TERENGGANU NEGERI PERTAMA TERIMA BANTUAN TUISYEN PERCUMA

 

Saya kemudian ke Pasar Payang, yang juga dikenali sebagai Pasar Besar Kedai Payang, pusat pasaran tradisional ikonik bagi Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Terengganu.










Dengan tema “Pembangunan MADANI, Rakyat Sejahtera”, PMR 2025 Terengganu menampilkan usaha Kerajaan MADANI membangunkan infrastruktur inklusif seperti jalan, jambatan dan kemudahan awam, sambil memperkukuh nilai insaniah demi membentuk rakyat beretika, cakna dan bertanggungjawab.


Dalam ucapan, saya maklumkan Terengganu dipilih sebagai negeri pertama di bawah Program Tuisyen MADANI yang menerima peruntukan sebanyak RM5.27 juta melibatkan seramai 9,408 orang pelajar dengan kerjasama bantuan pengajar daripada guru-guru sekolah seramai 614 orang guru.


Saya percaya, inisiatif ini dapat membantu pelajar yang kurang berkemampuan agar tidak tercicir dalam pelajaran, mengurangkan jurang pendidikan, meningkatkan prestasi akademik selain satu pelaburan dalam pendidikan anak-anak untuk masa depan negara yang lebih sejahtera dan beretika.


Sebelum beredar, saya mengingatkan rakyat Terengganu agar tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan tidak berasas kononnya kerajaan Persekutuan tidak membangunkan negeri ini.


Hakikatnya, sebanyak 445 program dan projek bernilai RM1.836 bilion telah diluluskan di bawah RP5 RMK12, iaitu peningkatan RM239 juta berbanding tahun lalu.


Ini jelas membuktikan komitmen kerajaan dalam memastikan pembangunan dan kesejahteraan rakyat Terengganu terus diperkasa.


#MalaysiaMADANI

#RancakkanMADANI

#MADANIBekerja


No comments: