SILAP YANG TIDAK BOLEH BERPATAH BALIK

 

Zainuddin Omar



Kalaulah Najib tak berbelanja besar untuk diri dan isteri sehingga berjuta RM harta karun dijumpai dalam rumah. 



Kalaulah Najib menolak jutaan ringgit yang masuk ke akaun peribadi kononnya dari Raja Saudi. 


Kalaulah Najib tidak menyingkir pegawai-pegawai Kerajaan yang mula menyiasat skandal 1MDB. 


Kalaulah Najib tidak bersekongkol dengan Jho Low dan penjarah Petrosaudi sehingga bergambar bersama dalam Yacht di Nice France. 


Kalaulah.....


Masuk jail adalah bayaran mahal yang kamu wajib hadap kerana skandal 1MDB sehinggakan negara dan rakyat Malaysia kehilangan RM40 billion. 


RM40 billion boleh bina 40 hospital kelas pertama di Malaysia. 


The buck stops with you. Khalas. 


**********************

Dalam permohonan maafnya hari ini, bekas perdana menteri Najib Razak turut mengakui dia sepatutnya mengambil tindakan yang berbeza bagi menangani skandal 1MDB.


Namun, menurut kenyataan yang dibacakan anaknya Nizar Najib, dia lebih mempercayai penjelasan lembaga pengarah dan pengurusan 1MDB ketika itu.


“Apabila berlakunya kebimbangan dan pelbagai pihak mula mempersoalkan apa yang berlaku di 1MDB, saya sepatutnya mengambil tindakan berbeza.


“Saya telah mengarahkan pelbagai siasatan dijalankan namun saya cenderung untuk mempercayai penjelasan oleh lembaga pengarah dan pihak pengurusan 1MDB,” katanya.


Hari ini, Najib membuat permohonan maaf secara terbuka atas skandal 1MDB.


Namun, dia kekal menyatakan dia tidak bersalah dan meletakkan kesalahan kepada Jho Low dan eksekutif Petrosaudi.


Sementara itu, Najib berkata apabila dia mula merasa curiga dengan “apa yang sebenarnya berlaku” dalam 1MDB, kebimbangan utamanya adalah untuk memulihkan kedudukan kewangan dan risiko yang ditimbulkannya terhadap hubungan diplomatik dan dua hala peringkat tertinggi dengan Arab Saudi.


“Saya telah pun dihukum dari segi politik, walaupun dengan jelas saya bukanlah dalang kepada segala penyelewengan dalam 1MDB dan tidak pernah sekalipun bersubahat dengan Jho Low. 


“Justeru, saya tidak sepatutnya menjadi mangsa dari segi undang-undang,” katanya lagi, sambil menyuarakan proses mahkamah akan dapat membuktikan dia tidak bersalah.


Baca: Najib mohon maaf atas skandal 1MDB


Najib kini sedang menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang selepas disabit bersalah dalam kes rasuah SRC International berjumlah RM42 juta.


Dia pada mulanya dihukum penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.

Namun Lembaga Pengampunan kemudian mengurangkan hukumannya kepada enam tahun penjara dan denda RM50 juta.


Selain kes SRC International, Najib juga masih berdepan pertuduhan di mahkamah berkaitan kes 1MDB.


Kes-kes tersebut adalah kes rasuah 1MDB berjumlah RM2.28 bilion, kes pecah amanah jenayah berkaitan International Petroleum Investment Company berjumlah RM6.6 bilion, kes pindaan laporan audit 1MDB dan kes pengubahan wang haram melibatkan RM27 juta dana SRC International.




GUNA BAHASA BANGLA

 


Kepada yang menghina bahasa tu, jangan guna bahasa Melayu lagi lepas ni. Boleh guna bahasa Bangladesh pulak. Guane boh?


 

Raja II Gelap 





SEMOGA CERAH MASA DEPAN NAJIB

 

SEMOGA CERAH MASA DEPAN NAJIB

25 October 2024

Petang semalam, bekas Perdana Menteri yang kini dipenjarakan,  Najib Razak membuat permohonan maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia berhubung salah laku dalam syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Permohonan maaf secara terbuka itu dibacakan anaknya, Mohamad Nizar Najib yang juga merupakan Ahli Exco Kerajaan Negeri Pahang di perkarangan Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur.

Permohonan maaf semalam itu menyusul hanya enam hari sebelum Mahkamah Tinggi akan membuat keputusan sama ada Najib perlu membela diri atau tidak berhubung empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah yang yang kini Hakim Mahkamah Rayuan, akan memutuskan pada 30 Oktober ini sama ada untuk memanggil Najib membela diri atau membebaskannya daripada pertuduhan berkenaan.

Di sebalik memohon maaf itu, Najib bagaimanapun kekal menyatakan beliau tidak bersalah dan meletakkan kesalahan kepada ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low dan eksekutif Petrosaudi.

Menurut kenyataan itu, Najib memberitahu beliau berasa amat terluka mengetahui segala kecurangan berlaku dalam 1MDB ketika berada bawah pengawasan beliau sebagai Menteri Kewangan dan Perdana Menteri ketika itu.

“Tiada lain yang dapat saya nyatakan selain memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

Najib menambah, setelah menjalani hukuman penjara selama 26 bulan yang dijalaninya ketika ini berikutan disabitkan kesalahan menyalahgunakan RM42 juta dana milik SRC International (SRC) dan susulan pelbagai perkembangan signifikan berkaitan 1MDB, beliau terpanggil untuk membuat kenyataan maaf ini.

Najib kemudian memetik artikel yang diterbitkan The Edge awal bulan ini, yang menunjukkan bagaimana Jho Low dan dua eksekutif Petrosaudi, Patrick Mahoney dan Tarek Obaid berpakat untuk menyelewengkan dana 1MDB.

“Perbicaraan mahkamah baru-baru ini, sabitan kes terhadap eksekutif PetroSaudi di mahkamah Switzerland dan artikel terkini diterbitkan media (The Edge) yang berdasarkan analisis mereka terhadap kes itu serta e-mel dalaman PetroSaudi, sekali lagi membuktikan saya bukanlah dalang dan tidak bersubahat dengan Jho Low untuk menyeleweng dana 1MDB,” dakwanya dalam kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, Najib mendakwa bahawa rumusan daripada artikel diterbitkan itu menyatakan PetroSaudi serta Jho Low bersubahat untuk memperdayakan beliau.

“Saya tidak sedar PetroSaudi telah mengalihkan dana 1MDB dan saya tidak langsung mengetahui bahawa saya telah menerima wang daripada dana yang telah dihantar oleh 1MDB kepada PetroSaudi.

“Walaupun sukar bagi sesetengah pihak untuk memahami, saya telah dinasihati dan dengan jujur mempercayai pada masa itu bahawa dana yang saya terima adalah sumbangan politik daripada Kerajaan Arab Saudi sepertimana yang telah dinyatakan dalam prosiding mahkamah bahawa memang terdapat dua sumbangan besar yang disahkan pada 2010 diterima daripada Kerajaan Arab Saudi, iaitu sumbangan tersebut tidak pernah menjadi subjek dalam mana-mana prosiding jenayah ataupun sivil,” dakwanya.

Bekas Ahli Parlimen Pekan itu menambah, apabila berlaku kebimbangan dan pelbagai pihak mula mempersoalkan apa yang berlaku dalam 1MDB, beliau sepatutnya mengambil tindakan yang berbeza. 

“Saya telah mengarahkan pelbagai siasatan dijalankan, namun saya cenderung untuk mempercayai ulasan oleh lembaga pengarah dan pihak pengurusan 1MDB. 

“Apabila saya mula curiga tentang apa yang sebenarnya berlaku dalam 1MDB, kebimbangan utama saya adalah kepada usaha memulihkan kedudukan kewangan dan risiko yang ditimbulkannya terhadap hubungan diplomatik dua hala pada peringkat tertinggi,” katanya.

Najib mendakwa lagi, beliau telah dihukum dari segi politik walaupun dengan jelas, dirinya bukanlah dalang pada segala penyelewengan dalam 1MDB dan tidak pernah sekali pun bersubahat dengan Jho Low.

“Justeru, saya tidak sepatutnya menjadi mangsa dari segi undang undang. 

“Saya masih lagi terkejut apabila mengetahui kepincangan dan perbuatan tidak bermoral serta pelanggaran undang-undang yang berlaku di 1MDB. 

“Saya amat kesal dengan apa yang telah berlaku di SRC International Sdn Bhd (SRC) dan juga di 1MDB.

“Adalah tidak adil kepada saya dan saya berharap serta berdoa agar proses keadilan akan memihak kepada saya dan membuktikan saya tidak bersalah,” katanya.

Semoga Najib diberi keadilan yang sewajarnya pada 30 Oktober ini. – ShahbudinHusin 25Oktober2024.

 


SURAT DARI PELAJAR UNTUK YB DR. ZALIHA! TERKEDU PELAJAR INI DAPAT PANGGI...



Tular kenyataan berang pihak tertentu selepas Menteri Wilayah Persekutuan yang dianggap ‘Iron Lady’ mengarahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menguruskan sendiri pengendalian tapak berniaga musim perayaan. Dr Zaliha Mustafa memutuskan bahawa semua lot bazar selepas ini tidak lagi diserahkan kepada pihak ketiga untuk dikendalikan memandangkan terdapat banyak masalah termasuk tindakan pihak ketiga menyewakan tapak dengan harga berkali ganda daripada yang disewakan DBKL. Terdahulu, Presiden Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Malaysia, Datuk Seri Rosli Sulaiman dalam reaksinya kepada media antara lain mempersoalkan keupayaan Dr Zaliha menerajui kementerian terbabit. “Kita ini peniaga di sini. Kita ini orang di sini, orang Kuala Lumpur. Yang Berhormat Menteri orang Johor. “Tahu ke dia nak tadbir Wilayah ni? Jadi, dia kena berhati-hati ‘bermain’ di Kuala Lumpur,” tegas Rosli. Susulan itu, rata-rata warganet menyokong tindakan tegas Dr Zaliha dalam mengatasi masalah pertikaian tapak berniaga setiap kali musim perayaan di ibu negara. Tidak kurang juga mengingatkan tidak pula timbul pertikaian sebelum ini apabila Datuk Seri Shahidan Kassim yang juga Ahli Parlimen Arau dilantik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan semasa era kerajaan diterajui Datuk Seri Ismail Sabri. Dalam masa sama, ramai menyifatkan pihak kartel berkaitan lot niaga bazar musim perayaan sedang menggelupur kerana sukar untuk menangguk keuntungan atas angin dengan kadar sewa berlipat kali ganda seperti menjadi kelaziman sebelum ini. Selain itu, warganet turut berharap agar ada yang membuat laporan berhubung gejala ‘sakau’ duit lessen berniaga kepada pihak berwajib bagi membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) melakukan siasatan.




PESURUHJAYA PAS PERAK AKAN DI SAMAN MEMBUAT FITNAH KONONNYA MENTERI RASM...


Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, mahu mengambil tindakan sivil terhadap Razman Zakaria. Pesuruhjaya Pas Perak itu didakwa memfitnahnya berkait perarakan yang tular dengan insiden kibar bendera China di Dataran Menara Condong Teluk Intan, semalam. Kor Ming yang juga Naib Pengerusi DAP berkata, pegawai khasnya telah membuat laporan polis berhubung kenyataan Razman terbabit, di Balai Polis Teluk Intan, hari ini. “Saya juga mengarahkan peguam untuk mengkaji kes ini dan sekiranya didapati berasas, ‘see you (Razman) in court’ (jumpa anda di mahkamah). “Saya rasa rakyat boleh melihat sendiri (dakwaan) tohmahan dilemparkan ke atas diri saya… kononnya saya merasmikan perarakan itu tetapi malam tadi, saya bermesyuarat di Kuala Lumpur. “Bagaimana saya boleh berada di dua tempat pada masa sama? Jelas ini adalah pembohongan. “Razman (didakwa) kata saya anjurkan (perarakan itu), tetapi bukan anjuran saya pun,” katanya. Kor Ming berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Pangsapuri Jalan Hospital, di Ipoh, hari ini. Beliau menegaskan bahawa dirinya dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar, Woo Kah Leong tidak terbabit dalam penganjuran sambutan yang melanggar syarat permit itu. “Bagaimanapun yang penting, saya berharap penganjur iaitu Persatuan Kebudayaan Guan Gong, lebih sensitif dan saya mahu warga asing menghormati undang-undang negara kita. “Kedaulatan negara wajib dihormati supaya insiden sedemikian tidak berulang lagi,” katanya lagi. Sebelum ini, Razman mendakwa kejadian bendera China dikibarkan itu berlaku ketika Pesta Tanglung Teluk Intan yang turut dihadiri Kor Ming dan Kah Leong, 13 September lalu. Namun, insiden terbabit disahkan bukan berlaku ketika Pesta Tanglung, sebaliknya pada Sambutan Guan Gong Sedunia yang berlangsung semalam.







TAK SANGKA !! DATUK SERI ANWAR IBRAHIM DISAMBUT MERIAH JEMAAH SURAU AR R...

RENTASAN 1645 | PANAS!! KETUA PEMBANGKANG MEROYAN KERAJAAN MADANI BAYAR ...


MENARIK DALAM RENTASAN 1643
1. PILIHAN RAYA PRESIDEN AS: RINGGIT MENINGKAT BERBANDING DOLAR 2. PMX BIDAS PEMBANGKANG TUDUH PROGRAM NOKTAH KEMISKINAN TEGAR ‘GAGAL’ 3. HAMZAH DEDAH KEBODOHAN SENDIRI







MENARIK SUBSIDI MINYAK SEPATUTNYA MENJADI PILIHAN TERAKHIR ANWAR

 


 October 2024

Tiga hari lalu, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata, kerajaan sedia berdepan gelora daripada rakyat berikutan penarikan subsidi petrol Ron95 yang bermula  pada pertengahan tahun depan.

Beliau mengakui dasar sensitif itu berkemungkinan akan menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat apabila ia mula dikuatkuasakan.

“Ia adalah keputusan sekali dalam satu generasi yang memberi kesan kepada kehidupan semua orang.

“Harapan saya, dan tanggungjawab kita dalam kerajaan, adalah untuk memastikan kita menguruskan perkara ini dengan betul supaya perubahaan dasar ini mampan,” kata Rafizi sambil mengakui bahawa inflasi adalah kebimbangan terbesar kerajaan berikutan penarikan subsidi petrol itu nanti.

Dua perkara yang jelas dibimbangi Rafizi ialah tidak puas hari rakyat dan tekanan inflasi dan ini tidak dinafikan akan mencetuskan gelora dalam politik negara.

Kenapa agaknya Rafizi berkata demikian, walaupun dikatakan hanya kelompok T15 atau 15 peratus rakyat saja yang terkesan dengan penarikan subsidi petrol itu, manakala 85 peratus lagi iaitu golongan M40 dan B40 masih boleh terus menikmati subsidi sedia ada.

Pertamanya, dengan penarikan subsidi Ron95 nanti bermakna lengkaplah sudah janji menurunkan harga minyak yang menjadi simbol perjuangan Anwar Ibrahim selama ini telah dimungkiri sepenuhnya.

Bermula tahun depan, subsidi petrol Ron95 akan mula ditarik, manakala sebelum ini subsidi diesel telah pun lebih dulu ditarik subsidinya.

Makna kata slogan – menang hari ini, esok turun harga minyak…telah bertukar menjadi – menang hari ini, tahun depan kita naikkan harga minyak!!

Yaa beda beduuuu…

Maka itu, wajar sebenarnya untuk Rafizi bimbang tentang gelora penolakan daripada rakyat berhubung langkah kerajaan itu.

Walaupun penarikan subsidi untuk golongan T15 secara umumnya agak boleh diterima, tetapi ketika Anwar berjanji dulu, selain ia bermaksud harga minyak akan diturunkan jika beliau berjaya menjadi Perdana Menteri, bahkan tidak pernah disebut ada diskriminasi antara golongan mahakaya (T15) dengan golongan sederhana dan marhaen (M40 dan B40).

Ertinya, penurunan harga minyak yang dijanjikan itu adalah meliputi semua golongan dan semua rakyat tanpa mengira kelas kedudukan.

Apa yang berlaku kini adalah kontras sepenuhnya dengan janji yang diungkapkan dahulu di mana selain golongan T15 akan ditarik subsidi ketika membeli Ron95, manakala golongan M40 dan B40 pula tetap menerima subsidi seperti sedia ada.

Bermakna dalam hal ini, golongan M40 dan B40 langsung tidak menerima penurunan harga minyak sepertimana yang pernah dijanji beribu kali oleh Anwar sendiri dengan kali terakhir beliau berjanji sedemikian pada 2022 saja sebelum ini.

Apa yang golongan M40 dan B40 terima ialah harga minyak yang kekal sepertimana sekarang ini.

Alasan seperti diucapkan Anwar dalam ucapan Belanjawan 2025 bahawa harga minyak negara kita masih dikira lebih rendah ketimbang di Thailand, Indonesia dan Singapura sebenarnya sudah lama tertolak jika kita masih ingat ucapan-ucapan beliau sebelum ini yang mengatakan negara-negara tersebut bukan pengeluar minyak.

“Kita negara pengeluar minyak, nak buat perbandingan mesti dengan negara pengeluar minyak juga seperti Brunei, Qatar, Arab Saudi dan Nigeria,” demikian di antara petikan ucapan beliau yang kini sudah menjadi nostalgia hiba kepada rakyat yang negara ini.

Pendek cerita, bukanlah tidak boleh langsung kerajaan menaikkan harga minyak, tetapi di bawah Anwar yang beribu kali berjanji mahu menurunkan harga minyak sehingga dulu ada yang menggelar beliau Bapa Penurunan Harga Minyak, menarik balik subsidi Ron95, malah termasuk diesel, sepatutnya mesti menjadi pilihan terakhir sekali.

Ini tidak, belum sampai dua tahun ia sudah pun dijadikan dasar dan pendekatan.

Sama ada besar atau kecil gelora yang berlaku pada tahun depan, sama-samalah kita tunggu, namun yang pasti janji pemimpin yang sama pada PRU16 akan datang tidak mungkin akan dipercayai lagi.

Kalau hutang wajib dibayar, janji pula mesti ditepati. – ShahbudinHusin 24Oktober2024.

 

SEBAB IBLIS POLITIK MENIUP SENTIMEN BANGSA....

 

Ketika 𝗟𝗲𝗲 𝗖𝗵𝗼𝗻𝗴 𝗪𝗲𝗶 bermatian atas gelanggang untuk memenangi perlawanan demi negara, tak ada sesiapa yang persoalkan kesetiaannya.


Berita juga 𝗣𝗲𝗮𝗿𝗹𝘆 𝗧𝗮𝗻 dan 𝗧𝗵𝗶𝗻𝗮𝗮𝗵, 𝗡𝗶𝗰𝗵𝗼𝗹 𝗗𝗮𝘃𝗶𝗱, 𝗟𝗲𝗲 𝗭𝗶𝗶 𝗝𝗶𝗮 dan lain-lain atlet negara. Saat mereka berhempas pulas, merekalah 𝘄𝗶𝗿𝗮 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮.


Langsung tak ada rasa 𝗽𝗿𝗲𝗷𝘂𝗱𝗶𝘀 terhadap kesetiaan mereka. Dan kalau mereka menang, seluruh negara meraikannya. Tak terlintas langsung soal 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 𝗮𝘀𝗮𝗹.


Tapi bila masuk bab politik, automatik rasa prejudis tu timbul. Kenapa? Dalam sukan, kita yakin orang bukan Melayu ni 𝗶𝗸𝗵𝗹𝗮𝘀 berjuang untuk negara. Tapi masuk je  𝗯𝗮𝗯 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸, laju pertikaikan kesetiaan mereka.


Kenapa?


Itu kerana adanya 𝗶𝗯𝗹𝗶𝘀-𝗶𝗯𝗹𝗶𝘀 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸 yang kerap tiupkan 𝗺𝗮𝗻𝘁𝗿𝗮-𝗺𝗮𝗻𝘁𝗿𝗮 𝗸𝗲𝗯𝗲𝗻𝗰𝗶𝗮𝗻 supaya kita tidak saling akrab dan terus meragui serta bermusuhan.


Sebab selagi rakyat tidak menolak 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸 𝗽𝗲𝗿𝗸𝗮𝘂𝗺𝗮𝗻, selagi itulah parti politik gersang, yang tidak pandai mentadbir, hanya mahukan kuasa dengan niat 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗮𝗸𝗮𝘂 akan terus bernafas. 


Kalau tanpa kebencian kaum, sudah pasti parti-parti ini akan 𝗱𝗶𝘁𝗶𝗱𝘂𝗿𝗸𝗮𝗻, 𝗸𝗼𝗺𝗮 dan akhirnya 𝗱𝗶𝗸𝘂𝗯𝘂𝗿𝗸𝗮𝗻. Berhati-hatilah dengan mereka. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


MENYUSAHKAN KITA SEMUA..


 

PANTAS ZAMAN MADANI NI

 

Najib Bakar


Terima kasih pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam, hari Sabtu pun pantas selesaikan pertanyaan. Private sector pun tak sepantas ni. 💪



Ceritanya gini.


Pagi lagi jam 10 member mesej, tanya berkaitan pelarasan gaji untuk penjawat awam, cikgu yang berstatus Contract of Service (COS).


Setahu aku memang semua akan dapat. Cuma yang berstatus COS ni tak perlu tandatangan opsyen SSPA.


Aku pun contact pegawai JPA, pagi hari Sabtu, weekend, yang sebenarnya kalau nak, beliau tak perlu reply pun sebab bukan hari bekerja.


Tapi tak sampai 5 minit, dah reply, terus mintak detail, terus berhubung dengan pegawai sumber manusia KPM, dan dapat jawapan.


KPM dah ambil maklumat sekolah dan PPD terbabit, dan akan hubungi untuk jernihkan situasi.


Dan memang sahih, cikgu berstatus kontrak pun akan dapat pelarasan gaji. Cuma sebab benda ni baru, tentu ada yang kurang pemahaman sikit di kalangan kerani dan guru besar.


Terima kasih kepada pegawai sumber manusia di KPM yang pantas menjawab juga.


Kesimpulannya, semua penjawat awam tetap (yang sign SSPA) atau kontrak (automatik), akan dapat pelarasan gaji pada Disember ini.


👍💪



MACAMANA DIA NAK CERDIK..ULU TERENGGANU ZAMAN DIA SEKOLAH PAKAI PELITA MINYAK TANAH LAGI...TU DOK BENGGONG TU..


 

GOLONGAN NI JANGAN SAMPAI MARAH PADA ANWAR..


 

SAMA BODO JA BERDUA NI


 

KERAJAAN 33 BULAN BAGI DUTA KHAS MAKAN GAJI BUTA.. APA DSPA BAWA MASUK?


 

KENAPA TUAN IBRAHIM KALUT???


 

𝗡𝗮𝗷𝗶𝗯 𝗺𝗶𝗻𝘁𝗮 𝗺𝗮𝗮𝗳?



Terkejut mulanya. Kemudian berdekah aku ketawa. Bagi aku, bila Najib minta maaf ini bererti kita telah 𝗯𝗲𝗿𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗸𝗲𝗺𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻. Jadi 𝘄𝗮𝗹𝗮𝗷𝗶𝗯 yang selama ni kata Najib 𝗱𝗶𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵, 𝗱𝗶𝗮𝗻𝗮𝗶𝗮𝘆𝗮 adalah meleset.






Dalam permohonan maaf ni jelas Najib akui bahawa 𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗹𝗮𝗸𝘂 𝗸𝗲𝘄𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 1𝗠𝗗𝗕 𝗺𝗲𝗺𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗹𝗮𝗸𝘂. Dia mengaku ada 𝘁𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮 𝘄𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗮𝗿𝗶 1𝗠𝗗𝗕 yang katanya 𝗱𝗶𝘀𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘀𝘂𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗔𝗿𝗮𝗯.


Cuma Najib masih berkeras kata dia tak tahu. Jho Low  𝗺𝗲𝗺𝗮𝗻𝗱𝗮𝗶 𝗺𝗮𝘀𝘂𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗱𝘂𝗶𝘁 𝘁𝘂, bukan dia minta. Yang itu biarlah mahkamah tentukan walaupun bagi kita yang waras ni, 𝗺𝘂𝘀𝘁𝗮𝗵𝗶𝗹 𝗽𝗲𝗿𝗸𝗮𝗿𝗮 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗴𝗶𝘁𝘂 𝗯𝗲𝗿𝗹𝗮𝗸𝘂.


Sekarang dah jelas memang wujud salah laku dalam 1MDB. Sama ada Najib sekongkol atau tidak, hakikat yang jelas, kes 1MDB ini bukti Najib sememangnya 𝗽𝗮𝘁𝘂𝘁 𝗱𝗶𝘀𝗶𝗻𝗴𝗸𝗶𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗣𝘂𝘁𝗿𝗮𝗷𝗮𝘆𝗮.


Pertama, kalau dia memang berpakat dengan Jho Low memang dia jahat la. Takkan nak biar penjahat yang uruskan negara ni?


Kedua, kalau dia tak berpakat pun, dia 𝗺𝘂𝗱𝗮𝗵 𝘀𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 𝗸𝗲𝗻𝗮 𝘁𝗶𝗽𝘂 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗯𝘂𝗱𝗮𝗸 𝗝𝗵𝗼 𝗟𝗼𝘄 𝘁𝘂. Menunjukkan betapa cuai dan 𝗿𝗲𝗻𝗱𝗮𝗵𝗻𝘆𝗮 𝗜𝗤 𝗡𝗮𝗷𝗶𝗯 sampai mudah diperbodohkan yang mengakibatkan negara kerugian puluhan bilion ringgit.


Pendapat aku, permohonan maaf ni merupakan satu petanda yang Najib dah 𝘁𝗮𝗸 𝘆𝗮𝗸𝗶𝗻 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗹𝗲𝗽𝗮𝘀 dari tuduhan yang dihadapinya. Dia tahu dia akan didapati bersalah. Permohonan maaf ni cuma untuk buat dia 𝗸𝗲𝗹𝗶𝗵𝗮𝘁𝗮𝗻 𝙞𝙣𝙣𝙤𝙘𝙚𝙣𝙩 di hadapan pentaksubnya.


Lepas ni walajib tak boleh marah PH lagi pasal Najib ditangkap dan didakwa. Najib sendiri dah mengaku penyelewengan dana 1MDB wujud. PH tak fitnah dia bukan macam dia fitnah DS Anwar tahun 2015 dulu.


Penyelewengan wujud tapi Najib buat senyap. Cuba bayangkan kalau 2018 dulu Najib tak jatuh, rasanya dana 1MDB akan terus 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗮𝗹𝗶𝗿 𝗺𝗮𝘀𝘂𝗸 𝗸𝗲 𝗮𝗸𝗮𝘂𝗻𝗻𝘆𝗮 walaupun seperti dakwaannya, 𝘁𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗱𝗶𝗮 𝘀𝗲𝗱𝗮𝗿.


𝘚𝘰 walajib. Puas hati dah? Owh satu lagi. Permohonan maaf ini juga buktikan 𝗣𝗔𝗦 𝗯𝗼𝗱𝗼𝗵. Pemimpin PAS dulu pernah jumpa 𝗔𝗿𝘂𝗹 𝗞𝗮𝗻𝗱𝗮 dan mengaku 𝗯𝗲𝗿𝗽𝘂𝗮𝘀 𝗵𝗮𝘁𝗶 dengan penerangan tentang isu 1MDB.


Bila Najib sendiri dah mengaku ni, jadi yang PAS dulu puas hati tu apa benda? Itu tandanya pemimpin PAS 𝗯𝗼𝗱𝗼𝗵, 𝘁𝗮𝗸 𝗳𝗮𝗵𝗮𝗺 𝗽𝗲𝗿𝗶𝗵𝗮𝗹 𝗯𝗶𝘀𝗻𝗲𝘀. Atau dia faham tapi sanggup tunjuk bodoh 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗯 𝗻𝗮𝗸 𝗯𝗼𝗱𝗲𝗸 𝗡𝗮𝗷𝗶𝗯 yang merupakan PM masa tu.


Korang pilih la mana yang kurang rasa lebih sesuai. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


PRO DAN KONTRA BELANJAWAN.

 

Jamzuri Ardani


Adakah saya gembira dengan Bajet 2025? Jawapan saya TIDAK. Tapi saya faham, bajet kerajaan ni is bigger than my own self and bigger than any individual. So ... I have to live with it. 


Adakah bajet ini satu bajet yg baik untuk negara? YA dan TIDAK. 


Subsidi bersasar adalah baik. Peruntukan yang besar untuk pendidikan saya sokong. Peningkatan gaji minimum ... ermm bergantung. 


Tapi bagi saya bajet ini ada kelemahan yang besar. Tidak cukup fokus membantu middle working class dan PKS.  Golongan ini adalah penggerak sebenar ekonomi negara. Golongan ini perlu lebih diperkasa kerana merekalah sektor paling produktif dalam ekonomi negara. Sekitar 97% dari 1.3 juta syarikat berdaftar adalah PKS. Mereka menggaji sekitar 48% pekerja rakyat Malaysia. Mereka menyumbang hampir 40% dari GDP.  Mereka penyumbang utama kutipan cukai negara.


Saya tidak nampak Bajet 2025 memperkasa golongan ini.  Malah mereka terus dibebani dengan pelbagai kos tambahan. Jika golongan ini lumpuh, ekonomi seluruh negara runtuh. 


Saya agak kurang selesa dengan polisi yang terlalu banyak memberi tumpuan kepada penjawat awam dan golongan B40. With all due respect, mereka bukanlah sektor yang produktif. Bantuan wajar disalurkan, tetapi jangan sampai mereka hidup dalam zon selesa melalui pelbagai bantuan. Complacency is the arc enemy of progress. 


Wallahu a'lam.




TERIMA BAIK BUKAN MAAF.. ITU BUKAN SOAL PERIBADI ANWAR NAJIB.. TUHAN JA BOLEH MAAF DOSA MANUSIA. TAPI DOSA PADA RAKYAT DAN NEGARA.




 Terima baik bukan bererti memaafkan.  Anwar tak boleh maafkan Najib sebab ini bukan isu peribadi.  Kesalahan Najib adalah kepada rakyat dan negara.  Takde sebab pun Anwar nak maafkan Najib.  Anwar jawab ' terima baik"  itu maksudnya, ok lah...hang dah ngaku memang skandal 1MDB itu memang berlaku, bukan fitnah.  Lebih baik mengaku daripada tidak mengaku.  Soal Najib terlibat atau tidak, biar mahkamah tentukan.  


Walaun ni bodo.  Dia ingat isu 1MDB ni macam kes Razman kaki  mohon maaf pada Anwar dan Anwar maafkan. 


 Razman fitnah Anwar dan itu tuduhan peribadi dan memang Anwar ada hak untuk maafkan atau tak.  Skandal 1 Mdb bukan isu peribadi Najib - Anwar.  Itu je.. 



NI GUNA BAHASA KEDAH KOT..

 

Aman Mohammad


Perkataan "The Greater" tu bahasa Melayu ka?

ada dalam kamus dewan ka?

:)




1 jam selepas subuh menentukan bagaimana hala tuju hidup kita.

 


1 jam selepas subuh menentukan bagaimana hala tuju hidup kita.


Jadi, apakah yang perlu kita buat 1 jam selepas subuh?


1. Jangan tidur lepas subuh. Ia menutup banyak pintu rezeki malah akan membuatkan tubuh jadi lemah. Kalau terlalu penat, tunggu waktu syuruk jam 7.00 pagi ke atas. Dan selepas itu rehatlah tak mengapa.


2. Biasakan untuk mandi dan bersihkan diri. Mandi sebelum dan selepas subuh akan membantu sistem badan menjadi segar dan sihat. Juga membuatkan wajah menjadi awet muda. Cubalah!


3. Sarapan. Makan sikit diwaktu pagi membuatkan sistem penghadaman akan berfungsi dengan baik. Ambil sepotong roti pun takpe. Segelas susu dan kopi pun baik. Janji makan atau minum sikit.


4. Ini yang terpenting. Baca Al Quran. Zikir. Selawat. Nak buat atau nak baca atau nak pasang sahaja di Youtube pun tak mengapa. Asalkan kita niat untuk memberi makan buat hati. Hati akan jadi kuat dan tidak akan lemah.


1 jam kita buat semua ini, insyaAllah hidup akan bermakna.


Dan kita mampu melangkah lebih jauh dan bertenaga.


Kredit : Tuan Ameer Hamzah



RAKYAT APA PUN TAK DAPAT


 SUSUNAN CATUR POLlTIK


Dalam siri podcast KS Lagi yang menampilkan temubual bersama adik PM Najib iaitu Nazir Razak (bekas pengerusi CIMB Group), ada adik Najib sendiri ceritakan bagaimana dia cuba menyedarkan abang beliau sendiri akan satu skandal kewangan besar yang sedang berlaku. Skandal yang dimaksudkan tidak lain tidak bukan adalah skandal 1MDB.




Nazir menceritakan bagaimana beliau dituduh ingin menjatuhkan abang beliau apabila terlibat dalam beberapa siri pendedahan skandal 1MDB dalam beberapa artikel dan kenalan yang berpengaruh, beliau juga ada bercerita bagaimana Najib tidak mengendahkan nasihat dan laporan beliau dan turut menyebut dalam pod cast tersebut "When your brother is prime minister, don't expect to be able to speak to your brother like you used to".


Nazir menyifatkan hubungan beliau dengan Najib sedikit tegang sewaktu beliau fokus untuk membongkarkan kesalahan skandal 1MDB. Namun beliau juga berpendapat Najib adalah mangsa kepada kerosakan sistem, beliau berkata "One, I don't think it's fair (1MDB crisis focuses on one person only). Two, Malaysia needs to learn from all the systemic issues that the 1MDB crisis brought up,". Pendek kata, Nazir berkata 1MDB bukan salah Najib seorang, tapi seluruh sistem semak-imbang telah gagal berfungsi.


Kini satu permohonan maaf Najib Razak kepada seluruh rakyat Malaysia telah menggemparkan dunia politik negara, disambut pula permohonan maaf itu oleh PMX. Sesiapa yang faham pergerakan catur politik ini pasti akan faham, bak kata budak-budak sekarang YTJT~


#ytjt


SUDAH LA NAJIB... KESILAPAN SWNGAJA TELAH DIBUAT... HADAPLAH HARI DEPAN DENGAN TABAH.


 



DIA NI KERAPKALI ATAU SELALU SUKA CAKAP TANPA SOAL SELIDIK.. DIA MEMANG BENGGONG DALAM BANYAK HAL. .

 

Sebab tu kalau nak berkata, fikir dulu. Cari fakta dulu. Tak la terlihat dungu macam 𝗙𝗮𝗱𝗵𝗹𝗶 𝗦𝗵𝗮𝗮𝗿𝗶 ni.



Mamat ni lapar isu. Ye la. Nak cerita ekonomi memang  dia kayu. Jadi bila ada isu macam ni, dia laju.


Yang kibar bendera tu memang orang China. Dia suruh serah kerakyatan tu apa hal? Memang dorang tak ada kerakyatan Malaysia pun.


Tak tahu kan? Memang la tak tahu sebab tak cari fakta dulu. Sebab tu jangan gaduh nak ulas. Cari info dulu. Takde la nampak bodoh.


Malang betul PAS. Dalam saf kepimpinan PAS, tak ada sorang pun yang berfikiran waras. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


GAJI MB LEBIH BESAR DARI SEPATUTNYA.


 Kataleyaa qaseeh

Orang macam mamat nilahh yang membuatkan bangsa sendiri tersungkur" cucu Buang alaf baru..


BODO TAK LEH AJAR....


Najib Bakar


 48 billion ringgit telah dibelanjakan kerajaan untuk bayar hutang wan emdibi, dan ada baki lagi beberapa billion ringgit.



Kalau guna dana ni hapuskan hutang PTPTN sewaktu 2011 di mana nilai hutang cuma 20 billion dulu kan bagus?


Atau guna untuk tampung sebahagian kos subsidi minyak.


Maaf, dengan tidak sengaja ana berpuas hati.



HUJAH KETUA PEMBANGGANG MINYAK KAMPIT YANG PALING TERUK...MASA PMX MAI SELASA HANG TAK MAU TANYA ....


 

PMX JUMPA PELAJAR SEKOLAH SELAMA.


 

RADZI JIDIN... KENA KAW KAW


 

KISAH UN DAN GAJI


 

KAKI FITNAH NI JANGAN BIAQ LAGI... KENA SAMAN KAW KAW KAKI FITNAH NI


 

TAK AMBIL GAJI MARAH.. SEBUT PERKATAAN KETIMBANG MARAH...


 

BELANJA BILLION UNTUK BAYAR HUTANG 1 MDB... PENYOMONG DOK KATA BAIK.. ADOIII LA..


 

KECOH KIBAR BENDERA. KIBAR TU WARGA NEGARA CHINA. FESTIVAL BUDAYA 10 TAHUN.