Roland Engan pengerusi MPN KEADILAN Sarawak baharu



Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Sarawak dilantik petang ini selepas mesyuarat Ketua ketua Cabang yang dipengerusikan oleh Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Menurut Anwar, nama Roland Engan telah diusulkan dan mendapat sokongan penuh untuk dilantik sebagai pengerusi negeri.


"Saya mengadakan mesyuarat bersama semua Ketua Cabang KEADILAN negeri Sarawak petang ini bagi urusan pelantikan Pengerusi MPN.


"Kesemua Ketua Cabang di Sarawak sebulat suara mengusulkan nama Ketua Cabang Baram, saudara Roland Engan sebagai Pengerusi MPN Sarawak bagi penggal 2022-2025," katanya.

Roland Engan

Tambah Anwar, Roland akan menggerakkan KEADILAN Sarawak dengan dibantu pimpinan baharu dan lama di negeri itu.


"Saudara Roland akan mengerakkan MPN bersama Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang juga Ketua Cabang Hulu Rajang, saudara Abun Sui Anyit bagi memantapkan KEADILAN Sarawak," katanya lagi.


Sarawak sebelum ini agak unik kerana tidak mempunyai Pengerusi MPN selepas Larry Sng Wei Shien meninggalkan parti. KEADILAN ditabdir melalui 'Council of Elders' selama beberapa tahun.


 

No comments: