"Kalau orang dah tolak 'pinangan', tak akan you nak 'rujuk', malulah," kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berhubung memorandum persefahaman (MoU) berkaitan peruntukan bagi Ahli Parlimen pembangkang.
Beliau turut menyifatkan pintu rundingan berhubung MoU itu sudah ditutup.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
Cuba bayangkan andainya 6000 biji pil kuda itu terlepas... Siapa sasaran pasarannya?... Sudah tentu majoritinya untuk diedar kepada anak anak muda melayu Kelantan (agak ambo la). Malangnya tak ramai yang sensitif berbanding kemarahan kepada Dap atau cina.
Pertemuan tidak rasmi itu diadakan di Kota Kinabalu dan dihadiri pemimpin BN dan PH bagi merangka kerjasama menghadapi PRN ke-17 tahun depan.
KOTA KINABALU, 5 Nov – Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Sabah hari ini mengadakan pertemuan tidak rasmi, dipercayai berhubung kerjasama kedua-dua pihak bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17 (PRN-17).
Menerusi satu kenyataan bersama yang dikeluarkan hari ini, pertemuan itu dikatakan bagi memupuk semangat perpaduan selaras dengan persefahaman di antara pucuk pimpinan kedua-dua parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Dalam pertemuan itu, kedua-dua pihak berkongsi aspirasi untuk memastikan asas kerjasama akan memberikan manfaat kepada rakyat dan negeri.
“Bagi maksud itu, kedua-dua parti bersetuju untuk mewujudkan ruang komunikasi bagi memurnikan gerak kerja bersama, termasuk terbuka menjalin hubungan dengan parti lain sebagai persediaan memasuki Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang.
“Kedua-dua pihak juga bersetuju sebarang bentuk persefahaman untuk bergerak ke hadapan akan diputuskan melalui perbincangan dan persefahaman pucuk pimpinan kedua-dua parti,” kata kenyataan itu.
Pertemuan itu dihadiri Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Mokhtar Radin, Pengerusi KEADILAN Sabah Datuk Mustapha Sakmud dan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Datuk Arthur Joseph Kurup.
Turut hadir ialah wakil DAP Sabah Jannie Lasimbang, Pengerusi MCA Sabah Datuk Teah Heok Kuin, Timbalan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Donald Mojuntin, Pengerusi MIC Sabah Peer Muhmad Kadir dan Pengerusi Amanah Sabah Lahirul Latigu.
Hadir sama ialah Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
KUALA LUMPUR, 5 Nov – Penyasaran subsidi diesel berjaya membantu negara menjana penjimatan sekitar RM600 juta sebulan tanpa menyebabkan berlakunya peningkatan inflasi secara ketara tetapi sebaliknya berada dalam keadaan yang terkawal.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, penyasaran subsidi diesel menunjukkan penurunan mendadak dari segi penjualan diesel kepada stesen minyak iaitu sekitar 25 peratus atau hampir tujuh juta liter sehari.
Menurut beliau, perkara itu mencerminkan aktiviti penyeludupan diesel berjaya dikurangkan melalui pelaksanaan dasar tersebut.
Malah, katanya, jualan diesel secara komersial pula menunjukkan peningkatan hampir 50 peratus atau empat juta liter sehari dan menggambarkan setakat mana sektor industri berhenti membeli diesel bersubsidi daripada stesen minyak.
“Berdasarkan data awal, penyasaran subsidi diesel setakat ini telah menjana penjimatan sekitar RM600 juta sebulan. Pada masa yang sama, kadar inflasi kekal pada tahap terkawal dan baru-baru ini menunjukkan penurunan.
“Dengan kenaikan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) dua peratus pada Julai 2024, 1.9 peratus (Ogos) dan 1.8 peratus (September). Sehubungan itu, kerajaan akan melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 pada pertengahan 2025,” katanya semasa Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan dari Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) yang memintanya menyatakan setakat mana keberkesanan pelaksanaan penyasaran semula subsidi diesel yang diusahakan melalui MyBUDI dan bagaimana golongan T15 ditentukan khususnya untuk penyasaran subsidi petrol RON95 bermula pertengahan tahun 2025.
Mengulas lanjut, Amir Hamzah berkata, kriteria golongan T15 yang akan terkesan dengan penyasaran subsidi petrol RON95 masih berada dalam pertimbangan kerajaan.
“Penentuan pendapatan isi rumah yang layak untuk harga petrol RON95 bersubsidi tidak akan ditentukan semata-mata berdasarkan Survei Pendapatan Isi Rumah (HIS) oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
“Kerajaan masih meneliti pendekatan yang (akan) digunakan bagi menentukan kumpulan T15 bagi penysaran subsidi petrol RON95 dan tidak akan terikat secara terus dengan definisi HIS. Kerajaan akan teliti sebelum ia dimuktamadkan dengan mengambil kira kriteria tambahan selain pendapatan,” jelasnya.
Sementara itu, bagi menjawab soalan tambahan, beliau berkata, dasar semasa menyaksikan anggaran penggunaan petrol oleh segmen bukan warganegara, sektor komersial termasuk aktiviti penyeludupan adalah mencecah 40 peratus dari jumlah penggunaan.
“Memandangkan tahap subsidi petrol RON95 adalah sekitar RM20 bilion setahun, jika ketirisan kepada bukan warganegara, perniagaan dan golongan kaya dapat ditangani, ia bakal menjana penjimatan sehingga RM8 bilion setahun.
“Peralihan daripada pemberian subsidi pukal dengan harga runcit bersubsidi kepada semua pengguna tanpa had kepada penyasaran subsidi memerlukan penentuan kaedah yang bersesuaian digunapakai.
“Bagi penyasaran subsidi RON95 kerajaan masih dalam proses memuktamadkan kriteria dan keperincian penyasaran subsidi tersebut supaya dapat memenuhi keperluan rakyat, sama ada yang bermotosikal atau dengan kereta, di kawasan bandar dan luar bandar serta yang berniaga skala kecil,” jelasnya.
Tambahnya, mekanisme penyasaran subsidi tersebut dijangka melibatkan harga penetapan stesen minyak mengikut harga pasaran sementara.
“Rakyat yang layak akan terus membeli RON95 pada harga bersubsidi. Selain kaedah fleet card untuk diesel, kerajaan juga telah melaksana projek perintis pembelian petrol RON95 pada harga bersubsidi dengan menggunakan kad pengenalan dan juga e-dompet.
“Bagi meredakan kebimbangan rakyat, kerajaan akan pastikan kaedah pelaksanaan subsidi petrol RON95 yang menyeluruh dan berkesan seperti mana penyasaran subsidi diesel,” katanya.
Barisan peguam bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengemukakan permohonan untuk memindahkan perbicaraan kes dihadapinya di Mahkamah Sesyen Gua Musang ke Mahkamah Tinggi Kota Bharu.
Kes itu membabitkan tuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri baru-baru ini.
Peguam Amer Hamzah Arshad berkata pihaknya telah memfailkan satu permohonan untuk memindahkan prosiding di Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi pada 1 Nov lepas.
"Antara sebab kami memohon untuk memindahkan kes ini ke Mahkamah Tinggi ialah terdapat beberapa isu, seperti sama ada Seksyen 3 dan 4 Akta Hasutan bertentangan dengan Fasal 10 Perlembagaan Persekutuan kerana ia mempunyai kesan menyekat dan menafikan kebebasan bersuara serta hak rakyat Malaysia untuk berkongsi kisah peribadi dan menyatakan fakta dan rekod sejarah atau mengeluarkan pendapat.
"Kes ini juga akan melibatkan peranan Yang di-Pertuan Agong di bawah Perlembagaan Persekutuan dan cara bagaimana Perdana Menteri dilantik.
"Permohonan terbabit telah kami failkan serta sudah menerima salinan permohonan dan menjangkakan pendengaran (keputusan permohonan) akan ditetapkan sekitar November atau awal Disember," katanya kepada pemberita selepas selesai prosiding sebutan semula kes Muhyiddin berhubung perkara itu di Mahkmah Sesyen di sini hari ini.
Dalam prosiding yang berlangsung kira-kira 15 minit itu, Hakim Nik
Mohd Tarmizie Nik Mohd Shukri menetapkan 15 Jan 2025 untuk sebutan
Pada prosiding sama, Nik Mohd Tarmizie turut membenarkan permohonan Amer Hamzah supaya Muhyiddin diberi pengecualian daripada hadir pada tarikh baharu sebutan semula berkenaan atas faktor logistik.
Kes dikendalikan lima Timbalan Pendakwa Raya diketuai Azlina Rasdi manakala Muhyiddin diwakili enam peguam yang diketuai Amer Hamzah.
Sebelum ini, Muhyiddin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Gua Musang atas pertuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen PRK DUN Nenggiri di Dewan Semai Bakti Felda Perasu antara pukul 10.30 malam hingga 11.50 malam, 14 Ogos lepas.
Kenyataan menghasut itu berkenaan dakwaan beliau yang tidak dijemput oleh Yang di-Pertuan Agong selepas Pilihan Raya Umum ke-15 untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri walaupun dikatakan mempunyai sokongan 115 daripada 222 Ahli Parlimen pada masa itu.
Beliau didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum di bawah Subseksyen 4(1) akta sama, membawa hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah), untuk melakukan audit dalaman bagi menyiasat kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dalam FashionValet Sdn Bhd (FashionValet).
Anwar yang juga Pengerusi Khazanah berkata arahan tegas itu, sebagai memaknai pengumuman beliau sebelum ini yang mengarahkan Jabatan Audit Negara melakukan pengauditan terhadap 2,000 syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
“Ini bagi mewujudkan sistem tadbir urus yang lebih baik, selain memastikan semua syarikat berkenaan memenuhi tuntutan tanggungjawab dan fungsi masing-masing,” katanya menerusi hantaran di X hari ini.
Terdahulu, Perdana Menteri ketika berucap merasmikan Karnival Hari Penjaja dan Peniaga Kecil (HPPK) 2024 di Pulau Pinang hari ini, mahu siasatan dilakukan dengan adil tanpa mengira pangkat dan jawatan ataupun sama ada melibatkan syarikat kerajaan mahupun swasta.
Dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada Isnin, Kementerian Kewangan memaklumkan Khazanah dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) menerima RM3.1 juta hasil daripada penjualan saham dalam FashionValet.
Pada 2018, Khazanah dan PNB telah melabur masing-masing RM27 juta dan RM20 juta untuk pegangan minoriti masing-masing dalam FashionValet.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki dalam kenyataan berkata suruhanjaya itu telah membuka kertas siasatan berhubung kerugian pelaburan berkenaan serta memberi jaminan siasatan akan dijalankan secara adil dan profesional.
Islam dimartabatkan dibawah DAP. Bawah PAS celaka laknatullah 33 bulan, islam dihina dipijak dan diludah oleh ulama khawarij PAS iaitu anjing2 dajjal dengan menaikkan cabutan judI, meluluskan konsert2 LGBT, termasuk pesta pesta liberal dan meluluskan arak TIMAH.
Memulakan lawatan kerja di China pagi ini dengan menghadiri Majlis Pembukaan Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) bersama-sama delegasi Malaysia di Shanghai.
Sewaktu berucap selepas pidato pembukaan oleh Premier Li Qiang, saya tegaskan betapa tema “New Era Shared Future” yang diangkat dalam CIIE Ke-7 ini begitu relevan tatkala dunia bergelut dengan sikap unilateralisme, perlindungan melampau, perpecahan dan kegalauan.
Saya berkongsi pandangan sama dengan Presiden Xi Jinping, bahawa kemakmuran dunia ini perlu memanfaatkan setiap individu dan negara. Dasar perkongsian masa depan ini menjadi asas penting mengapa Malaysia memilih menyertai pakatan BRICS, kerana prinsip ini diterima baik negara-negara Asia, Afrika, Amerika Latin dan Global South.
Saya zahirkan penghargaan atas pendirian China yang memilih untuk menjulang prinsip perkongsian kemakmuran tatkala beberapa kuasa besar ekonomi dunia memilih untuk mengambil sikap yang bertentangan.
Terkait CIIE, saya percaya ia adalah wadah penting untuk perniagaan seluruh dunia, terutama syarikat-syarikat kecil memperagakan keupayaan dan menarik pelaburan. Ini adalah contoh penting di mana kerjasama antara negara digunakan sebaiknya bagi memastikan kemajuan global dicapai secara adjl.
Pastinya Malaysia akan menggunakan kedudukan selaku Pengerusi ASEAN tahun depan untuk mempertingkat kerjasama serantau, antaranya menerusi penganjuran Sidang ASEAN+GCC+China, yang bakal melonjak pertumbuhan serantau serta merapatkan kesenjangan dalam perdagangan, pelaburan dan kemajuan ekonomi.
Saya akhiri ucapan dengan memetik satu ungkapan Cina: “前人栽树,后人乘
凉" - yang bermaksud “Pohon yang ditanam oleh satu generasi akan memberi teduhan pada generasi yang lain.”
Jarang sangat lebai Hadi datang parlimen hari selasa sebab dia tahu hari tu sessi PMQ dan PMX ada untuk soal jawab. Tapi hari ni tiba2 dia muncul, sebab apa? Sebab dia tahu PMX hari ini ada kat China. Bijok tok ambe? He. He..
Tuduh di Parlimen berlindung dengan imuniti Dewan untuk buat sentimen negatif.
Kalau ada bukti lapur pada Polis dan SPRM.
***************
RSN Rayer (PH-Jelutong) memberi tempoh 24 jam kepada Awang Hashim (PN-Pendang) untuk mendedahkan nama pemimpin DAP yang didakwanya menyimpan wang berjumlah RM94 juta di rumah.
Rayer menyifatkan Awang, ketika membuat dakwaan itu, sebagai bertindak semberono dan tidak bertanggungjawab, serta menggunakan kekebalan di Dewan Rakyat untuk membuat tuduhan liar.
Dia juga berkata tidak akan teragak-agak untuk mengemukakan usul agar Awang dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.
"Jika benar ada bukti menyokong kenyataannya, saya cabar Awang dalam tempoh 24 jam untuk membuat laporan kepada SPRM dan nyatakan siapa ahli Parlimen DAP yang didakwa terkait dengan penemuan RM94 juta tersebut," katanya dalam sidang media di Dewan Rakyat, hari ini.
Ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2025 hari ini, Awang membangkitkan dakwaan penemuan wang tunai berjumlah RM94 juta yang dikaitkan dengan seorang bekas menteri daripada DAP.
“Begitu juga dengan kes RM94 juta, di mana seorang menteri DAP dikatakan terlibat. Sampai sekarang, kita masih tidak tahu sejauh mana siasatan telah dibuat,” katanya.
Ia mengundang kemarahan Rayer, yang bangun mencelah dan meminta tindakan tegas diambil terhadap Awang kerana menurutnya membuat tuduhan tanpa bukti terhadap DAP.
"Tindakannya adalah satu tindakan yang semberono dan tidak bertanggungjawab sebagai ahli Parlimen yang menggunakan kekebalan Dewan Rakyat untuk membuat tuduhan liar dan jahat," kata Rayer.
Namun Awang tidak mengendahkan teguran itu dan malah berkata, “Bila sebut sahaja pasal DAP, dia terus marah”.
“Dia ingat DAP ini malaikat yang suci,” katanya lagi.
Rayer kemudian menegur Awang dan mencabarnya untuk mengulang dakwaannya di luar Dewan Rakyat.
Sementara itu, Chong Zhemin (PH-Kapar) berkata dia tidak menemui sebarang berita atau kenyataan berkaitan kes yang dibangkitkan Awang.
“Saya google dan dapat berita SPRM telah mengeluarkan kenyataan ada pemimpin PN yang rumahnya terdapat RM5 juta. Jadi saya tidak tahu (berkenaand dakwaan), mana ada berita pemimpin DAP simpan RM94 juta,” katanya.
PUTRAJAYA – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa RM94 juta telah ditemui di kediaman bekas menteri.
Menerusi kenyataan, SPRM berkata, ahli Parlimen berhak menyuarakan pandangan secara bebas namun adalah penting agar kenyataan dibuat berasaskan fakta tepat untuk mengelakkan kekeliruan.
“SPRM ingin menegaskan sekali lagi bahawa tiada sebarang kenyataan telah dibuat oleh suruhanjaya ini mahupun Ketua Pesuruhjaya SPRM berkaitan penemuan jumlah tersebut di kediaman bekas Menteri tersebut,” katanya pada Isnin.
Terdahulu Perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2025 di Dewan Rakyat betukar menjadi kecoh apabila isu wang tunai RM94 juta yang didakwa ditemui di kediaman seorang bekas menteri daripada DAP dibangkitkan oleh Datuk Awang Hashim (PN-Pendang).
Awang mempersoalkan mengenai perkembangan siasatan kes tersebut walaupun sudah lebih setahun ia berlalu.
Ia mengundang kemarahan RSN Rayer (PH-Jelutong), yang bangun mencelah dan meminta tindakan tegas diambil terhadap Awang kerana menurutnya membuat tuduhan tanpa bukti terhadap DAP.
1. Mimpi bertemu Nabi ﷺ adalah motivasi rohani untuk peribadi, bukan petunjuk mutlak atau menjadi asas hukum.
2. Mimpi tidak boleh dijadikan hujah atau sandaran khususnya untuk justifikasi tindakan melibatkan orang ramai.
3. Imam Hasan Al-Banna menegaskan Al-Quran dan Sunnah sebagai dasar memahami Islam. Ilham, kasyaf, atau mimpi tidak dapat dijadikan sandaran hukum jika bercanggah dengan nas. (Rukun Al-Fahmu, Usul ke-2 & Ke-3).
4. Untuk menjaga keaslian agama, dalil sahih dan metodologi ilmiah harus menjadi asas, bukan pengalaman individu yang tidak boleh dibuktikan.
5. Ajaran sesat sering menggunakan mimpi atau kasyaf untuk membina pengaruh, walaupun niat sesetengahnya mungkin ikhlas.
6. Jika seseorang mendakwa bermimpi bertemu Nabi ﷺ, perbuatan fitnah, kafir mengkafir, qazaf, atau adu domba jika dilakukan tetap berdosa kerana nas yang jelas.
7. Ada yang melampaui batas dengan melakukan qazaf untuk mempertahankan dakwaan mimpi pemimpin PAS, walhal itu bertentangan dengan nas agama.
8. Ibn Hajar menukilkan bahawa Ibnu Sirin serta Sahabat seperti Ibnu Umar dan Ibnu Abbas akan meminta perincian sifat Nabi ﷺ dalam mimpi, dan menilai kesahihan mimpi berdasarkan kesesuaian dengan sifat Nabi ﷺ. (Fathul Bari, Hadith 6993-6997).
9. Menggambarkan Nabi ﷺ dalam mimpi dengan rupa yang bertentangan dengan sifat sahih baginda dalam hadith adalah tidak tepat, seperti dakwaan baginda digambarkan berwarna hitam.
10. Syaitan tidak boleh menyerupai Nabi ﷺ, tapi Syaitan boleh menyerupai orang lain yang sesetengahnya sangkakan Nabi ﷺ.
Dua hari lalu di Pulau
Pimang, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa Pakatan Harapan
(PH) akan tetap bekerjasama dengan UMNO/Barisan Nasional (BN) dalam pilihan
raya umum akan datang.
Beliau
berkata, kerjasama itu perlu diteruskan demi memastikan kestabilan negara pada
masa kini dan pada masa depan.
“Kita telah melihat hasil beberapa pilihan
raya baru-baru ini, dan sukar bagi mana-mana parti untuk mendapatkan majoriti
yang kukuh.
“Walaupun ada yang berjaya memperoleh majoriti, kemungkinan besar
majoriti itu tipis dan mungkin tidak mencukupi untuk membentuk kerajaan yang
stabil,” katanya semasa Program Sesi Temu Bersama Anwar di Karnival GEN-AI:
Generasi Ada Idea di sini.
Semalam, Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi pula berkata, PRN Sabah
ke-17 yang dijangka diadakan tahun depan bakal menjadi ‘makmal’ untuk menguji
kerjasama antara PH dan BN.
Pengerusi BN itu berkata, PRN Sabah penting untuk menilai
persefahaman bagi menghadapi pilihan raya umum seterusnya.
Katanya, kerjasama PH dan BN menjadi asas
kepada pembentukan kerajaan perpaduan dan sewajarnya diteruskan bagi menjamin
kestabilan politik.
“Bagi meneruskan kerjasama PH dan BN, kita akan terjemahkannya
dalam PRN Negeri Sabah terlebih dahulu.
“Selepas itu, formula yang sama akan kita gunakan untuk
bekerjasama dengan lain-lain parti,” tambahnya.
Bolehkah kerjasama PH/BN menjanjikan kemenangan pada PRU16 akan
datang dan menjanjikan kerajaan perpaduan dapat dikekalkan?
Mengimbas kembali keputusan beberapa PRK dan
PRN di enam negeri tahun lepas, adalah jelas kerjasama PH dan BN belum tentu
boleh menjanjikan kemenangan.
Dalam PRN enam negeri misalnya, PKR yang bertanding 59
kerusi, hanya mampu menang 24 kerusi saja.
PKR juga kalah dalam PRK yang diadakan di Padang Serai, Kuala
Terengganu dan Sungai Bakap.
Ertinya PKR yang berjaya mengetuai kerajaan perpaduan dengan Anwar
Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri melalui kemenangan 31 kerusi Parlimen
pada PRU15 lalu (82 kerusi secara keseluruhan oleh PH) tidak membuatkan rakyat
menambah sokongan mereka kepada parti itu.
UMNO pula pada PRN enam negeri bertanding di 108 kerusi
Dewan Undangan Negeri (DUN) tetapi hanya menang 19 daripadanya.
Pencapaian terbaik UMNO hanyalah di Negeri Sembilan dengan menang
14 daripada 17 kerusi DUN ditandingi.
Prestasi UMNO di Pulau Pinang dan Selangor kurang memberangsangkan
apabila hanya menang dua kerusi saja.
Di Kelantan, parti itu hilang enam kerusi disandang dan kini hanya
menang satu kerusi iaitu Galas, manakala di Kedah dan Terengganu, UMNO gagal
meraih sebarang kerusi.
Bagaimanapun pada PRK Dun Nenggiri, UMNO
berjaya merampas kembali kerusi tersebut dengan cemerlang dan selepas itu
menang lagi dengan bergaya di Dun Mahkota, Johor.
Berdasarkan situasi itu, adalah jelas bahawa calon UMNO yang
disokong oleh kerajaan perpaduan mula diterima pengundi berbanding calon
PKR yang juga disokong oleh kerajaan perpaduan.
Dengan itu, sama ada PRN Sabah yang dijangka diadakan tahun depan
atau PRU16 akan datang, potensi UMNO untuk mampu memenangi lebih kerusi
berbanding PKR/PH adalah cerah sekali.
Kejayaan UMNO di Nenggiri dan Mahkota, manakala PKR semakin
bertambah undi kalahnya di Sungai Bakap, sedangkan calon yang ditonjolkan boleh
dikira memiliki pakej yang lengkap adalah gambaran yang tidak sukar untuk
dibaca.
Sebab utama penolakan pengundi kepada PKR ialah kerana prestasi
Anwar selaku Perdana Menteri yang terus dipertikaikan, selain banyak
janji-janjinya selama ini yang sudah pun dibungkus ikat mati dan dibuang ke
tepi tanpa sempat dijadikan kenyataan.
Ditambah lagi dengan prestasi menteri-menteri UMNO yang lebih
menyerlah dan boleh buat kerja, manakala menteri PKR sering dicemuh serta
dipertikaikan, bukan saja oleh rakyat, malah oleh penyokong parti itu sendiri.
Model dan bekerjasama melalui kerajaan perpaduan bagi menghadapi
PRU16 akan datang memang wajar diteruskan kerana melaluinya lebih memungkinkan
UMNO/BM mampu memenangi lebih banyak kerusi berbanding PKR/PH berdasarkan
kedudukan sebagai anggota kerajaan.
Yang penting, UMNO mesti dominan pada PRU16 akan
datang sebagaimana yang sering ditekankan oleh Pengerusi BN, Zahid Hamidi
sendiri. –
ShahbudinHusin 04November2024.
TIDAK HABIS HABIS BERMAIN POLITIK SEDANGKAN PM SEDANG MEMBERIKAN PENERANGAN SOAL PARKARA PENTING. PM DS ANWAR SEKOLAHKAN MP SIK DARI PARTI PAS KAW KAW YANG BERMAIN POLITIK DI PARLIMEN!
TIDAK HABIS HABIS BERMAIN POLITIK SEDANGKAN PM SEDANG MEMBERIKAN PENERANGAN SOAL PARKARA PENTING. PM DS ANWAR SEKOLAHKAN MP SIK DARI PARTI PAS KAW KAW YANG BERMAIN POLITIK DI PARLIMEN!
Bersempena
International Day to End Impunity for Crimes Against Journalists pada 2
November 2024 The Centre For Independent Journalism (CIJ), Kesatuan Kebangsaan
Wartawan Malaysia (NUJM) dan Gerakan Media Merdeka Malaysia (GERAMM) ingin
menegaskan bahawa jenayah, pengabaian, dan keganasan dalam semua bentuk
terhadap wartawan perlu dihentikan. Kami berdiri bersama wartawan di
seluruh dunia yang terkesan oleh isu ini dan menyeru semua pihak untuk bersatu
demi memelihara kebebasan media dengan melindungi wartawan sebagai agen
demokrasi.
Berdasarkan penurunan Malaysia dalam Indeks
Kebebasan Akhbar Dunia 2024 oleh Reporters WIthout Borders, adalah kritikal
untuk mengakui keperluan mendesak untuk menangani kemerosotan kebebasan media
di Malaysia. Jelas bahawa, walaupun pada tahun 2024, tapisan berlebihan dan
kewujudan undang-undang yang menindas terusmenjadi ancaman kepada kebebasan
media dan hak wartawan untuk kebebasan bersuara seperti yang termaktub dalam
Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.
Satu kebimbangan yang semakin meningkat yang
mengancam landskap media Malaysia baru-baru ini adalah keganasan ekonomi dalam
bentuk gaji rendah, keadaan kerja yang tidak selamat, dan ketidak jaminan
pekerjaan. Pelbagai isu baru-baru ini telah memburukkan lagi kelestarian
ekonomi wartawan dalam landskap media Malaysia. Antaranya termasuk penstrukturan
semula dan pemberhentian pekerja di beberapa portal utama dalam talian seperti
Free Malaysia Today, Malay Mail, dan The Scoop. Kami juga menyaksikan The
Vibes, The Malaysian Insight dan GETARAN gagal membayar gaji sekumpulan
wartawan dalam organisasi mereka. Sebagai agen demokrasi yang menyokong media,
keadaan ekonomi wartawan yang tidak mampan merupakan suatu perkara yang tidak
boleh diterima. Bagi melaksanakan peranan mereka dengan berkesan, mereka perlu
diberikan imbuhan yang adil serta keadaan kerja yang layak dan selamat.
Tambahan pula, kekurangan kebertanggungjawaban
terhadap tindakan yang dikenakan kepada wartawan sepanjang kerjaya mereka telah
lama tidak ditangani di Malaysia. Pada bulan Ogos, tiga wartawan Malaysiakini
dipanggil untuk siasatan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia berhubung
sumber maklumat bagi artikel mengenai dakwaan rombakan pegawai atasan polis.
Ini adalah satu penghinaan terhadap prinsip perlindungan sumber yang diiktiraf
di peringkat antarabangsa, yang membolehkan wartawan melaksanakan peranan
mereka untuk memaklumkan orang awam dengan berkesan, sekali gus menjejaskan
keupayaan mereka menjalankan tugas dan hak rakyat untuk mendapatkan maklumat.
Kekurangan kehendak politik untuk memulakan
pembaharuan undang-undang yang konstruktif juga terus memupuk budaya ketakutan
apabila undang-undang seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, Akta
Hasutan 1949, Akta Rahsia Rasmi, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia
terus menggalakkan penapisan sendiri kerana bimbang terhadap tindakan
undang-undang dan kerenah birokrasi.
Mengiktiraf kepentingan media dan
mengekalkankedudukanmereka dalam masyarakat kita mestilah dipegang pada tahap
tertinggi dalam semua institusi di Malaysia.
Kami mendesak agar Majlis Media Malaysia (MMC)
sebagai badan kawal selia sendiri yang bebas dan melibatkan pelbagai pihak
industri ditubuhkan tanpa berlengah lagi, serta diberikan mandat kuasa untuk
melindungi wartawan – secara undang-undang, fizikal, ekonomi, dan sosial –
serta integriti landskap media kita.
Support the
struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:
Oleh itu, bersempena dengan IDEI, CIJ, GERAMM,
Kedutaan Belanda, dan Pasukan Negara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCT)
menganjurkan Festival Solidariti Media pada 16 November 2024 untuk memberi
pencerahan terhadap isu-isu ini. Semua acara, termasuk persembahan langsung,
bazar, podcast langsung, sesi pembicara, dan pameran akan menampilkan
sepenuhnya wartawan dan bekas wartawan bagi menyokong perniagaan mereka serta
mengetengahkan cabaran ekonomi dan kesukaran yang dihadapi wartawan dalam
menjalankan tugas mereka.
IDEI dan Festival Solidariti Media adalah panggilan
mendesak kepada pembuat dasar dan ketua syarikat media: pengabaian hak pekerja
wartawan, gangguan terhadap agen demokrasi yang menjalankan tugas mereka, dan
ancaman terhadap landskap media kita tidak boleh dibiarkan berterusan.
FashionValet Sdn Bhd (FV) yang menjadi tumpuan berikutan kerugian pelaburan yang ditanggung oleh Khazanah Nasional Bhd dan Permodalan Nasional Bhd (PNB), sudah menyaksikan kerugian lima tahun berturut-turut sebelum dua syarikat pelaburan berkaitan kerajaan itu melabur.
Semakan pemfailan akaun kewangan syarikat antara 2012 dan 2017 menunjukkan bahawa kerugiannya meningkat kepada RM10.7 juta pada 2017 berbanding RM166,793 pada 2012, sebelum pelaburan Khazanah dan PNB dalam syarikat itu pada 2018.
Maklumat kewangan itu diperoleh daripada pemfailan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Pada tahun Khazanah dan PNB melabur dalam syarikat itu, ia mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM20.19 juta.
Liabiliti semasa syarikat pada 2012 melebihi aset semasa sebanyak RM401,248 sebelum bertambah baik pada 2017 kepada kedudukan aset bersih RM1.24 juta.
Menariknya antara 2015 dan 2017, jumlah aset meningkat hampir 300 peratus kepada RM14.7 juta, manakala jumlah liabiliti meningkat lebih 100 peratus kepada RM11.7 juta.
Khazanah dan PNB melabur RM27 juta dan RM20 juta, masing-masing ke dalam FV pada 2018.
Business Times telah menghubungi Khazanah dan PNB untuk menjelaskan kriteria pelaburan yang dipenuhi yang telah membawa kepada pelaburan mereka pada 2018, berdasarkan rekod prestasi kewangan FV pada 2017.
Jurucakap Khazanah merujuk Business Times kepada kenyataannya sebelum ini, manakala PNB masih belum menjawab.
Sebelum ini, Khazanah berkata, FV adalah platform e-dagang tempatan yang berpotensi apabila melabur RM27 juta untuk sembilan peratus kepentingan pada 2018 dengan lebih 400 jenama dan 15,000 produk dan menjangkakan pertumbuhan pendapatan kira-kira 60 peratus setahun.
“Rasional pelaburan kami berpaksikan pada tema e-dagang luar talian ke dalam talian, serta komitmen untuk menyokong usahawan Malaysia dan syarikat peringkat awal yang berpotensi,” katanya dalam satu kenyataan.
Sementara itu, Kementerian Kewangan (MoF) dalam jawapan bertulis kepada pertanyaan yang disiarkan di laman web parlimen Isnin lalu berkata pelaburan PNB adalah untuk menyokong syarikat runcit digital Bumiputera yang sedang berkembang pesat itu untuk menjadi platform runcit serantau bagi jenama Malaysia.
MoF berkata, penjualan kepentingan Khazanah dan PNB dalam FV kepada NXBT Partners Sdn Bhd mewakili jalan keluar yang bertanggungjawab kepada pelabur strategik yang boleh terus membantu FV dalam menangani keperluan pembiayaannya secara holistik dan memulihkan perniagaannya dalam persekitaran industri yang mencabar.
Sehingga 30 September 2024, NXBT Partners ialah pemegang saham terbesar FV dengan 51 peratus atau 2.5 juta saham, diikuti Datuk Fadzaruddin Shah Anuar (17.7 peratus) dan Vivy Sofinas Yusof (17 peratus).
NXBT Partners dimiliki sepenuhnya oleh Afzal Abdul Rahim, Ketua Pegawai Eksekutif TIME dotcom Bhd dan Pengarah Bebas Kanan CIMB Group Holdings Bhd.
Pemfailan kewangan terakhirnya dengan SSM menunjukkan bahawa FV mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM34.5 juta berbanding pendapatan RM112.8 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022.