PH BERHAK UNTUK MERAGUINYA..TERUTAMA SEKALI PKR.INI SEBABNYA


Blaming Mahathir and Azmin for Anwar's doing – Malaysia Today

Muhyidin nampaknya semakin kurang tenaga.  Bacaan doa di dalam bahasa melayunya setiap hari gagal memperkuatkan kedudukannya.  Kemungkinan beliau akan kembali melutut kepada Umno.

Apa akan jadi kepada Azmin dan kumpulannya?  Tubuh parti baru?  Parti itu mahu bergabung dengan Muafakat Nasional? Kalau Bersatu pun Muafakat Nasional tidak mahu terima dan diminta untuk sertai Umno, masakan parti Azmin akan diterima.

Bercadang untuk sertai PH?  Mungkin lojik tetapi sekiranya Tun M menjadi PM.  Aku tidak pelik kalau Tun M menadahkan karpet merah buat kumpulan Azmin asalkan boleh memperkuatkan kedudukan Tun M dan dapat menghalang kemaraan Anwar.

Itulah yang bermain di fikiran kita jika Tun M kembali menjadi PM.  Jika kita yakin ini akan berlaku, maka wajib kita tentukan agar Tun M tidak menjadi PM. 

#dsai4pm

WFAUZDIN NS