‘Malaysia tak boleh jadi negara dua darjat, kedaulatan mesti ditegakkan’


 


K PRAGALATHJuly 13, 2025

Membenarkan bekas perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjalani hukuman tahanan rumah sebagai baki hukuman penjaranyanya memberi petanda bahawa Malaysia adalah negara dua darjat.

Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng berkata prinsip keadilan dan kedaulatan undang-undang tidak boleh dikompromi kerana ia mengundang tanggapan negatif bahawa tokoh politik boleh mendapat layanan khas.

“Malaysia tidak boleh menjadi negara dua darjat — satu undang-undang untuk golongan elit, satu lagi untuk rakyat. Kedaulatan undang-undang mesti ditegakkan dengan saksama, berintegriti dan konsisten terhadap semua, tanpa pengecualian,” katanya.

Jika individu yang dikaitkan dengan skandal kewangan terbesar negara diberi keistimewaan seperti ini, apakah isyarat yang disampaikan kepada penjawat awam, pemimpin lain, dan rakyat biasa?

“Apakah undang-undang hanya tegas terhadap mereka yang tiada jawatan atau pengaruh?” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telahpun menyatakan bahawa perkara ini perlu ditentukan oleh mahkamah.

Pengerusi KANUN Dr Zulqarnain Luqman hari ini menyatakan bahawa mahkamah perlu menjawab dua persoalan utama iaitu sama ada titah di luar mesyuarat mengikat kerajaan atau tidak.

Kedua, sama ada peruntukan undang-unang sedia ada mencukupi untuk melaksanakan tahanan rumah tersebut.

Ia ekoran gesaan Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang menggesa kerajaan melaksanakan tahanan rumah ke atas Najib.

 

No comments: