MEREKA KELUARGA PEJUANG
Hayatnya berbakti kepada negara.
Hingga nafas terakhir, pergi sebagai Wira Negara.
Kita dikejutkan dengan kematian seorang anggota tentera yang mengikuti kursus kru Armor Kelas 1 di Kem Batu 10 di Kuantan pada Khamis baru-baru ini.
Mungkin ramai tak tahu, 10 tahun lepas ayah kepada mendiang Indiran iaitu Mejar C. Kayamboo terkorban apabila pesawat Beechcraft, B200T yang diterbangkan Kayamboo terhempas di Pangkalan Tentera Udara Butterworth.
Beliau sanggup mati untuk negara, Kayamboo Ikrar Berkhidmat Kepada Negara Hingga Akhir Hayat.
Jiwa sang perwira yang sanggup hidup dan mati untuk negara tidak mengira apa agama dan bangsa.
Terima Kasih Wira Negara 🫡
Sumber/Kredit : Friends of PDRM
HANYA PUAK KHAWARIJ TIDAK SUKA DIKEITIK
Ahmad Mursi
Setiap kali pemimpin PAS dikritik, kita diingatkan bahawa kita jahil berbanding mereka.
Orang alim tetaplah alim, tetapi mereka tidak maksum. Salahkah orang jahil menegur kesilapan orang alim? Tidak.
Kata Imam Malik: “Setiap orang boleh diambil dan ditolak pendapatnya, kecuali penghuni kubur ini,” sambil beliau menunjuk ke arah kubur Nabi ﷺ.
Jika sebagai Tok Guru Al-Quran menjadikan seseorang kebal daripada kritik, ingatlah Khawarij Ibnu Muljam — pembunuh Saidina Ali — juga seorang ahli al-Quran pada zaman sahabat.
Masalahnya bukan pada ilmu, tetapi lumrah politik yang sering menjadikan manusia ghuluw dan takfir, tanpa mengira latar agama.
Apabila orang alim berpolitik lalu menjadikan status alim sebagai perisai daripada kritikan, itu berbahaya.
Saidina Umar sendiri banyak dikritik; beliau tidak menjadikan kedudukannya sebagai salah seorang daripada “10 yang dijamin syurga” sebagai perisai, bahkan menerima teguran.
Jika dakwaan besar dalam agama dibuat oleh pemimpin PAS itu benar, kritikan tidak akan melemahkannya.
Jika dakwaannya salah, kritikan boleh menyelamatkan pengikut yang taksub daripada terjerumus ke lembah kultus.
Apabila dakwaan dibuat secara terbuka kepada awam, pembetulan juga mesti dibuat secara terbuka.
Mengharapkan teguran daripada ahli parti sendiri hampir mustahil, kerana mereka akan dilabel “tidak wala’”, “derhaka”, dan seumpamanya.
Agama tidak pernah melarang kritikan; yang dilarang ialah fitnah dan qazaf — malangnya inilah yang sedang berleluasa.
BOLEHKAH SAMAN KERAJAAN. JAWAPANNYA BOLEH.
Iswardy Morni
Rafizi cabar kerajaan dakwa dia dalam isu ARM 1.1 Billion. Kalau kerajaan tak dakwa dalam tempoh beberapa bulan, dia akan saman kerajaan.
Boleh kah individu saman kerajaan? Jawapannya boleh.
Ini bagi memastikan kerajaan tidak menggunakan undang-undang sewenang -wenang nya untuk menakut-nakutkan rakyat tanpa sebarang bukti hanya kerana dia berani bersuara.
Sekarang ini kerajaan dalam dilema
Kalau kerajaan dakwa, dia akan heret Anwar Ibrahim, Tengku Zafrul, Menteri Kewangan kedua sekali dalam proceeding jenayah nanti sebagai saksi.
Kalau kerajaan tak dakwa dia akan tetap bawak dan saman anwar Ibrahim, tengku zafrul, sprm dan kerajaan Malaysia dalam proceeding sivil nanti.
Either way, penasihat PMX ni sapa ek? Bangang betul.
BILA INGIN MENJADI TERPALING MELAYU. TAK KAN LAH PHD TAK PAHAM ? KIOK.
Norman Raduan
BILA INGIN MENJADI TERPALING MELAYU
Dia ini bertaraf Dr Falsafah… tapi pemikiran tidak mencerminkan title tersebut. Kerjanya menghangatkan isu2 perkauman malah terlebih Melayu dari Melayu.
Saya pun keturunan Cina, Abdullah Chong nama sebenarnya keturunan, tidak pasti cuma yg pasti dtg dari Ghuangzhou. Tidak pernah mereka menghina agama lain walaupun mereka memeluk agama Islam.
Ridhuan Tee ini faham tak maksud bahasa kiasan itu apa? Mcm mak bapa kita dulu, “ Mengaji dulu lepas tu lantak le nak main sampai pengsan”.
Bukanlah bermaksud mak bapa kita suruh kita main sampai pengsan tapi maksud mereka selepas itu mainlah sepuasnya.
PMX kata ‘ buat lah kuil banyak mana pun’, itu tentulah maksudnya nak bina kuil buat pemohonan lesen dari PBT, jika sesuai barulah diterima. Bukannya tanah org atau tanah kerajaan sesuka hati buat kuil.
Kita bila bersama Islam, bukan suruh menghina agama lain. Islam mengajar kita menggunakan pendekatan diplomasi.
Allah ceritakan kpd kita bagaimana Allah memerintahkan Nabi Musa dan Nabi Harun utk mendatangi Firaun dan berbicara dgn kata2 yg lemah lembut. Tak tahu Ridhuan belajar dgn siapa tentang Islam… sebab terlebih Melayu.
Jika ada title Dr tu bercakap dgn ilmu, joint Islam bukan suruh joint Melayu. Waktu PAS jadi kerajaan kenapa kamu tak bising pasal kuil ini? Masa tu tertidur atau bertapa dlm gua?
𝗞𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿 𝗣𝗮𝗿𝘁𝗶 𝗔𝗴𝗮𝗺𝗮 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗞𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗣𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗽 𝗞𝗵𝗮𝘄𝗮𝗿𝗶𝗷 — 𝗠𝗮𝗻𝗮 𝗟𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗨𝘁𝗮𝗺𝗮?
Ahmad Mursi
Ramai orang takut keluar parti beridentiti agama sebab dianggap lari dari 'perjuangan Islam' dan bimbing dipulau.
Soalan yang patut ditanya: mana lebih mudarat antara keluar dari parti agama, atau berterusan berada dalam kelompok ghuluw, takfir dan cenderung ke arah manhaj Khawarij?
Hakikatnya, menyertai parti politik hanyalah satu wasilah (jalan) yang bersifat ijtihad dan furu’ (cabang). Tak ada dalil qat'i yang kata wajib.
Manakala menjauhi fahaman Khawarij, ghuluw dan takfir adalah tuntutan Usul (prinsip), dengan banyak dalil qat'i, demi menjaga kesucian akidah dan ukhuwah Islamiyah.
Berterusan berada dalam kelompok seperti itu mendatangkan mudarat besar kepada masyarakat (perpecahan) dan diri sendiri (takfir adalah dosa besar).
Ikut kaedah fikh, wajib memilih mudarat lebih ringan untuk elak mudarat lebih besar.
Maka meninggalkan kumpulan ghuluw sebenarnya adalah satu tuntutan agama apabila ruang islah telah tertutup rapat, bukan pengkhianatan seperti didoktrinkan.
Ini lebih utama berbanding mempertahankan kesetiaan kepada organisasi yang sudah lari dari landasan sederhana (Wasatiyyah).
Hal parti politik ni termasuk dalam ruang furu‘ dan ijtihad — iaitu perkara yang boleh berubah (mutaghayyirat) atau kadangkala mesti berubah untuk elak mudarat, mengikut keadaan dan maslahat.
Ia bukan perkara usul yang tak boleh berubah (thawabit) seperti rukun iman, bukan syarat sah Islam, dan bukan ukuran seseorang itu beriman atau tidak.
Islam tidak mewajibkan istiqamah kepada jenama parti, tetapi mewajibkan istiqamah kepada kebenaran.
Maka keluar parti bukanlah dosa. Yang menjadi dosa ialah apabila seseorang melanggar prinsip agama — walaupun masih berada dalam parti agama.
CIRI2 KHAWARIJ AKAN TERUS MUNCUL HINGGA AKHIR ZAMAN - Pejabat Mufti WP
"Kumpulan Khawarij pada namanya tidak dinafikan ia telah luput ditelan zaman.
Ini kerana, tiada sesiapa pun dalam kalangan individu atau kumpulan yang mengaku pada hari ini bahawa mereka daripada golongan Khawarij.
Namun demikian, ciri-ciri kumpulan tersebut masih kekal wujud hingga ke akhir zaman sebagaimana nas-nas hadis yang mengisyaratkan hal tersebut.
Bayangkan jika Khawarij yang terdahulu berpegang kepada doktrin mengkafirkan orang yang melakukan dosa besar, tetapi pada hari ini wujud mereka yang mengkafirkan sesama Islam hanya kerana dosa-dosa kecil atau khilaf di dalam perkara-perkara furu’ agama atau berbeza pendekatan dalam isu politik."
Artikel dari web Pejabat Mufti W.Persekutuan.
https://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/tashih-al-mafahim/2981-tashih-al-mafahim-8-masih-wujudkah-khawarij?
HANGPA PECAT RAFIZI..ORANG MELUAT HANGPA. TAK INGAT LANGSUNG KAH JASA ORANG. NI KAH SIKAP PARTI NI ?
Iswardy Morni
MAKLUMAT PANAS:
Cabang Sarawak dijangka akan di gerakkan utk membuat laporan disiplin parti terhadap Rafizi Ramli sebagaimana saranan SETIAUSAHA AGONG. TAHNIAH SARAWAK. Dulu dia org buat laporan terhadap saya sehingga digantung sebelum bicara selama setahun. Harap, kali ini pecat terus je Rafizi Ramli
𝗥𝗮𝗳𝗶𝘇𝗶 𝗗𝗶𝗱𝗮𝗸𝘄𝗮 𝗧𝗲𝗿𝗯𝗮𝗯𝗶𝘁 𝗣𝗲𝗻𝘆𝗲𝗹𝗲𝘄𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗥𝗠𝟯.𝟲 𝗕𝗶𝗹𝗶𝗼𝗻, 𝗟𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗕𝗮𝗻𝘆𝗮𝗸 𝗗𝗮𝗿𝗶 𝗞𝗲𝘀 𝗡𝗮𝗷𝗶𝗯 𝗥𝗮𝘇𝗮𝗸
𝗣𝗢𝗗𝗖𝗔𝗦𝗧 𝗬𝗕𝗠 #𝟯𝟲:
𝗥𝗮𝗳𝗶𝘇𝗶 𝗗𝗶𝗱𝗮𝗸𝘄𝗮 𝗧𝗲𝗿𝗯𝗮𝗯𝗶𝘁 𝗣𝗲𝗻𝘆𝗲𝗹𝗲𝘄𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗥𝗠𝟯.𝟲 𝗕𝗶𝗹𝗶𝗼𝗻, 𝗟𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗕𝗮𝗻𝘆𝗮𝗸 𝗗𝗮𝗿𝗶 𝗞𝗲𝘀 𝗡𝗮𝗷𝗶𝗯 𝗥𝗮𝘇𝗮𝗸.
Podcast YBM #36 akan disiarkan pada malam ini jam 10 malam di saluran YouTube saya.
Podcast YBM kali ini turut menerima seorang tetamu khas iaitu YB Lee Chean Chung, Ahli Parlimen Petaling Jaya.
Saya akan jawab dan huraikan dua tuduhan salah laku yang kini disiasat oleh SPRM. Kita jumpa malam ini jam 10 malam.
MALAPETAKA TERUS MENIMPA BERSATU, HAMPIR 30 BAHAGIAN BUBAR
19 February 2026
Beralihnya sokongan sejumlah besar Ahli Parlimen dan Ketua Bahagian Bersatu memberi kepada Hamzah Zainuddin sebaik pemecatannya adalah ibarat malapetaka tak terduga buat Muhyiddin Yassin.
Jika Muhyiddin dapat membaca lebih awal sokongan kepada Hamzah itu lebih besar daripada yang diterimanya, barangkali beliau tidak memecat bekas timbalannya itu.
Setidak-tidaknya mungkin beliau mencari cara lain terlebih dahulu atau memastikan sokongan benar-benar memihaknya kepadanya dan selepas itu barulah tindakan pecat itu diambil.
Bayangkan, Hamzah yang dipecat mendapat sokongan 19 Ahli Parlimen Bersatu, manakala yang menyokong Muhyiddin cuma 6 orang saja.
Bagi Ketua Bahagian pula, 118 daripada 168 memihak kepada Hamzah yang bererti hanya 50 bersama Muhyiddin.
Tidak pernah berlaku dalam sejarah mana-mana parti yang bertindak memecat timbalannya, tetapi bekas pemimpin nombor dua yang dipecat mendapat lebih sokongan berbanding Presiden Bersatu yang masih memimpin parti dan memiliki kuasa memecat.
Biasanya Presiden yang masih mengetuai parti itulah yang patut mendapat sokongan majoriti.
Ini tidak, Hamzah yang dipecat mendapat sokongan majoriti, tetapi Muhyiddin yang memecat tinggal minoriti.
Sebab itu, setelah Hamzah dipecat, Bersatu tidak lagi berani memecat Ahli-Ahli Parlimen dan Ketua-Ketua Bahagian yang hadir dalam majlis anjuran Ketua Pembangkang yang diadakan di Rumah Kelab PAUM pada 14 Februari lalu.
Sepatutnya semua Ahli Parlimen dan Ketua Bahagian yang hadir itu segera dipecat kerana mereka terang-terang melanggar disiplin parti dan menentang kepimpinan Muhyiddin secara terbuka.
Berbanding Hamzah yang kesalahannya agak kabur, Ahli Parlimen dan Ketua Bahagian yang hadir di Rumah Kelab PAUM itu jauh lebih jelas dan dilihat dunia kesalahan disiplin mereka.
Adakah kerana baru disedari jumlah Ahli Parlimen dan Ketua Bahagian yang bersama Muhyiddin hanya tinggal minoriti, maka tiada lagi tindakan pecat berani diambil?
Dalam pada itu, selain 118 daripada 168 Ketua Bahagian Bersatu kini menyokong Hamzah, perkembangan susulan yang berlaku sehari dua ini ibarat satu lagi malapetaka menimpa Muhyiddin.
Setakat ini, hampir 30 bahagian telah mengambil keputusan membubarkan jawatankuasa bahagian masing-masing kerana sudah hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin selaku Presiden Bersatu.
Daripada jumlah jawatankuasa yang dibubarkan itu, 11 daripadanya adalah di Johor, negeri kelahiran dan tempat bertapaknya politik Muhyiddin selama ini.
Maknanya, selain mengisytiharkan sokongan kepada Hamzah dan hilang kepercayaan kepada Muhyiddin, terdapat banyak bahagian yang mengambil tindakan membubarkan jawatankuasa masing-masing.
Difahamkan, ada lagi beberapa bahagian akan turut mengambil langkah pembubaran yang sama selepas ini.
Walaupun dengan pembubaran itu, ia boleh diganti oleh barisan kepimpinan lain yang dipilih oleh ibu pejabat Bersatu, tetapi ia tidak tumbuh sepantas cendawan selepas musim hujan.
Ia perlukan masa untuk mencari pemimpin yang berkebolehan dan sanggup memikul amanah, tambahan lagi Bersatu bukanlah seperti UMNO atau PAS yang ramai jumlah ahlinya dan tidak sukar mencari pemimpin pengganti yang berkelayakan serta boleh menggerakkan aktiviti.
Mahu tidak mahu, dengan pembubaran sejumlah bahagian itu, itu tetap merencatkan kedudukan Bersatu, terutama jika PRU diadakan dalam waktu terdekat ini.
Realitinya, Bersatu kini tidak lagi bersatu, sebaliknya makin hari makin berpecah. - ShahbudinHusin 19Februari2026.
https://shahbudindotcom.net/2026/02/malapetaka-terus-menimpa-bersatu-hampir-30-bahagian-bubar/
OWHH CEPLOS
Leon Wan
𝗥𝗮𝗺𝗮𝗶 𝗰𝗲𝗽𝗹𝗼𝘀 𝗴𝗲𝗹𝗮𝗸 𝗸𝗼𝗻𝗼𝗻 𝗵𝗮𝗶𝗿𝗮𝗻...
“𝙀𝙝, 𝙨𝙚𝙡𝙖𝙡𝙪 𝙣𝙖𝙢𝙥𝙖𝙠 𝙠𝙖𝙪 𝙙𝙞 𝙋𝙪𝙩𝙧𝙖𝙟𝙖𝙮𝙖… 𝙖𝙧𝙚𝙖 𝙋𝙈𝙊 𝙥𝙪𝙡𝙖 𝙩𝙪. 𝙏𝙖𝙥𝙞 𝙙𝙡𝙢 𝙢𝙖𝙨𝙖 𝙨𝙖𝙢𝙖 𝙠𝙖𝙪 𝙝𝙚𝙣𝙩𝙖𝙢 𝙋𝙈𝙓, 𝙝𝙚𝙣𝙩𝙖𝙢 𝙠𝙚𝙧𝙖𝙟𝙖𝙖𝙣 𝙈𝘼𝘿𝘼𝙉𝙄, 𝙡𝙚𝙗𝙞𝙝 𝙨𝙤𝙠𝙤𝙣𝙜 𝙍𝙖𝙛𝙞𝙯𝙞?”
Aku pun gelak.
Ya, aku memang selalu dijemput.
Tapi bukan sebab aku penyokong batang tubuh sesiapa.
Aku tak pernah sokong sosok tubuh.
Aku sokong 𝙥𝙧𝙞𝙣𝙨𝙞𝙥.
Aku sokong 𝙞𝙙𝙚𝙖𝙡𝙞𝙨𝙢𝙚 𝙧𝙚𝙛𝙤𝙧𝙢𝙖𝙨𝙞.
Aku sokong 𝙩𝙖𝙩𝙖 𝙠𝙚𝙡𝙤𝙡𝙖 𝙮𝙜 𝙩𝙚𝙡𝙪𝙨, 𝙪𝙧𝙪𝙨 𝙩𝙖𝙙𝙗𝙞𝙧 𝙮𝙜 𝙗𝙚𝙧𝙨𝙞𝙝, 𝙖𝙠𝙖𝙪𝙣𝙩𝙖𝙗𝙞𝙡𝙞𝙩𝙞 & 𝙠𝙚𝙗𝙚𝙧𝙖𝙣𝙞𝙖𝙣 𝙗𝙚𝙧𝙘𝙖𝙠𝙖𝙥 𝙗𝙚𝙣𝙖𝙧 walau pahit.
Ingat pesanan Rafizi sendiri:
Jangan sokong batang tubuh. 𝙎𝙤𝙠𝙤𝙣𝙜 𝙞𝙙𝙚𝙖 & 𝙥𝙧𝙞𝙣𝙨𝙞𝙥.
Kalau pemimpin lari dari prinsip, kita tegur. Kalau betul, kita pertahan. Mudah.
Kenapa aku selalu kelihatan di sana?
Kerana aku terlibat atas platform G2B, PPP & TCS. Google sahaja kalau nak faham konteksnya.
Dan kebetulan, di sana aku 𝙟𝙪𝙢𝙥𝙖 𝙧𝙖𝙢𝙖𝙞 𝙥𝙚𝙜𝙖𝙬𝙖𝙞 𝙮𝙜 𝙗𝙚𝙧𝙠𝙤𝙣𝙜𝙨𝙞 𝙥𝙚𝙣𝙙𝙞𝙧𝙞𝙖𝙣 𝙮𝙜 𝙨𝙖𝙢𝙖... 𝙨𝙤𝙠𝙤𝙣𝙜 𝙥𝙧𝙞𝙣𝙨𝙞𝙥, 𝙞𝙣𝙩𝙚𝙜𝙧𝙞𝙩𝙞, 𝙪𝙧𝙪𝙨 𝙩𝙖𝙙𝙗𝙞𝙧 𝙗𝙖𝙞𝙠. Ramai yg secara peribadi tak setuju dgn cara ceplos mengendalikan naratif. Bukan pertahankan dasar sebenar MADANI, tapi sibuk menyerang Rafizi.
𝙋𝙚𝙜𝙖𝙬𝙖𝙞 𝙠𝙚𝙧𝙖𝙟𝙖𝙖𝙣 𝙖𝙙𝙖 𝙗𝙖𝙩𝙖𝙨. Mereka tak boleh buat apa yg aku boleh buat secara terbuka. Jadi kadang-kadang 𝙢𝙚𝙧𝙚𝙠𝙖 𝙥𝙚𝙧𝙡𝙪𝙠𝙖𝙣 𝙨𝙪𝙖𝙧𝙖 𝙡𝙪𝙖𝙧 𝙪𝙩𝙠 𝙢𝙚𝙡𝙪𝙧𝙪𝙨𝙠𝙖𝙣 𝙮𝙜 𝙗𝙚𝙣𝙜𝙠𝙤𝙠, 𝙢𝙚𝙢𝙗𝙚𝙩𝙪𝙡𝙠𝙖𝙣 𝙮𝙜 𝙙𝙞𝙨𝙚𝙡𝙚𝙬𝙚𝙣𝙜𝙠𝙖𝙣 𝙤𝙡𝙚𝙝 𝙥𝙧𝙤𝙥𝙖𝙜𝙖𝙣𝙙𝙖 & 𝙥𝙚𝙧𝙨𝙚𝙥𝙨𝙞 𝙨𝙚𝙥𝙖𝙧𝙪𝙝 𝙢𝙖𝙨𝙖𝙠.
Sebab tu bila terserempak di sana, ceplos-ceplos ni taklah bertekak macam hero papan kekunci di Facebook. Depan-depan semua senyum. Yg bising di ruangan komen pun ramai aku tak kenal. Akaun pun entah siapa di belakangnya.
Akhirnya, prinsip tetap prinsip.
Loyalti buta bukan budaya reformasi.
𝗞𝗮𝗹𝗮𝘂 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗯𝗲𝘁𝘂𝗹-𝗯𝗲𝘁𝘂𝗹 𝗺𝗮𝗵𝘂 𝗽𝗲𝗿𝘂𝗯𝗮𝗵𝗮𝗻, 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗸𝗲𝗻𝗮 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗻𝗶 𝘀𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴 𝘆𝗴 𝗯𝗲𝘁𝘂𝗹 & 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗻𝗶 𝘁𝗲𝗴𝘂𝗿 𝘆𝗴 𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵...
𝘁𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗶𝗿𝗮 𝘀𝗶𝗮𝗽𝗮 𝗱𝗶 𝗸𝗲𝗿𝘂𝘀𝗶.
Itu sahaja. Salam ceplos yg terciduk. 😁
TAK KAN YANG DAH LAMA DALAM POLITIK KECUT DENGAN IDEA JODO DIA NI.
Che Ibrahim.
Gila dengan kegilaan adalah 2 penyakit yang berbeza.
Bila gila gila nak ke Pas, itu dipanggil kegilaan. Tapi kalau sampai kulum selipar tepi jalan kerana gila ke Pas, tu dah gila sengoti.
HAMZAH AMBILALIH PARTI PUTRA & PAYUNG BESAR?
Inspirasi New
Setelah pemecatan Hamzah Zainudin dari Bersatu pelbagai spekulasi mula bermain dibibir pemerhati politik selain ada yang mengatakan Hamzah bakal memimpin parti Berjasa dan yang terbaru angin bertiup kencang bahawa Hamzah bakal mengambilalih parti Putra pimpinan Ibrahim Ali dan diberi laluan untuk memimpin payung besar melayu idea cetusan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sama-sama kita nantikannya!!!
#InspirasiChannelz | #FaktaBukanAuta














