PKR PAHANG KENA LAKUKAN GERAK KERJA LEBIH LAGI KALAU NAK MENANG..KALAU TAK BERGERAK MEMANG TAK ADA PELUANG UNTUK MENANG LAH...

 



Kenyataan Media

7 Ogos 2022

Saya telah mengadakan mesyuarat bersama semua Ketua Cabang KEADILAN negeri Pahang petang ini bagi urusan pelantikan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN).

Saya telah mengemukakan nama saudara Amirudin Shari sebagai Pengerusi MPN Pahang dan setelah mendengar pandangan, semua Ketua Cabang sebulat suara bersetuju dengan pelantikan tersebut.

Semoga lantikan ini akan memantapkan lagi gerak kerja KEADILAN di Pahang serta mampu menarik sokongan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

ANWAR IBRAHIM

SEBELUM MENUTUPTIRAI MALAM- ANDA MENILAILAH DIA INI TERUTAMANYA MASYARAKAT AMPANG DAN MALAYSIA DIMANA PUN BELIAU BERTANDING- ELOK TOLAK


MASA NAK NAIK DULU DULU, KAU GUNA NAMA ANWAR IBRAHIM DALAM SEGALA CERAMAH UNTUK KAU NAIK. SELEPAS KAU MENANG KAU PIJAK PEMIMPIN KAU YANG KAU PUJA DULU. KAU LOMPAT JADI KATAK SEHINGGALAH BN PUN TAK MAHU PADA KAU....MUKA TAK MALU.




 

Esok hari Asyura, 10 Muharram.-Kena ingat bidaah itu memang ada.




MASRI RAMLI


Esok hari Asyura, 10 Muharram.

.

Saya ternampak satu poster menyatakan bahawa Habib Umar menggalakkan orang ramai membaca surah al-Ikhlas sebanyak 1000x pada hari Asyura dan fadhilatnya ialah Allah akan melihat kepadanya, dan dia tak akan diazab. Dikatakan ia adalah riwayat Ali.

.

Selepas melakukan beberapa carian, saya menemui maklumat yang sama daripada page FB ini dan poster ini.

https://www.facebook.com/tarimnews/posts/3230158287060202

.

Daripada sini saya mendapati ia disebarkan dalam media sosial Habib Umar seperti telegram beliau, FB, dan Instagram beliau.

.

Setakat carian saya, amalan dan fadhilat ini, saya tak jumpa dalam sumber ahli sunnah yang muktabar. Sebaliknya saya jumpa dalam sumber-sumber Syiah seperti berikut:

.

فيما نذكره من فضل قراءة (قل هو الله أحد) في يوم عاشوراء روي عن الصادق عليه السلام أنه قال: من قرأ يوم عاشوراء الف مرة سورة الاخلاص، نظر الرحمان إليه، ومن نظر الرحمان إليه لم يعذبه ابدا (4).

Berkaitan apa yang kami sebutkan tentang kelebihan membaca surah al-Ikhlas pada hari 'Asyura. Diriwayatkan daripada Al-Saadiq 'alaihissalam bahawa beliau berkata: Sesiapa membaca pada hari 'Asyura 1000x surah al-Ikhlas, Al-Rahman akan melihat kepadanya, sesiapa yang Al-Rahman melihat kepada, dia tidak akan diazab selamanya. [Al-Sayyid Ibn Thawus, Iqbal al-A'mal, 3:80, rujuk: http://shiaonlinelibrary.com/الكتب/1364_إقبال-الأعمال-السيد-ابن-طاووس-ج-٣/الصفحة_77]

.

.

Siapakah Al-Sayyid Ibn Thawus ini?

Beliau adalah Ali bin Musa bin Ja'far bin Thawus, seorang ulama Syiah. Rujuk:

https://en.wikipedia.org/wiki/Sayyed_Ibn_Tawus dan https://ar.wikishia.net/view/علي_بن_موسى_بن_جعفر_بن_طاووس

.

Ibnu al-Qayyim menyebutkan dalam Al-Manar Al-Munif:

لا يصح منها شيء، ولا حديث واحد، ولا يثبت عن النبي صلى الله عليه وسلم فيه شيء غير أحاديث صيامه، وما عداها فباطل

Tidak sahih apa-apa riwayatpun, tidak sahih daripada Nabi s.a.w apa-apa amalan pun melainkan hadis puasa ('Asyura). Apa yang selainnya adalah bathil.

.

#MMMR

 



 

ZAMAN MELAYU ISLE YANG BAHLOL PUN BOLEH JADI MENTERI

 


Macamanalah dia ni boleh jadi menteri?

Orang ramai yang bising gaji rendah tu majoritinya adalah graduan. Lepasan ijazah, gaji tak sampai RM3k, bahkan ada yang bawah RM2k, nak survive macamana? Sebab tu orang bising.

Dia nak suruh orang sambung belajar ambil master pula? Tak salah tapi masalahnya pendidikan pun bukan percuma. Habis degree, hutang pengajian dan bertepek dai dahi mereka.

Dalam masa yang sama kerajaan sibuk import tenaga asing yang sedia terima gaji murah sebab mereka tidak hidup berkeluarga di negara ini. Jadi mereka kacau pasaran kerja dan buatkan gaji jadi semakin rendah.

Kamu sebagai menteri pendidikan sepatutnya cari jalan supaya pendidikan tak membebankan rakyat. Tak bebankan ibu bapa nak menanggung anak yang sambung belajar.

Fikirkan apa cara supaya graduan yang baru tamat pengajian tidak terbeban dengan hutang. Ini tidak. Belanja sekolah rendah pun dah mahal. Yuran PIBG pun masih ada. Kemudian ada saja bahan kena bawa ke sekolah. Itu sekolah rendah. Apa lagi jika di universiti dan kolej?

Kerajaan juga kena fikirkan bagaimana nak tarik lebih ramai pelabur masuk. Supaya peluang kerja bertambah. Serta kurangkan tenaga import. Barulah ada jalan untuk gaji naik.

Atau paling tidak usahakan supaya harga barangan jadi murah. Supaya rakyat walau dengan gaji yang kecil pun boleh survive. Itu baru bertanggungjawab. Bukan beri jawapan sampah macam ni. Guane boh?

Raja Gelap

 

PAK LEBAI- KAMI TAHU DAH PELAN HANGPA TU- TAK PAYAH BERAHSIA LAH AIHHH- ASAL WALAUN POOIHHHH HATI

 

Plan A, ikut Bn kalau Bn kerajaan. Plan B, ikut PN kalau PN kerajaan. Tau sangat dah...haha





ZUHUDNYA ULAMA

 

TAK PAKAI MERCEDES TAK GILA POMPUAN MENIKAH 2-3





Beginilah kehidupan peribadi ulama tafsir yang pernah hidup di zaman kita, Sheikh Ali As-Sobuni.

Beliau baru sahaja wafat tahun lepas iaitu pada 19 Mac 2021.

Baru-baru ini anak beliau memuat naik status di media sosial menceritakan kehidupan peribadi ayahnya yang sangat menginspirasikan kita semua.

Anak beliau menulis :

"Tempat ini mempunyai memori yang sangat banyak. Sewaktu ayahku masih hidup, beliau berada di sini siang malam.

Setiap hari seawal jam 3 pagi, ayah akan bangun untuk solat tahajjud terlebih dahulu. Selesai solat, aku akan dengar suara tapak kakinya berjalan dengan berhati-hati kerana takut mengganggu kami tidur.

Kemudian ayah akan duduk di perpustakaan dan menyalakan lampu mejanya dan akan mula menulis.

Sebelum azan subuh berkumandang, ayah akan bangun dan mengambil kunci kereta dan sejadah untuk solat di masjid dan akan baca al-Quran sebanyak 3 juzuk bersama temannya di masjid.

Setelah pulang ke rumah, ayah akan sarapan bersama kami dan akan kembali untuk menulis sehingga jam 10.30 pagi. Kemudian beliau akan terus tidur sebentar (qailulah).

Begitulah rutin harian ibadah ayahku."

Anak beliau menceritakan lagi bahawa ayahnya banyak kali akan bangun tidur dan terus menuju ke perpustakaan untuk menulis dan apabila anak beliau bertanya bahawa ayahnya tidak letih kah bangun tidur semula, sedangkan ayah sudah hampir terlelap tidur?

Lalu ayahnya menjawab :

"Waktu itulah kefahaman akan datang untuk aku menafsir ayat al-Quran, aku takut kefahaman tersebut hilang begitu sahaja, sebab itulah aku bangun dan terus menulis.

Sahabat sekalian, para ulama adalah individu yang mesti kita contohi kehidupan mereka kerana mereka merupakan individu yang sangat ikhlas memperjuangkan agama ini.

Kredit : Hala Sabouni

Terjemahan : Kun Anta

 

TIKTOK- KITA CARI BANYAK TAPI GUNA SIKIT-CERAMAH YANG BERMANFAAT


 

TUBUH SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA SIASAT SKANDAL BINA KAPAL


JANGAN LARI : DULU ZAMAN PH- BAJU CINA NI PAKAI WALAUNCAI TROLL KATA MACAM KOMINIH- LA NI HANGPA DIAM PASAI PA BILA KES CURI DUIT HILANG BILLION BILLION ...DAPAT KE HANGPA SIKIT KAH..?

 


‘Jangan lari’, Liew gesa Zahid jawab pada rakyat mengenai kegagalan projek LCS






Liew Chin Tong mempertanggungjawabkan Ahmad Zahid Hamidi atas penyelewengan dana dan kegagalan projek LCS.

PETALING JAYA: Liew Chin Tong membidas Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi kerana menafikan penglibatannya dalam projek kapal tempur pesisir pantai (LCS) bernilai RM6 bilion.

Dalam laporan Umno Online, Zahid berkata, beliau tidak sepatutnya dipersalahkan atas masalah yang melanda projek itu kerana kontrak itu dianugerahkan pada 2014, setahun selepas penggalnya sebagai menteri pertahanan tamat.

Bagaimanapun, Liew yang pernah berkhidmat sebagai timbalan menteri pertahanan bawah kerajaan Pakatan Harapan terdahulu berkata, projek itu diluluskan oleh Zahid semasa beliau menjadi menteri pertahanan pada 2011.

“Zahid bertanggungjawab atas penyelewengan dana dan kegagalan projek LCS,” katanya di Facebook.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Beliau mesti jawab kepada rakyat sekarang juga. Jangan lari.”

Tambahnya, Zahid telah meluluskan perubahan spesifikasi kapal daripada reka bentuk awal Sigma, seperti yang dipilih oleh tentera laut, kepada model Gowind, berdasarkan saranan kontraktor projek, Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS).

Beliau juga memetik kenyataan daripada mereka yang dipanggil oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengenai projek LCS untuk menunjukkan garis masa kelulusan projek dan perubahan yang dibuat.

Khamis lepas, Pengerusi PAC Wong Kah Woh berkata, Kementerian Pertahanan dan BNS, tidak mengendahkan pandangan tentera laut mengenai projek LCS.

Katanya, tiada satu kapal pun disiapkan walaupun Putrajaya telah membelanjakan RM6 bilion untuk projek itu, yang diberikan kepada BNS melalui rundingan terus.

Tentera laut sepatutnya menerima lima kapal menjelang Ogos tahun ini, tambahnya.

Zahid ialah antara pegawai tertinggi yang dipanggil PAC memandangkan beliau ialah menteri pertahanan pada 2011.


PERLU PINDA PERLEMBAGAAN ISU WARGANEGARA KANAK KANAK


TIKTOK ; DULU HANGPA KAWAN DENGAN DAP, HANGPA PUJI KEMAIN. LA NI HANGPA KAWAN DENGAN MCA HINA ISLAM HANGPA BISU


 

TIKTOK 25 TAHUN PERINTAH KELANTAN, TAK DA ORANG SUSAH PUN


 

TIKTOK : PENYAMUN DI PULAU PINANG


 

TIKTOK : BEZA ANTARA PEMIMPIN UMNO DAN PKR DI NS


 

BALASAN KEPADA MEREKA YANG MEMUNGKIRI JANJI-HASSAN KARIM




Parti Bersatu yang mengepalai Perikatan Nasional (PN) "marah-marah" kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob kerana mungkir janji untuk melantik seorang Timbalan Perdana Menteri dari Parti Bersatu.

Ismail Sabri respon semalam tentang ugutan Bersatu dengan berkata bahawa jika PN tarik sokongan maka Kerajaan akan tumbang dan sebagai Perdana Menteri beliau akan menasihati Yang diPertuan Agong supaya Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) diadakan.

Pandai Ismail Sabri bersilat dengan mematikan langkah dan gerak Parti Bersatu.

Jika PRU15 diadakan segera kerana terpaksa akibat ugutan dan tindakan Parti Bersatu tarik sokongan, maka Parti Bersatu menerima Dua tiga kesan langsung.

Pertama Rakyat marah.Kedua Parti Bersatu dilihat melanggar amanat Yang diPertuan Agong supaya ada kestabilan politik.Ini membawa kemurkaan di pihak Istana.

Ketiga, jika PRU15 diadakan sekarang maka Umno pimpinan Zahid Hamid dan de facto leader "Bossku" Najib Razak dari kluster Mahkamah yang dimusuhi Bersatu yang mendapat untung dan laba.

Parti Bersatu yang diketuai tiga serangkai sekarang iaitu Muhyidin Yasin, Azmin Ali dan Hamzah Zainudin eloklah bermuhasabah dan menginsafi diri tentang untung nasib Parti Bersatu sekarang.

Bidalan Melayu ada berkata: "Mengata dulang paku serpeh; Mengata orang aku yang lebih".

Muhyidin,Azmin dan Hamzah Mengata Perdana Menteri Ismail Sabri melupai janji.

Soalan perlu dikemukakan kepada 3 serangkai pemimpin Parti Bersatu itu.

Tidakkah dulu ada janji PH di mana Parti Bersatu ada di dalamnya berjanji Tun Dr Mahathir Mohamad adalah Perdana Menteri sementara iaitu dua tahun dan selepas itu jawatan Perdana Menteri diserahkan kepada Anwar Ibrahim?

Muhyidin yang jadi Presiden Parti Bersatu ketika itu berusaha menggagalkan perjanjian itu dan berjaya akhirnya dengan Langkah Sheraton di mana Muhyidin Yasin pula yang jadi Perdana Menteri ke-8, bukannya Anwar Ibrahim.

Begitu juga Azmin Ali.Tidakkah dia semasa PH berkuasa dan Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri ketujuh berhujah keras dan berusaha untuk gagalkan Anwar Ibrahim menggantikan Mahathir dengan berkempen supaya Mahathir menjadi Perdana Menteri sehingga penuh penggal Parlimen ke-14, bukannya sekadar dua tahun?

Tetapi akhirnya dengan Langkah Sheraton, Tidakkah Azmin yang membawa 10 orang Ahli Parlimen Parti Keadilan meninggalkan Keadilan dan PH sehingga Kerajaan PH tumbang. Tidakkah janji kepada Anwar Ibrahim dikhianati?

Begitu juga Hamzah Zainudin bersekongkol dengan Mahathir mengadakan Perhimpunan Melayu pada tahun 2019 sebagai satu usaha menggagalkan peralihan kuasa Perdana Menteri dari Mahathir kepada Anwar Ibrahim?

Jadi apa moralnya yang ada pada Muhyidin, Azmin dan Hamzah menuntut janji daripada Perdana Menteri Ismail Sabri sedangkan tiga serangkai pemimpin Parti Bersatu itu pernah MEMUNGKIRI JANJI mereka kepada Anwar Ibrahim, parti -parti dalam PH dan Rakyat yang menyokong PH dalam PRU14 lalu yang inginkan perubahan dan reformasi.

Inilah balasan bagi mereka yang MEMUNGKIRI JANJI.

Hassan Abdul Karim

Ahli Parlimen Pasir Gudang

7 Ogos 2022

 

DIA PUKOI TAK TAU- CAM SEPUPU DIA..KAH..KAH

 


MOHD SHAH RIM


Ni lawak.. pada 2017 Baginda Sultan Perak mencemar duli merasmikan kapal LCS di Lumut Perak, kapal itu tak siap pun tapi dipamerkan seolah olah telah siap, dgn kos 'decoration' RM400k, lepas Sultan balik, kapal masuk semula gudang ..

MENTERI PERTAHANAN KETIKA ITU HISHAMUDDIN HUSSEIN ONN.. sekarang sembang seolah dia tak tahu apa apa..

 

BIAR NAJIB JAWAB PERTAHANAN NEGARA LEMAH SEMASA DIA JADI PM- RAFIZI

 


RAFIZI RAMLI




ZUNAR CARTONIST FAN CLUB





Saya sudah baca putar alam #SayaPutarJib yang ditulis admin Najib Razak untuk cuci tangan skandal RM9 bilion kapal perang.

Dia salahkan semua:

1) Salah Panglima TLDM sebab nak kapal yang lagi kuno kononnya

2) Salah PH (ha3 PH masa 22 bulan arahkan siasatan, konon sebab siasatan tu yang melambatkan)

3) Salah rakyat Malaysia sebab tak faham dan tak cerdik macam dia (katanya memang biasa projek persenjataan lambat dan belanja akhir lebih mahal)

Salah semua orang, kalau dia boleh salahkan Rosmah, dengan Rosmah sekali dia salahkan.

Lemah sangat putar alam Najib kali ni.

Insya Allah kali ini PM FB ni akan kena sebab dia tidak boleh lari dalam hal skandal kapal perang ni. Akhirnya akan balik kepada dia juga. Sepupu dia pun akan cepat-cepat tuding jari kat dia untuk selamatkan diri.

Saya akan tunjukkan satu persatu penyelewengan yang berlaku, termasuk syarikat-syarikat palsu yang ditubuhkan untuk melarikan wang.

Modus operandi tak ubah macam 1MDB dahulu.

Masaklah Najib kali ni. Biar dia jawab bagaimana pertahanan negara jadi LEMAH semasa dia jadi PM, selama ini dia fitnah semua orang jual aset negara konon.

Saya harap kawan-kawan netizen setia ikuti kandungan dari saya dalam sebulan ke arah Hari Kemerdekaan ini.

Siapkan jari untuk share banyak-banyak, forward banyak-banyak.

Kali ini PM FB seperti buku bertemu ruas Description: 🤣

 

ORANG DESAK BUAT PENJELASAN DENGAN PENDEDAHAN- DEPA PUN TUMPANG JUGAK DESAK- LEPAS 24 JAM DEPA CENGANG TAK TAU HAPA-HANGPA NAK BUAT APA ???TU BEZA ANTARA NAK BERJUANG DENGAN TUKANG TUMPANG KARUT.






LAGU MANA NAK JAWAB NIH ? HA.HA.......






Mula mula sekali, aku nak bagi tau , aku memang suka ja siarkan benda ni. Apa yang Khalid Samad cakap tu adalah hasil kajian cerdik pandai Pas suatu ketika dulu..bukan lebai la ni..macam dok tor kangkong uiversiti utara la ni dok jadi kerani di pejabat PMO tu..apa nama orang pangge nama dia  "kayu"...haaa.....tak leh pakai..sebab tak mampu capai akal pimpinan Pas waktu itu, kini dan masa depan. 










Sebelum Rafizi buat pendedahan, parti lebai yang dok ada dalam kerajaan ni biasanya diam bisu..sebab tak kena ke depa..kena ke orang lain, diam kena ke depa .Orang lain buat pendedahan dengan bukti dan mendesak penyelewengan. Depa dak..desak juga macam lepaih batuk di ataih tangga...kononnya berjuang la jugak kan.

 Bila orang tanya hangpa nak buat apa kalau tindakan tak ambik..diam bisu lama dulu....,  lepas tu baru keluaq dalil..kah..kah..kah...lama dah aku kenai PAS  ni..bukan baru baru ni. Pas ni lahir di Butterworth..bukan Kelantan bukan Kedah bukan Terengganu...lahir PAS  di bandar..bukan ulu, bukan cerok kampung...jadi jangan malukan Pas.

Berbalik la pada desakan tadi...pas ni kalau dulu la zaman Mat sabu Mahfuz Salehuddin dan seangkatan yang ada dalam AMANAH , tak lain depa akan mobilasi perhimpunan . selain desakan mereka akan membuat pebdedahan, 

Pas pun dia desak macam dok kata tadi..tapi sekdar nak tunjuk macam singa..tapi dah patah gigi dan taring..mengaum puan macam kena selsema...batuk batuk..tak dak sapa nak heran dah dengan Pas la ni...Pas nampak mandom bila terpaksa bergabung dengan parti lain untuk menunjukkan kekuatan. 

Parti Islam kalau macam tu tak kuat la kiranya. Kalau dulu Pas ni tak gabung dengan sapa sapa...tapi kalau bergabung pun sejarah dah tunjuk jelas lagi terang depa yakni Pas suka khianat kawan kawan...elok la Pas..dok sendiri la,,p la cerita ulu cerok mana bahawa hangpa parti agama, hudud pun lepaih kemana...RUU pun hangpa bangsatkan ..kes apa yang walaun hangpa dok canang pun dulu dulu  hangpa dah tak peduli...la ni hangpa suka ja nak cari rakan gabungan untuk nak kekalkan kerusi yang ada... tapi kali ni tugas hangpa berat la sikit....zaman makin moden dan maju....pikiran pimpinan Pas ja terbelenggu dan dok lam kandang lagi ..Tak leh move on kata orang la ni...kesian no...wallahuaklam.

SAT...SAT...NAK TEKENTOT.....


RAFIZI BAKAL DEDAH LAGI BANYAK SCANDAL- TAPI YANG BODO PIANG TAK MAU BACA BIASA LA...OTAK BEKU-HIDUP MINDA MISKIN JIWA PENGEMIS

 



Projek LCS: Rafizi dakwa mirip 1MDB, bakal dedah lebih banyak penyelewengan



Astro Awani
Projek LCS: Rafizi dakwa mirip 1MDB, bakal dedah lebih banyak penyelewengan
Timbalan Presiden PKR itu mendakawa modus operandi perolehan kapal LCS mirip 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli mendakwa isu perolehan kapal tempur pesisir (LCS) mirip kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Sehubungan itu beliau akan mendedahkan skandal penyelewengan projek pembinaan enam kapal tempur (LCS) bernilai RM9 bilion yang diberikan secara rundingan terus itu.
Katanya, satu persatu penyelewengan yang berlaku akan ditunjukkan dalam tempoh sebulan ini termasuk syarikat-syarikat palsu yang ditubuhkan didakwa untuk melarikan wang.
"Modus operandi tak ubah macam 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dahulu.
"Masaklah Najib (Datuk Seri Najib Razak) kali ni. Biar dia jawab bagaimana pertahanan negara jadi lemah semasa dia jadi Perdana Menteri, selama ini dia fitnah kononnya semua orang jual aset negara," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.
Rafizi turut menempelak Najib yang menyalahkan Pakatan Harapan (PH) dalam isu LCS dalam kenyataan di Facebook.
Sebelum ini Najib menerusi catatan di laman Facebook mendakwa, PH telah melewatkan dan membekukan sepenuhnya projek LCS pada 2019.
Katanya, projek berkenaan masih berjalan semasa pemerintaan BN dan kapal pertama sepatutnya diserahkan pada 2019.
Mengulas lanjut Rafizi berkata, hujah bekas Perdana Menteri itu untuk melepaskan diri daripada skandal tersebut terlalu lemah.
"Saya sudah baca putar alam #SayaPutarJib yang ditulis admin Najib Razak untuk cuci tangan skandal RM9 bilion kapal perang. Lemah sangat putar alam Najib kali ni.
"InsyaAllah kali ini Perdana Menteri Facebook ni akan kena sebab dia tidak boleh lari dalam hal skandal kapal perang ni. Akhirnya akan balik kepada dia juga. Sepupu dia pun akan cepat-cepat tuding jari kat dia untuk selamatkan diri," katanya.
Pada Khamis, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendedahkan selesai mengadakan sembilan prosiding berhubung isu LCS bermula 18 Nov 2020 dan yang terakhir pada 8 Mac lepas dengan memanggil beberapa saksi dan hasil prosiding itu mendapati kontrak projek LCS diberikan kepada syarikat BNS (Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd) secara rundingan terus dengan kerajaan membayar RM6.083 bilion, namun tiada sebuah kapal LCS disiapkan.