Negara berdaulat lindungi petani
Via WhatsApp
Di negara yang berdaulat petanilah yang menentukan harga komiditasnya.
Di negara yang tidak berdaulat regulator, monopoli, dan oligarki yang menentukan harga.
Selama pemerintah tidak faham fungsinya teradap produksi maka yang terjadi adalah petani terjajah dan terbelenggu oleh tali pinggang kemiskinan.
Birokrasi yang lemah mendukung kapitalis dan koraptor membunuh polisi dan dasar untuk membangun petani dan rakyat marhain.
Politisi yang lebih mesra kodok berbanding kambing, domba, kerbau dan lembu ibarat menggosok garam di luka berdarah.
Birokrasi kantor ejensi ternak tani pula jumud dan terperangkap dengan pemikiran lama dan selesa. Enggan untuk menganjak ke arah paradigma baru.
Bahawa populasi negara hampir 60 persen adalah pada usia bawah 40 yang tidak difahami oleh birokrasi tua yang terperangkap dengan old system berkarat tetapi amat berkuasa.
Jika fikiran lama masih ingin dipertahankan tanpa diperbaharui secara tuntas ia akan membawa bencana di esuk hari.
Anak muda perlu berani keluar ke hadapan secara bergandengan untuk melakukan anjakan supaya esuk kamu tidak kelaparan.
Tidak perlu kepada dokongan minda lama yang berkata mereka lebih tahu sedangkan mereka tidak faham pun apa itu artificial inteligen dalam kata sebenar melainkan hanya mampu menyebutkan.
Acapkali lontaran mereka hanya bullshits.
Buktinya, apakah kemiskinan telah diatasi dengan sistem lama mereka?
Ada kah kemakmuran tertebar rata? Apakah korupsi lenyap dengan cara mereka?
Perundangan melindungi jerung terjadi kerana sistem mereka. Monopoli dan oligarki dilindungi oleh sitem lama mereka. Kehidupan menjadi mahal kerana sistem yang ada.
Alam menjadi rosak kerana sistem mereka. Kita di kontrol oleh regulator yang di dokong oleh pemikiran lama yang kian menipis roh cinta negara.
The old system doesn’t work!