali bagi PH.

Ia menunjukkan bukan saja dalam pemikiran kedua-dua parti itu hanya Tun Mahathir saja yang lebih layak memimpin negara ini berbanding Anwar, bahkan memperlihatkan sikap mereka yang mengagungkan pihak luar berbanding pemimpin dalam PH sendiri.

Lebih-lebih lagi dengan kenyataan Anthony Loke bahawa gandingan Anwar dan Mukhriz sebagai cadangan asal PH menemui jalan buntu kerana mendapat bantahan daripada Warisan yang dipimpin oleh Shafie Apdal.

Bukankah dalam hal ini Warisan bukan anggota PH, tetapi hanya sebagai sekutu saja?

Jadi, kenapa PH terkepung dengan pendirian Warisan itu, sedangkan sepatutnya Warisan yang perlu akur kepada PH?

Perkembangan ini juga memperlihatkan Anwar, di mata DAP dan Amanah, dirasakan hanya sesuai menjadi Perdana Menteri setelah Tun Mahathir memegang jawatan itu buat kali yang ketiga di mana kemudian beliau akan melakukan penyerahan kuasa kepada Presiden PKR itu.

Seolah-olahnya, sebelum Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri buat kali yang ketiga, Anwar tidak layak sama sekali memegang jawatan tersebut.

Tambah menjadikan seperti jawatan Perdana Menteri perlu dimutlakkan sekali lagi kepada Tun Mahathir, hal lain yang turut menimbulkan kekeliruan ialah adanya permintaan Tun Mahathir sendiri hanya mahu menjadi Perdana Menteri selama enam bulan saja.

Dalam hal ini, Tun Mahathir juga disebut oleh beberapa pihak lain yang dekat dengannya bahawa beliau sedia diikat dengan perjanjian hitam putih beserta tarikh muktamad penyerahan kuasa kepada Anwar yang ditandatangani oleh semua pemimpin PH, Anwar serta Warisan.

Seterusnya, pihak itu juga menyebut bahawa tujuan Tun Mahathir mahu menjadi Perdana Menteri sekali lagi, walau hanya enam bulan, selain untuk meneruskan agenda menyelamatkan Malaysia yang tergendala sebelum ini kerana tumbangnya kerajaan PH, ia juga disebabkan beliau ingin menunaikan janji penyerahan kuasa kepada Anwar sebagaimana yang telah dipersetujui sejak Januari 2018 lagi.

Selepas penyerahan kuasa itu nanti, kononnya selesailah sudah segala “hutang” Tun Mahathir kepada Anwar.

Maka, selepas itu Tun Mahathir dikatakan dapat bersara dengan aman dan Anwar pula bolehlah menerajui negara tanpa banyak lagi gangguan.

Perghhhhh….sedapnya ayat-ayat cinta yang mereka dendangkan untuk menjadikan Anwar terbuai lena dibuatnya?

Soalnya, benarkah itu yang Tun Mahathir ingin dan akan lakukan setelah diangkat menjadi Perdana Menteri sekali lagi nanti?

Apakah jaminan bahawa Tun Mahathir tidak sekali lagi berhelah atau melengah-lengahkan peralihan kuasa kepada Anwar dengan pelbagai alasan yang direka-reka?

Lagi pun, sebagaimana yang disebut beberapa kali dalam blog ini sebelum ini, ikut logiknya, apa yang Tun Mahathir mampu lakukan dalam tempoh enam bulan sebagai Perdana Menteri nanti?

Jika janji dua tahun sebelum ini pun dilengah-lengahkan dengan pelbagai alasan yang mengelirukan, tidakkah tempoh enam bulan lebih mudah untuk beliau mencipta hujah lain agar tempoh memegang jawatan lebih dipanjangkan?

Yang tidak kurang menjengkelkan, kalau benar Tun Mahathir hanya mahu melakukan peralihan kuasa kepada Anwar selepas enam bulan beliau memegang jawatan Perdana Menteri, bukankah lebih terpuji jika beliau memberikan sokongannya sekarang untuk Anwar menjadi Perdana Menteri?

Apa bezanya melakukan penyerahan kuasa kepada Anwar enam bulan akan datang berbanding jika Tun Mahathir berusaha dan menyokongnya sekarang? (Shahbudindotcom 17/06/2020)

ANWAR PM KE 9 - TAHNIAH MB NEGERI SEMBILAN MB PERTAMA NYATAKAN SOKONGAN



Tahniah dan syabas kita ucapkan kepada MB Negeri Sembilan, YAB Dato' Seri Haji Aminuddin bin Harun atau lebih dikenali di kalangan penduduk Negeri Sembilan sebagai Tok Min kerana menjad MB perama yang menyatakan sokongan padu kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai PM ke 9 sekiranya PH berjaya mengambil semula mandat rakyat yang di'ragut' oleh Perikatan Nasional di dalam masa terdekat ini.

Sokongan kepada Presiden Keadilan itu bukan kerana Tok Min adalah Pengerusi MPN Negeri Sembilan tetapi hakikat yang tidak boleh dinafikan bahawa Anwar Ibrahim adalah satu-satunya tokoh yang dicalonkan oleh PH sebagai PM selepas Tun Dr Mahathir.  Sewaktu PH mengambil alih kuasa dari Bn selepas PRU14 yang lalu, Tun Dr Mahathir telah diangkat sebagai PM mengikut perjanjian dan manifesto PH di mana MB Negeri turut menyatakan sokongan kepada Tun Dr Mahathir.

Komitmen MB Negeri Sembilan terhadap PH tidak boleh diragukan lagi di mana terdapat beberapa pimpinan negeri-negeri lain sanggup mengkhianati amanat rakyat dan berpaling kepada Perikatan Nasional, kerajaan negeri yang dipimpin oleh Tok Min masih unggul dan kukuh mempertahankan mandat rakyat yang diberikan.

Kita mengucapkan tahniah kepada semua Adun PH di Negeri Sembilan yang berjaya mempertahankan maruah diri masing-masing walaupun ada cubaan untuk menjatuhan kerajaan PH di negeri adat perpateh ini.  Ini membuktikan bahawa kepimpinan Tok Min telah meyakinkan semua Adun dan dari masa ke semasa rakyat di Negeri Sembilan mulai merasai serasi dan bertuah berada di bawah kerajaan negeri di bawah PH.

InsyaAllah, sekiranya PH berjaya menjadi kerajaan semula dan Dato' Seri Anwar Ibrahim diangkat menjadi PM, satu lagi hadiah istimewa kepada penduduk-penduduk Negeri Sembilan kerana seorang MP dari negeri ini telah mencipta sejarah menjadi PM.

Dari Jelebu ke Kuala Linggi,
Singgah sebentar di Pekan Sendayan,
Berpuluh tahun kita jeritkan reformasi,
Tiba masanya kita laksanakan.

WFAUZDIN NS




Anwar Ibrahim: Memohon Maaf Kerana Belum Dapat Memuktamadkan Calon Perdana Menteri Pakatan Harapan +



Anwar Ibrahim: Tekanan Dan Perletakan Jawatan Tokoh-Tokoh Profesional Dalam GLC


APA PUNYA LEKEH, PENANG YANG KATA NEGERI CINA DAP, MELAYU SENGKEK PUN 60AN 70 AN DAH ADA AIR PAIP.


30 TAHUN warga Chini menderita dengan masalah air di tempat mereka. Hanya pada 2017 isu ini mendapat perhatian  UMNOBN dan Kerajaan Negeri. Najib Razak umum projek kolam takungam air ini 2018 sebelum PRU14. Selepas 30 TAHUN.

UMNOBN Pahang tuduh peruntukan diberhentikan oleh PH dan salahkan DAP. Peruntukan projek ini melalui FELDA. Rasanya Menteri yang menjaga FELDA di bawah PH sekarang defacto Timbalan Perdana Menteri Kerajaan PN. Dan paling pasti bukan daripada DAP.

Apa-apa pun, 11 bulan selepas PRU14, Kerajaan PH dah sambung projek ini, seperti diakui oleh MB Pahang sendiri. Kalau ikut perkiraan UMNOBN Pahang, 11 bulan ini memang lebih lama daripada 30 TAHUN. Setuju? 😉

Dalam isu air di Pahang, banyak juga Kerajaan PH telah lakukan selama menjadi Kerajaan. Ini termasuklah pelupusan hutang projek bekalan air Negeri Pahang sebanyak RM1b dan meluluskan RM653 juta bagi tiga projek air di Negeri Pahang.

Bawa lah bertenang UMNOBN Pahang, PH sudah putuskan tidak akan bertanding PRK Chini. Beria sangat nak fitnah dan salahkan PH dan DAP ini dah kenapa?




Rileks la.

Young Syefura Othman
Ketua Pemuda PH Pahang

BENARKAN OPERASI PN DILABEL KAKI JUDI


Benarkan operasi, Kerajaan PN dilabel kaki judi


Naib Presiden AMANAH Nasional, Datuk Mahfuz Omar menempelak kerajaan PN walaupun dibentuk tanpa DAP, tapi merupakan kerajaan kaki judi.
Beliau berkata, tindakan PN membenarkan pengoperasian pusat judi adalah satu keputusan yang mengejutkan walhal kerajaan ketika ini mempunyai ramai pemimpin berlatar belakangkan pendidikan agama.
Katanya, PN seharusnya melewatkan operasi perjudian dan bukan menjadikannya sektor tersebut lebih awal dibuka berbanding daripada masjid yang ketika ini dihadkan pengoperasiannya.
“Saya terkejut apabila kerajaan tanpa DAP dan lebih ramai Menteri yang berlatarbelakangkan pendidikan agama, menganggap perjudian sebagai sektor ekonomi yang sangat penting kepada mereka.



Sedangkan jika dibandingkan antara masjid dengan pusat perjudian, saya fikir lebih baik diberikan peluang untuk masjid beroperasi agar masyarakat kita lebih mendekatkan diri dengan Tuhan,” katanya ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.
Terdahulu, tular satu surat yang memaklumkan bahawa semua operator perjudian yang dilesenkan oleh Kementerian Kewangan (MOF) dibenarkan untuk beroperasi semula mulai hari ini.
Surat tersebut dilihat ditandatangani Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Dr Anuar Ariffin yang dikeluarkan pada semalam, 16 Jun.
Dalam surat itu juga, kerajaan meminta kerjasama semua operator perjudian untuk mematuhi Standard Operating Procedures (SOP) bagi pencegahan dan kawalan Covid-19 seperti lampiran yang disertakan.
Sementara itu, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, jika waktu dahulu PH sentiasa dihujani kecaman yang mendakwa mereka tidak sensitif terhadap isu tersebut, PN seharusnya tampil berbeza dengan pemerintahan PH.
Namun katanya, mereka yang dahulu membangkitkan hal berkenaan nampaknya lebih tidak sensitif.
“Saya percaya keputusan ini adalah keputusan yang disepakati oleh Kabinet termasuk Menteri Agama dan Menteri Pas. Jadi merekalah yang telah bersetuju untuk pengoperasian judi dibuka kembali.
“Jadi kalau begitu saya ulangi sekali lagi, sama saja rupanya kerajaan tanpa DAP ini merupakan kerajaan kaki judi,” tambahnya lagi.



JOM KITA LIHAT


ZACQ RUMANSA


Bagus pula pentadbiran PN sekarang ni, semua
Yang melakukan kesalahan besar seperti merasuah, salah guna kuasa, penggubalan wang haram dan sebagainya HANYA MEMOHON untuk dibebaskan tanpa dibicarakan dan dengan serta merta dibebaskan.

PM8 digelar apa? Bapa pembangunan? Bapa Politik? Bapa apa yang sesuai arr?




FUHYOOOOO....TERBAIK ....


AHMAD FIRDAUS AHMAD

Terbaik timbalan Menteri Agama nak haramkan Kasino Genting, Magnum, Sports Toto dan Da Ma Cai.
Tahniah YB Ahmad Marzuk Shaary kerana berani bersuara!


Tiada penerangan foto disediakan.







APA PUNYA NASIB..


MOHD SHAH RIM

Kes Riza Aziz, PAS tak bunyi, Kes Musa Aman, PAS bagi dalil sokong, kes Isa Samad, PAS diam diri, apa punya bangsatlah Melayu yang sokong PAS..
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks



NEGARA BERDAULAT LINDUNGI PETANI

ORANG MELAYU JANGAN DIBODOHKAN BOSSKU

NORMA BARU, LEPASKAN PENYAMUN, SELAMATKAN PN

LIVE: Sesi Facebook live bersama Anwar Ibrahim mengenai isu-isu semasa



1.37 MINIT BARU BERMULA...SILA SKIP







BERSATU BERMASAALAH KEPADA PN.BERMASAALAH JUGA PADA PH



Bersatu adalah parti yang sudah terbelah kepada dua – satu kumpulan bersama Tun Mahathir Mohamad dan satu lagi bersama Muhyiddin Yassin.
Daripada 13 kerusi Parlimen yang dimenangi Bersatu dalam PRU14 lalu dan kini hanya tinggal 12 setelah kalah dalam PRK Tanjung Piai, separuh daripadanya dengan Tun Mahathir dan separuh lagi menyokong Muhyiddin.
Mereka yang bersama Tun Mahathir ialah dirinya sendiri, Mukhriz Mahathir, Dr. Maszlee Malik, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Amiruddin Hamzah dan termasuk Dr. Shahruddin Salleh yang baru-baru ini meletakkan jawatan sebagai Timbalan Menteri Kerjaraya.
Enam lagi Ahli Parlimen adalah bersama Muhyiddin yang kini merupakan Perdana Menteri dalam kerajaan Perikatan Nasional atau PN.
Makna kata, Bersatu benar-benar sudah terbahagi dua dan lebih sesuai dipanggil Berdua berbanding Bersatu.
Lain-lain Ahli Parlimen dalam Bersatu yang ada bersama Muhyiddin adalah dalam kategori pelompat-pelompat katak daripada UMNO yang diketuai Hamzah Zainuddin yang menyertai parti itu setelah UMNO hilang kuasa pada PRU14 dan Geng Azmin Ali yang dipecat atau keluar daripada PKR.
Bersatu kumpulan Muhyiddin menubuhkan kerajaan PN bersama UMNO, BN, Pas, GPS, geng Azmin dan beberapa parti kecil yang lain.
Kumpulan Tun Mahathir yang dalam waktu yang sama sudah terpecat daripada Bersatu kerana bersama pembangkang dan masih berjuang mempertahankan hak mereka melalui mahkamah, meneruskan perjuangan bersama Pakatan Harapan atau PH dan kini amat berazam untuk menjatuhkan Muhyiddin.
Jika PN belum didaftarkan dan hubungan Bersatu pro Muhyiddin dalam gabungan itu seperti tidak ketahuan taraf atau statusnya, kedudukan Bersatu pro Tun Mahathir dalam PH adalah bukan sebagai anggotanya yang sah.
PH hanya dianggotai oleh PKR, DAP dan Amanah, manakala yang melibatkan Bersatu pro Tun Mahathir dan Warisan, ia dikenali sebagai PH Plus.
Dalam kedua-dua gabungan – baik PN atau PH – kedudukan Bersatu tidak banyak bezanya iaitu Bersatu pro Muhyiddin berada dalam gabungan PN yang tidak berdaftar, sementara Bersatu pro Tun Mahathir berada bersama PH yang berdaftar, namun bukan sebagai ahli yang sah.
Cumanya, dalam PN, mereka menjadi kerajaan dan Muhyiddin selaku Presiden Bersatu adalah Perdana Menteri, tetapi di dalam PH yang merupakan pembangkang, Tun Mahathir yang mengaku dirinya masih Pengerusi Bersatu bukanlah Ketua Pembangkang.
Ketua Pembangkang adalah Anwar yang kini merupakan Pengerusi PH.
Walau bagaimanapun, sama ada dalam PN atau PH, kedua-dua Bersatu yang sudah terbelah dua itu tetap mahu menjadi parti yang dominan atau diterima sebagai ketua.
Di dalam PN, oleh kerana Muhyiddin yang merupakan Presiden Bersatu adalah Perdana Menteri, walaupun beliau menganggap dirinya ketua dalam gabungan itu, tetapi UMNO nampaknya masih berdalih untuk menjadikan pendaftaran PN suatu realiti, jauh sekali untuk saling berbahagi kerusi.
Ertinya, selagi PN belum didaftarkan, kedudukan Muhyiddin sebagai Ketua atau Pengerusi PN masih lagi dianggap tidak sah, walaupun beliau adalah Perdana Menteri serta ketua dalam kerajaan yang ada UMNO didalamnya.
Bagi UMNO, berdasarkan kenyataan beberapa pemimpin utamanya, sokongan mereka kepada PN dan Muhyiddin adalah sehingga Parlimen dibubarkan untuk diadakan PRU15 saja, tetapi tidak dalam pilihanraya tersebut.
Sebaliknya, dalam PRU15 nanti, UMNO dan BN hanya mahu bekerjasama dengan Pas dalam Muafakat Nasional atau MN dan akan mengenepikan Bersatu.
Keadaan ini memberi gambaran bahawa UMNO mahu merebut kembali kerusi Perdana Menteri daripada Muhyiddin kerana jawatan itu sudah biasa dipegangnya sejak merdeka lagi.
Dengan semua keadaan itu, kecuali ada keajaiban dalam bertolak ansur dan kesediaan untuk berkongsi kerusi oleh UMNO di saat-saat akhir nanti, PN hampir pasti akan terus bermasalah dengan Bersatu kemungkinan ditinggal bersendirian serta Muhyiddin bakal kehilangan kerusi Perdana Menterinya selepas PRU15 nanti.
Tambah melukakan UMNO, ada pula pemimpin Bersatu yang celupar mahu UMNO lebih banyak berkorban, bukan Bersatu yang menawarkan pengorbanan terhadap UMNO yang lebih besar, lebih kuat dan lebih utuh akar umbi perjuangannya.
Di dalam PH, walaupun Bersatu bukan anggota rasmi gabungan itu, tetapi ia juga mahu menjadi parti dominan dan diiktiraf sebagai ketua.
Dengan berbekalkan lima kerusi Parlimen atau enam jika termasuk Dr. Shahruddin yang baru-baru ini meletakkan jawatan sebagai timbalan menteri, Tun Mahathir masih berusaha menonjolkan dirinya sebagai calon Perdana Menteri sekali lagi bagi gabungan tersebut.
Tindakan ini dengan sendirinya bererti Tun Mahathir mahu melangkaui kedudukan Anwar yang merupakan Pengerusi PH ketika ini.
Lebih daripada itu, Tun Mahathir juga beberapa kali memanggil PKR, DAP dan Amanah bermesyuarat dengannya seolah-olah beliau masih lagi Pengerusi PH, walaupun Anwar tidak pernah menghadirinya.
Kesimpulannya, sudahlah parti sedang terbelah dua, baik dalam PN atau PN, Bersatu sentiasa mahu menjadi dominan dan dianggap sebagai ketua.
Kalau yang ada jawatan Perdana Menteri mahu menganggap dirinya ketua, ia mungkin jugalah boleh diterima, sebaliknya yang sudah menjadi bekas dan tidak berstatus anggota rasmi pun masih mahu menjadi ketua serta ingin dirinya diangkat sebagai calon Perdana Menteri sekali lagi.
Tidakkah itu benar-benar pelik dan inilah masalah terbesar dalam PH sekarang ini?
Bersatu, kini jadi Berdua, tetapi sentiasa bermasalah kepada kedua-dua PN dan juga PH. (Shahbudindotcom 17/06/2020)


‘EXIT STRATEGY’ DIPERLUKAN UNTUK PEMULIHAN EKONOMI

FB LIVE BERSAMA ANWAR



Tengahari ini saya akan mengulas beberapa isu mendesak antaranya:
- Perkembangan terkini Pakatan Harapan
- Tekanan dan perletakan jawatan tokoh-tokoh profesional dalam GLC
- Skandal Forex BNM 1991
- Bebanan bil elektrik yang tinggi.


MGTV LIVE : Tiada Apa-Apa Yang "LUAR BIASA", BN Diberi SEMALAM PUNYA BERITA : Peluang Untuk Menang Tanpa Bertanding!



JANGAN TERTIPU LAGI

Terjemahan oleh:  WRLR


Penganalisis politik melihat kerjasama antara Anwar dan Mahathir sebagai bukan jalan menuju kejayaan jika berjaya menubuhkan kerajaan lagi.

Malaysiakini - Pelantikan Awang Sariyan bagai sirih pulang ke gagang


Awang Sariyan dari Universiti Malaya berkata Anwar seharusnya melihat kepada peritiwa lepas apa yang berlaku ke atasnya jika mempercayai Mahathir dan menyerahkan jawatan PM kepada beliau.

Beliau mengulas mengenai usul untuk melantik Mahathir sebagai Perdana menteri , sementara beliau sebagai TPM.

Menurut beliau lagi, Anwar tidak akan kehilangan apa apa dan kerugian apa apa jika tidak menerima lantikan sebagai TPM dan ini membolehkan beliau menumpukan kepada kekuatan parti dan menggerakkan jentera pilihanraya, sementara keadaan ekonomi yang semakin merudum dan tidak teratur.
James Chin dari Universiti Tasmania Asia berpendapat jika sekali pun berlakunya pertukaran pemerintah, ianya lebih menjurus kepada pilihanraya yang akan datang.Ini adalah kerana selain sedang mencukupkan jumlah penyokong dikalangan ahli parlimen PH, ianya juga kerana kedua duanya mempunyai kelebihan, dimana Anwar mempunyai sokongan di kalangan Melayu bandar, manakala Mahathir pula di kalangan Melayu luar bandar.

Beliau juga berkata kunci kepada kerjasama ini ialah MP dari Borneo iaitu Sabah dan Sarawak dimana mereka menyokong Mahathir, manakala MP dari Sarawak pula tidak bersetuju dengan DAP.
Chandra Muzaffar dakwa Tun M ketepikan Rukun Negara | Nasional ...
Chandra Muzaffar pula menjelaskan bahawa ianya bukan sesuatu yang mudah untuk menjadi kenyataan bagi PH kerana sekiranya ianya berlaku, Muhyiddin akan mengadap YDPA dengan saranan untuk membubarkan parlimen dan mengadakan pilihanraya.

Adakah YDPA akan melantik beliau untuk menjadi PM kali ke 3 dengan usianya yang sudah mencapai 95 tahun dan semunya ini berpunca dari beliau sendiri yang meletakkan jawatan ketika di lantik sebagai Perdana Menteri interim dan tidak mendapat sokongan dari rakyat .


HIBURAN PAGI INI LAGU PAS KHADAM MCA



AHLI PARTI SELURUH NEGARA JALANKAN KEMPEN ANWAR PM9



Kempen untuk melantik Anwar Ibrahim sebagai PM ke 9 kini memenuhi ruang media sosial berikutan timbulnya keraguan terhadap Mahathir yang sering berdolak dalih dalam menuntut jawatan PM9. Kempen yang bergerak atas inisiatif sendiri itu kini sudah memenuhi ruang media FB, dan tweeter dengan slogan ahli PKR tetap menyokong penuh Anwar Ibrahim sebagai PM9.


GERAKAN MASSA

Saya ahli AMANAH 10003475 Cawangan Taman Melawati, Hulu Kelang menyokong DS Anwar Ibrahim sebagai PM9.
TERIMA KASIH Pemimpin AMAMAH & DAP yang memberi sokongan kepada DSAI sebagai PM9
#DSAI