Forum Awam: Integriti Kehakiman



Tonton secara langsung Forum Awam: Integriti Kehakiman berlangsung dari Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM). Saya akan menyertai forum ini bersama-sama ahli panelis berikut: 1) 𝗦𝗱𝗿 𝗦𝘆𝗲𝗱 𝗜𝗯𝗿𝗮𝗵𝗶𝗺 𝗦𝘆𝗲𝗱 𝗡𝗼𝗵 (Moderator) - Ahli Parlimen Ledang 2) 𝗦𝗱𝗿. 𝗪𝗼𝗻𝗴 𝗖𝗵𝗲𝗻 - Ahli Parlimen Subang 3) 𝗦𝗱𝗿. 𝗟𝗶𝗺 𝗪𝗲𝗶 𝗝𝗶𝗲𝘁 - Peguam, Tetuan Lim Wei Jiet 4) 𝗦𝗱𝗿. 𝗚𝗿𝗲𝗴𝗼𝗿𝘆 𝗗𝗮𝘀 - Co-Chairperson of the Bar Council Constitutional Law Committee 5) 𝗦𝗱𝗿. 𝗙𝗮𝗶𝘀𝗮𝗹 𝗔𝘇𝗶𝘇 - Pengerusi BERSIH 6) 𝗦𝗱𝗿. 𝗦𝘁𝗲𝘃𝗲𝗻 𝗧𝗵𝗶𝗿𝘂 - Presiden 𝘊𝘰𝘮𝘮𝘰𝘯𝘸𝘦𝘢𝘭𝘵𝘩 𝘓𝘢𝘸𝘺𝘦𝘳𝘴 𝘈𝘴𝘴𝘰𝘤𝘪𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 & bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia.





ISWARDY DAN RR. RAKAMAN SEMALAM


 

ACG KELUARKAN PERANAN JAC

 


Di tengah-tengah kebimbangan berhubung kemungkinan terhakisnya kebebasan kehakiman, Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini mengeluarkan kenyataan berhubung pelantikan kehakiman serta peranan Jawatankuasa Pelantikan Kehakiman (JAC).





Namun, kenyataan AGC kelihatan bercanggah dengan pendirian umum Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkenaannya.


Pada 30 Jun lalu, Anwar menepis gesaan agar khidmat Tengku Maimun Tuan Mat sebagai Ketua Hakim Negara dilanjutkan selama enam bulan, berkata yang dia tidak masuk campur dalam kehakiman dan pelantikan perlu melalui proses yang betul.


Berita penuh: https://mk.my/YT5i1tY



AKIBAT SIBUK NAK TURUN ANWAR GAJI PEMAIN KELANTAN TAK MAMPU DIBAYAR.KIOK.

 

Sham Ghaz


Kesian pemain Kelantan Darul Naim FC, bakpo jadi gini Anas Karimi Ahmad Thani tahu ke?


Nak uruskan gaji pemain pun Kelantan tak boleh ke? Macam Sanusi di Kedah juga nampaknya.


Ahli Parlimen mereka sibuk program Turun Anwar, rupanya “elaun” Pemain Bola yang diturunkan.


Minta jawab tu Kerajaan Klate







TAK KENANG BUDI KAH

 

Megat


Dulu RR kutip dana untuk korang masuk PRU.

Korang jadi YB kerana INVOKE. 

Korang jadi YB kerana Ayuh Malaysia. 

Bila dah menang, korang lupa diri.

Tiba-tiba korang kutuk dia siang malam.

Korang ni memang jenis tak kenang budi ke?




SEMANGAT REFORMASI DAN DEMOKRASI

 

Razeef Rakimin


Saya mengambil maklum kenyataan beberapa pimpinan Keadilan di peringkat cabang yang meminta Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dan lapan Ahli Parlimen Keadilan dipecat dari parti. Tindakan mendesak untuk senyapkan perbezaan pendapat dilihat sebagai tindakan ke belakang dari semangat reformasi yang  di perjuangkan sejak penubuhan parti.


Ketua-Ketua cabang ini sepatutnya menghayati kenyataan Datuk Seri Saifuddin Nasution yang berpaksikan semangat reformasi tulen untuk menerima pandangan Rafizi secara terbuka serta meraikan perbezaan pendapat.


Rafizi sebelum ini membuat kenyataan berkait isu kehakiman memandangkan ia melibatkan kepentingan awam dan ini telah menjadi bahan spekulasi yang gagal dijawab oleh kerajaan dan sedikit sebanyak mengganggu sokongan pengundi atas pagar yang terpelajar.


Jika benar Ketua-Ketua Cabang ini mendengar 'podcast' Rafizi sudah tentu mereka juga ada mendengar pendangan Rafizi berkait keperluan SST, belanjawan serta bagaimana beliau memuji bahawa belum ada kerajaan yang mempunyai tadbir urus yang lebih baik dari kerajaan Madani termasuk menerangkan beberapa inisiatif kerajaan.


Sebagai pemimpin yang ada jiwa reformasi (jika ada) mereka seharusnya melihat Rafizi sebagai Ahli Parlimen biasa yang mengutarakan isu rakyat dengan jujur dan ikhlas atas kepentingan awam. Penerangan yang beliau berikan mudah difahami sebagai contoh mengapa SST perlu dilaksana dan keperluan negara menjana pendapatan lebih dari cukai yang diterangkan dengan hati tanpa perlu bercerita tentang 'avokado'.


Adakah kita perlu membiarkan reformasi menjadi sekadar laungan namun prinsipnya dibakul sampahkan? Tindakan Ketua-Ketua cabang yang meminta sembilan Ahli Parlimen Keadilan yang bersama Rafizi dipecat sebenarnya cuba menjadikan parti ini parti 'bangsat' dengan mengekang kebebasan bersuara serta menolak perbezaan pendapat.


Kebanyakan pemimpin dilihat mula hilang dari prinsip serta janji-janji reformasi bagi memastikan kerajaan yang dibina perlu menjadi kerajaan yang terbuka mendengar pandangan mahupun kritikan walaupun dari dalaman. Saya juga melihat antara Ketua Cabang yang sering mengeluarkan kenyataan 'menjilat' dan meminta Rafizi dipecat adalah yang menang 'kepala tanpa badan' pada pemilihan parti. Maka nasihat saya tidak perlu terlalu mendabik dada sebaliknya malu dengan cara kamu menang.


Adalah lebih baik Ketua-Ketua Cabang ini mengutarakan persoalan mengapa dua Kementerian yang diterajui Keadilan sebelum ini diberikan kepada UMNO. Adakah ini isyarat seolah 19 Ahli Parlimen Keadilan selain Rafizi dan Nik Nazmi tidak berkualiti.




KEH KEH KEH...BETOI BETOI HOWLIEOW.....


 

HARAP HARAP DAH DAPAT LA DUIT DIA


 

AWAT LARI MASUK GUA


 

AAAAIKKKK. PEMBANGKANG BOLEH LAK

 



MCMC AGAK AGAK KALAU MACAM GINI OK KAH ? ATAU FIGNAH ?

 



LEBAI DOLLAH KOMEN PM ANWAR KE GANU. WALAK WALAUN PADA PEMIMPIN YANG LEKEH.


 

RR JAWAB ISU


JKOM DAN TEAM BARU HARUS CEPAT MENJELASKAN. KESIAN OM ANWAR.BACA SEDIKIT KOMEN.

 

Hamdan Taha



Rupa-rupanya rancangan PMO untuk lantik Terri sebagai Hakim Besar Malaya sudah wujud sejak tahun lepas.


Pada 29 Februari 2024, jawatan Hakim Besar Malaya telah kosong selepas penyandangnya bersara wajib. JAC pun telah memilih dan mencadangkan seorang calon kepada PMO pada bulan Mac.


Namun, PMO tak setuju dan minta JAC kemukakan nama-nama lain. JAC kemudian cadang dua lagi nama tambahan dari kalangan hakim sedia ada, tapi ketiga-tiga nama itu juga ditolak oleh PMO.


Dilaporkan pada masa itu bahawa pada bulan Julai 2024 pula, nama Terri telah dicadangkan oleh PMO kepada Majlis Raja-Raja untuk dilantik sebagai Hakim Besar Malaya.


Rancangan PMO ialah untuk lantik Terri - yang baru 9 bulan jadi Peguam Negara ketika itu - sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan dahulu sebelum dia dilantik sebagai Hakim Besar Malaya.


Cadangan ini dibantah hebat oleh bekas-bekas Presiden Bar Council yang tulis surat terbuka ketika itu, dan juga oleh bekas Timbalan Menteri Undang-undang, Ramkarpal Singh.


Akhirnya, Terri memang dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan pada November 2024 – hanya setahun selepas dia dilantik sebagai AG.


Dan jika benar dokumen terbongkar semalam yang didakwa sebagai minit mesyuarat JAC itu sahih, memang Terri telah dicadang pada Mei 2025 untuk dilantik sebagai Hakim Besar Malaya maka ianya adalah selari dengan rancangan dan kehendak PMO.


Namun candangan Terri adalah bertentangan dengan cadangan Ketua Hakim Negara ketika itu yang menyatakan Terri tidak sesuai kerana mempunyai banyak masalah integriti, termasuk cubaan mempengaruhi keputusan satu kes dan minta tukar hakim bagi kes lain yang tidak memihak kepadanya.


Laporan-laporan tahun lepas itu menguatkan lagi kesahihan pendedahan dokumen yang bocor semalam.


Setakat ini, kerajaan masih belum menafikan kesahihan dokumen tersebut.

-------------------------------------

Ini bukan tulisan saya tetapi semalam dan hari ni ramai sangat hantar ke saya cerita ni. Jika betul cerita ni sangat menyedihkan, tetapi jika tak betul Kerajaan terutama PMX wajib nafikan begitu juga anak Karpal Singh kerana di sebut nama beliau.. Saya kesian juga dekat PMX kerana banyak sangat cerita berlegar tentang kisah dia. Kumpulan Damai perlu tolong dia...





Semakin PMX ‘Mendonia’, Pembangkang Makin ‘Tersakiti’

 

Kunjungan hormat Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Marco Rubio ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan sekadar kunjungan selaku Pengerusi ASEAN 2025, malah turut menyebabkan pembangkang makin ‘tersakiti’ di mana sahaja. Foto Facebook Anwar Ibrahim

MINDA NORAINI NORDIN, 12 Jul – Blok pembangkang kini ghairah mendesak mahu menurunkan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada kerusi Perdana Menteri.

Selain melalui kenyataan dan ucapan, mereka juga merancang mengadakan Himpunan Turun Anwar pada 26 Julai depan nanti.

Menjelang tarikh tersebut, mereka mula turun ke negeri-negeri untuk mempromosi himpunan tersebut. Pembangkang cuba mengait apa sahaja yang terlintas untuk di heret bersama-sama dalam perhimpunan tersebut.




Jelas sekali pembangkang ketandusan isu malah idea untuk menurunkan PMX ketika kejayaan demi kejayaan diraih termasuk melaksanakan ikhtiar untuk rakyat.

Alahai…semakin PMX mendonia menjulang Malaysia ke pentas dunia hingga disegani pemimpin-pemimpin antara bangsa semakin pembangkang tersakiti.


KETANDUSAN IDEA



Pembangkang hakikatnya ketandusan idea dan seolah-olah tidak terbuka mata bila mereka mahu menjatuhkan Perdana Menteri yang dikenali di seluruh dunia.

Selain mereka sendiri tiada calon Perdana Menteri yang jelas, fikirkan perkara-perkara di bawah ini:



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Setiausaha Luar UK, David Lammy di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya pada 11 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Wahai para pembangkang dan mereka yang tersakiti mari baca apa penulis bentang melalui fakta ini.

  • Dalam masa dua tahun sejak Anwar menjadi Perdana Menteri – gaji dan pencen kakitangan awam naik.
  • Gaji minimum juga naik kepada RM1700.
  • Bonus tahunan, bonus raya tak pernah tidak diberikan.
  • Veteran tentera tidak berpencen sekarang dapat RM500 sebulan.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Wakil Tinggi Hal Ehwal Luar Negeri dan Dasar Keselamatan Kesatuan Eropah (EU)/ Naib Presiden Suruhanjaya Eropah, Kaja Kallas bagi meneguhkan komitmen bersama d
alam memperkukuh hubungan Malaysia-Kesatuan Eropah (EU) pada 11 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim
  • Bayaran STR atau Sumbangan Tunai Rahmah naik.
  • SARA atau Sumbangan Asas Rahmah turut naik
  • Penerima Mykasih naik kepada 5.4 juta penerima dengan bayaran RM100 sebulan.
  • Isu ketiadaan beras tempatan tidak lagi kedengaran.
  • Harga sawit getah naik dan harga belian padi naik.
  • Dividen Syariah KWSP mencatat rekod tertinggi sejarah.
  • Bantuan persekolahan naik, subsidi nelayan, petani, penoreh naik.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Menteri Luar Australia, Senator Penny Wong di pejabatnya di Putrajaya pada 11 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim
  • Flysiswa atau bantuan subsidi pembelian tiket kapalterbang untuk pelajar univesiti naik.
  • Pelaburan naik dan setiap kali Perdana Menteri melawat ke luar negara, sentiasa ada jumlah pelaburan dibawa balik.
  • Bantuan Sekolah Agama dikembalikan.
  • Tandas sekolah dan gerai di seluruh negara dinaiktaraf.
  • Sewa tapak bazar Ramadhan kini hanya RM500 sahaja.
  • Harga ayam, daging dan telur boleh dikata stabil dan ada kalanya turun.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Menteri Luar China, Wang Yi di pejabatnya di Putrajaya pada sela-sela Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-58 pada 11 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim
  • Majlis ilmu subur, ulama-ulama dunia silih berganti datang ke Malaysia.
  • FELDA dinaiktaraf dan terus dikembangkan lagi.
  • Malaysia dapat No 1 kedudukan dunia dalam ODIN.
  • SAPURA yang rugi bertahun-tahun, sekarang sudah untung RM100juta
  • MAS untung tiga tahun berturut-turut.
  • Anwar selaku Perdana Menteri terus disanjungi di seluruh dunia dan ke mana sahaja beliau pergi.




Angka dan fakta tidak pernah menipu, maka sebab apa Perdana Menteri mahu diturunkan?

Nasihat penulis eloklah mereka yang merasa ‘tersakiti’ jiwanya melihat kegigihan PMX menjulang Malaysia merawati hati kalian sebelum binasa.

– Oleh Noraini Nordin

Boleh pula ‘Saifuddin Nasution’ tawarkan bantuan kewangan


 Boleh pula ‘Saifuddin Nasution’ tawarkan bantuan kewangan

Harapandaily

July 13, 2025

Polis mengesahkan pihaknya menerima satu laporan berhubung akaun TikTok disyaki palsu dengan nama Saifuddin_Nasution1 yang dikesan menawarkan bantuan kewangan dengan tujuan tertentu.


Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Fadil Marsus berkata, akaun TikTok disyaki memanipulasi nama Menteri Dalam Negeri itu dipercayai direka dengan teknik teknologi kecerdasan buatan (AI).


Justeru, beliau mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati serta tidak mudah percaya dengan sebarang tawaran bantuan kewangan melalui media sosial.


“Sentiasa semak kesahihan maklumat sebelum bertindak,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Beliau menegaskan bahawa siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia bagi mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab.

Tegasnya, tindakan undang-undang akan diambil terhadap mana-mana pihak yang melakukan pelanggaran undang-undang ini.

Semalam, beberapa akaun palsu atas nama dan gambar Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, dikesan digunakan di TikTok dipercayai bagi menipu orang ramai.

Pejabat Menteri Dalam Negeri dilaporkan berkata, akaun palsu itu kononnya mendakwa pemimpin PKR berkenaan ingin menyalurkan bantuan kewangan melalui pautan WhatsApp diletakkan di ruangan biografi laman terbabit.



Radzi Jidin tarif USA 25% kira berbaloi di kalangan negara ASEAN...

PANAS!! - AGONG DAH BAGI INGATAN - RAFIZI JANGAN DERHAKA | PMX adalah ya...

KEM AZMIN MULA LAWAN KEM HAMZAH ? PERGOLAKAN BESAR BERSATU ?

PM Anwar Lulus Peruntukan RM200 Juta Selamatkan Pantai Di Terengganu

 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Pelancaran HHFS dan Hab Hidrogen Hijau di Stesen Janakuasa Elektrik Sultan Mahmud di Kenyir pada 12 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA BERANG, 12 Jul – Menyedari hakisan pantai yang semakin serius melanda pesisir pantai di Terengganu, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan peruntukan RM200 juta bagi membantu menyegerakan kerja-kerja berkaitan fenomena alam di negeri itu.

Perdana Menteri menjelaskan kelulusan segera Kerajaan Persekutuan itu diberikan sebaik Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar membangkitkan perkara itu sebaik tiba di sini.



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Pelancaran HHFS dan Hab Hidrogen Hijau di Stesen Janakuasa Elektrik Sultan Mahmud di Kenyir pada 12 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, ucapan tahniah perlu diberikan kepada jabatan berkaitan termasuk Jabatan Kerja Raya (JKR) yang menyegerakan projek menyelamatkan pantai daripada hakisan berkenaan kerana ia melindungi rakyat yang mencari rezeki menerusi hasil laut dan perikanan tang menjadi sumber ekonomi negeri itu.

Untuk rekod, panjang pantai di pesisir negeri itu yang menganjur dari Besut ke Kemaman ialah kira-kira 225 kilometer dengan beberapa kawasan di sekitar Kuala Nerus, Dungun dan Marang kini diancam hakisan serius.




Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Pelancaran HHFS dan Hab Hidrogen Hijau di Stesen Janakuasa Elektrik Sultan Mahmud di Kenyir pada 12 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Jadi saya ambil kesempatan ini untuk menjelaskan kerana kadang-kadang apa yang kita lakukan ini berbeza dengan apa yang disinggung di luar.

“Jadi…perbezaan (pendapat) itu dibolehkan, tetapi fitnah dan sikap yang negatif itu tidak dibenarkan, kerana ia bercanggah dengan apa yang berlaku…



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Pelancaran HHFS dan Hab Hidrogen Hijau di Stesen Janakuasa Elektrik Sultan Mahmud di Kenyir pada 12 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Jangan terpengaruh dengan dakwaan kerajaan Persekutuan tidak bantu Terengganu dalam aspek pembangunan,” katanya berucap sempena Majlis Pelancaran Pembangunan Solar Terapung Hidro Hibrid dan Hab Hidrogen Hijau di Terengganu, di Stesen Janakuasa Hidroelektrik Sultan Mahmud, Kenyir, di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Akmal Nasrullah Mohd Nasir; Pengerusi TNB Tan Sri Abdul Razak Abdul Majid; Pengerusi PETRONAS, Tan Sri Mohd Bakke Salleh.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Pelancaran HHFS dan Hab Hidrogen Hijau di Stesen Janakuasa Elektrik Sultan Mahmud di Kenyir pada 12 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Selain itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Megat Jalaluddin Megat Hassan, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz juga mengiringi Anwar di kemudahan itu.

Kelulusan projek berkenaan memperlihatkan keazaman Kerajaan Persekutuan menyelamatkan khazanah alam tidak ternilai yang diancam hakisan serius ekoran perubahan iklim serta arus Laut China Selatan yang semakin deras.



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Pelancaran HHFS dan Hab Hidrogen Hijau di Stesen Janakuasa Elektrik Sultan Mahmud di Kenyir pada 12 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Beberapa kajian dan penelitian pakar dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bahagian marin turut menunjukkan hakisan serius itu mampu merosakkan ekosistem pantai dan kesejahteraan rakyat di negeri itu.


‘Ini Satu-Satunya Acara Yang Saya Hadiri Orang Tak Minta Dana’

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan logo baharu pasukan KL City FC dan juga jersi baharu pasukan untuk musim 2025/26 pada Sambutan Jubli Emas KLFA di Kuala Lumpur pada 12 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 12 Jul – “Ini satu-satunya acara yang saya hadiri di mana tidak orang meminta dana.

“Jadi saya ucapkan terima kasih dan walaupun tidak memohon (dana), saya berikan RM1 juta”.



Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan logo baharu pasukan KL City FC dan juga jersi baharu pasukan untuk musim 2025/26 pada Sambutan Jubli Emas KLFA di Kuala Lumpur pada 12 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Begitu pengakuan ikhlas dizahirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) yang meraih suntikan semangat selepas menerima ‘durian runtuh’ bernilai RM1 juta menjelang kempen Liga Malaysia 2025/2026 yang bermula Ogos depan.

Insentif itu telah diumumkan oleh Anwar ketika berucap pada Majlis Jubli Emas KLFA di sini sebentar tadi.




Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan logo baharu pasukan KL City FC dan juga jersi baharu pasukan untuk musim 2025/26 pada Sambutan Jubli Emas KLFA di Kuala Lumpur pada 12 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Dalam perkembangan sama, Anwar turut memuji pendekatan badan induk pengurusan skuad Warga Kota untuk menghidupkan semula legasi mereka dengan mengukuhkan peringkat akar umbi.

Anwar mengiktiraf usaha dilakukan Penaung KLFA yang juga Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dan Presiden KLFA, Syed Yazid Syed Omar yang memberikan komitmen melangkaui sukan.



Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan logo baharu pasukan KL City FC dan juga jersi baharu pasukan untuk musim 2025/26 pada Sambutan Jubli Emas KLFA di Kuala Lumpur pada 12 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Ia bukan sekadar soal dana semata-mata, tetapi juga meliputi kemudahan padang, pusat latihan serta akademi yang lengkap supaya anak-anak dapat dilatih dengan baik dan selesa,” katanya.

Pada majlis sama, Anwar turut melancarkan logo baharu pasukan KL City FC dan juga jersi baharu pasukan untuk musim 2025/26.



Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir melancarkan logo baharu pasukan KL City FC dan juga jersi baharu pasukan untuk musim 2025/26 pada Sambutan Jubli Emas KLFA di Kuala Lumpur pada 12 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

19 Ketua Cabang PKR yg desak , nak tanya Badan kita punya ke?????

‘Malaysia tak boleh jadi negara dua darjat, kedaulatan mesti ditegakkan’


 


K PRAGALATHJuly 13, 2025

Membenarkan bekas perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjalani hukuman tahanan rumah sebagai baki hukuman penjaranyanya memberi petanda bahawa Malaysia adalah negara dua darjat.

Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng berkata prinsip keadilan dan kedaulatan undang-undang tidak boleh dikompromi kerana ia mengundang tanggapan negatif bahawa tokoh politik boleh mendapat layanan khas.

“Malaysia tidak boleh menjadi negara dua darjat — satu undang-undang untuk golongan elit, satu lagi untuk rakyat. Kedaulatan undang-undang mesti ditegakkan dengan saksama, berintegriti dan konsisten terhadap semua, tanpa pengecualian,” katanya.

Jika individu yang dikaitkan dengan skandal kewangan terbesar negara diberi keistimewaan seperti ini, apakah isyarat yang disampaikan kepada penjawat awam, pemimpin lain, dan rakyat biasa?

“Apakah undang-undang hanya tegas terhadap mereka yang tiada jawatan atau pengaruh?” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telahpun menyatakan bahawa perkara ini perlu ditentukan oleh mahkamah.

Pengerusi KANUN Dr Zulqarnain Luqman hari ini menyatakan bahawa mahkamah perlu menjawab dua persoalan utama iaitu sama ada titah di luar mesyuarat mengikat kerajaan atau tidak.

Kedua, sama ada peruntukan undang-unang sedia ada mencukupi untuk melaksanakan tahanan rumah tersebut.

Ia ekoran gesaan Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang menggesa kerajaan melaksanakan tahanan rumah ke atas Najib.

 

Pas gagal sebagai pembangkang bertamadun


 

TAK HABIH HABIH NAK TURUN KAN ANWAR- SIAPA CALON DARI PAS YANG LAYAK ? NAMAKAN LAH UNTUK RAKYAT MENILAI KEBOLEHAN BELIAU.



Dalam landskap demokrasi moden, sebuah parti politik yang matang seharusnya berfungsi sebagai semak dan imbang yang bertanggungjawab.

Ia bukan sekadar mencetuskan retorik kosong atau menjerumuskan negara ke kancah ketidakstabilan dengan menggunakan medan jalanan sebagai alat tekanan politik.

Malangnya, Parti Islam Se-Malaysia (Pas) sekali lagi menunjukkan wajah sebenar mereka — bukan sebagai pembangkang yang membina.


Pas kini pencetus kekacauan, dengan menguar-uarkan sokongan terhadap demonstrasi bertemakan “Turun Anwar” kononnya atas alasan kelemahan ekonomi dan kononnya campur tangan dalam pelantikan hakim utama negara.



Demonstrasi jalanan bukan solusi: Bukti ketiadaan intelektual politik



Apa yang diperlihatkan Pas bukanlah tanda keberanian politik, tetapi kegagalan mutlak mereka untuk berfungsi dalam kerangka demokrasi berparlimen.


Jika benar mereka mewakili suara rakyat dan kononnya mempunyai idea bernas, kenapa tidak mengemukakan white paper, blueprint ekonomi, atau cadangan pindaan terhadap dasar-dasar kerajaan di Parlimen?

Parlimen adalah medan yang sah dan bermaruah untuk mencabar dasar kerajaan.

Namun Pas lebih gemar memilih jalan singkat: politik emosi dan provokasi jalanan — bukan penyelesaian berasaskan data, fakta, dan rasional.

Bukankah ini penghinaan terhadap amanah rakyat yang memilih mereka sebagai wakil di Dewan Rakyat?


Retorik tanpa hala tuju: Di mana blueprint ekonomi Pas?

Pas dan rakan sekutunya dalam blok pembangkang sering melaung-laungkan bahawa kerajaan gagal memulihkan ekonomi.

Namun, apakah mereka pernah membentangkan satu dokumen rasmi atau pelan alternatif yang realistik bagi membangunkan ekonomi negara? Jawapannya: Tidak pernah.

Sehingga hari ini, tiada satu pelan strategik ekonomi jangka pendek atau jangka panjang dikemukakan oleh Pas.

Mereka tidak pernah memperincikan langkah-langkah fiskal atau monetari, tidak pernah membentangkan reformasi struktur industri, tidak pernah menyentuh pelaburan digital atau ekonomi hijau.

Sebaliknya, mereka hanya bijak mengulang frasa seperti “kerajaan gagal”, tanpa sebarang pelan tindakan yang munasabah.



Gagal sebagai legislator: Diam dalam isu RUU dan reformasi perundangan




Ketika kerajaan sedang giat memperkemas sistem keadilan dan undang-undang, termasuk memperkenalkan reformasi institusi kehakiman dan RUU berkaitan mahkamah syariah, di mana Pas?

Mereka tidak membahaskan isu ini secara serius. Malah, mereka gagal membawa naratif penyelesaian atau cadangan konkrit bagi menambah baik struktur perundangan negara.

Lebih memalukan, ketika Pas bersama Bersatu berada dalam kerajaan pintu belakang atau ‘tebuk atap’ selepas Langkah Sheraton, mereka juga gagal memanfaatkan kuasa yang mereka peroleh.



Tiada satu pun dasar ekonomi besar yang dilaksanakan untuk merangsang pemulihan pasca-pandemik secara menyeluruh.

Sebaliknya, ekonomi negara dibiarkan meleset tanpa arah, sementara rakyat bergelut dengan harga barang dan ketidakpastian pekerjaan.

Lebih mengecewakan, Pas yang memegang portfolio berkaitan undang-undang melalui Datuk Takiyuddin Hassan ketika itu, langsung tidak membentangkan sebarang rang undang-undang berkaitan pemerkasaan mahkamah syariah yang mereka laungkan selama ini.

Retorik RUU355 yang dijadikan modal politik sejak 2016 tidak pernah dibawa semula secara serius ketika mereka sendiri memegang kuasa.

Program Jana Wibawa ketika zaman pemerintahan Mahiadin Yassin juga tidak menghasilkan apa-apa impak positif kepada negara ketika pendemik dan pasca-pandemik.

Dalam isu kebebasan kehakiman, Pas juga gagal memperjuangkan dasar penting seperti pemisahan kuasa antara eksekutif dan badan kehakiman.

Tiada satu pun usaha untuk menggubal dasar yang menjamin pelantikan Ketua Hakim Negara dan hakim-hakim kanan bebas daripada campur tangan Perdana Menteri.

Ini sangat bercanggah dengan prinsip keadilan Islam yang mereka dakwa sebagai asas perjuangan mereka.



Negeri di bawah Pas/PN: Tiada yang membanggakan



Jika benar Pas begitu yakin akan keupayaan mereka, maka wajar rakyat melihat semula prestasi sebenar empat negeri yang ditadbir mereka — Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Malangnya, tiada satu pun yang boleh dibanggakan atau menjadi model rujukan nasional:

  • Kelantan, selama lebih tiga dekad ditadbir Pas, terus berhadapan dengan masalah infrastruktur asas seperti air bersih, pengurusan sampah, kesihatan awam, serta kemiskinan tegar yang masih tinggi. Tiada pelaburan besar masuk, tiada reformasi ekonomi. Negeri ini kekal antara yang paling mundur di Malaysia.
  • Terengganu, walaupun kaya dengan hasil minyak dan gas, masih gagal memperlihatkan model pembangunan mampan. Perbelanjaan negeri lebih bersifat populis jangka pendek, bukan pelaburan jangka panjang yang boleh menjana peluang pekerjaan berkualiti. Perubahan yang dijanjikan hanya kosmetik.
  • Kedah, di bawah Muhammad Sanusi Md Nor, mencetuskan lebih banyak kontroversi berbanding pencapaian. Projek Langkawi International Airport City, Kedah Aerotropolis, dan projek-projek mega lain masih belum menunjukkan hasil konkrit. Malah, hubungan dengan kerajaan Persekutuan diburukkan dengan sikap angkuh dan retorik keras.
  • Perlis, negeri kecil yang juga di bawah PN, tidak pernah menonjol dalam sebarang sektor utama sejak pentadbiran mereka. Tiada inisiatif baharu, tiada daya saing dalam pelaburan atau inovasi. Negeri ini kekal sepi dalam radar pembangunan nasional.

Apakah ini contoh “kepimpinan Islam” yang dibanggakan Pas?

Bagaimana mereka mahu memimpin Malaysia jika negeri kecil pun tidak mampu ditadbir dengan cekap dan berwawasan?



Ironi “Turun Anwar”: Fitnah jadi agenda politik



Demonstrasi yang disasarkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bukanlah atas dasar fakta, tetapi atas manipulasi persepsi.

Anwar telah pun berusaha keras untuk menarik pelaburan, menstabilkan ringgit, memperkukuh bantuan rakyat melalui STR, dan membawa Malaysia kembali ke pentas antarabangsa.



Pas tidak pernah menghargai usaha ini kerana mereka tahu kestabilan dan kejayaan ekonomi negara akan menjadi ancaman kepada survival politik mereka yang bergantung kepada kemarahan, kebencian dan sentimen.

Mereka hidup atas kegagalan, dan akan sentiasa menolak kejayaan kerana kejayaan tidak menyebelahi mereka.

Islam bukan alat jalanan

Pas harus sedar, memperalatkan imej Islam dalam demonstrasi jalanan yang penuh emosi, provokasi dan kadangkala caci maki bukanlah satu tindakan yang memperlihatkan akhlak Islam yang tinggi.

Islam menekankan musyawarah, keilmuan dan hujah, bukan demonstrasi yang berpotensi menggugat keamanan dan mengheret rakyat ke kancah tidak menentu.

Jika benar mereka membawa aspirasi Islam, maka medan yang sepatutnya mereka kuasai adalah Parlimen, institusi ilmiah dan pentas dasar — bukan jalan raya dan pentas provokatif.


Kesimpulan: Pas tidak layak gantikan kerajaan



Rakyat Malaysia harus menilai secara objektif. Pas bukan sahaja gagal sebagai pembangkang berkesan, tetapi mereka juga menunjukkan ketidakmatangan dalam berpolitik.

Mereka menolak peranan institusi Parlimen, mereka menolak dialog intelektual, mereka menolak tanggungjawab legislatif. Mereka memilih demonstrasi kerana mereka tidak punya idea dan wibawa.

Lebih malang, pentadbiran mereka di peringkat negeri bukan sahaja gagal menjadi teladan, bahkan menjadi beban kepada pembangunan negara. Negeri di bawah mereka tertinggal dari segi pelaburan, inovasi, infrastruktur dan daya saing.


Dan lebih parah, sewaktu mereka diberi peluang memerintah negara, mereka tidak menggunakannya untuk membela syariah atau memperkukuh institusi keadilan.

Mereka gagal mentadbir dan gagal memperjuangkan nilai-nilai yang mereka sendiri laungkan.

Ini bukan tentang jatuhkan Anwar — ini tentang usaha menjatuhkan kestabilan negara dengan memperdagangkan emosi rakyat demi kepentingan politik sempit.


Malaysia tidak boleh diserahkan kepada tangan-tangan yang hanya tahu meruntuhkan, tetapi tidak tahu membina. PAS bukan jawapan kepada masa depan negara — mereka adalah ancaman kepada kematangan demokrasi.





PANAS! AHLI PARLIMEN PKR YANG LAIN TIDAK LAYAKKAH? AMAT MENGEJUTKAN!

Isytihar DARURAT KEHAKIMAN: Penyelesaian cukup mudah yang tidak disebut ...

Zahid tempelak naratif ‘UMDAP’, pertegas arah UMNO dalam PRU-16

 

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menempelak naratif ‘UMDAP’ ciptaan pembangkang yang cuba mewujudkan persepsi negatif terhadap Kerajaan Perpaduan.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, kerjasama tersebut juga dilakukan oleh BN hanya bersama dengan adalah dengan Pakatan Harapan (PH), bukan secara langsung dengan DAP.

“Yang marah kita dengan ‘UMDAP’ pasal apa? Kita ada perjanjian dengan DAP? Tidak pernah.




“Perjanjian kita saya kata, antara BN dan PH yang di dalamnya dalam ada DAP, tetapi DAP tidak pernah menentang kita,” katanya ketika berucap pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Selayang kali ke-37 malam tadi.


Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri menjelaskan bahawa DAP tidak pernah menentang dalam agenda Melayu dan Islam termasuk Kongres Ekonomi Bumiputera.


“Yang takut sangat kenapa, bukan saya hendak puji DAP, tidak. Sebab mereka bersetuju dengan kita,” katanya.


Berhubung Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16, Ahmad Zahid berkata, BN tidak akan bergerak solo malah akan mengekalkan kerjasama dengan PH.


Namun, kata Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, BN akan menggunakan logonya sendiri dan mahu kekal sebagai gabungan politik dominan pada PRU-16.


“Kita mahu kekal dominan. Ia bukan sekadar di atas kertas, tetapi menerusi gerak kerja yang kita laksanakan secara konsisten dan tersusun.


“Malaysia adalah sebuah negara majmuk. Maka strategi kita juga perlu menitikberatkan penyatuan dan keseimbangan antara kaum dan agama,” kata Ahmad Zahid lagi.